Tuesday, June 30, 2009

tertanya-tanya...


tadi membelek2 blog kengkawan dan membaca ulasan2 kengkawan yang lain di blog2 orang2 lain, terjumpa pantun lama ni...

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
----------------------------------
----------------------------------

sambungan pada pantun tu saya pasti ramai yang dah tahu....

bukan itu yang saya nak bicarakan

cuma

kenapa pisang emas yang orang dulu2 bawak belayar? bukan pisang tanduk? pisang raja? pisang rastali?

saya bertanya cikgu BM cum cikgu Sejarah... sebab pastinya dia lebih arif bab ini...

katanya, sebab pisang emas tu ranumnya bukan di atas pokok ..sangat sesuai dibawa dalam pelayaran yang memakan masa... lagi pula ranumnya bukan serentak, sebiji...sebiji...sebab itu pembayang kedua dalam pantun itu... masak sebiji....

betulkah?

kalau betul memang handal sungguh kiasan orang2 melayu ni ya...

atau

ada sebab lain kenapa pisang emas sahaja yang dibawa belayar?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 29, 2009

marah...

siapakah yang kita dah marahi harini?

mmm...setakat kul 6.51pm ni, saya dah marah...budak 5C tadi, ada sorang, perempuan, sebab tak siap homework... (tapi taklah hangin sangat saya masa tu)...masih ingat lagi , budak tu anak orang, bukan anak sendiri...

o..ya, ada lagi sorang, pagi2 lagi, masa nak tolong sorang cikgu lain, hantar bebudak ke wangsa melawati (dalam 20 minit perjalanan kereta), ada seminar kecemerlangan fizik tadi di sana... budak ada 7 orang, sebuah kereta tak cukup, minta van, tak bole...sbb mahal (ha...ini bab lain kalau nak cerita)... so tunggu, punya tunggu, punya tunggu budak sorang ni, majlis kul 8, masa tu dah pukul 735am... last-last datang... pakai selipar pulak. marah jugak lah saya kat budak ni... tapi cikgu yang sorang tu lebih baik hati dari saya... so... budak tu kira selamatlah. lagi pun, saya ni menolong je... bukan program saya..


kira...ok lah tu.

baru 2 orang...

kengkawan??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 28, 2009

miskin ...


miskin pada nama?



miskin kasih?



miskin harta?




miskin tanggungjawab?


miskin akhlak?



miskin pengabdian?




ada lagi miskin-miskin yang lain?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 27, 2009

sampai begini sekali?

sesekala melayan...
disalin tanpa kebenaran dari lawakjenaka.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

berdebar....

baru sahaja menamatkan bacaan buku A Mother's Tears...

bahagian awal dan endingnya menyedihkan... tetapi ada part yang rasanya membazirkan ruang, tak perlu ditulis... bahagian tersebut agak sedikit membosankan. bagaimana pun, keseluruhannya ok

ni mula ingin membaca buku motivasi pula... dari april 2009 sudah berada di pasaran... Quranic Law of Attraction karya Rusdin S. Rauf. Penulis ini berasal dari Indonesia, dan buku ini telah dialihbahasa dari bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia.

Kan ke, Law of Atraction karya Michael J. Loisier tu bestseller satu dunia , macam The Secret karya Rhonda Byrne....buku Quranic Law of Attraction ini membicarakan hukum yang sama tetapi dari kacamata seorang pemuda Muslim.
(bestnya, ya, muda2 sudah banyak menghasilkan buku yang akan dibaca entah untuk berapa generasi akan datang.... inilah antara cita2 saya yang tak kesampaian, iaitu mengarang buku bestseller)

satu perangai saya ialah bila nak start baca buku baru...selalunya berdebar2 sikit, i don't know why... every time its like that.. macam nak gi jumpa kawan baru kat tempat baru...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 26, 2009

doa

bila sahabat kita sendiri sedang bersusah hati, bersedih atas ketidak adilan, apakah yang kita boleh lakukan? sedangkan kuasa dan upaya kita sendiri pun tidak sebanyak mana...

bila ketidak adilan berlaku di depan mata, apakah yang boleh kita lakukan? sedangkan suara kita pun tidak dipedulikan....

melihat , terasa sayu , mendengar terasa berat di hati ...

hanya yang terdaya, mendoakan semoga ALLAH mendengar permohonannya, memakbulkan keinginannya...memberikan kepada sahabat kita kekuatan yang tidak dapat kita hulurkan...

Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 24, 2009

jawapan yang menyakitkan hati?

