Wednesday, July 1, 2009

malang...


cerita ni dah basi...saya tau..

tapi nak keluarkan juga rasa di hati...

rasanya arwah tu, muslim kut...so, saya sedekahkan alfatihah pada beliau dan takziah pada keluarganya..

dua hari berturut2, kita diberitakan dengan kematian bayi baru lahir yang lahirnya di dunia ini tidak diraikan.. yang satu dilemaskan oleh ibunya sendiri, manakala yang satu lagi meninggal dunia bersama ibunya...

"tulah... buat kerja tak elok, padan ngan muka dia..." seorang sahabat memberikan pendapatnya
"masa buat tak ingat, ha, sekarang menyesal tak sudah.. kalau anak aku,dah lama dah aku tendang..." seorang lagi menambah
"bukan tendang lagi dah... masa kecik2 dah disumbat dalam perigi" ujar seorang lagi

itu semua pendapat yang saya dengar, bila membaca kes si ibu muda melemaskan anaknya...

tiba pula kes pelajar utm yang katanya telah meninggal dunia lebih 2 hari bersama anaknya...

" napela... tak beritau sape2?bingung betul budak ni..." ujar sahabat tersebut
"bodoh betullah budak ni... macam bukan budak universiti je..."
"sebab bodoh tu lah dia buat keje macam ni..." yang lain mnutup cerita..

entahlah....

rasa sedih dan sayu
membayangkan, sayalah ibu kepada kedua-dua wanita tersebut.. (nauzubillah) alangkah sedihnya saya... Dugaan yang maha hebat rasanya

membayangkan pula, saya wanita tersebut... begitu buntu, bercelarunya fikiran dan jiwa saya menghadapi keadaan tersebut...
stigma dalam masyarakat kita yang begitu kuat menghukum tanpa menghulur pertolongan mungkin menjadi penyebab kepada tindakan 'saya'.. walau pun ada institusi yang membantu wanita-wanita seperti ini, tetapi jika tiada orang2 terdekat yang menunjuk arah... dalam keadaan yang maha buntu itu, dan sarat mengandung, apakah jalan keluarnya?

memang betul wanita-wanita itu salah... tidak dinafikan... tetapi mungkin juga Allah menjadikan kesilapan ini sebagai satu cara membolehkan mereka menjadi muslim yang lebih baik jika diberi peluang...

apalah agaknya tindakan pendakwah kristian, jika mereka ini pergi memohon pertolongan dari mereka? sudah tentu... pelbagai bantuan yang akan dihulurkan...dan saya pasti, bukan kata-kata nista yang dihamburkan, tetapi kata2 perangsang yang akan dihulurkan untuk memberikan keyakinan kepada mereka meneruskan hidup...

saya sentiasa berpendapat, bahawa, kesilapan yang kita buat memang akan membawa kesusahan, tetapi kesusahan itu akan mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik... malanglah pelajar utm tersebut kerana tidak berpeluang membetulkan jalan hidupnya semula...

tetapi... manakah pergi sahabat-sahabatnya, kaum keluarganya sehingga tiada seorang pun yang beliau percaya boleh membantu beliau... malang sungguh.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Dear klcitizen,

    Kesiannya mereka. Mungkin as you said, masyarakat kita terlalu 'sibuk untuk menghukum'. Sebenarnya kalau wanita tersebut sempat bertaubat sebelum kematiannya, mungkin Allah mengampunkan dosanya?!! Wallahualam...al-fatihah...

    ReplyDelete
  2. ina...

    kita pun doakan begitu juga... amin

    ReplyDelete
  3. salam cikgu
    itulah mindset orang kita...kita perlu ubah supaya golongan ini dapat sokongan hidup dan biarlah Tuhan saja yang menghukum.bukan kita.

    ReplyDelete
  4. ape nak jd dunia akhir zaman ni...

    ReplyDelete
  5. walau siapa pun mereka, kita masih terikat dengan tanggungjawab sebagai insan sesama insan.. :(

    ReplyDelete
  6. Dia bukan berada di muka bumni ni untuk di hakimi atau di adili..

