Wednesday, December 30, 2009

zuhud dengan Croc

Sambil memandu menyusuri di sebuah jalan kawasan perumahan elit, hati kecil tertanya-tanya. Setiap rumah berpagar tinggi, supaya orang-orang luar seperti saya tidak dapat melihat ke dalam. Hampir semuanya memiliki sistem penggera keselamatan. Ada pula yang lebih berduit agaknya, mengupah pengawal keselamatan di luar.

Memang tidak disangkal lagi, harta benda mewah impian semua. Tipulah, kalau saya kata saya tidak ingin seperti mereka, punya lebihan wang sebegitu, dengan kereta-kereta menjalar di kawasan rumah.
Di dalam rumah mestilah punya alatan dan perabot mahal, dengan kemasan rumah yang pastinya membuat mata terpegun.

Namun begitu saya juga percaya, pagar yang tinggi, alat penggera keselamatan dan pengawal keselamatan di luar juga mewakilkan sebahagian dari gaya hidup tidak selamat. Kerana harta sebegitu rupa mengundang masalah lain pula. Sedangkan rantai seurat di leher bagi orang-orang biasa seperti kita juga boleh membawa padah, apatah lagi dengan harta benda sebegitu.

Betullah, harta benda merupakan ujian dalam hidup kita.

Sibuk kita mengumpul harta, membeli tanah dan rumah lebih dari sebuah, agar hari tua kita senang, supaya nanti anak-anak yang kita tinggalkan tidak merempat.

Tetapi benarkah situasi ideal itu akan kita dapat? Banyak yang kita telah dengar, baca dan lihat. dek kerana harta yang kita kumpul , adik beradik , sanak saudara bermasam muka. Dek buta mata dengan harta nanti, anak-anak mengharapkan kematian kita agar lebih cepat.

Kalau diikutkan sirah Rasulullah s.a.w., Baginda sebenarnya sangat kaya raya, kerana setiap harta rampasan perang, ada bahagian yang besar buat Baginda. Namun, semua kita tahu di hari kewafatan baginda Rasul, harta yang ada amat-amat sedikit.

Memang tidak terikut rasanya saya dengan sifat Baginda Rasul. Begitu zuhudnya, dan ikhlasnya dalam perjuangan.

Saya?

Di manakah letak duduknya saya dalam urutan kezuhudan tersebut. Memang amat jauh sekali. Sedangkan, waktu menaip ini pun masih lagi berangan memiliki rumah banglo nanti, dengan kereta mewah berwarna merah di halaman, kalau boleh juga, ingin bershopping setiap minggu membeli beg tangan berjenama mahal, sedondon dengan kasut Croc yang asli, bukan tiruan.

mmmm.

~cikgunormah@klcitizen~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 28, 2009

positif

Sentiasa positif!

Senang bercakap, tapi hendak merealisasikannya tidak sesenang seperti yang ditulis. Setelah menghadiri mesyuarat pertama untuk sesi 2010 pagi tadi di sekolah, mood agak kurang baik.

Bukannya apa. Mendapat tugasan yang memang langsung tidak berkenan di hati. Walau pun sudah minta dipertimbangkan agar digugurkan dari tugasan tersebut, namun, apakan daya, yang punya kuasa bukannya saya.

Positif! Positif!

Cubalah....

Berkhidmat untuk negara. Moto dan azimat yang tertera, sejak menyandang tugas. Apa pun, ini cabaran yang perlu diteruskan. Buatlah yang terbaik.

Berkhidmat kerana Allah. Mungkin dengan itu tugasan tersebut akan dipermudahkan. Dan, dengan izin Nya saya berdoa moga tugasan tersebut menjadi cemerlang.

InsyaAllah.

Saya cuba positifkan diri.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 26, 2009

first time

hari ini memang memberi kejutan.
first time masuk contest di ruang siber,
rezeki murah pula.

terima kasih pada ibu ayu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 24, 2009

berdebar-debar

Apakah perasaan menghampiri hujung cuti yang panjang?

Anxious..
Sama dengan maksud gelisah, khuatir...

Sama juga perasaannya dahulu, semasa bersekolah, setelah cuti panjang hujung disember, melangkah ke sekolah dengan pakaian, buku serta aneka serba baru. Perasaan gelisah jua yang hadir menyapa. Lebih teruk lagi waktu malam sehari sebelumnya.

Sudah tua-tua begini pun, bila hendak melangkah ke tahun baru, setelah cuti panjang dan  hendak mengadap murid-murid serta menghirup udara perhimpunan pertama, hati terasa berdebar-debar.


Kenapa ya?

Saya rasa, sememangnya begitu apabila kita menghadapi situasi baru yang tidak terjangka.

Saya tidak dapat menjangka tahun baru 2010 nanti, bagaimanalah rupanya. Bagaimana rupa anak-anak murid yang akan dihadapi nanti? Adakah berjaya saya nanti membantu anak-anak murid ini melangkah ke hadapan dalam hidupnya?

Ataukah saya ini hanya sekadar singgah sebentar sahaja dalam jalan liku hidup mereka, tanpa ada kesan. Bagaimanakah tugas kerja yang akan saya pikul nanti selain mengajar di dalam kelas.

Tertanggungkah sebagaimana selayaknya?

Setiap dari kita, memang ada perkara atau tindakan yang kita rasa kita patutnya buat lebih baik dari itu. Samalah juga dengan saya.

2009.

Sudah ternoktah. Apa yang sudah tertulis, walau pun tidak seperti yang kita harapkan, itulah ia. Takkan berubah. Cuma nanti, diharap perjalanan hidup yang seterusnya ini akan menjadi lebih bermakna.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 19, 2009

tua sebelum usianya....


Foto di bawah semuanya dari sini

Dhaka 2008: Jainal 11 tahun. Sudah 3 tahun bekerja di kilang tersebut.
Di kilang membuat periuk dari silver. Gaji sebulan 10 USD.


setiap 1000 bata yang dibawa, upah yang diterima
ialah 0.9 USD


Jejari Munna, berusia 8 tahun.
Bekerja 10 jam sehari dengan upah 8 USD sebulan.


Dimarahi majikan. Pendapatan anak ini ,
1 USD untuk 10 jam waktu bekerjanya.

G.M.B. Akash adalah pemilik foto-foto tersebut. Ke sini untuk menyelami kehidupan yang tersisih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 17, 2009

bawaklah berfikir...


kalau sudah dipesan berkali-kali,
tetapi masih tidak mendengar kata, bagaimana?

"jangan berlari, nanti jatuh.."

tetapi, masih juga si anak berlarian, akhirnya terjatuh.
apakah kata-kata yang selayaknya?

"padan muka...?" atau
"kan mak dah kata, degil sangat. tak dengar orang tua cakap"

--------------------------------
kalau sudah diberitahu berkali-kali,
tetapi masih tidak mempedulikan, bagaimana?

"jangan berkawan dengan si anu, dia boleh membawa
susah"

tetapi , masih juga berpegang dengan kata hati sendiri,
akhirnya memang susah menyinggah dalam jalur hidupnya.
apakah kata-kata yang selayaknya?

"padan muka.." atau
"itulah, saya dah pesan berpuluh kali, inilah jadinya..."

--------------------------------------------

tak cukup dengan kata-kata,
kita pesan dengan gambaran jelas.



dan
tatkala mendapat berita

"Suami imah meninggal semalam"
"Innalillah.......sakit apa?"
"Kanser paru-paru... baru tahu sakitnya 2 bulan lepas, terus merebak cepat ke stage 4"
"Perokok ke?"
"Ya... perokok tegar"

apakah kata-kata yang selayaknya?
"padan muka.."???

issy... tak patut

habis tu , nak kata apa ya, yang selayaknya,
selain takziah pada isterinya seorang tukang cuci pejabat dan enam orang anak-anak kecilnya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 13, 2009

dunia memang tak adil

Sedang saya  asyik menjamah mee kari petang tadi, telinga saya yang berselubung tetapi  tidak dapat ditutup berjaya menangkap butir kata-kata wanita di meja sebelah.

Ah, sahabat lama barang kali, kerana sibuk bertanya khabar, dan meng'update' kisah masing-masing.

Memang tidak terniat hendak menjadi penyibuk tidak bertauliah, tetapi, meja kami memang sangat rapat di ruang kedai yang sempit itu.

Wanita A: Untung betul ya, dua-dua belajar di oversea, dan kerja best-best pulak. Suami you kat shell, ya?

Wanita B: Mmm, sebelum tu kat petronas.

Wanita A: Sekarang tinggal kat setiawangsa lagi ke?

Wanita B: Tak dah , baru pindah. Dua kali beli rumah, dua-dua jual. Ni tengah cari kat seremban pulak.

Wanita A: Murahnya rezeki you all berdua ya.

Wanita B: Bab itu memanglah, cuma satu je. sampai sekarang belum dapat anak lagi...
(nada suaranya sedih)

Hidup memang begitu.

Apa yang saya ada, kadang-kadang awak tak ada, apa yang saya tak ada, awak pulak ada, malah kadang-kadang awak ada berlebih pula.

Awak cantik, saya tidak.

Awak tinggi, saya rendah.

Saya senang, awak susah.

Dunia seolah-olah tidak adil, kan.

Apatah lagi, kalau membaca kisah-kisah jenayah di dada akhbar. Kalau penjenayah dapat dihukum sekali pun, kadang-kadang hukuman yang dijatuhkan sangat tidak setimpal dengan musibah yang telah dilakukan.