"cikgu!... nampak tak cikgu X? dia gi mana, eh?"


la... putus concentration.
biasalah, dalam bilik guru, tengah sedap buat kerja, tiba-tiba datang budak sekolah... tak beri salam atau apa, sergah kita ni, tanya cikgu sekian, sekian... kalau cikgu tu duduk sebelah meja kita, ke atau berjiran dekat-dekat kita ke, boleh lah juga meneka-neka..

ni, ditanyanya cikgu yang mejanya jauh betul dengan kita, dan kita memang tau yang cikgu tu jarang duduk di mejanya , mungkin kat makmal ke, bengkel ke, manalah tau dik ooii... entah2 m.c. ke, kursus ke... ada kat 50 lebih orang cikgu belah sesi pagi ni, mana saya tahu diary cikgu tu..

"mmm.. rasanya ada dalam handbag saya kut.. dia tak nak keluar..."


hahaha.. muka budak tu dah pelik. kesian pulak lah... teruk betul cikgu ni. so kena pujuk la budak ni...kang mengadu kat emak bapak dia cakap cikgu kurang ajar pulak


"la.. saya tak nampak dia, tak tahu lah pulak dia gi mana, cuba gi pejabat, tanya kakak kerani kat situ. lain kali beri salam dulu ya..nasib baik tak heart attack saya ni...
"


pening...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 23, 2009

maaf


"ok.. kelas. itu sahaja untuk hari ini. Kalau umur saya panjang kita jumpa lagi minggu depan. Kalau tak jumpa, saya minta maaf dan saya dah maafkan kamu semua..."

kadangkala bila mood agak baik, saya akan menghabiskan kelas dengan ucapan sebegitu...

"ala...cikgu, jangan cakap cam tu... tak baik"

itu jawapan yang saya akan terima , biasanya, dari pelajar...

"apa yang tak baiknya? betulla saya tak tahu, ada tak lagi umur saya ni... lepas ni pun tak tau... ntah-ntah accident ke... sakit ke..."

"alah ...cikgu, tak baik cakap camtu... macam doa je"

"bukan doa... cuma saya mengingatkan diri je.... umur panjang-panjang sangat pun sampai 200, 300 tahun buat apa, kawan2 semua dah mati, anak2 pun sama, dah tua makin kuat tak apalah, ni nak berjalan pun tak larat, menyusahkan orang je... "

bukan apa... kadang-kadang saja nak mengusik bebudak ni, biar dia dan saya sedar yang hidup ni tidak tahu apa seterusnya...

benda yang lepas memang dah tersurat... yang akan datang... wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 21, 2009

IFC ....

memang sudah lama betul tidak membaca majalah Al-Islam keluaran Utusan Karya-Anak Syarikat Kumpulan Utusan... sebab banyak kontroversi..

tetapi setelah bertukar editor, saya terpanggil untuk membacanya semula.. sudah dua keluaran, lain sedikit penampilannya dan skop beritanya.. pada saya yang kurang gemar isu-isu kontroversi sesama muslim ini, memang agak menyenangi langkah yang telah diambil.

Ada beberapa isu yang menarik dalam keluaran Julai 2009 nya, tetapi yang saya nak kongsikan tanpa kebenaran mereka ialah :

ANCAMAN DARIPADA 14 TUNTUTAN IFC TERHADAP UMAT ISLAM ...

IFC= Interfaith Commission (Suruhanjaya Antara Agama)

(saya tuliskan beberapa sahaja, yang lain beli sendiri dan baca sendiri ya... hehe, bukan apa, tolong promote sikit kawan kita ni... o, ya .. yang dalam kurungan selepas setiap tuntutan tu , ulasan saya, tak ada dalam majalah tu)

m/s 19
tuntutan no.5: Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam (ni Pancasila lah ni )

tuntutan no.10 :Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum (banyak cantik muka diorang ni...!)

tuntutan no. 13: Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk orang-orang bukan Islam (dok terbayang dah orang-orang yang akan berderet depan pintu pejabat Baitulmal ni siapa nanti kalau tuntutan ni terlaksana)

Yang ini memang layak kita cakap 'Seperti Belanda dapat tanah....' Memang dasar tidak pernah cukup.

Tetapi yang peliknya... mat-mat islam dan minah-minah islam dalam IFC tu pun sekepala... pelik....pelik...

Jom pegi sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kat mana-mana sama saja...



image ni saya copy dari http://www.greatfunnypictures.com/browse.asp?cat=3&pageactive=37

tak taulah pulak kat mana kelas ni, rasanya bukan sekolah kerajaan di Malaysia, kalau sekolah swasta mungkinlah, atau kat singapore kut.. tapi bila dah nama budak-budak kan... macam-macam perangai. sama aja kat mana pun, bangsa apa pun... yang buat perangai lah kan.

Kadang-kadang perangai budak-budak ni 180 darjah berbeza dari di rumah. Ada yang buat kita tergelak, dan banyak juga yang menyakitkan hati.

