Sunday, August 9, 2009

hormat sikit ya....

sekarang ini
memang selalu membaca kisah
remaja melahirkan anak di luar nikah

tapi
kalau membaca
pelajar di sekolah agama
yang membuat kerja
rasa terbakar di dada tu
terlebih2 lagi...
geram...
rasa macam nak di tempeleng sahaja bebudak ini...

Sungguh saya tidak percaya,
Zana yang lahir dalam keluarga orang baik-baik,
tinggi ilmu agamanya,
sopan pula tutur katanya
sebenarnya hanyalah manusia jahil
apabila tiba ke babak yang satu itu.
Babak penuh desah nafas
dan degup-degup jantung yang hangat.
-
"Kami ke demonstrasi,
tiada bas untuk pulang,
kami sewa hotel murah dan kami terbabas.
Percayalah itu kali pertama"
-
Tuhan sayangkan kamu.
Sekali dan terus hamil.
Jika tidak hamil, kamu akan
melakukan berulangkali
-
"Jamil mana?'
-
"Bukankah kamu lakukan atas falsafah
suka sama suka?"
-
'Saya mahu segera menjadi Zana
yang dulu.
Sister Audrey sudah dapatkan ibu bapa angkat
untuk anak ini.'
-
"Saya pejuang kakak,
saya dalam kabinet MPP universiti,
saya pendebat juga.
saya mahasiswi dengan gred yang tinggi saban semester.
Saya juga ikut berjuang menentang kezaliman
kerana negara kita negara demokrasi"
-
"ini Jamil," saya ingat Zana
tuding jari pada helaian akhbar.
Pada wajah pemimpin pelajar
yang ditangkap dalam demonstrasi menghapuskan ISA.
-
Saya angguk.
Dalam hati saya berkata,
Jamil,
engkau sebenarnya sudah lama
kalah dalam perjuangan.


ha... itu cuma
sedutan cerpen Hati Yang Parah oleh Hafizah Iszahanid
dalam Majalah i -Ogos 2009.

tetapi
memang dari pemerhatian
dan pengalaman,.....
pelajar2 yang bertudung dan berkopiah n berjanggut
ni
sentiasa diperhati
kalau anta semua buat benda tak betul walau pun kecil
contoh.... berduaan, walaupun di khalayak ramai
memang tak manis sungguh2

bukan lah
nak kata
yang orang lain buat tu manis.....
memang tak manis
tetapi
hormati lah tudung dan kopiah anda...

kalau dah yang bertudung ni pun buat perangai
tak senonoh
apatah lagi lah yang lain tu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 comments:

  1. citiz,
    Kalau imannya tipis bagaimana segala godaan syaitan dan iblis mau ditangkis?

    ReplyDelete
  2. salam cikgu
    agama sekarang ni hanya dipelajari semata tetapi tidak dihayati..

    ReplyDelete
  3. Jika beriman & sesungguhnya takutkan Allah swt. insyaallah tak lakukan itu semua...

    ReplyDelete
  4. Jika solat itu lakukan dengan penuh rasa takqwa maka ianya akan menghindar dari sebarang maksiat kerana merasa setiap perbuatan akan diperhati oleh yang Maha Pencipta
    seperti firmanNya, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar." (QS al-Ankaabut 29:45)

    ReplyDelete
  5. yang susahnya bertudung dan berkopiah ikut2an. Tanpa penghayatan.

    ReplyDelete
  6. Islam in Malaysia is suppressing humanity, dignity and desire of a normal human being.

    Islam in Malaysia is causing trouble to non-Muslims who goes about their everyday life to do what any other normal human being on earth are doing.

    Islam in Malaysia does not respect traffic law when Muslims can park their cars all over the road and cause inconvenience to everybody.

    Islam in Malaysia does not contribute to the progress of the malay race and any other race in Malaysia.

    Islam felts threaten in Malaysia, when nobody actually gives a damn about them.