Dilihat secara mendatar , begitulah. Tetapi hakikatnya ini semua sebenarnya menunjukkan keadilan Allah.

Jika saya ada semua di dunia ini, apalah gunanya saya menunggu syurga Allah.

Kerana saya telah memiliki semua itu di dunia ini, kan.

Ketidak adilan yang kita dapat di atas ketentuan hukum manusia, akan dibalas dengan lebih teruk di neraka nanti. Bagi yang teraniaya, neraka Allah sebagai hukuman yang terbaik kepada sipenganiaya. Bukankah itu lebih adil nanti.

Dalam pada kita menunggu saat keadilan itu nanti, yang pastinya kita akan terus di sini, diuji dengan ketidak adilan yang pelbagai. Moga ujian itu membuahkan kesabaran dan kesyukuran yang menebal dalam dada kita, sebagai bekal kita di sana nanti.

Salam Ukhuwah.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 10, 2009

penjara

Pernah masuk ke penjara?

Saya tidak pernah berpeluang, alhamdulillah. Walau pun teringin juga melawat Penjara Pudu satu masa dahulu semasa ia dibuka untuk lawatan orang ramai.

Yang selalu digambarkan dalam kepala ialah dalam bilik penjara mesti ada dua katil dan ada lubang tandas . Pastinya tilam katil tersebut banyak pepijat. Dan udara dalam bilik penjara tersebut mestilah hapak kerana pengudaraan yang tidak baik.

Macam-macam jenis penjara wujud di dunia sekarang. Yang paling terkenal ialah Penjara Guatanamao Bay di Cuba.

Baru ini berpeluang menonton dokumentari di siaran 553 Astro - National Geographic , bertajuk :'Lockwood'

Rasanya ada kawan-kawan yang turut telah menonton episod ini.

Rancangan tersebut tentang Penjara Bersekuriti paling canggih iaitu Oak Park Heights Correctional Facility di Minnesota.

Memang canggih betul. Tak main-main, canggihnya . Tahap keselamatannya ialah tahap 5... (sebenarnya saya pun tak tahu tahap keselamatan ada berapa tingkat, katanya ini yang paling maksimum)

Pesalah-pesalah yang ditempatkan dalam penjara tersebut adalah seramai 450 orang dan merupakan pesalah-pesalah yang melakukan jenayah paling teruk di Minnesota. Namakan sahaja jenayah jenis apa, dan bagaimana, pesalah yang paling susah untuk dikawal di penjara lain di kawasan Minnesota akan ditempatkan di penjara ini.

Yang menarik saya lihat dalam dokumentari tersebut ialah hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh inmate semasa di penjara, contohnya bergaduh sesama sendiri, mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan 'pengasingan'. Di mana semasa pengasingan, pesalah akan ditempatkan di blok lain, tidak ada sebarang bentuk sentuhan fizikal hatta warden penjara juga tidak akan menyentuh pesalah, tidak ada sebarang komunikasi luar, pesalah tidak akan dibenarkan menjalankan aktiviti rekreasi dengan pesalah lain seperti bersukan. Masa rehat pesalah untuk keluar dari sel ialah 1 jam sahaja.

Bayangkan duduk dalam bilik tidak bertingkap selama 150 hari...

(agaknya penjara di kamunting, taiping beginikah?)

Dan jangan tak tahu ada pesalah yang selepas dikeluarkan dari pengasingan ini menjadi gila... ishh menakutkan.

Walau bagaimanapun tidak ada sebarang bentuk deraan dikenakan pada pesalah, tidak seperti di penjara Guatanamao Bay .

Cuma pengasingan sahaja pun sudah boleh menggilakan manusia yang waras, bagaimanalah pula jika deraan dan siksaan yang dikenakan pada saudara-saudara kita di Guatanamao Bay itu, ya?

Namun begitu saya percaya, kekuatan dalaman akan dianugerahkan oleh Allah pada insan-insan yang teraniaya dan yang yakin pada keEsaanNya. Ini tidak wujud dalam diri pesalah-pesalah yang menjadi gila, tiada iman dalam hati, maka jiwa menjadi mati.

Assyahid Syed Qutb di penjara Mesir

Kita punya ramai pejuang islam yang telah dipenjara dan disiksa, tetapi tidak menjadi gila malahan sesetengahnya menghasilkan kitab-kitab semasa dalam penjara. Sangat besar bezanya seorang pejuang yang dipenjarakan dengan seorang pesalah yang tiada iman di dada.

Kita juga hendaklah jangan terpedaya. Ramai dari kita yang bebas di luar ini , mempunyai fikiran yang terpenjara. Takut berubah menjadi lebih baik, takut berhijrah ke kehidupan yang bersih dari noda, atas pelbagai alasan...

Alangkah malangnya.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 8, 2009

indahnya perang...

Betulkah seperti yang tertera pada tajuk entri? Memang sewel orang beranggapan demikian.

Saya sedang dalam mood perang.

Bukan ,.... bukan hendak berperang dengan sesiapa.

Sebenarnya baru habis menonton filem MULAN di panggung tadi. Selepas zohor tadi saya ke sana bersama keluarga. Kepada yang tidak pernah tahu tentang Mulan ni, sedikit sinopsis...

Namanya Hua Mulan (namun ada versi lain memberikan nama keluarga yang berlainan). Seorang gadis kampung yang menyamar sebagai seorang lelaki lalu menggantikan bapanya yang telah tua dan uzur sebagai askar semasa kerahan tenaga untuk melawan puak Roulan yang ganas. Hua Mulan akhirnya menjadi Jeneral perang yang sangat dikagumi. Banyak adegan perang dalam filem tersebut.
ada juga diselitkan kisah cinta, tetapi masih boleh dimaafkan kerana, adegan cintanya tidak meleret dan ditambah dengan adegan perang yang menarik.

Apa yang cantiknya tentang perang?

Sebenarnya tiada yang indahnya tentang perang. Tetapi  saya beranggapan perang zaman dahulu lebih bertamadun.

Perang ada beberapa jenis : alliance war, battle war, cold war, guerilla war dsb. (sini)

Antara banyak-banyak perang itu, hanya battle war yang menarik.

Secara ringkasnya, kedua pihak yang bermusuhan bertemu di satu tempat, berdiri mengadap satu sama lain dan serangggg!!!!! Biasanya di kawasan yang jauh dari tempat tinggal orang-orang awam.

Cara menentukan perang tamat ialah:
- tinggal satu pasukan sahaja yang masih tegak berdiri atau
- satu pihak menyerah kalah atau
- satu pihak lari lintang pukang atau
- kedua-dua pihak berundur

Cantik kan perang seperti ini. Inilah perang yang bertamadun. Jelas, kita akan tahu siapa yang selayaknya menang. Dan walaupun ia agak primitif tetapi banyak strategi-strategi perang yang menarik boleh tercetus. Dan yang utamanya sememangnya ia dapat mengelakkan rakyat awam terkorban sama.

Dan saya rasa perang sebegini memang mengikut sunnah Rasullullah.

Wallahualam.

Tapi , sekarang?

Main pakai bom je kat mana-mana suka, hatta sekolah dan hospital pun dilanyak. Kekuatan terletak pada teknologi , bukan pada jati diri dan semangat kemanusiaan atau kehambaan pada Allah.

Nyawa manusia ibarat nyawa lalat yang tiada nilai.

Bukan nyawa manusia sahaja yang melayang. Makhluk Allah yang lain pun turut menanggung bahana.

Dan muharram yang bakal menjelang kita doakan agar tiada lagi perang , walau pun ia agak mustahil
namun tiada kemustahilan bagi Allah. Kerana Dia yang menentukan dan Dia yang maha melaksanakan sebarang ketentuan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 4, 2009

Kalmadi High School, Pune, India.

Sedang menunggu waktu maghrib, saya langsung menonton siaran astro. Rangkaian Australia Network, dokumentari tentang Indian School. Kenapa Australia Network berminat dengan sekolah-sekolah di India?

Musykil juga saya ...

Sekolah yang dipaparkan pada episod ini ialah sekolah Kalmadi High School di Pune, India. Saya hanya sempat menonton episod ini setengah jamnya yang terakhir. Namun begitu saya amat tertarik sungguh dengan sekolah tersebut. Lantas meng'google' sekolah tersebut. Link nya di sini.

Pelajar di sekolah ini lebih kurang 1200 orang. Saya lihat setiap satu  kelasnya begitu ramai pelajar, lebih kurang 35-45 orang pelajar.

Namun begitu , apabila pelajar-pelajarnya di temu ramah, terutama pelajar senior dan yang memegang jawatan di sekolah tersebut, cara percakapan mereka menunjukkan kematangan. walau pun sekali sekala memang ada ciri-ciri kanak-kanak yang tertonjol. Dan yang menariknya ialah sistem perlantikan Ketua Pelajarnya seperti Head Boy, Head Girl, Head of Football Club dsb. Mereka mengamalkan sistem demokrasi sepenuhnya. Calon-calon yang bertanding berpeluang mengadakan kempen di sekolah, dari kelas ke kelas, berdebat di tapak perhimpunan. Kagum saya dibuatnya.

Selama 17 tahun saya mengajar di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia ini, ketua pelajar dipilih oleh Lembaga Guru Disiplin. Agaknya kerana itu pelajar-pelajar sekarang agak kurang matang.

