Wednesday, July 8, 2009

dengar ni...pre-lawrian..


memenuhi permintaan bakal lawyer cum PM satu hari nanti ..insyaAllah.. mr Zharif

minta pendapat tentang PPSMI yang akan dimansuhkan pada 2012 secara berperingkat .. daripada seorang guru kerdil yang tidak bertauliah..

gasaklah zharif... ini sekadar pendapat sahaja...

1. sudah diwarwarkan dah... akan dimansuhkan. so.. saya menurut perintah sahaja lah.. bangkang-bangkang nanti, takut kena potong gaji

2. secara peribadi, (ni, kalau kita tak masuk bab bahasa jiwa bangsa la..ya )...
selama mengajar science n chemistry dalam bahasa inggeris... pelajar-pelajar yang akademiknya baik, tidak menghadapi masalah menggunakan mana-mana bahasa...(2 bahasa ni, la, kan, bahasa melayu atau bahasa inggeris...)

saya rasa pun, sekiranyalah.. mereka ini belajar dalam bahasa malaysia di menengah dan hanya mempelajari subjek tersebut dalam bahasa inggeris di IPT, mereka masih tidak menghadapi masalah... sebab mereka ni MEMANG NAK BELAJAR, dan ada keupayaan untuk menguasai..

3. yang menjadi masalahnya ialah pelajar golongan sederhana dan lemah dalam akademik... betul sangat seperti hasil kajian tu... pelajar ini , sukar menguasai kandungan subjek tersebut... dan penggunaan bahasa inggeris dalam sesetengah keadaan mematikan minat mereka...

saya berpendapat...

tujuan mempelajari sains adalah untuk memahami perkara yang berlaku di sekeliling, supaya tidaklah nanti perkara yang mudah pun dalam kehidupan seharian kita tak reti...
contohnya...camana nak lambatkan ais dari mencair... jangan letak dalam air, bungkus ngan kain ...contohnya lah

pelajar2 sederhana dan lemah ini bukannya nak jadi saintis ke, doktor ke atau angkasawan ke... jadi istilah2 sains dalam bahasa inggeris yang dia sendiri pun tak faham bukannya boleh mereka guna dalam seluruh kehidupan mereka...

tetapi

kefahaman tentang sains yang lebih penting..
dalam setiap pekerjaan, dan perjalanan hidup kita, pasti ada konsep sains yang kita gunakan...
kalau kita tak faham...tak reti... itu yang jadinya kita boleh ditipu dan dipermainkan...

jadi... saya setujulah dimansuhkan

bagi kepentingan pelajar lemah dan sederhana

4. namun begitu... saya juga bersetuju dengan masalah kelemahan berbahasa inggeris di kalangan pelajar sekarang..

dan ..

baguslah , masa pengajaran BI ditambah... (selamat berjuang untuk sahabat2 yang mengajar BI)

tetapi ...

saya rasa , lebih wajar penekanan lebih diberi terhadap communication skill pelajar

ini yang pentingnya... saya lebih berfokus pada pelajar sederhana dan lemah... kerana ini yang majoritinya di sekolah harian

mereka ini akan keluar nanti bekerja sebagai teksi driver, pengurus kedai, sales person dll yang akan berurusan dengan orangramai, lebih2 lagi pelancong... dan mereka mesti pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik

format peperiksaan muet ... saya rasa perlu dimasukkan dalam peringkat spm lagi.. jadi, nak tak nak, pelajar mesti belajar bercakap dalam bahasa inggeris...

5. ... kenapa 2012...? wallahualam....

secara berperingkat, mungkin ..supaya Form 1 tahun ini yang mempelajari bahasa inggeris masih boleh menjawab dalam bahasa inggeris semasa SPM nanti..

la.. zharif, kaitkan dengan PRU 13 nanti...taklah pulak terfikir gitu
kita bersangka baiklah ya

6....takdelah poin ke 6...sebab dah ngantuk ni...

esok pagi, nak sembang ngan cikgu2 kat kantin, masa rehat...

wallahualam... hanya Allah sahaja yang maha mengetahui


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 comments:

  1. pandangan dari golongan pendidiklah yang perlu didengar dan memandangkan saya ada satu blog sahaja yang ditulis oleh golongan pendidik so terima kasih kerana memberi pandangan cikgu =)
    pandangan lawyer sebab 2012 dipilih hmm..tu jela..maybe sebab PRU. Dari segi undang2 takdela effect sangat.

    setuju dengan cikgu.Komunikasi kena ditekankan lebih.

    ReplyDelete
  2. mereka ini belajar dalam bahasa malaysia di menengah dan hanya mempelajari subjek tersebut dalam bahasa inggeris di IPT, mereka masih tidak menghadapi masalah... sebab mereka ni MEMANG NAK BELAJAR, dan ada keupayaan untuk menguasai..

    sy sgt setuju yg ni..kalau yg dh di IPT tu dh kira yg terpilih..tp bila di sekolah..takut menguncupnya minat diorg terhadap S&M..'Kesilapan pendidkan boleh membunuh satu generasi kan'?