    ReplyDelete
  7. Ban UiTM. Ban MRSM. Ban MARA. Ban Matrikulasi stream. Ban sekolah Agama.

    ReplyDelete
  8. Remember Raja Petra said: More than 90% of malays were actually non-Muslims, because they don't follow the teaching of Islam.

    I firmly believe, when I die and go to hell, I will meet many "Malaysian Muslims" there, all the munafik who used Islam not for them to be closer to God, but for their idiotic, selfish and vicious self-interest.

    More classic examples of half-past-six mentalities displayed by the present so-called leaders, ministers, and worst of all politicians (monkey brain), bad for the nation but good for those who knows how to take advantage of their stupidity.

    Religion alone can never help us to become more clever and smart, especially with the present attitude and style of the malays, who are going backwards more and more, and heading for the caves and jungles in time to come.

    In Malaysia the constitution is not the supreme document in law. It has been so trampled by the Umno gangsters; it has come to a point where these gangsters are a law unto themselves. To them the constitution is respected when it suits their intents and toilet paper when it does not.

    Mob rule is tolerated by the police when it is an Umno orchestrated mob. Non-Umno gatherings are an inconvenience and clobbered to pulp.

    Malaysia is dead as a nation. They are dying to call this land Tanah Melayu so we might as well let them destroyed it. It is no loss to the non-malays since they are treated as pendatang anyway.

    Let these gangsters plunder and rob their own kind. They are notorious for inbreeding in any case. They would probably enjoy devouring their own kind too. Crooks and hypocrites at the helm will never grow a nation. Only chaos and disaster beckon.

    I wish it were different, but I have long since decided they deserve what they get. No point in banging my head against the wall.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Langkah pencegahan menurut Islam :

    1)Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.

    2) Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.

    3)Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.

    4)Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.

    ReplyDelete
  11. By hook or by crook including murder, harassment and corruption, other than the normal legal ways. That is what UMNO means.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. "kentanjim said...

    Ban UiTM. Ban MRSM. Ban MARA. Ban Matrikulasi stream. Ban sekolah Agama."

    Ni contoh untuk peribahasa marahkan nyamuk kelambu dibakar. Ertinya; satu tindakan yang tidak cerdik akibat dari pemikiran yang singkat, cetek mahupun terencat.

    ReplyDelete
  14. Kepada golongan yang bertudung dan berkopiah..lagi kuat syaitan menggoda..itu yang kadang2 terbabas tu..Bermakna pertahanan diri (iman) kena dipertingkatkan.

    ReplyDelete
  15. persoalan kita bukan yg berkupiah, bertudung tetapi yg bertopi, berjaket, berjeans ketat, semuanya tertakluk kepada peraturan illahi. Cuma kita tak ambil cakna larangan dan suruhan pencipta kita.

    ReplyDelete
  16. syaitan ada dimana-mana..
    lagi kuat benteng keimanan, lagi kuat godaannya. Jadi, janganlah kita terlalai walau sesaat!

    ReplyDelete
  17. Gua dah suruh mak bapak kawenkan lu orang banyak nak bangkang..

    ReplyDelete
  18. manusia selagi dipanggil manusia..

    ReplyDelete
  19. salam.. suspen jer, tak mau nak bahas ttg wanita bertudung yang ...... apapun semoga mereka sentiasa sedar kesilapan, saya pun baru mengenakan tudung

    ReplyDelete
  20. sbb tu org ckp pakaian melambangkan peribadi..

    nak jadi muslim yg baik bukan dgn berkopiah atau tudung labuh..


    kena elokkan perangai dulu..

    kdg2 tu heran dgn pelajar2 lain..sibuk menegur pakai itu tak sesuai pakai ini tak kena, tp perkara yg lbh ptg spt anak luar nikah ni terlepas pndg..

    ReplyDelete
  21. salam,
    memang membimbangkan!!tak reti nak cakap camana lagi...kadang anak2 ni dalam rumah segalanya nampak molek,bila keluar je dari rumah,mereka boleh berubah menjadi orang lain..