Entahlah..

Mungkin saya seorang sahaja yang beranggapan sedemikian.

Dokumentari itu mengingatkan saya semasa zaman persekolahan saya di Ipoh. Saya bersekolah di Main Convent, Ipoh dari tahun 1979 - 1981, iaitu semasa Ting 1- Ting 3.

Sempat jugalah saya melihat kakak-kakak pengawas senior di Main Convent berkempen ke kelas-kelas seperti yang saya tonton sebentar tadi. Sambil mereka bergerak ke kelas-kelas, ada dua tiga orang pengikut atau orang kuat yang ikut berkempen sama. Pada hari mengundi, kami mengundi dalam kelas, hanya di atas sekeping kertas yang dikutip oleh guru kelas.

Sama seperti dalam dokumentari tersebut.

Pengawas senior pada masa itu hebatnya seperti guru, berjalan di tepi kelas kami sahaja, sudah terasa gentar untuk membuat bising.

Saya berpendapat, elok juga budaya mengundi seperti ini diujudkan di sekolah -sekolah harian di Malaysia. Kalau yang sudah menjalankan, sangatlah baik rasanya.

Cara ini dapat melahirkan banyak sikap positif . Apatah lagi negara kita kini seolahnya sudah ketandusan pemimpin yang berkarisma.

Bukankah untuk mendapat gambaran generasi akan datang, kita hanya perlu mengintai peribadi dan akhlak anak-anak kita kini. Pemimpin baik perlu dibentuk serta dididik. Dan masa yang paling sesuai membentuk mereka adalah semasa mereka di bangku sekolah lagi, kan.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 1, 2009

azam tahun baru

Dengki dan irihati.

Sama atau berbeza?

Menurut Khidmat Nasihat DBP online (di sini); iri hati bermaksud perasaan tidak senang dengan kelebihan orang lain manakala dengki pula bermaksud kebencian kerana perasaan cemburu/ irihati yang teramat sangat.

Bermakna dari segi tingkatan, dengki lebih parah. Kerana ada perasaan benci yang terselit.

Terbaca tentang kedai mamak yang meletup di johor bharu. (sini) mungkin angkara dengki. Rasanya insan pertama yang berdengki ialah Qabil terhadap Habil. Kesannya ialah kematian. Parahnya dengki bukan alang kepalang. Melibatkan kemusnahan nyawa dan harta benda.

Ini terbukti dalam peradaban manusia sekarang dan masa lampau. perang , pembunuhan dan kemusnahan harta benda di merata pelusuk dunia, malah mungkin di belakang rumah kita juga, semuanya boleh jadi angkara dengki yang tidak berkesudahan.

Adakah insan yang berdengki berasa lega apabila berjaya melampiaskan kebencian yang bersarang di dalam jiwa? Saya percaya tentulah tidak.

Mengambil iktibar Qabil yang resah melihat tubuh Habil yang tidak bernyawa dan buntu dengan tindakan seterusnya, saya percaya dan yakin si pendengki tidak punyai perkataan tenang dalam kamus hidupnya.

Percayalah.

Adakah rawatan kepada sifat dengki?

Ada.

Hanya berkehendak atau tidak. Terpulang pada empunya hati.

Jadi, saya berazam dan berdoa sempena tahun baru yang akan mendatang ini , agar Allah menjauhkan rasa iri hati dalam lubuk jiwa saya.

Kerana iri hati yang melampau akan menerbitkan rasa dengki.

Saya juga berdoa agar Allah menjauhkan saya dari kedengkian manusia lain terhadap saya serta keluarga saya. Kerana telah terbukti kedengkian manusia terhadap insan lain boleh disalurkan dengan pelbagai cara, terutama melalui dorongan serta bimbingan syaitan melalui ilmu hitam mereka.

Jom kita berazam dan berdoa perkara yang sama..

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 24, 2009

mengorbankan, terkorban, dikorbankan...

siang tadi , saya menghabiskan pembacaan majalah Forward edisi November 2009.
ada 2 artikel yang memberi kesan pada saya.

satunya ialah "Becoming Muslim" oleh Syeikh Nuh Ha Mim Keller - namanya agak pelik kan. Beliau memeluk islam pada tahun 1977 di Cairo, Mesir, lahir pada tahun 1954 di USA.
artikel lengkapnya boleh baca di sini

dan

satu lagi artikel ialah "My Umrah - a life changing experience" oleh Shahfizal Musa, beliau ini telah didiagnos mendapat malignant brain tumor.
membaca artikel Shahfizal begitu menginsafkan sekali.
antara tulisannya yang menarik ialah

" The truth is,
to the rest of the world,
worshipping Allah Most High is secondary,
we actually worship our employer;
we work hard to get noticed,
trying to get that promotion,
trying to get on top of the corporate ladder,
bending over backwards for our bosses.

If only we can work as hard as in worshipping Allah Most High,
we will be taken care of by Allah Most High.
He will provide for us from sources that we never imagine"


memang tepat dan benar sekali.
kebenaran yang semua kita tahu, tetapi bila hendak menterjemah dalam kehidupan seharian bersama dengan macam-macam dateline, begitu sukar sekali kan.

membaca artikel Shahfizal mengajak saya memuhasabah diri dan tindakan saya selama ini.

begitu juga apabila membaca artikel Syeikh Nuh Ha Mim Keller.
hampir semua insan-insan terpilih yang memeluk islam dari agama lain,
membuat keputusan mereka bersandarkan dari kajian mereka terhadap al-quran.
dalam salah satu peringkat hidup mereka , mesti mereka menerima senaskah al-quran dari seseorang yang akhirnya mencetus minat mereka mendalami al-quran.

saya tertarik dengan syeikh nuh ha mim keller, lantas meng'google' nama beliau.
pencarian saya seterusnya menemukan saya dengan seorang lagi pendakwah dari USA, iaitu Sheikh Hamza Yusuf yang telah menubuhkan Zaytuna Institute iaitu Kolej Muslim pertama di Amerika.

Tertarik dengan temu ramah antara Syeikh Nuh Ha Mim Keller dan Sheikh Hamza Yusuf , sekembali Sheikh Hamza dari ibadah Haji pada tahun 2004...
sini
"....the Muslims throw things around,
its that there is an assumption that somebody else is going to pick it up.

And so really what that’s telling us is,
that nobody is taking personal responsibility,
and I think that is by and large
a real crisis in the Muslim Ummah as a whole,
that people,
individual Muslims are not taking personal responsibility for the condition of the Ummah
,

they’re expecting that somebody else is going to take care of the problems, somebody else is going to take care of our troubles...."




benar sekali...
banyak aspek kehidupan kita sebagai Muslim tidak seperti yang sewajarnya.
Aspek duniawi dan materialis menjadi unsur utama yang mendasari 'kebahagiaan' kita...

saya tidak terkecuali juga.
kekadang , hendak menderma RM1 pun, hati saya berkata-kata.
begitulah,
bukanlah sebab bakhil sangat, tetapi hati kecil ini selalu bersyak wasangka.
padahal Allah sudah berjanji, kita tidak akan miskin jika kita bersedekah sebanyak mana pun kerana Allah.

Aidil Adha yang akan datang ini membuat saya berfikir dan menghisab diri.
Sisa usia yang ada ini,insyaAllah akan saya perguna sebaik mungkin.

"SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 22, 2009

beranikah anda untuk gagal?

cuti ni projek apa ya?
kawan-kawan,.... ramai yang sudah berjalan-jalan,
ada yang balik kampung, ada yang makan angin ke negara orang.

rezeki masing-masing...
yang tidak kemana-mana seperti saya ini,...
apa lagi yang boleh dibuat?
apa lagi... mengemas rumahlah.

dalam batuk-batuk dan selsema yang tiba-tiba menyerang,
(yalah...dah setahun tidak mengemas stor...bayangkan habuk yang berkumpul)
terjumpa buku di bawah...
dah lama buku ini... tahun 2004 saya memilikinya...


author - Billi P.S. Lim
rasanya ramai yang sudah membaca buku ini.
saya juga.

tetapi, bila membelek semula kandungannya, terasa banyak yang sudah terlupa.
ingin saya berkongsi tentang buku ini.
berkongsi tentang kegagalan dalam hidup.

memang kita semua,
termasuklah saya, sentiasa meraikan kejayaan , dan cuba untuk berpaling dari kegagalan.

itu memang sifat manusia.

tetapi dalam masa yang sama,kita juga tahu bahawa,

orang-orang yang paling berjaya dalam hidupnya adalah orang-orang telah beberapa kali gagal dan bangun semula
.

kita tahu, kalau hendak kejayaan, hendak atau tidak, kita pasti akan gagal dahulu.

kita memang takut gagal.
kerana itulah orang-orang yang biasa-biasa seperti saya,
adalah orang-orang yang paling kurang mengambil risiko.

