Sunday, August 2, 2009

dinosour di sekolah....

banyak betul masalah kat dunia ni kan....
belum lagi masalah sendiri punya...

ni
ada lagi satu masalah lain
yang dah lama
tapi dipandang sepi
atau
dipandang sebelah mata
sahaja kan...

klik sini

kalau nak tengok fenomena kepupusan dinosour
secara live
gi saja
ke semua sekolah
di Malaysia ni...

cikgu2 lelaki ...
memanglah spesis yang dah nak pupus...

aii
nak buat camana

pada pendapat saya yang tak bertauliah ni
fenomena ini
akan mendatangkan
masalah dan impak yang sangat
serius
pada cucu dan cicit kita nanti...

salah satunya ialah...
makin bertambah-tambah-tambah kuranglah
pelajar2 lelaki akan ke universiti nanti...
(ada banyak lagi kesan yang lain)

kenapa?
sebab
cara cikgu pompuan dan cikgu lelaki
mengajar
memang lain
cikgu pompuan suka berleter
benda2 remeh pun dipandang besar oleh cikgu pompuan
tulisan tak kemas, tulis tak bergaris dsb

nak buat camana
ini memang tabiat kami

benda2 camni tak disukai oleh bebudak lelaki
cara budak lelaki belajar lain
tapi
kalau asyik kena leter
dengan
SEMUA cikgu perempuan yang masuk ke kelas
punggung budak lelaki mana yang tahan panas...

akibatnya
masuk sahaja menengah
dah nampak
pelajar2 lelaki yang sebenarnya cerdik
tetapi nakal (nakal2 budak)
mula menjauhkan diri dari masuk kelas...

sedih...kan
bebudak ni ada akal
tapi kekadang kita2 cikgu pompuan ni
menyebabkan
mereka hilang minat

sebab itu
mesti seimbang guru perempuan dan LELAKI

tolonglah....
kaum lelaki
ajak kengkawan
dan ANDA sekali
bersama kami mendidik anak bangsa kita
takkan nak dibiarkan sahaja
fenomena ini

jangan asyik menuding jari

engkaulah...engkaulah
yang 'aku' ni...
asyik mengharap kerja lain yang lebih glamor lagi

K.Pendidikan pun diharap
melonggarkan syarat bagi kaum lelaki ini
supaya dapat memasuki bidang perguruan
ini bukan tidak adil
inilah keadilan dalam tindakan

nanti kelak
jangan
marah andai
98% anak lelaki kita
nanti
lebih gemar
berbibir merah
dan
lembut lenggoknya...

mmmm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. Leteran guru bukan sembarangan...byk nasihatnya..Leteran menunjukkan WE CARE!!
    Tapi sentiasa buat telinga bdk2 panassss!!ermmm... :)

    ReplyDelete
  2. Cikgu pompuan kan macam mak-mak...mak-mak semuanya suka yang almost perfect!
    yang kecik2 pun dibesar2kan, dipanjang2kan....semuanya nak suruh anak2 jadi cemerlang dalam banyak aspek...si bapa pulak, ada ambik mudah...sebab katanya tugas mak didik anak....ntahlah......dunia-dunia. Tak pe orang pompuan, jadi cikgu - orang lelaki keje lain!

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan cikgu. Saya di sini pun menghadapi masalah yang sama, kekurangan tenaga pelajar lelaki. Masalahnya saya kena kawan dengan tenaga-tenaga pengajar perempuan (belum kawin pulak tu).

    Isteri saya macam tak berapa nak percaya bila saya pergi berkursus atau menghadiri aktiviti-aktiviti pelajar. Isy.. isy.. isy.. takkanle saya nak menduakan dia. Jauh sekali....

    Butang baju aku mana Pah??

    ReplyDelete
  4. kadang2 leteran cikgu membuatkan budak2 rasa dipedulikan dan dihargai.Lagipun kalau tak buat salah xkan cikgu nak berleter kan?
    cikgu lelaki sesuai jadi cikgu disiplin.Kalau cikgu perempuan yang jadi cikgu disiplin budak2 xkisah.
    *Tukar2 untuk perubahan cikgu.Baru nampak kreatif sikit hehe

    ReplyDelete
  5. sokong!
    skolah sgt bmasalah jika guru lelaki semakin pupus..mslh ni mmg sudah dijgka,lihat saja fakulti pndidikan di IPT..rata2 pljr ppuan menguasai.
    knp lelaki x minat jd cikgu?

    ReplyDelete
  6. Saya pun kategori dinosaur la ye??hehe..

    Antara sbb lelaki xnk jadi cikgu pd pandangan sy adlh pandangan org ramai terhadap profesion kita...bila ckp cikgu??? eleh..ape kelas..tp bila engineer, doktor..ke langit diorg julang..jd sbb tu la org lelaki ni kurang minat..yela..ego kitorang kn tinggi..