Bab-bab yang menyakitkan hati ialah bila:
  • melawan cakap, bila kita tengah marah (masa cikgu marah, diam je, kecuali awak tak salah lah)
  • masuk kelas lewat, lepas tu macam kita di depan kelas ni, tunggul aja, tak ucap salam atau minta maaf
  • homework tak pernah siap
  • bersembang atau berborak masa cikgu tengah explain, lepas tu cakap tak faham apa cikgu ajar
  • cakap cikgu tak pernah ajar bab atau tajuk-tajuk tertentu, padahal dia tak datang sekolah, atau sibuk dengan latihan menari atau sebagainya. Apalah salah, jika terlepas kelas minta tolong cikgu stay back untuk terangkan pada dia... biasanya tak pernah cikgu nak menolak..
  • memanjang tak faham, padahal orang lain boleh faham ... sebab? tak buat revision, practise lagi soalan-soalan yang berkait di rumah. Setengah budak-budak ni, diorang expect bila cikgu tu ajar dan masa tu jugak boleh lekat dalam kepala dia untuk setahun tanpa diorang buat ulangkaji, itulah cikgu yang best kononnya... saya rasa minum air penawar pun kena minum banyak kali, bukan cukup sekali..
Aiii... penat jugak membebel ni. Kat kelas membebel, dalam blog pun sama... mmmm

nak gi minum kopi jap...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 20, 2009

selesai...

dah selesai membaca buku 'Setangkai Gandum & Sebutir Bom' semalam... banyak pengajaran dan kesedaran yang dapat... banyak juga menilai diri sendiri.
Cuma ayat terjemahannya kurang best sikit...ada beberapa typing error, itu pun menyebabkan kurang best lah.
walau bagaimana pun, ada beberapa teks yang ingin dikongsi untuk jamuan akal kita...

m/s 180 :
' Sebelum kamu menghinaku, maka berdialoglah terlebih dahulu, sebelum kamu menghakimiku, maka dengarlah perkataan ku, sebelum kamu mendedahkan keburukanku maka nasihatilah diriku, sebelum kamu memusuhiku maka berilah kesempatan kepadaku supaya aku dapat menahan diri"

Bila membaca perenggan di atas teringat-ingat senario politik di Malaysia dan juga senario dunia hiburan kita. Seolah-olah masing-masing lebih sempurna dari yang lain, seolah-olah pandangan dan pendirian masing-masing lebih benar dari yang lain. Padahal setiap kita tidak pernah sunyi dari kesilapan, bila melihat kesilapan orang lain, sepatutnya kita melihat dulu kelemahan kita.


m/s 214 & 215 :
' ...
jalan untuk meraih ketenangan adalah keletihan, jalan menggapai kecemerlangan dan kemenangan adalah memerlukan titisan air mata, kesakitan dan keperitan.... Sekiranya di dunia ini ada seseorang yang mempunyai kesempurnaan dari pelbagai aspek, sama ada kemuliaan, harta, kesihatan, kedudukan, kesenangan dan keamanan maka dunia ini pasti menjadi syurga baginya dan tidak ada lagi syurga di akhirat.'

Betullah tu, kerana itulah Allah jadikan syurga bukan di dunia. Dunia ini hanya tempat ujian. Cantik betul buah fikir Dr. Aid Abdullah Al-Qarni, kalaulah saya bisa membaca bahasa Arab, mestilah lagi cantik susun atur kata-katanya...

Sekarang ini sedang membaca buku yang telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dari bahasa Melayu... penulisnya Soo Cham atau nama muslimnya Nur Safura binti Abdullah... "A Mother's Tears" . Tajuknya pun kita dah tau yang emak menangis...Baru baca m/s ke 8, rasa tersentuh sungguh hati. Teringat emak di rumah....





Mungkin ramai yang sudah baca, sebab buku versi bahasa Melayunya diterbitkan pada 2007 oleh DBP. Katanya ini kisah benar, kisah seorang ibu berbangsa Cina yang takut kehilangan anak-anaknya dek anak-anaknya diberi hidayah memeluk agama Islam.

Tidak sabar hendak menghabiskan buku ini ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 17, 2009

Setangkai Gandum & Sebutir Bom - Suka Duka Kehidupan Umat Islam Kini

"Gamal Abdul Nasir pernah berjanji kepada kita untuk melemparkan Israel ke dalam lautan, namun beliau malah menyerahkan Sinai kepada Israel, menghumban para ulama ke dalam penjara dan kemudian membunuh mereka di tali gantung.
Saddam Hussein pernah berjanji akan membakar separuh bumi Israel dengan senjata kimianya, namun beliau malah membakar bumi Kuwait dan menyelamatkan bangsa Israel. Ahmadi Nejad sekarang telah mengucapkan talak tiga kepada Israel dan berjanji menghapus kewujudan negara Israel dari peta dunia, namun saya khuatir beliau malah membasmi kita dan membiarkan bangsa Israel tetap selamat!!....

dipetik dari buku yang sedang saya baca , m/s 42 ... " Setangkai Gandum & Sebutir Bom - Suka Duka Kehidupan Umat Islam Kini' , terjemahan Nor Hasanuddin dari tulisan Dr. 'Aid Abdullah Al Qarni



so... nothing is what as it seems
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 16, 2009

si yahudi laknatullah ...