" Failure is the only opportunity to begin again more intelligently" - Henry Ford

Yang menarik buku ini , ia cuba menyedarkan kita ,
bahawa selama ini semua orang hanya berfikir bahawa segulung ijazah adalah segalanya.

maka kita, dan saya pun sibuklah memaksa dan terpaksa berhempas pulas menghafal nota-nota pelajaran...

belajar tidak menjadi seronok lagi, tetapi menjadi keterpaksaan yang wajib ditempuh.


setelah berjaya memiliki segulung ijazah, kebanyakan graduan-graduan yang keluar, termasuklah saya, hanya berfikir untuk mencari kerja...cari, cari dan cari... setimpal dengan ijazah kita.

namun begitu,
siapakah yang akan menyediakan peluang kerja untuk kita-kita ni?
kerajaan lah kan.

amboi... tidaklah mampu kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi semua orang.
habis tu siapa?
yang masuk universiti dan keluar, tugasnya nak mencari kerja...kan

so....
yang patut sediakan kerja ialah....
orang-orang yang tidak sampai ke universiti lah....
merekalah yang perlu menyediakan peluang pekerjaan untuk kita para graduan ini... hehehe

Ironinya... memang itulah yang terjadi pun.
Contohnya-
- mendiang Tan Sri Loh Boon Siew
- mendiang Lim Goh Tong
- Syed Mokhtar al-Bukhary

hanya menyebut 3 contoh... mereka semua ini tidak berpeluang menggulung ijazah di tangan.
tetapi...
mereka berjaya menyediakan kerja untuk orang-orang macam saya ni,
yang siang malam berfikir macamana nak dapat A dalam semua subjek.

adakah mereka terus berjaya?
pastinya tidak...
kegagalan pertama mereka, adalah tidak dapat belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
itu adalah kegagalan yang besar...

tetapi,
pemerhatian menunjukkan,
semakin besar kegagalan dalam hidup seseorang, semakin besar kejayaan yang akan ditempuhinya.

tapi, tidaklah bermakna bahawa kita tidak perlu menuntut ilmu setinggi yang boleh.
cumanya,
apabila berlaku kegagalan dalam hidup,
sepatutnya ia menjadi pendorong dalam hidup kita untuk menjadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan yang sama juga.

dan saya pun ingin membulat tekad,
tidak terlalu membeban pelajar-pelajar saya yang memang sudah sedia lemah dalam pelajaran, dengan leteran dan bebelan,
tetapi
ingin berkongsi dengan mereka,
bahawa merekalah yang bakal menyediakan peluang pekerjaan bagi sahabat-sahabat mereka yang sedang sibuk mengira bilangan A dalam sijil.

Saya ingin mereka menanam visi dan misi untuk mencari peluang serta bersedia untuk bekerja keras, bukan hanya berangan ingin kaya menjadi penyanyi, asyik melalak di dalam kelas dan dalam perjalanan menuju ke toilet sahaja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 19, 2009

sekolah kehidupan

hari ini ada antara anak-anak kita yang sedang tersenyum lebar.
mungkin sedang menuntut hadiah yang dijanjikan oleh kita,
kerana cemerlang dalam upsr nya.

tapi ada juga yang sedang bersedih.
bukan kerana teruk pencapaiannya, tetapi kerana sasaran tidak tercapai.
harapkan 5A, cuma mendapat 4A 1B,
itu yang terjadi pada anak buah saya.
sedih memang jelas tergambar di riak wajahnya.
tutur katanya lemah, tidak ada rasa ria dan ceria.

kasihan.
masih muda, sudah terpaksa menerima erti kecewa dalam hidupnya.
namun saya pasti, ini adalah didikan dari Allah untuk dirinya.
agar beliau menjadi insan yang tabah,
mengetahui bahawasanya kejayaan tidak selalu berada di depan mata,
walau usaha sudah meninggi gunung.

pastinya Allah sedang menunjukkan padanya,
bagaimana perlu ada redha dalam dirinya,
dan bahawasanya ketentuan Allah kekadang memang pahit untuk ditelan.

dan dalam diam ini saya doakan moga jiwanya makin kental,
kerana kesan didikan ini nanti, harapan saya agar beliau menjadi muslim yang lebih berjaya di dunia ini dan akhirat nanti.

* utk kak ngah, buah hati asyiq juga, auntie doakan yang terbaik.
juga untuk jad, buah hati pnkartini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 18, 2009

asyik bertelagah kenapa?

apabila kita tidak bersatu pendapat,
janganlah cepat meninggi suara,
lantas bermasam muka.
cubalah kita bersatu hati.
kerana beza pendapat akan menjadi kurang ketara.
hidup kita pun bukanlah lama
paling lama , agaknya berapa tahun?
seratus? lapan puluh?

adakah meninggi suara akan menyamakan pendapat kita?
bermasam muka akan menyatukan hati kita?

benarkah esok kita pasti berjumpa?
sempatkah esok, hati kita bersatu semula?

bila tidak sependapat,
senyum sahajalah.
selagi tidak membuat kerja haram.
bersetujulah kerana kita tidak sependapat.
pendapat si punya kuasa yang pasti akan dilaksanakan juga.
kita bantu, walau pun kita tidak suka.
jika tidak mahu, berdiam sahajalah.
tidaklah perlu berkokok keliling kampung.

kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 16, 2009

Hai....O? ya ke?

tahniah!

walaupun mungkin beliau tidak membaca blog saya ini.
tahniah kerana akhirnya berjaya mencapai cita-citanya sebagai CDM.

dahulu saya pun tidak tahu apa dia CDM ini.
Crown Diamond Manager- pastinya ada kawan-kawan di luar sana yang sudah biasa dengan istilah ini.

Berkait dengan ruangan iklan syarikat Hai-O Marketing yang memaparkan semua CDM barunya.
Semalam lagi saya sudah terbaca iklan tersebut,
tetapi tidaklah ternampak gambar rakan saya itu.
Di sekolah pagi ini, melihat rakan-rakan guru berkumpul membelek suratkhabar, saya pun turut menyibuk sama. Barulah saya tahu beliau sudah pun mencapai ranking CDM.

"gajinya sebulan dekat 70 ribu" beritahu salah seorang sahabat saya.
"baguslah" sahut saya.
"kita tumpang seronok sajalah tengok kawan kita ni"
"setiap benda ada harga yang perlu dibayar. Kita sedang berdengkur di rumah, dia masih di luar atas urusan bisnes" sambung saya.

apa yang menjadi keutamaan kita?
terpulang.
yang pastinya, jika berkehendak ia tidak akan menjadi mustahil.
saya tidak berkehendak, alhamdulillah , saya tidak mengikut beliau.
ada rakan-rakan yang masih menanggung hutang kerana berkehendak seperti beliau.
cuma beliau sahaja yang berjaya mencapai ranking CDM dari beberapa sahabat saya yang lain.

Dan tahniah juga untuk pengasas Hai-O atau Group Managing Director nya, Tan Kai Hee, di atas anugerah berprestij kali ke tiga berturut2 dari Forbes. Beliau menekankan bahawa kejayaan syarikatnya bergantung sepenuhnya kepada usaha bersungguh dari 95% ahlinya dari kalangan Bumiputera. 10,000 -20,000 ahlinya adalah ahli yang aktif membantunya menjadi kaya-raya. klik di sini

'bagus' sungguh.
alangkah baiknya jika Tan Kai Hee seorang muslim, seperti SEMUA CDM nya itu, kerana dapat menjadi pembayar zakat terbaik untuk 3 tahun berturut-turut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 15, 2009

spm tak lama lagi dah...

spm tak lama lagi dah...
minggu depan ni, kan.

ibu bapa yang anaknya akan menghadapi peperiksaan SPM ini tentunya berdebar2 sentiasa.
Apatah lagi anak2 kita yang akan duduk mengadap kertas itu nanti.

'awak semua ni, mulai minggu ini dah kena tidur awal. badan kita perlu lebih kurang seminggu nak sesuaikan dengan jadual baru'
pesan saya pada setiap anak murid yang saya ajar rabu lalu.

tapi, seperti biasalah, mananya mereka nak mendengar nasihat orang-orang tua.
macam-macam alasan.
tak habis study, tak boleh nak tidur, dah biasa tidur lewat dsb.
yang mengikut, adalah seorang dua.

'kalau awak mengantuk semasa menjawab soalan nanti, bukankah rugi besar tu?
belajar bersungguh-sungguh setahun lebih, tiba masa peperiksaan yang penting, otak dah penat berfikir kerana mengantuk'

minggu ini sewajarnya adalah minggu merehatkan minda.
perlu kurangkan stress,
kalau dah last minute pun dah tak faham2 sesuatu tajuk. biarkan sahaja.
jangan biarkan otak bercelaru dan keliru di hujung-hujung waktu.
nanti ditakuti, otak 'blackout' semasa mengadap kertas soalan.

apa pun.
spm hanyalah batu loncatan ke IPT, bukan pengakhir kepada kehidupan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 13, 2009

kabel siapa besar?

'kak normah ada kenal sesiapa di Kementerian?'
'mmm... tak adalah..kenapa?'

murung wajahnya. sudah hampir setahun demikian.
semenjak pertukaran jawatan yang dipohonnya mengalami masalah, sedari itulah sahabat saya ini mengalami kesedihan dan hilang minat.

memohon pertukaran ke kementerian pendidikan, sebagai pegawai di sana.
permohonan sudah diluluskan dan sudah diminta melapor diri, tetapi tidak mendapat pelepasan dari Jabatan Pendidikan. Pelik, kan... alasan yang diberi kerana subjek yang beliau mengajar sekarang ialah subjek kritikal.

Sedangkan ada kenalan yang lain , mengajar subjek yang sama, boleh pula ditukarkan... dan rasanya mestilah ada 'kabel 'yang menjadi tali gayutannya....

