Tuesday, August 11, 2009

warkah...




SMK Taman Setiawangsa,
Kuala Lumpur.

11 Ogos 2009

Ke hadapan sahabat-sahabat blog yang dikasihi.


Apa khabar kalian semua? Diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sudah berpuluh tahun saya tidak menulis surat kepada mana-mana sahabat saya. Hanya sekadar menghantar kiriman teks ringkas melalui telefon mudah alih sahaja. Rindu betul rasanya hendak menerima surat-surat melalui posmen.


Biasanya posmen hanya menghantar bil-bil, katalog dan penyata-penyata taksiran sahaja ke rumah saya. Sudah berpuluh tahun tidak menerima surat dari sahabat, adik beradik atau kenalan.


Tujuan saya menulis surat ini adalah ingin mengajak kalian bersama-sama memakai topeng muka. Esok saya berazam hendak memakai topeng muka. Saya tahu kak pah dan arryani telah mengamalkan memakai topeng muka. Kak Pah menghadiri konvo anaknya dan memakai topeng muka, begitu juga arryani telah bershopping ke jakel dengan memakai topeng muka.


Saya belum lagi. Segan agaknya. Lagipun, tidak dapatlah saya menayang lipstick saya.(hehehe).

Ada rakan saya yang mencadangkan memakai lipstik di atas topeng muka. Adalah peluang saya memiliki bibir seperti Angelina Jolie.


Rasanya sampai di sini dahululah bicara saya. Diharap dapat mengubat rindu kita semua.

Sekian.

Yang benar,
cikgu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. wah..siap berwarkah lagi..Tp mcm mana ek kalao mengajar pakai face mask..mesti xselesa kn...

    ReplyDelete
  2. Cikgu Normah,

    Saya jarang ke tempat ke crowded dah sekarang ni...Dan sememangnya saya jarang keluar pun kecuali hantar amik anak-anak saja. Seminggu sekali pergi market. Itu pun pergi awal pagi ketika market masih kosong..hehehe.. tapi walau macammana pun akan di usahakan juga pakai topeng supaya orang tak kenal saya..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Pakai mask tu memang langkah yg bijak!!
    ..especially duk tempat yg crowded!! Macam2 adaaaaaa...!!

    ReplyDelete
  4. hari ni CM dah mula pakai disekolah...masa mengajar pun, sbbnya sekolah CM dah ada kes yang disyaki, tapi belum confirm positif H1N1.
    Tak selesa, panas dan segala rasa.
    masuk bilik guru, buka semula! he..he..

    ReplyDelete
  5. saya jual benda tu kat koperasi..70 sen sahaja..murah2

    ReplyDelete
  6. cikgu, tadi kpah pegi tadika pakai mask. Budak2 tanya gak kenapa umu pakai topeng. Jelas mak bapak masih ramai yang tak jelaskan perihal penyakit ni pada anak-anak.
    Ada juga anak-anak yang pakai mask. Masa datang elok je mask tu melekap kat muka. Masuk kelas je, haha.. leher yang pakai.

    ReplyDelete
  7. erk! mlsnye nk pkai mask mse konvo =(
    cam x menarik je

    ReplyDelete
  8. Isk.... tak bestnya pakai "mask", nak bercakap pun susah (dah ada "filter" le pulak).

    ReplyDelete
  9. salam
    lecturer saya tadi pun dah start pakai topeng..tapi saya je belum pakai topeng lagi.

    ReplyDelete
  10. Dear klcitizen,

    Bagus la kalau cikgu nak pakai mask tapi please buy a more expensive mask because yang murah itu tak ada filter yang bagus (the holes are bigger than the virus so the virus could still get in). Please invest in a better mask RM5 and above because it'll be better insyaallah.

    ReplyDelete
  11. huh.. lama betul tak dapat surat fizikal yang tak rassmi ni.... inshaAllah kami pun dah mula pakai topeng muka...

    ReplyDelete
  12. Salam teacher,

    Saranan teacher tu sungguh baik...

