Monday, October 5, 2009

tangan yang memberi, lebih baik?

Membaca kesusahan orang,
terasa beruntungnya diri...

Pendatang,
dari Bangladesh yang menjadikan laluan bawah LRT sebagai tempat tidur,
meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya.
Bayangkan,
jika, salah seorang dari pada mereka itu ialah ayah kita, atau adik kita...
atau suami yang kita cintai.
Memanglah,
sebahagian mereka menimbulkan masalah pada kita.
Tetapi,
meletakkan nilai kemanusiaan terlebih dahulu dalam sudut pandangan kita,
betapa kasihannya ... berhijrah jauh dari tempat lahir, ingin mengubah kehidupan,
tetapi,
masih tidak kesampaian.



membaca pula,
masalah pelarian Rohingya yang daif,
bersama keluarga, anak2 yang kecil...
aduii tersentuhlah hati mengenangkan.
bilamana sakit,
tidak mampu untuk mendapat rawatan kerana kos yang mahal,pada nilaian hidup mereka, walau dari hospital kerajaan kita di sini.

agaknya, adakah
kerana murah hati kita berkongsi rezeki bersama mereka,
yang ikhlas ingin membaiki hidup ini,
Allah masih memberi rahmat pada kita,
menjauhkan kita dari bala bencana dan
malapetaka?

harapnya , begitulah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. Kalau saya boleh tolong saya tolong je kak tapi dengan syarat diorang jangan menipu. Kalau menipu mmg saya balun cukup2. Beruntung kita dengan nikmat yang kita ada harini.

    ReplyDelete
  2. betul tu kak..

    tapi kdg2 org yg menerima tu tak mengenang budi org yg memberi

    apa2 pun ihsan sesama manusia patut dijaga kan..

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Begitulah..
    Bila terasa kesukaran..ingatkan masih ada yg lebih sukar..ingatkan masih ada yg lebih besar dugaan hidupnya...terasa jua syukur padaNya..

    ReplyDelete
  4. Mudah2an begitulah hendaknya..ALLAH menyayangi kita kerana bumi Malaysia masih ada banyak insan yg prihatin dan memberi peluang dan ruang kpd insan2 yg kekurangan diluar sana utk mencari rezeki tapi mungkin keselesaan ini tidak akan berterusan jika dalam pada masa yg sama kita juga melakukan banyak kemungkaran.

    ReplyDelete
  5. Salam, kadang-kadang nilai pertolongan kepada warga Bangla ini lebih bermakna dari warga Indon yang tak sedar diri......

    ReplyDelete
  6. Salam kak..hari tu saya tengok depan mata saya sorang bangla kena belasah kat mamat melayu ni..yang kununnya sayang awek la..kesian bangla tu, katanya nak rampas awek dia..yang melayu ni nak tunjuk jantan depan awek kununnya..last2 kena penampar balik kat majikan bangla ni..

    ReplyDelete
  7. hari ini saya bersyukur dengan nikmatNya..
    diharapkan apa yg kita sumbangkan ini - tidak adalah - generasi kita akan dtg tido bawah jampatan...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Rezeki itu daripada Allah, Allah beri kpd sesiapa yg dikehendakinya. Semua yg ada pada diri kita milik Allah, jd kena gunakan ikut apa yg Allah suka, kita memberi tak harus minta balasan dp yg kita beri, minta balasan dp Allah, sbb semuanya dp Allah.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...

    Jadilah seorang yang suka memberi, bukan menerima. Percayalah, semakin banyak kita berikan kebaikan kepada orang sekeliling anda, semakin banyak rezeki yang bakal terima. Ingatlah, Allah S.W.T maha adil.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu..

    urmmmmm.. mmg kesian kekadang kita tgk kedaifan mereka.. tapi kan.. aderr gak segelintir yg menambil kesempatan atas kemurahan hati negara kita ni..

    nak kesian, mmg kesian.. tapi bila depa dok buat hal kat negara kita.. tu yg terbit rasa nak mengungkit..

    hmmmm.. TAK SEMUA laa kan cikgu..