Inilah situasi dan realiti hidup sekarang.
Kita asyik menuduh orang ada kroni dan sebagainya. Tetapi atas kepentingan diri kita, 'kabel' menjadi talian yang halal pula

Kadang-kadang, hendak membayar bil pun menggunakan 'kabel' juga, sebab tidak mahu beratur panjang.

Rasanya sama sahaja kita ni, tak kiralah siapa, asal kita ada kuasa nanti,
saudara nak cari kerja, saudara nak beli tanah, saudara nak lot berniaga,
anak saudara nak masuk asrama, saudara nak masuk IPT, saudara nak biasiswa,
dan
segala aneka mak nenek keperluan akan menjadi 'halal' bagi kita.
Sebabnya, .... takkan lah nak buat sombong dengan adik beradik, sepupu sepapat sendiri kan.

Tapi... kalau orang lain yang buat, dan kita tak mendapat faedah dari perlakuan itu,
kita akan segera bising dan melabelkan puak tersebut sebagai kroni mroni.

Berbalik pada sahabat saya ni tadi,
akibat kejadian tersebut, semangat guru dalam dirinya makin terhakis...
kasihan melihatkan beliau.

'Ambillah cuti... setahun ke, dua tahun ke...cuti tanpa gajilah.
Alah, rezeki di mana2... Kalau dah bosan dengan suasana sekolah, pergilah sambung belajar.
Sambil tu buatlah part-time, cikgu tuition ke....
kalau dah bulat tekad, berhenti saja dari jadi cikgu. Tidaklah awak merana dan anak murid pun kecewa...'

Dia mengangguk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 8, 2009

bijak matematik ... (2)

masih tak habis dengan si gladwell ni ya...
sesapa yang terbosan tu minta maaflah banyak2...
tapi,
memang buat masa ini rasa sangat ingin berkongsi maklumat menarik dari buku Outlier ini lagi...

masih tentang bijak matematik...

kata Malcolm, antara sebab lain generasi bangsa Cina, Korea dan Jepun bijak matematik adalah kerana bahasa mereka

terutamanya dialek kantonis, suku katanya sangat pendek,
empat atau four disebut 'si' dan tujuh atau seven disebut 'qi'...jadi ,

"The memory gap between English and Chinese apparently is entirely due to this difference in length.

The number system in English is highly irregular.( contoh 2 is two, 12 is twelve, 22 is twenty, 45 is forty five)
Not so in China, Japan and Korea. They have logical counting system. (contoh 12 is ten-two, 22 is two-tens-two, 24 is two-tens-four, 45 is four-tens-five)

That difference means that Asian children learn to count much faster than American children. 4 year old Chinese children can count on average to forty, American children at that age can count only to 15 and most don't reach 40 until five. By the age of 5, American children are a year behind their Asian counterparts.

The logical counting system also means doing addition, the basic skill , far more easily.

add thirty-seven plus twenty-two, in the head of a 7-year old English speaking child,
she has to convert the words to number (37+ 22), then ; 7 + 2 is 9, and 30+20 is 50 which makes 59

ask a Chinese student to add three-tens-seven and two-tens-two, no translation is required, the answer is embedded in the sentence, its five-tens-nine...

for fractions...

the Chinese are not rote-learners...

we say three-fifths (3 per lima)... (ini yang selalu pelajar kita tak faham)
but they say literally "out of five parts, take three"...

wah panjang pulak syarahan saya dari buku ini ya...
kesimpulannya apa? hantar anak belajar di sekolah Cina lah...patutlah diorang dok pertahan pelajaran Maths dalam bahasa mereka ya...

apa lagi yang menarik tentang buku ini?...tapi yang saya takkan ulaslah..cukuplah 3 entri tentang Outliers...
apa yang menarik ialah tentang nahas kapalterbang yang dikaitkan dengan budaya sesuatu bangsa... dibawanya contoh nahas kapalterbang Korean Airline berlaku pada 1997,1987, 1989 dan 1994...semuanya bukan kerana masalah kapalterbang tetapi kerana masalah budaya bangsa, bukan sebab malas atau apa ...pelik juga kan... patut baca sendiri ...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 7, 2009

bijak matematik... (1)

ada kaitan tak menanam padi dengan pandai dalam matematik?
pelik juga, kan.

tapi Malcolm Gladwell dalam bukunya mengaitkan dua persoalan itu dengan menarik sekali.
buku 'Outliers- the story of success' tu..
masih tak habis lagi saya membacanya.
tetapi teringin berkongsi pengetahuan yang saya dapat dari buku ini.

"We sometimes think of being good at mathematics as an innate ability.
You either have 'it' or you don't. But to Alan Schoenfeld, a math professor at Berkeley,
it's not much ability as attitude. Success is a function of persistence and
doggedness and the willingness to work hard for twenty-two minutes to make sense of
something that most people would give up on after thirty seconds" - page 288

pernah dengar tentang Math Olympics? saban tahun ia diadakan di bandar2 besar terpilih mengumpulkan remaja2 dari seluruh dunia bertanding dalam matematik.

Ulas Malcom...

"We should be able to predict which countries are best at math simply by looking at which national cultures place the highest emphasis on effort and hard work.
The answer shouldn't surprise you:
Singapore, South Korea, China (Taiwan), Hong Kong and Japan.
What those five have in common, of course, is that they are cultures shaped by the tradition of wet-rice agriculture and meaningful work.
They are the kinds of places where, for hundred of years, penniless peasants, slaving away in the rice paddies three thousand hours a year, said to one another like ' No one who can rise before dawn three hundred sixty days a year fails to make his family rich' - page 291

Disebabkan budaya tradisi beratus tahun yang berakar dalam diri, menyebabkan remaja Eropah kurang menguasai Matematik berbanding remaja Asia Timur.

"In The Discovery of France , the historian Graham Robb argues that peasant life in a country like France, even well into the 19th century, was essentially brief episode of work followed by long periods of idleness" (musim sejuk)

"If you were a peasant farmer in Southern China, by contrast , you didn't sleep through winter. In the short break marked by the dry season, from Nov through February, you busied yourself with side tasks. You made bamboo baskets or hats and sold them in the market. You repaired the dikes in your rice paddy and you rebuild your mud hut. You made tofu and dried bean curd and caught snakes (they were a delicacy) and trapped insects. By the time the turning of the spring came, you were back in the fields at dawn"

Kerja keras memang dah sebati dalam generasi ini sejak beratus tahun...
Dan kejayaan tidak kira dalam bidang apa, memerlukan kerja keras.
Ciri ini memang sudah diwarisi dan sedia ada dalam kebanyakan generasi tersebut.
Jadi, orang2 Melayu terutama dari kawasan jelapang padi juga pastinya turut memiliki sifat dan tabiat seperti itu.
Pastinya mereka juga bijak Matematik kan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 3, 2009

sudahlah....

Bila dua saudara bertelingkah, kita akan jadi serba salah.

Siapakah yang benar, atau siapakah yang salah. Tetapi itu bukan soalnya.

Kerana?

Ilmu kita hanya sedikit. Yang Maha Tahu hanyalah Allah. Bukanlah kita yang berhak menghukum, menyatakan ya, awaklah yang betul atau tidak, awaklah yang salah.

Yang menjadi soalnya, ialah siapa yang akan bertepuk riang di sebalik pertelingkahan itu? Siapa yang akan tersenyum lebar dalam hatinya, melihatkan dua saudara bermasam muka?

Pastinya ada yang akan menangguk di air yang keruh, dan yang pastinya bukan dua saudara tersebut, atau bukan juga para pengikut saudara tersebut.

Itu yang pasti.

Semoga pertelingkahan, perselisihan dan syak wasangka segera pudar. Janganlah ditambah kemelut masalah yang berleluasa. Kalau kita asyik bertelagah siapa yang benar, bagaimana nasib anak2 kita yang sedang meniti jalan yang salah?

Jalan yang memang sudah terang lagi bersuluh, jalan yang sesat...

Kerana saudara2 kita dan kita asyik bertegang urat, mengatakan kita betul dan kamu salah. Sedangkan kamu katakan kami tidak  betul, yang salahnya bukan kami tapi kamu.



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 1, 2009

outliers

Betulkah kumpulan musik Beatle, bilionnaire software Bill Gates, pemain chess terkemuka spt Bobby Fisher itu semua berjaya kerana bakat semulajadi mereka?

Kalau difikir-fikir kan, ramai lagi yang lain  mempunyai bakat semulajadi seperti mereka, tetapi tidak bernasib baik seperti mereka itu.

Kenapa ya?

Sebenarnya mereka berjaya kerana,  bakat semulajadi DAN sanggup menghabiskan 10,000 jam masa, dalam kehidupan mereka menggilap bakat tersebut.

Tak percaya?

Selama ini kita meletakkan kejayaan mereka di atas natural talent mereka, tetapi di sebalik kejayaan setiap orang yang ternama dalam bidang masing-masing , ada fakta, data serta maklumat penyebab kejayaan mereka yang tidak kita ambil kira. Inilah yang di sebut sebagai OUTLIER.