    Bagi peluang pada mereka yang 'terbuat silap' ni..

    Siapa kita tuk jatuhkan hukum!!

    CUMAnya, harap adik2 ni, bukaklah pintu hati tu...jangan ikutkan hati sangat...

    Memang betul cakap orang tua dulu2, "ikutkan hati, mati...."..

    ReplyDelete
  7. Pokok pangkalnya kena berbalik kepada agama..saya percaya penerapan nilai agama yang secukupnya dapat membimbing seseorang remaja tu kearah kehidupan yang lebih baik krn tentunya dia akan berfikir dahulu tentang dosa dan pahala sebelum bertindak..ibu bapa kena lebih prihatin berkenaan aspek kerohanian ni..bukan sekadar memberi kebendaan jer kat anak2..itu belum mencukupi dan inilah akibatnya..wallahualam..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum cikgu,

    Adalah tidak wajar bagi kita menghukum kesilapan yang dilakukan tanpa adanya peringatan dan nasihat.

    Dakwah dengan hikmah bukan dengan hukuman

    ReplyDelete
  9. Masyarakat kita akan bercakap apabila sesuatu telah berlaku. Sebab tulah Islam ada peraturan pencegahan...misalnya jangan kamu hampiri zina bukan Allah kata jangan berzina.Peraturan atau HAD yang dibuat Islam sgt jelas. Peraturan memasuki rumah, pengasingan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.Waktu sesuai masuk bilik mak bapak.Semuanya ada malangnya semua ini dilihat sebagai peraturan yg ketinggalan zaman....maka kita terimalah akibatnya.

    ReplyDelete
  10. masyarakat kita lebih suka menghukum tanpa membantu..

    suka melihat tanpa menolong..

    bukti paling mudah masa eksiden..ada ke orang turun nak tolong? tak ramai kan? semua duduk tgk je..

    pasal kes buat anak, buang anak, mati anak ni-- kenapa jadi begini? ini yg ptt dibincangkan..bukannya tulis berita2 sensai di muka depan akhbar seperti 'gempar! pelajar melayu Islam mati lahirkan anak luar nikah'..

    ReplyDelete
  11. sahabat2...

    --> zharif : media kita kurang mendidik masyarakat supaya lebih memaafkan...apa yang kita baca, kebanyakannya menghentam, memburukkan orang lain, memandang dengan syak pada orang lain...

    utk ubah mindset, perlu perancangan... itu yang berjaya dibuat oleh orientalis...kan

    ReplyDelete
  12. dalia:... inilah dia akhir zaman...

    ummumishkah :... setiap tanggungjawab yg kita pikul akan dipersoalkan kelak, kan...

    arryani: ... kita pun berharapa mana2 yang SEDANG melalui musibah yang sengaja dicari ini, dapat mencari jalan keluar yang diredai... tidak menambah buruk lagi keadaan

    ReplyDelete
  13. zai...

    memang benar zai..tapi ramai juga dari latar belakang agama yang baik tetapi kecundang juga.. dugaan dan godaan terlalu hebat sekarang... ibu bapa sekarang ramai yang merasakan tidak perlu lagi mengambil tahu bila anak-anak sudah dewasa, sama ada yang sudah bekerja atau belajar di u...akibatnya, anak-anak yang tidak dapat menahan dugaan tewas...

    ReplyDelete
  14. en razak--->betul, dakwah berhikmah, ini yang sukarnya

    abu muaz----> inilah bala yang kita sedang terima dalam masyarakat kita

    basuh baju--->tepat sekali

    ReplyDelete
  15. Gua pernah tulih kat fesbuk hal ni..bagi kawen awal awal la senang..nih mak bapak pun bekira entah apa gila..

    ReplyDelete
  16. Salam..

    Saya tak terasa sangat tentang MJ..

    But student UTM tu.. buat hati rasa ngeri.. saat2 akhirnya penuh azab.. kesian dia.. mungkin tak tau nak buat apa.. sehingga akhirnya.. ajal jua yang tiba..

    Sedih.. Mudah2an diampunkan dosa2 dia.. walau sebesar mana sekalipun..

    :(

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.