    ReplyDelete
  3. terpaksa pasrah...
    anyway, syabas kepada cikgu2...
    salute berspring berkali -kali coz kesabaran itu....

    memang wajar dapat hadiah tiap tahun..

    hehe....

    ReplyDelete
  4. Salam...ntahlah cikgu, byk masa & wang telah tercurah utk program tersebut & akhirnya dimansuhkan begitu saja, adalah baiknya dulu wang tersebut disalurkan kepada perkara yang lebih manfaat kepada rakyat.

    Seperkara lagi hampir keseluruhan di daerah pendalaman di tempat saya yg tidak mempunyai kemudahan letrik...mcm nak laksanakan program PPSMI

    ReplyDelete
  5. Tak menjadi beban ke untuk anak-anak kita..kejap BM..kejap BI..then BM balik..adehhh..jadi bahan uji anak-anakku. Diorang ni buat sesuatu tak kaji dulu kesan jangkapanjang..pakai main buat aje...yang jadi mangsanya kita dan keluarga kita...hehehehe

    ReplyDelete
  6. dulu masa kakpah sekolah kalau cakap BM kena denda 5 sen setiap perkataan. Untuk mahir BI kena melalui komunikasi. Belajar grammar tu sume kalau tak dipraktikkan kita tak mahir. Sebab tu orang dulu-dulu BI kira terer juga. Budak sekarang BI lintang pukang walaupun Sains dan maths dlam BI. Sebab bukan matapelajaran ni yang buat budak pandai BI.

    ReplyDelete
  7. Sejujurnya, saya kesian kat para guru sains/matematik... fening kapla ka? kejap english kejap b.melayu.... sabar yer.

    Pengalaman saya belajar zaman bahasa melayu, tak der masalah pun. Malah ramai generasi kami berkerja di peringkat international. Belajar dalam bahasa apa pun tak penting, yang penting...faham. Kalau pelajar tu tak faham bahasa inggeris, macam mana nak bagi dia faham konsep sains dalam bahasa inggeris, betul tak?

    Syabas cikgu, am so proud of u.

    ReplyDelete
  8. satu polimik yg menarik.
    saya berpandangan begini.
    sebagai warga pendidik yg diluar sistem sedia ada....

    saya menharapkan pada keikhlasan dalam apa juga perlaksaan.samada sistem & tindakan.

    saya memujuk diri saya : agar tidak melihat isu ini dari sudut politik...

    biar pun dah macam2 kita dengar....

    ReplyDelete
  9. Pd saya bahasa mana2 pun tak apa... yg penting minat nak belajar... sebelum ppsmi ni dijalankan dulu, ramai anak-anak bangsa kita yg berjaya - dan selepas ppsmi dijalankan ada peratus pertabahan mendadak ke pd kejayaan pelajar2 kita. rasanya mcm biasa je. so, saya pun tak nampak kesan dia melainkan kegagalan bagi pelajar2 lemah/sederhana tahap penbelajaran mereka..
    saya yg ada pengalaman belajar di sekolah biasa-biasa dan kemudian dpt kesempatan belajar kat sekolah asrama penuh. saya dpt tgk perbezaan penggunaan bahasa dgn semangat bersaing antara kedua-dua jenis sekolah ni... saya memang kesiankan pelajar di sekolah biasa.
    subjek 'killer' digabungkan bersama menjadi 'killer'yg lebih hebat.

    apa-apalah..

    yg diorang tu, dulu masa sekolah dulu belajar math/sains dlm bhasa inggeris ke sampai boleh jadi menteri... bahasa melayu jugak kan opssssss...

    ReplyDelete
  10. batch saya mula belajar sains & maths dlm BI ketika di Matrikulasi. mula2 memang agak parah.oleh itu, kamus sentiasa ada bersama (terutama subjek kimia & bio). tetapi kami akhirnya mampu menyesuaikan diri kerana pkara2 basic dlm sc & Mt telah-pun kami kuasai semasa di sekolah.
    jadi, pada pendapat saya, PPSMI hanya sesuai dilaksanakan untuk peringkat STPM,Matrikulasi,dan IPT.
    wajar-lah ia dimansuhkan untuk pelajar sekolah :)

    ReplyDelete
  11. Dear klcitizen,

    Yang kesiannya pelajar dan guru... apabila sesuatu rancangan/plan dibuat dengan ada percampuran politik dan tanpa kajian yang lengkap dibuat, inilah yang terjadi...kesian pada budak2 yang lemah dan sederhana dan juga yang tinggal di pedalaman.

    Sebenarnya takde masalah pun dalam P&P semasa PPSMI kan? Dan sebagai bekas guru BI, sebenarnya isunya ialah bagaimana tahap penguasaan BI murid disekolah rendah. Ia patut diterapkan dengan baik semasa disekolah rendah lagi, segala basic grammar terutamanya. Bila di sekolah menengah tak payah lah guru BI masih mengajar 'is, are, was, were' etc. Sepatutnya disekolah menengah sudah boleh concentrate dengan application and appreciation of the language sahaja! Ini tidak, dah masuk sekolah menengah masih ajar basic grammar, macammana??