Kumpulan  The Beatles sebelum mencipta nama, hanyalah kumpulan biasa2 sahaja, di satu masa mereka bermain musik di hadapan audiens di kelab bogel, di Hamburg Jerman dan bermain tanpa henti 7 hari seminggu selama 8 jam setiap hari. Dalam jangka masa 2 tahun, 1960 -1962 mereka telah bermain musik selama 270 malam di seluruh Jerman, iaitu sebanyak 1200 kali bermain bersama2 dalam satu kumpulan. Ini melebihi konsep 10,000 jam tersebut. Bukan sangat kerana mereka berbakat, tetapi kerana kerja keras mereka...(they were able to perfected their skills)

'OUTLIERS - the story of success' penulisan Malcolm Gladwell, sangat mengujakan. Membaca buku tersebut, membawa saya berfikir di luar kebiasaan. Beliau mempersoalkan kenapa ramai pemain hoki elit amateur Kanada lahir dalam bulan Januari , Februari, Mac dan April?

Kenapa dari 75 orang terkaya dalam sejarah peradaban manusia, 14 dari mereka adalah orang Amerika yang tahun lahirnya berselang masa 9 tahun antara satu sama lain?

Kenapa seorang insan yang mempunyai IQ 195 lebih 30 dari Einstein, masih lagi tinggal di ladang kudanya, menulis buku2 teori yang sedikitpun tidak diendahkan oleh sarjana dunia?

Beliau bukan membicarakan tentang keajaiban nombor atau bulan, tetapi menyingkap persoalan ekonomi, cara seseorang dibesarkan, tempat lahir seseorang dan situasi politik pada masa itu yang mempengaruhi kejayaan seseorang.

Kejayaan seseorang bukan hanya bergantung pada bakat atau IQ seseorang sahaja, tetapi ada faktor2 lain yang perlu kita fahami dan selidiki.


Kesimpulannya, best buku ni....

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 29, 2009

konflik diri

mengajar budak lembam?
sanggup?
..... sanggup, bila2 je, insyaAllah.

mengajar budak lambat nak faham?
sanggup?
....sanggup.

ulang benda yang sama, setiap kali ?
boleh?
... boleh... cakaplah mana yang tak faham.
saya boleh ulang balik...

habis tu? apa yang tak sanggup nya?

mengajar budak2 yang kurang ajar.... itu yang tak sanggup...

sakit kat hati tuhan saja yang tahu...
cakap baik2 tak dengar, buat pekak je...
cakap kita ni dipusing balik...
berdiri kita dalam kelas ibarat tunggul...buat tak nampak je.
keluar masuk kelas ikut suka bapak dia...

nak ditengking?
dah puas...alih2 kita yang dapat tekanan darah tinggi
hantar kat cikgu disiplin...
dah puas... kena rotan, balik ke kelas macam hero...

nak membebel?... buang masa budak2 yang lain yang nak belajar...
nak cubit?
dikatanya.... "cikgu, saya boleh saman cikgu!"
amboi mak... dia nak saman kita?
tak boleh ke, kita saman dia?
sebab merendahkan maruah kita sebagai guru ,
di hadapan kawan2nya...?
tapi, fikir balik,
ini kerja bodoh... dia masih budak.
bergaduh ngan budak... bukan ke kerja tak pandai tu?

buat baik2, cakap berlembut?
dia naik kepala...
tak hormat lah kita pulak...

cakap kat mak bapak?
hah... mak bapak nya cakap..."cikgu buatlah apa yang patut, kami orang dah tak tahu nak buat camana?"
hah?
mak bapak sendiri tak tahu nak buat camana, apalah daya cikgu?


kita masuk kelas
mengajar sampai 2 masa (lebih kurang 80 min)...
batang hidung nya tak nampak.
kita keluar kelas , terjumpa tengah jalan...
dia kata
"cikgu kat mana, saya cari cikgu keliling sekolah..."
hah?
lebih dari lagak pengetua bertanya....

kat manalah silapnya?
cikgu?
tak terkejar rasanya...
kalau dah kena mengajar 5 kelas, purata pelajar 30 orang satu kelas...
dan setiap kali peperiksaan,
pengetua bertanya,
kenapa subjek cikgu ni makin merosot peratusnya...?
adakah dia menjadi tumpuan kita?

hah
alasan....
kalau tidak cikgu, siapa yang boleh bantu dia?
takkan tukang kebun kut?
tanggungjawab cikgu mendidik, menegur dan membimbing...
bukan setakat mengajar sahaja...
okaylah...

esok
kita pergi sekolah...
kita jumpa dia balik.
jumpa one to one...
"apa masalah awak ni?".....ok tak gitu?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 26, 2009

sapa yang sanggup?

'awak kan cikgu...takkan tak boleh ajar anak sendiri'
'ya lah.... saya ajar'

sebenarnya mengajar anak sendiri lebih payah.
hati cepat tak sabar.
suara cepat sahaja nak meninggi.
orang sebelah rumah mesti tertanya-tanya kenapa lah cikgu normah yang 'halus budi bahasanya', 'baik tutur katanya' terjerit-jerit kat rumah malam-malam lepas magrib.

lepas magriblah waktu mengajar anak saya.
benda senang pun tak dapat nak jawab,
mana hati tak panas.

kenapa bila mengajar anak orang lain,
boleh tahan sabar, mengulang-ulang perkara sama pun tak apa.
tapi dengan anak sendiri,
tengok tulisan nombor 6 seperti nombor 0, mulalah nak jadi singa.
hati tu gerammmmmmm je..

bila sembang ngan kawan2 kat sekolah,
rupanya perangai cikgu ni lebih kurang je...
mengajar anak sendiri lebih mencabar ,
berbanding mengajar anak orang lain...

ada yang nak tolong ajar anak saya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 24, 2009

anak siapalah ni..






perjalanan hidup masing-masing,
tak siapa yang tahu penghujungnya bagaimana.
adakah semestinya insan yang di awal hidupnya baik,
akan sentiasa berada di dalam keadaan sedemikian.
Semua pun tahu,
tak semestinya begitu.

Apabila melihat,
adik-adik muda yang sudah jauh tergelincir dengan ketagihan dadah,
sayu sungguh rasanya.
Melihat adik-adik muda yang tidak terurus ,
bercakap bagai orang tak betul,
terasa kalau Allah beri kuasa menyedarkan mereka,
alangkah baiknya.

Kesilapan siapa...
tidaklah saya berdaya menjawabnya,
tetapi di sebalik setiap insan ini, pastinya ada orang yang sangat menyayangi mereka suatu masa dulu.
Pasti juga, ada seorang ibu suatu waktu dulu yang sembilan bulan dari hidupnya,
dengan payah , menaruh harapan agar anak yang lahir nanti
menjadi insan yang berjaya.

Salah siapa,
bukan kita penentunya.

Pasti, dalam susur galur awal kehidupannya,
bukanlah penghujung sedemikian yang tercatat dalam benak fikir mereka.
Kalaulah masa boleh berulang kembali,
saya yakin, mereka tidak akan memilih liku hidup sedemikian.

Tapi, tak siapa yang pasti, apakah itu sudah akhir mereka.
Mungkin sisa-sisa akhir nafas mereka nanti,
dipenuhi taubat yang tulus mengharap reda Allah.
Itulah yang sempat saya lihat pada seorang saudara saya di akhir hidupnya.
Peristiwa yang sudah lama berlalu,
tetapi sesekala ia menjengah kotak fikir saya semula,
apabila melihat 'mayat-mayat hidup' ini di jalanan.

Kadangkala,
saya yang cetek ilmu ini terfikir.
Mungkin dosa itu ada rahmatnya.
Kerana dengan dosa yang tertakdir, memungkinkan insan tersebut menjadi mukmin yang lebih baik akhirnya nanti dengan kehendak Allah.
Tanpa dosa,
mungkin dia nanti hanya sekadar muslim yang baik,
tanpa rasa mengharap yang membulat dari tuannya.

Entahlah,
tapi yang saya pasti,
doa dari ibu dan ayahnya tak pernah putus.
Begitu jugalah yang saya doakan
untuk adik-adik kita yang masih berenang dalam liku yang perit itu.
Moga Allah menunjukkan jalanNya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 22, 2009

takut

kita makan untuk hidup...
dan
tujuan kita hidup adalah untuk mati...

biarlah mati kita nanti mati yang diredhai Allah.
biarlah mati kita nanti, sebagai syahid di jalan Allah.

takutnya menghadapi mati
kerana takut dengan azab yang bakal menimpa.

biarlah nanti Allah jauhkan kita dari azab yang dijanjikan itu.
kerana kita tahu kita tidak akan tertanggung beratnya azab itu.

mati datang bila-bila.
tak tentu masa kan. dan siapa yang akan dipanggil dahulu, kita pun tak tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 20, 2009

nak tau je..

orang-orang tua memang suka mengimbau kenangan lalu.
anak-anak muda suka berangan masa yang akan datang.

betulke?
saya rasa ada benarnya.

kali ini bukan nak mengimbau kenangan lalu, tidak juga nak berangan masa yang akan datang.
cuma nak menilai jalan hidup sendiri dan perubahan yang sedang dan yang sudah dilalui.

saya memang suka membaca.
semasa kecil duduk di berek polis, hanya ada satu komik yang sering diulang baca.
Ayah tak belikan buku kecuali buku sekolah,
sekolah pulak tak benarkan pelajar darjah 1 - 4 meminjam buku di perpustakaan.
Tak kenal pun perpustakaan tu apa sebenarnya.
Jadi hanya buku sekolah dan komik yang diulang baca, kadang kala mencuri baca suratkhabar utusan malaysia kerana ada komik kecil.

bila dah besar sikit, dah naik darjah enam dan menengah rendah,
gila membaca komik gila2, komik ujang
dan membaca buku cerita Enid Blyton.
Apatah lagi kalau cerita tentang misteri di sekolah asrama....