    Pastu peluang naik pangkat..mmg skang bnyk peluang..tp jawatan lain lagi cepat kan??Tu jugak puncanya org laki xminat

    Suasana kt sekolah pulak??Adui..mmg org laki ni eg tinggi..sy akui..kalau berpanas,berpeluh mmgla xnk..yg ddiorang nak..beraircond la..

    Rasanya byk lg sbb..KPM kena buat kajian ni..

    ReplyDelete
  7. salam cikgu.. saya ingat dulu kat sek taman keramat kena denda dgn cikgu diri atas kerusi sebab tak wat keje umah.. hehe, sorry cikguu

    ReplyDelete
  8. cikgu mmg sinonim ngn leteran...hikhikhik...

    ReplyDelete
  9. Salam KLCitizen,
    Kerjaya sebagai guru sungguh mulia lagi banyak pahala. Kenapa ramai lelaki yg tak berminat?

    ReplyDelete
  10. Sesuaikan leteran itu agak ianya tidak membosankan tapi membina semangat...

    ReplyDelete
  11. Lelaki ni sebenarnya adalah pemimpin. Maaflah nanti ada kumpulan yg inginkan persamaan hak marah pula.Tetapi lelaki hari ini telah tidak mengetahui bahawa mereka adalah pemimpin......kalau disekolah ustaz juga perempuan maka siapa pula yg akan mengimamkan budak-budak lelaki yg nak solat ni////......kita sebenarnya mengecohkan kehidupan sendiri.Nanti tentera pula akan kepupusan budak lelaki. Lagilah haru kita.

    ReplyDelete
  12. Cigu lelaki ni satu jer yang I risau ... panas baran! Kalau masuk kelas yg berantu, huishhh ... ada sajer yg kena belasah (ini I yg terover ..). Kalau sampai mak bapak datang, kan ker siksa nak menjawab ...

    ReplyDelete
  13. saya setuju la.. cikgu lelaki ni mudah baran,kalo dia bengang ngan budak kelas lain terbawak2 ke kelas yang lain...cikgu pompuan lak memang ramai yang suka berleter.zaman saya sekolah dulu,bebudak lelaki ni suka melayan cikgu yang suka membebel ni,nanti tak yah belajar!!!
    Saya pernah mencadangkan anak lelaki saya ambik bidang perguruan, mati2 dia tak nak...tapi ada angan2 nak jadi pensyarah...

    ReplyDelete
  14. salam.. mmg tak ramai dp kalangan lelaki yang minat jd chikgu sejak tahun2 70an lg kak mengajar di SAB 75% chikgu perempuan sampai skrglah macam tu agaknya.. masa nak pencen pun di sek teknik macam tu juga.. dulu masa sekolah pun masa di tingkatan 1 hingga 3 ada sorang je chikgu lelaki selalu kena usik dik chikgu2 pompuan..

    ReplyDelete
  15. Ke mana agaknya pergi orang lelaki? Ataupun memang benar kita sedang mengalami kepupusan makhluk yang bernama lelaki..Aduhai..dunia sedang menuju ke penghujung perjalanan..

    ReplyDelete
  16. Pada saya lelaki perempuan sama je..kalau lelaki ramai pun belum tentu pelajar nak blajar..n kalau kat sekolah saya, saya salute kat cg2 pempuan yang memang superb mengajar dan buat tugasan yang diamanahkan..yang lelaki???haha pikirlah sendiri

    ReplyDelete
  17. eh... saya masa sekolah dulu lagi sukakan cikgu pompuan lah... terutama sekali cikgu yati yang ngajar subjek bio tu... huhu.. lawa dia tu. sebab tu bila exam, subjek bio memang selalu dpat A1 punya..

    ehhh!!

    ReplyDelete
  18. Salam Kak..
    berleter bertempat..
    berleter tapi utk kebaikan..

    Kadang dorang tak faham yg cikgu2 pempuan ni begitu teliti dlm mendidik..

    ReplyDelete
  19. Nak kata lelaki kurang pun tak jugak tengok kat pusat serenti, penjara, kem tahanan ISA, kem pendatang asing semenya dipenuhi dengan kaum lelaki..

    tapi tula LELAKI yang berkualiti hampir dah tak ada nak mencukupi kuota..jadi terpaksala kaum perempuan tetap monopoli sesetengah bidang kerja nie..

    ha...tapi kalau nak tau kat banyak ada kaum lelaki adalah kat wad sakit puan dan hospital bersalin. kat situ mmg banyakla teacher..

    ReplyDelete
  20. tak puas hati, tak puas hati.....

    ReplyDelete
  21. Dear klcitizen,

    I totally agree with you. There should be male teachers around. The boys need someone that they could look up to...sigh.
    Sebenarnya, syarat kemasukan sebagai guru lelaki adalah lebih longgar jika dibandingkan dengan guru perempuan. Cuma yang menyedihkan bilangan yang mengisi borang perguruan terlalu sedikit dari kaum lelaki...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.