    ReplyDelete
  12. aku percaya hal PPSMI ni dibuat untuk bisnes semata-mata.Banyak projek datang oooiiii. Semua untuk kepentingan bisnes . Yang jadi mangsa anak-anak melayu melopong dalam kelas ntah apa istilah sains yg cikgu cakap sepatah haram pun mereka tak faham.Yang cikgu ni pulak bercakaplah dalam Bahasa Inggeris waktu mengajar Matematik dan Sains.Cikgu ni pun belajar dulu dalam pengantar Bahasa Melayu. Tak faham aku kenapa boleh jadi begini.

    ReplyDelete
  13. saya berpandangan PPMSI hanya boleh membantu untuk sains dan teknologi.. kita tgk apa makna LASER dalam bahasa melayu.. tak der kan? jadi terpaksa guna juga BI. Cuma PPMSI tidak membantu untuk kemahiran komunikasi seperti point yg diberikan.. :) Jadi kalau itulah matlamatnya PPSMI, sampai bila pun matlamat tersebut tidak akan tercapai...

    ReplyDelete
  14. dearest sahabat..

    tq for commenting on my view...

    -->zharif: i'm juz a humble goverment servant... so ikut perintah, kalau nanti dia suruh ajar dalam bahasa jawa, ajar jugalah

    -->n@m@n:the bright students, they have no problem with this implementation, and in a way its quite sad to abolish ppsmi considering that these students will benefit the most

    ReplyDelete
  15. LOL : pasrah.. but if given a choice.. i would prefer the segregation method.. those who opted for the elective sciences should be taught in english, becoz they can...

    razak: kerana bertindak atas dasar politik, tanpa kajian... jadilah membazir

    ReplyDelete
  16. tirana: yes... pity the students...as i say... the weaker students will suffer in this system, but for those who has the ability and capability to master english, it is a real bonus to them studying sc n maths in english

    it is so pitiful to see these weaker students that can't even understand simple english words struggling to master sc n maths

    ReplyDelete
  17. k.pah

    betul sangat tu... my english teacher, we called her mrs bulldog, she would reprimand us if we speak other language than english during her class...

    but..students nowadays tak taku cikgu la, kpah... camana?

    ReplyDelete
  18. aina@azila

    nak buat apa kesian kat cikgu... coz the victims here are not the teachers...
    it is the students... either way, there are bad consequences... whether we opted to abolish or otherwise

    mana bole dapat semua dalam hidup ni kan...

    ReplyDelete
  19. mr jinggo...

    polemik yang dicari..

    ReplyDelete
  20. chimera...

    yes... the students are being victimised...
    but...
    looking through my point of view, the most victimised are those who are weak academically... not to say that the weaker students can only be found in the rural areas... there are many of them also in the cities...

    in a way it is right to abolish ppsmi..

    but when we are considering the brighter students, it is like we are closing their opportunities to have a better option in life.. and this is quite sad

    ReplyDelete
  21. ainee

    --->speaking from experience ...right?

    ReplyDelete
  22. ina...

    wah patutlah ina pandai cakap org putih...mantan guru BI

    u are right about that..that is the real issue in schools.. we are not talking about the convents school, VI, STAR, elite schools in taman tun, bandar damansara or whatsoever...but the not so good schools like mine...this is the thing

    ReplyDelete
  23. abu muaz..
    mmm... that too happens, but kita berbaik sangka la. there are benefits and certain consequence

    ReplyDelete
  24. ummumishkah...

    ramai juga yang mempertikaikan tentang terminologi... if the students are going to further their studies in these fields, yes, it is better for them to master as early as possible...

    tapi...

    kalau budak yang lemah dalam akademik tu.. buat bendelah belajar terok2...camni...

    diorang ni kena faham sains dalam bahasa dialah

    i don't have any problem teaching in english to those that excel academically.. tapi yang nak buat ayat lengkap in english pun tak boleh...camana?

    ReplyDelete
  25. Salam ziarah cikgu..

    Agaknya saya terlalu lewat dtg ke kenduri cikgu ni..tapi tak pa lah cikgu...entri cikgu kali ni sangat2 menarik...PPSMI...

    Saya bersetuju dgn cikgu...eyalah sbgi cikgu kita ni tak bole lah komen panjang2 kan...etika katakan!

    saya pun ada buat catatan tentang PPSMI tu..cuma pandangan cikgu luar bandar /pedalaman kat Sabah ni..kalau ada masa jemputlah dtg jenguk..terimakasih..

    ReplyDelete
  26. Salam teacher,
    pada pendapat saya, dimana ada kemahuan disitu ada jalan, contohnya macam kanak2 yg baru belajar bercakapla..mmg mula2 dia akan belajar dari zero tapi kalau hari2 kita bercakap dengannya lama2 budak2 tu pun akan faham juga akhirnya samalah dengan bahasa inggeris ni pun kena amalkan selalu lama2 nanti pasti boleh..mcm teacher saya buat dulu kat kelas bhs inggeris siapa cakap malay kena denda..mmg berkesan betul..last2 seme pelajar dapat A++ dalam exam..

    ReplyDelete
  27. buat sesuatu untuk dimansuhkan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.