Naik menengah atas mula membaca novel2 cinta,
Mills & Boon... berkhayalkan jejaka tinggi, tegap, berkulit hitam manis,
romantik dan hensem menegur dan jatuh cinta dengan saya.
Nasib baik zaman tu tak ramai lagi budak2 Negro dan bangla kat malaysia ni...
kalau tidak, dah tentusah anak sendiri rambut afro look atau hidung mancung bak amitabh bachan..

di universiti terlibat dengan badan agama ... (bernasib baik tak jadi bini no 4 mana2 ustaz..hihi)... hanya membaca buku2 agama yang diterjemah ke bahasa melayu tulisan ustaz syed qutb, daie mustafa masyhur dan ramai lagi..Dalam kepala otak hanya perjuangan menegakkan Daulah Islamiyah...

keluar bekerja, pandangan dan idea agak berubah walaupun pada dasarnya semangat tersebut masih ada. Novel2 Inggeris menjadi minat saya, yang bercorak suspense thriller...Setiap kali ke kedai buku, novel2 terbaru menjadi minat saya...

tetapi, sejak kebelakangan ini, bila usia melepasi 40an, minat yang lama terhadap novel2 semakin pudar. Saya lebih tercari2 buku bercorak motivasi dan ilmiah...Majalah Wanita, Keluarga, Jelita , Her World atau yang sebagainya saya rasa hanya memuatkan cerita yang sama sahaja... hambar melihat fesyen baju terbaru, tips2 memikat hati pasangan anda dsb..

Corak bacaan yang bagaimana yang kengkawan minat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 17, 2009

asyik teringat

mendengar cerita sahabat ini,
sungguh tersentak.
mulalah saya menilai diri...
rupanya saya masih belum menjadi sahabat dan jiran yang baik...

malu dengan diri sendiri, malu pada jiran saya ini...
semoga Allah mengampunkan kealpaan saya
dan sikap saya.

" ada dengar citer tentang ain?" tanya sahabat saya. Ain adalah salah seorang jiran saya.
"tak de...napa?"

"janganlah heboh2 ya, nak beritau je musibah yang menimpa ain"

terbayang muka ain dan 4 orang anak2nya, yang sulung tahun 6.

"suami dia kan kat sarawak sekarang...." sahabat saya memula bicara
"tau... . kan dia kerja kat sana, dah 2 tahun kan. tapi dah lama tak nampak
suaminya tu. bila tanya, dia kata suami dia tak dapat cuti..." sambung saya

"dah bercerailah mah, sebelum puasa baru ni. suami dia balik sekejap. jumpa kat
lrt, tak pandang pun muka ain tu, anak dia yang bongsu yang ikut ain masa tu
pun, suami dia buat tak nampak je. jatuh talak kat stesen lrt je."

aduii... hati saya tersiat mendengar berita jiran sendiri dalam musibah.
sudahlah tidak bekerja, sungguh pandai betul menyimpan duka dan
kesedihan
. setiap hari bersua, ringan sahaja mulutnya menyapa dan tersenyum.
seolah2 hari yang dilaluinya adalah rutin harian...
walaupun saya memang perasan yang badannya agak susut dari dulu.

aduhai.
sudah semalaman saya asyik memikirkan ain.
bagaimana hendak memula kata menanya kabar....
bagaimana cara yang saya boleh bantu meringankan bebannya tanpa menunjukkan seolah2
saya busy body....

saya faham sikapnya.
hidupnya memang agak peribadi.
aduhai ain....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 13, 2009

nak kahwin lainlah...




Sambil melepaskan lelah di ruang rehat bilik guru, duduk bersembang dengan rakan sekerja.

"Kalau ikutkan syarat, saya ni dah boleh kawin lagi satu."

Sahabat tersebut memulakan tajuk bicara, setelah tajuk bicara yang sebelum ini habis.

Yelah, bila bersembang, dari satu topik ke satu topik yang lain. Maklumlah nama pun cikgu, banyak modal nak bercerita.

"Amboi.. ada hati nak kawin lagi satu tu ya, mat oii!"

"Kak Nab! Si Mat ni teringin nak kawin lagi satu..." saya memukul canang dalam bilik guru.

Nasib baiklah tak ramai cikgu yang ada pada masa tu. Celupar betul mulut saya ni. Ustaz yang duduk berdekatan ketawa perlahan.

"Ha.. bab ni tak payah tanya pendapat ustaz...Karang dia keluar firman Allah, kita terpaksa akurlah.." sambung saya lagi.

"Tak lah akak, tak habis citer lagi ..."

"Ha... citer, napa nak kawin lagi"

"Dah bertahun kahwin, tak ada zuriat sendiri, yang ada pun anak saudara yang dipelihara. Niat memang ada, tapi, terpandang wajah isteri tak jadi lah pulak. Sapa tak sayang bini..."

Yalah tu. Inilah kebanyakan alasan yang diberi oleh pasangan yang tak mendapat zuriat sendiri bila ingin membina masjid baru.

Tapi, bila saya yang cetek ilmu ni pikir2, sunnah Nabi Muhammad tu. Baginda berkahwin lain bukan atas alasan untuk mendapat zuriat .

Nabi Zakaria juga sering berdoa untuk mendapat zuriat , seperti firman Allah yang bermaksud:

" Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggakan zuriat): dan Engkaulah jua sebaik2 yang mewarisi" - Surah Al Anbiya ayat 89

Walau bagai mana pun, terpulanglah wahai lelaki. Berkahwin lain pun salah satu ikhtiar yang halal. Memang tak salah....

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 11, 2009

tidur bersama siapa?

... bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan

Dua orang sahabat karib A dan B pergi mengembara. Di tengah perjalanan berlaku sedikit pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan marah, A memukul B.

Dengan hiba, B mengambil ranting kayu dan menulis atas pasir. "Hari ini sahabat baikku telah memukulku"

Lalu, mereka teruskan perjalanan. Di tengah jalan, mereka terjumpa sebuah tasik. Si B terjun ke tasik untuk menyejukkan badannya. Tiba2 dia gagal mengawal diri dan hampir lemas.

Si A terjun dan menyelamatkan si B. Setelah selamat, B mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu. "Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku"

Si A bertanya, "Tadi sewaktu aku memukulmu, kau tulis di atas pasir dan mengapa sekarang kau memahat di atas batu?"

Si B menjawab, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila2"

Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarlah ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segera boleh melupakannya.

Namun sebaliknya, apabila kita mengecap nikmat Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila2.

Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki: Lupakan dan maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur, dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.

* artikel dari buku

U-Turn ke jalan lurus oleh Ustaz Zul Ramli M. Razalim/s 20






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 9, 2009

tak de baju

jam 11.15am
sambil memerhati anak-anak murid,
mata terpandang Aina (bukan nama sebenar)

duduk berseorangan,
di meja paling hadapan.
rakan-rakan baik di belakang nya sibuk bersoksek-soksek...

Aina! awak bergaduh ngan kawan2 awak ke? - tanya saya agak kuat juga.
Eh!tak adalah cikgu... diorang tu asik sibuk citer pasal baju je! malas nak dengar...

Ha? - pelik gak, kenapa bercerita pasal baju

saya ke belakang, bertanya Kathy (bukan nama sebenar juga)

Kenapa awak bertiga ni tak habis bercerita pasal baju? - intro menyibuk saya.Hal bebudak pun saya menyibuk, kan.

Terkejut juga Kathy... dia ingat saya tak tahu...
Musliha di sebelahnya (juga bukan nama sebenar) menjawab

Pening lah cikgu, takde baju nak pakai gi open house... Petang ni ada satu rumah, esok dua rumah, nanti majlis graduasi lagi ... hand bag pun tak de, kasut pun takde....

(* majlis graduasi kiranya ialah majlis tamat ting 5 nanti, diorang ni boleh pakai baju raya ke sekolah pada hari tersebut)

Aii... biar betul, raya aritu mak bapak tak belikan baju raya ke? - tanya saya
Baju raya tu adalah , tapi dah pakai, nanti orang kata pakai baju sama je.....

La... takkan setiap kali nak pergi open house kena beli baju baru? - tanya saya lagi
Itu lah yang pening ni cikgu......


- baru ting 5 dah pening tak cukup baju, belum lagi bekerja...
- perempuan memang sama je ya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 7, 2009

kasih beralih arah

hati manusia sentiasa berbolak-balik,
kasih manusia juga senang beralih arah.

jika terjadi demikian,
apa yang wajar kita lakukan?

sekian lama,
melihat, memerhati, menyelami dan cuba memahami.
hati insan2 bergelar sahabat,
yang terpaksa menerima kesan apabila kasih suami berpaling dari diri mereka.

kesan dalaman, memang sukar diluahkan.
tapi umumnya sahabat2 ini,
pasti cuba merubah diri mereka,
dengan harapan, suami kembali kasih seperti dulu.

mulalah, ke saloon, mencuci muka, berspa dan sebagainya.
mulalah bersolek sebaik mungkin...
tapi,
setakat pemerhatian saya,
biasanya suami masih seperti itu juga.

duit habis, hati sakit, pedih....
airmata tak sudah2 tumpah...
kasihan tak terhingga.

cubalah,
walau mungkin, saya hanya pandai berkata,
mengasihi suami berpada-pada.
agar,
retak hati kita tidak dalam,
kita belajarlah, begitu juga saya ,
untuk membetulkan arah kasih kita,
biar kita sayang suami kita, bukan kerana dia,
tapi kerana kita begitu mengharap reda Allah.

kerana,
melalui kasih kita pada suami,
Allah meredai kita.

dan
jika, suatu hari nanti,
hati suami beralih arah,
kita tidak begitu terkilan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 5, 2009

tangan yang memberi, lebih baik?