    ReplyDelete
  22. Salam Teacher,

    Syaitan akan sentiasa menggoda umat manusia tidak kira samada bertudung, berkopiah atau tidak..asalkan lemah imannya pasti akan terkenalah tipu dayanya..kerana itulah Allah melarang lelaki dan perempuan utk duduk berdua2an kerana letak diantara keduanya adalah syaitan..

    Sekarang ni mmg bertudung pun ramai tapi rasa2nya sekadar fesyen je kot sbb ramai juga yg bertudung tapi masih liat nak menunaikan solat..itupun dah jelas..

    harap2 dengan entri teacher ni akan menyedarkan lebih ramai ibu bapa utk lebih prihatin aktiviti anak2 kat luar sana..jgn mudah percaya..

    ReplyDelete
  23. Jangan marah pada agama Islam. Islam agama syumul. Yang bersalah bukan agama. Yang bersalah penganutnya. Mana-mana agama pun mengajar penganutnya berfikiran rasional. Kalau yang tak bergamaa tu tak taulah macam mana...

    ReplyDelete
  24. salam cikgu..

    saya sentiasa berdoa agar anak2 dara saya tak terjebak dengan kerendahan moral yang sebegitu..

    ReplyDelete
  25. Hello KL Citizen, I really couldn't help laughing read your expression, "nak tempeleng"....waaa, I have not heard nor read that expression I think more than 35 years!
    I think it was my Malay friend who one day said that to his naughty son, "nanti saya tempeleng did...", ha ha.
    You have a nice day, senang datang, Lee.

    ReplyDelete
  26. Cikgu,
    ape kena dengan:

    reek
    kintajim
    vesawe
    Boleh

    tu? Saya rasa mereka tu....

    ReplyDelete
  27. cikgu,

    Ada 4 comments yang penulisnya nak kena tempeleng.

    ReplyDelete
  28. tak kira bertudung berkopiah atau tak, dosa buat maksiat tetap dosa yg sama... dihukum Allah dgn hukuman yg sama dan dibakar dlm neraka yg sama...

    zaman sekarang, cabaran dlm mempertahankan iman tu sangatlahhh susah. Iman tu bukan dpt diwarisi. Anak imam ke, anak ustaz ke... Godaan Syaitan tak pilih bulu... keturunan yg baik tak memadai utk jadikan kita baik. Nabi Noh - Seorang nabi, tapi anak isterinya kafir...

    ada bezanya org pergi sekolah nak belajar sebab setakat belajar atau terpaksa dgn org yg belajar kemudian dalami ilmu yg dipelajari dan di praktikkan dlm kehidupan.

    Sekolah agama memang uniform dia kena bersongkok dan bertudung. Jadi ada jugak yg berpakain mcm tu sebab faktor uniform bukan sebab nak tutup aurat...

    dan ada jugak ibu-bapa2 yang ada anak2 bermasalah disiplin, lepas tu cara nak atasinya - hantar anak2 tu ke sekolah agama - biar usatz ustazah yg didik... Kalau mak dgn ayah sendiri tak mampu nak didik pastu serahkan pd org lain utk didik anak2 bermasalah, apalah daya ustaz/ustaza/cikgu sekolah agama ni untuk merubah mereka... jadi, tak kiralah dari sekolah jenis apa pun, kalau dah dari asal memang punya masalah tetap akan membawa masalah jugak... - jadi, jgn dinilai dari pakaian, jgn dinilai dari sekolah agama atau tak, jgn dinilai dari keturunan...

    moga Allah ampunkan mereka...

    ReplyDelete
  29. wah ... ada yang marah sangat ngan kekita ni ya...

    jangan marah ....
    nanti darah tinggi
    cepat pi...

    ReplyDelete
  30. suka plak baca cerpen itu...

    mcm2 dah kes kak...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.