    ReplyDelete
  11. kadang2 kan cikgu, budaya mereka yang sederhana nieh mebuatkan sha terfikir, adakah mereka buat begini kerana budaya ataupun kerana kesederhanaan?

    sbb....mereka cukup simple. boleh makan di atas jalan tanpa segan silu. sha suka tu.

    tp ada jugak yang melanggan pelacur dan tiba2 kehidupan yang simple itu dihalakan pada benda2 yang tak baik.

    ntahlah, perasaan ini berbelah bagi.

    ReplyDelete
  12. saya rasa begitulah ... sedangkan orang nak berperang dgn kita guna buluh runcing pun, kita masih sudi hantar misi bantuan SMART, kutip derma, hantar bekalan, doktor, ubat dsb.

    ReplyDelete
  13. salam cikgu,
    saya pun harap begitulah.

    Berharap dgn "kemurahan hati" dan "lembut hati" serta "pemaaf"nya kita, Allah melindungi kita dari segala macam bentuk malapetaka dan bencana yg melampau. Tak mengapa jika kita x menerima balasan baik dr org, kerana kita hanya mengharap balasan dari Allah dan redhaNya sahaja.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Dear Kak,
    Melihat kehidupan mereka ini, kita sangat bertuah kerana tak pernah melaluinya..

    Jika kita merasakan deritanya hidup ini, haruslah kita sedar bahawa di luar sana masih terlalu ramai yang lebih derita daripada kita.

    Semoga mereka tabah dan beroleh kesenangan kelak..

    ReplyDelete
  16. Salam.

    insyaallah,harap begitulah.
    semoga kita tak lelah membantu.
    dan terusan ikhlas.:)

    ReplyDelete
  17. Dear kl citizen,

    Harapnya begitulah...

    Tetapi, kita juga harus 'tabik' kepada mereka ini yang sanggup bersusah-payah untuk mengubah kehidupan mereka dan keluarga. Jangan pulak kita hanya leka berada di zon selesa...

    ReplyDelete
  18. Lebih banyak memberi, lebih banyaklah kita dapat......

    ReplyDelete
  19. Salam. Kita ni cikgu sudah terlampau memberi.

    ReplyDelete
  20. yang cikgu bagi tu hanya contoh tentang kesusahan orang lain. Tak semestinya yang susah itu semuanya seperti yang cikgu gambarkan, kan?
    Kpah setuju dengan cikgu. Melihat kesusahan dan kepayahan hidup manusia lain membuat kita insaf yang kita ni selalu mengeluh tentang kesenangan yang kita kecapi. Sekurang2nya kita ada tempat tinggal yang baik dan makan minum yang cukup.

    Apa salahnya kita kongsi kesenangan kita ini dengan mereka. Rajin2lah bersedekah dan mengeluarkan zakat.

    ReplyDelete
  21. itu la ujian Allah..kdng2 nikmat itu diberikn melimpah ruah kpd orng yg tidak beriman dan orng2 kafir.dan kdng2 kesengsaraan diberikn kpd umt islam.tp sbnrnye nikmat Allah ni amat luas.merangkumi segala aspek kehidupan.bkn miskin semata-mata.hmm..kesian tngk nasib mereka.muga keraajaan mewajibkn setiap majikan syarikat yg bsr2 kne sediakan tmpt tinggal kpd mereka spt rmh kos rndh ke..bknnye camni.

    kesihatan,keamanan,keamanan,kekayaan&segala bentuk material dunia adalah nikmat Allah untuk semua manusia termasuk manusia beriman,tidak beriman mahupun kafir.yang kita lbh inginkn bknlah nikmat Allah semata-mata tetapi rahmah dp Allah..kerna rahmah Allah hnya diberikan kepada orang2 beriman yang dikasihiNya shja.mudah2an kita perolehi keduanya.insyarallah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.