Monday, August 24, 2009

tak yah makan, tengok je

gambar hiasa tanpa kebenaran : umami


"semalam buka apa?'

ala... macam tak ada topik lain. dah la tengah berkeriut perut ni...
tak apalah
kawan punya pasal, layan jugaklah

"buat mee goreng je. jemput ikan bilis. tuje.... ni mesti bukak best semalam ni. kalau tak takkan tanya..?"

"takdelah... kami orang buka kat Hotel 'tut'...... je semalam. saja bawak budak2 buka kat sana."
"isyy ... mesti mahal kat sana ya?

"taklah jugak.... dia kira kepala" (la... macam saya tak tau... tapi buat muka tak tau ....)
"berapa sekepala?"

"RM80++....."
"Ha... mahalnya...?! makan apa kat sana?"

"Macam2..."
"Yalah... macam2 tu, macam apa?" (buat2 jual mahal pulak orang kaya ni..)

"Ada 50 hidangan.... masakan melayu semuanya... nak apa? sambal tempoyak, gulai tempoyak? semua ada"
"Habis ke makan?" (teringat mee goreng saya dan jemput ikan bilis semalam....pun tak larat nak habiskan)

"Kenyang terbarai....Tak larat nak bangun..."
"Ada tempat solat ke?"
"Ada... terawih sekali pun ada"

"Ramai orang terawih kat situ?"
"Ntah... dah tak larat... balik je. tu pun sampai rumah dah kul 10 lebih. Lepas solat Isya' terus tidur"....

Aii... makan apa sampai 50 hidangan ni...
ni bulan ramadhan ke , bulan makanan??
Tapi...
walaupun menu asal dua saja di rumah,
jiran2 sebelah yang baik hati
bertukar juadah
penuhlah meja
daripada dua hidangan menjadi 6 hidangan...
tak larat juga nak menghabiskan

inikan sampai 50 hidangan...
camanalah nak ikut sunnah kalau gini gaya kita
saya pun tak tau nak kata...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. kecohnyer kawan cikgu nie. Mungkin nak berkongsi cerita dia. Baru tadi bukak pose kat rumah student, ngajar tuisyen. Mak datok, penuh meja, orang kaya bukak pose memang camtu, tapi makan sikit jer. Jangan membazir di bulan Ramadan. Berjimat juga. Ramadan kareem.

    ReplyDelete
  2. pose ni buka kat umah sendiri.. umah mak.. dan umah mertua jerr.. malehh nak terkejar2 ke hotel.. ke kedai makan ke.. bazar ke.. hmm..

    ReplyDelete
  3. Kalau saya jgnkan ke hotel.. bazaar ramadhan pun tak kuasa nak gi....
    kalau duit berlebihan lebih baik bersedekah dibulan yang mulia ini....banyak ganjarannya!!

    ReplyDelete
  4. huhuhu 50 hidangan, byk tu.. xlarat...

    ReplyDelete
  5. Salam Teacher,

    Ramadhan dtg utk mengajar kita menjadi orang yang bertaqwa bukan utk jadi orang yang menurut hawa nafsu...

    ReplyDelete
  6. Yang pasti kalau berbuka di hotel memang sedap tapi bab nak melakukan ibadah seterusnya..... (Kalau perut dah penuh, bantal je ubatnya......)

    Saya sangat setuju dengan saudara Razak.

    ReplyDelete
  7. salam cikgu.. selalu sy kuat makan tapi skrg ni jadi kurang selera lak tgk lauk.. hari pertama n kedua jer gamat umah lauk pun gamat pas tu wat ikan goreng jer

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu...

    Saya memasak di bulan puasa lebihkurang sama aje dengan bulan2 tak puasa. Janji makanan tu seimbang dan tidak membazir..Alhamdulillah, dah 3 hari berpuasa, makanan cukup-cukup aje, tak membazir dan belum pernah jenguk ke bazar ramadhan lagi..macam hai..malas nak keluar..sekolah pulak tengah cuti sekarang ni..lagi seronok berkubang kat rumah aje.

    ReplyDelete
  9. sebenarnya..dia nak cakap dia berbuka kat hotel... soal lauk tu perkara kedua...