    ReplyDelete
  13. hari ni saya pakai topeng muka ketempat kerja. memo sudah dikeluarkan oleh pihak Human Resources. sama2 laa kita mencegah dari merebaknyerr virus2 yang membawa maut dan juga mengelakkan kita dari terjangkit sama..

    ReplyDelete
  14. Huk...huk..huk... terharunya ngan akak KL ni. Siap berwarkah lagi....

    ReplyDelete
  15. aduhai dah lama tak terima warkah titah perintah nie..

    hmm bagus juga saranan tu..tapi mcm teacher dok katala..nanti bila pakai mask..orang tak leh nampak lak lipstick angelina jolie tu kan .hehehe

    ReplyDelete
  16. salam cikgu,

    saya dimaklumkan oleh anak saya,bahawa pakai mask pun ada cara.Ikut pada situasi kesihatan pemakainya kalau kita memakai untuk mencegah jangkitan,kita kena pakai sebelah yang kosong disebelah dalam dan yang ada anti kuman di sebelah luar,dan begitu sebaliknya..Walahhualam!!

    ReplyDelete
  17. Ke hadapan kekandaku Normah dengan selamatnya....
    Tujuan adinda menulis warkah ini adalah untuk bertanyakan pendapat kekanda mengenai pemakaian topeng ini. Adapun beberapa anak murid adinda bertanya, tidakkah kuman dari mulut sendiri itu akan 'termasuk' balik dalam mulut disebabkan topeng yang mat merimaskan itu?
    Sebagai seorang yang arif dalam bab sain menyain ni, dan sering terlibat dalam eksperimen yang gempak, sudilah kiranya kekanda menjawab soalan adinda ini.
    Wassalam...

    ReplyDelete
  18. Bisnes ni..... mari-mari masuk pilih topeng muka...murah,murah, tiga keping sepuluh ringgit. Cepat,cepat ada satu dozen lagi niii..

    Ini berita baru diterima .....kes kematian H1N1 semakin meningkat...

    ReplyDelete
  19. Kepada Cikgu @ Kak,

    Salam..
    Terima kasih kerana menulis warkah kepada kami. Sehingga saat ini, kesihatan masih d tahap yang baik. Cuma risau kerana mangsa virus itu meningkat dari ke hari.

    Cikgu jaga diri ok. Pakai jer topeng. Lipstik boleh tayang after H1N1. huhu...

    Sehingga sini perutusan ini.

    LoL,
    Pearls

    ReplyDelete
  20. topeng muka tiba-tiba jadi mahal sekarang ni... harga naik hampir 100% dlm masa seminggu je...

    bukan mahal pun sebenarnya, cuma dinaikkan harga . minggu 4posen, sekarang dah jadi 7posen (tak tahulah kot2 memang peniaga yg ambik kesempatan)...

    papepun. pakailah topeng tu... utk diri kita jugak...

    ReplyDelete
  21. salam.. hehe saya bayangkan pakai lipstick kat luar mask tuh.. kih kih pas tu buat misai panjang, laaa dah melalut lak saya. Situasi skrg ni mmg patut pakai mask tu utk lindung

    ReplyDelete
  22. salam Normah, emm semalam baru dapat beli.. kata anak akak jenuh juga nak cari dah takde stok.. cuma dapat 3 keping kat giant ulu kelang ni.. rm3 .. beli sbb hr isnin ni nak ke hkl sebagai pesakit luar 3 bulan sekali jumpa doktor untuk check rutin.. ya lah kat hospital kan tempat org sakit.. kenalah ambil langkah jaga2.. akak jarang kuar rumah sbb kira mcm oku juga.. pencen pun sbb tak boleh kerja dah.. bagaimanapun setelah kita berusaha memakai topeng ni kita berdoalah banyak2 agar wabak/bala ini berakhir dengan segera.. dan semoga Allah pelihara kita semua dp jangkitan virus ni.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.