Membaca kesusahan orang,
terasa beruntungnya diri...

Pendatang,
dari Bangladesh yang menjadikan laluan bawah LRT sebagai tempat tidur,
meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya.
Bayangkan,
jika, salah seorang dari pada mereka itu ialah ayah kita, atau adik kita...
atau suami yang kita cintai.
Memanglah,
sebahagian mereka menimbulkan masalah pada kita.
Tetapi,
meletakkan nilai kemanusiaan terlebih dahulu dalam sudut pandangan kita,
betapa kasihannya ... berhijrah jauh dari tempat lahir, ingin mengubah kehidupan,
tetapi,
masih tidak kesampaian.



membaca pula,
masalah pelarian Rohingya yang daif,
bersama keluarga, anak2 yang kecil...
aduii tersentuhlah hati mengenangkan.
bilamana sakit,
tidak mampu untuk mendapat rawatan kerana kos yang mahal,pada nilaian hidup mereka, walau dari hospital kerajaan kita di sini.

agaknya, adakah
kerana murah hati kita berkongsi rezeki bersama mereka,
yang ikhlas ingin membaiki hidup ini,
Allah masih memberi rahmat pada kita,
menjauhkan kita dari bala bencana dan
malapetaka?

harapnya , begitulah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 3, 2009

sunyi

bagaimanakah kita nanti bila tak punya kudrat lagi?
bila mata dah rabun, selera dah tiada, kulit berkedut seribu....

semalam,
sempat beraya di rumah rakan di kampung baru,kl.
seronok, sebab suasana dalam rumah macam di kampung,
luas, sebab rumah lama.

berjumpa dengan emaknya,
sedang berehat di bilik,
tak berapa sihat.
alhamdulillah, sahabat saya anak yang baik.
emaknya terjaga rapi.

bertanya,
makcik, petang2 berjalan kat luar rumah ke tak?ambik angin petang....

jawab beliau,
tak, sejak terjatuh diragut depan rumah semasa membuang sampah,
trauma dah sekarang, dok terperuk dalam rumah je lah...

kesian mendengarkan.
terpenjara di rumah sendiri.
rakan2 taulan dah ramai yang menyahut seruan illahi.
suami tercinta pun begitu juga.
bila sahabat saya pergi bekerja,
tinggallah makcik seorang diri.

agaknya, begitukah saya nanti....
itulah , saya selalu berharap, agar hidup tua saya nanti
masih ada suami, sahabat handai dan anak di sekeliling saya.

tamak?
tidaklah....
takut kesunyian.
tapi, bila di pikir2
kat kubur lagi berseorangan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 30, 2009

elakkan

sedang duduk menunggu pembantu pejabat membuat salinan fotostat beberapa dokumen,
mata saya meliar memandang mejanya...
ada gambar beliau dengan anak2 dan dengan suami .

ada juga beliau tampalkan artikel yang dah lusuh,
"perkara yang membuatkan kita susah"- ada 43 perkara

pasti ramai kengkawan yang dah baca,
saya pun pernah baca,
tapi selalu terlupa.

antaranya:-
- makan tak baca bismillah
- suka bersihkan rumah pada waktu malam (ni selalu juga saya buat ni)
-basuh kaki dengan tangan kanan (yang ini saya tak faham)
-pakai seluar sambil berdiri

.. dan banyak lagi . kalau nak refresh memory boleh lawat kat sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 27, 2009

bersiap..

esok sekolah...

baju dah gosok,
beg dah kemas,
pencil case dah siap,
kasut dah letak depan pintu...
kreta dah cuci...

so,

nak tido dah....
selamat malam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 25, 2009

kemas rumah

alhamdulillah
setelah beraya beberapa hari,
baru hari ini berpeluang menjenguk blog sendiri...

sebelum berziarah ke blog kengkawan,
nak menyapu sikit habuk2 kat rumah sendiri...

selamat kembali untuk diri sendiri...
lagi 2 malam, nak sekolah...
sedih gak...
sebab dah syok bercuti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 17, 2009

Beraya


Cuti raya dah bermula sejak pukul 1.05 pm tadi... (ini bagi sayalah)

ramai juga rakan2 yang sedang dalam perjalanan kul 10.17 pm sekarang ni, ramai yang nak mengejar tol percuma tu ya...


Sama seperti rakan2 yang lain,
saya juga ingin
mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT KEMENANGAN
DAN

SELAMAT MEMBESARKAN ALLAH DI 1 SYAWAL


nanti.

Kesilapan memang tidak pernah berenggang dari saya,
so,
saya mohon maafkanlah saya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 16, 2009

nak naik haji...


saya adalah antara ribuan (?) wanita yang tidak pandai membuat biskut raya
cakaplah simple mana pun resipi kuih raya,
asal cuba buat je mesti tak jadi....

setiap tahun,
bila tiba raya,
duit mengalir macam air paip yang orang terlupa nak tutup.

mahal betul, biskut2 raya ni
tak beli salah, nak beli pun salah.

"K. normah tau tak?..."
"Tak...." sengaja mencelah sebelum sahabat itu menyambung ayatnya...
Dia tersenyum... Saya suka dapat membuat orang lain tersenyum


"Rasulullah dulu semasa hari raya , jamu tetamu ngan kurma dan air kosong sahaja..."
"Ya?.... eh kalau macam tu, jemputlah ramai2 datang rumah k. normah"


Bukan niat mempersendakan. Tetapi, bergurau sahaja.
Terfikir juga,
kuih-kuih raya ni pun bukannya semua habis dimakan.
Alih-alih, masa pot luck di sekolah,
sengaja membawa kuih raya supaya boleh dihabiskan.

"Tahun ni, orang-orang kampung yang buat kerepek mengeluh, perniagaan merosot," beritahu emak saya semasa berziarah beliau baru2 ini.
Emak saya seorang usahawan kecil...hihi
dia membuat kuih bahulu dan rempeyek untuk dijual

So,
tahun ini,
saya tukar strategi.
kuih2 raya saya hanyalah aneka kerepek, rempeyek, bahulu, kuih goyang....
paling mahal pun setengah kilo RM6 sahaja

lagi pun
tak dapat bonus kan.

berbelanja ala kadar sahajalah.
harap2 bila berjimat ni cepatlah naik haji.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 13, 2009

entri nak tanya pendapat


ni, entri nak tanya pendapat...

duit raya elok beri masa bulan ramadhan

atau

masa hari raya?


.......

* nak citer lebih tak larat nak menaip arini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 11, 2009

virus pun puasa?

sementara menanti waktu berbuka petang tadi,
saya menonton tv3,
kebetulan ada rancangan Al Kuliyyaah.

ada nonton ke?
penceramah jemputan ialah
Tuan Fadhillah Kamsah...

apa yang menarik?
saya tengok pun dah nak hujung...
sesi soaljawab dari email untuk penceramah.

salah satu email
bertanyakan pendapat....

'sejak dalam bulan ramadhan ini kes H1N1 makin kurang...
ada kaitan dengan bulan puasa ke?'

penceramah menjawab

'itulah kelebihan ramadhan,
bulan barakah.
wabak mungkin disebabkan kifarah atas dosa manusia...
dalam bulan ini , kita kurang melakukan dosa....
jadi Allah menyelamatkan kita, insyaAllah'

harap-harap berterusan lah begini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 8, 2009

buang jauh...


beliau ini antara tanda-tanda kiamat dah hampir sangat

semoga Allah menjauhkan kita dari fitnah yang dibawanya
rasanya
ramai yang dah kenal
bagi yang belum kenal
inilah dia
orang yang mendakwa dirinya ialah Rasul Melayu= Abdul Kahar

punya kaedah baru dalam dakyahnya
ada blog sendiri. klik sini
rasanya ramai yang dah ke sana menjenguk
ada yang menyumpah seranah

saya berdoa
semoga beliau dan pengikutnya diberi kesedaran oleh Allah semula
jika tidak
semoga Allah menghapuskan mereka...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 6, 2009

ironi nya ....

pernah hadapi situasi ini?

'Saya mencadangkan kepada pemandu bas ekspres supaya berhenti sebentar untuk sembahyang subuh.
Pemandu bas dengan egonya menyatakan tidak boleh berhenti.
Malah mendakwa dia juga orang yang bersembahyang dan dengan jahil mengeluarkan 'fatwa' untuk qadak sahaja.

Pakcik berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya berasa tidak sedap perut lalu meminta izin kepada pemandu bas supaya berhenti di kawasan rehat. Ironinya, pemandu bas ekspres itu akhirnya mengalah kepada pakcik yang mahu membuang air besar berbanding saya yang mahu berhenti sembahyang.'

di petik dari online dengan Tuhan m/s 39 - karya Zulkifli Khair

BEST buku ni ! 5 bintang.

kata saya:
takutkan najis berselerakan dalam bas berbanding takutkan azab Allah kelak. percayakan Allah tapi tak percaya azabNya. semoga pakcik bas dan kita segera sedar dari kealpaan dan kejahilan . amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...