    ReplyDelete
  10. zai pun harini ada jemputan majlis berbuka puasa kat hotel tak jauh dari rumah..budak2 kat umah tu mesti seronok dapat berbuka dgn juadah mcm2. dah 2 tahun juga tak pernah beli juadah berbuka semua masak sendiri..alhamdulilah nasib baik sempat juga memasak sblm masa berbuka tu.

    ReplyDelete
  11. afdalnya makan korma atau air sejuk..

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Marilah kita berdoa agar kita dipelihara daripada pembaziran.

    ReplyDelete
  13. Salam...Besok malam baru je nak buka di hotel..huhu.Sebenarnya ada jemputan, memang tiap tahun begitu, untuk customer yang sllau buat event ke kat hotel tu..selalunya makan sikit, sekadar memenuhi undangan..malu jugak kalau dikatakan 'kaya'

    ReplyDelete
  14. kalau yang berkemampuan, pergilah. tapi janganlah sampai terlepas tarawikh. Sayang tu...
    Penuhkan perut tapi kantung pahala tak penuh. kan rugii....

    ReplyDelete
  15. Hi, assalamualikum.

    Terima kasih cikgu. Pak Caq sekeluarga ni mmg dah sebati dgn beli makanan luar. Sesekali, ari minggu ke baru masak sendiri. So sana sini le p, tp tak boleh mengalahkan jiran sebelah yg suka explore rata2, KL, PJ n sampai Shah Alam nun.
    Hmmm, nice blog, dah banyak improvement :)
    Selamat pose.

    ReplyDelete
  16. salam cikgu
    50 hidangan?biar betul
    saya biasa buka pun satu dua lauk je..memang xreti nak makan banyak lauk2..membazir nanti.

    ReplyDelete
  17. perrrggghhh...memamg power...

    ReplyDelete
  18. Salam Kak..

    Teringat jiran dik, setiap kali puasa akan beri buah kurma kat rumah..

    hari pertama dik g bazaar jugak..

    ramai org..

    tapi last2 beli air soya jek..

    tapi, makan kat rumah best rasanya..

    hehe..

    adik akak ni menyibuk jer.

    ngeeeee...

    ChanteQ header.. KL hooooooooo..

    ReplyDelete
  19. 80 hengget satu kepala????

    tapi, takpelah... bersangka baik jelah.. mungkin dia nak merasa makan buka puasa kat hotel. setahun sekali je... saya pun pernah gak mcm tu... nak cuba je. pastu terkejut tgk lauk dgn segala jenis hidangan... hah engkau, 7,8 kali pusing pegi meja buffet... kalau bulh semua nak sapu... huhu.. nafsu-nafsu..

    ReplyDelete
  20. salam cikgu,
    begitulah kalau makan di hotel. Kadang sendiri pelik, kenapalah mahal sgt, mmglah kita boleh ambik apa suka, tapi perut2 mcm kita bukannya pun larat nak makan semua. Semasa kerja makan gaji dulu kerap juga sy dijemput berbuka di hotel, ttp biasanya selepas makan rasa sebak sendiri, dengan RM100++ untuk satu kepala ini, kalau di kg, boleh buat jamuan berbuka untuk 1 qariah surau...

    ReplyDelete
  21. Kak,

    kalau lu nak tengok anak gua ada kat sini:

    http://mummyassie.blogspot.com/2009/07/welcome-to-world.html

    Kawan gua main remabt saja..

    ReplyDelete
  22. best kan time berbuka?? dalia pun suka..cuma tak suka time abis berbuka sbb ari2 kena basuh pinggan...huhuu....(dalia ni dahla pemalsa...waaa...)

    ReplyDelete
  23. kalo cite kat org makan makanan neighbour bunyi cam tak glamer sangat...tp kalau cakap makan kat hotel baru bunyi glamer...

    kalau 6 hidangan macam tak cukup competitive...50 baru cam hero dan mewah...

    padahal sedap ke makanan hotel itu?

    berlagakkah atau suka muntah darah?

    ehehee...nice blog!

    ReplyDelete
  24. kalau orang kaya berbuka macam tu, biarlah ... dia kaya. Mana pulak dia nak habiskan duit. Hotel pun nak bisnes juga. Mungkin bagi dia harga macam tu tak seberapa. Asalkan jangan membazir sudahlah. Tapi kalau orang miskin, buka puasa macam tu kerana nak tunjuk2 ...masalah besar nanti.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.