Image from Simply muslimah ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mana pergi saintis kita?

antara minat saya ialah melayari laman-laman web sains, membaca perkembangan terbaru dalam sains.

antara laman web yang saya minati ialah ABC science.... yang mengenengahkan hasil-hasil kajian saintis-saintis dari Australia dan hasil kajian-kajian mereka. Ia dikendalikan oleh Australia Public Broadcaster... kalau di sini agak-agaknya RTM lah kut, atau TV3? Kurang ariflah saya bab ini....

Apa yang menjadi persoalan saya ialah.... ke manakah atau dimanakah hasil-hasil kajian saintis-saintis kita yang boleh diwar-warkan untuk bacaan orang-orang awam seperti saya? mungkin ada di antara kawan-kawan di luar sana yang tahu...?

setahu saya tidak pernahlah saya jumpa laman-laman web sedemikian rupa....

sepatutnya adalah ya...siapa yang patut menguruskannya, saya cadangkan, kementerian sains dan teknologi Malaysia lah... semua saintis-saintis Malaysia yang duduk di universiti-universiti di Malaysia ini wajiblah mempamerkan hasil kajian atau penyelidikan mereka di laman web ini untuk pengetahuan kita semua... maklumlah kajian-kajian mereka juga mengunakan duit-duit cukai yang kita dah bayar saban tahun....

lagi pun kajian-kajian mereka ini lebih bercita rasa Malaysia, berbanding kajian-kajian orang-orang putih ni kan....

wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 14, 2009

lamakah hidup kita?

berapa lamakah usia bakteria? Bakteria adalah antara makhluk ciptaan Allah yang kecil atau seni.

Beberapa artikel (saya sertakan satu artikel) mencadangkan usia bakteria hanyalah 20 minit, sebelum bakteria asal ini membahagi dua menjadi bakteria-bakteria yang baru. Bila ia sudah membahagi, bakteria yg asal tu dah tak adalah... 20 minit? singkatnya kehidupan mereka....

Katalah... kita ni seekor bakteria. Pada kita, (dalam kehidupan seekor bakteria ini) lahirnya kita seterusnya membesar, beranak dan mati....itulah kehidupan kita, dan tentunya panjang kehidupan kita itu. Mungkinkah 20 minit dalam kehidupan bakteria itu sama rasa pahit manisnya dengan 80 tahun kehidupan seorang manusia?

Saya rasa mungkin ya....kalau saya seekor bakteria..

Jadi benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa jarak kepada kiamat itu antara 2 jari sahaja... sebab maha Agung Allah memandang 80 tahun kita itu seperti 20 minit seekor bakteria...

mmmm....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 13, 2009

laptops link to male infertility?

jejaka-jejaka di luar sana berhati-hati lah ya... apatah lagi sekarang tengah penghujung musim kenduri-kendara ni..

Ini cuma artikel yang saya baca dari Science Daily, bertarikh 13/6/2009, kajian seorang saintis yang merupakan Director di Loyola University Health System (LUHS), US.

Link : Science Daily

Orang-orang tua kata, beringat sebelum kena...saya rasa saya dalam golongan orang-orang tua nilah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 10, 2009

susah hati...

digital camera pemberian suami rosak... baru setahun pakai.. x beritau lagi ni. 'jammed', bila tekan punatnya, tak keluar muncung camera.

dosa apa pulak la yang saya dah buat..kena muhasabah diri.

nak kena cari camera baru la pulak. antara sifat saya ialah tak pandai menjaga harta benda, ...itu antara sifat-sifat mazmumah lah tu.

asyik menjahanam kan benda je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 8, 2009

'Sisters in Islam' dihukum?


Dr Lena Larsen, Research Fellow Uni. Oslo , Norway dalam temubual bersama akhbar harian Asyarq Awsath yang diterjemah dan disiar semula dalam majalah i edisi Jun 2009 serta dalam laman terjah telah mencirikan pendakwah moden yang perlu ada sekarang.

"saya meminta para da'i yang disiapkan untuk dakwah di Barat, baik dari dunia Arab atau Islam secara umum, agar memiliki wawasan yang cukup tentang budaya bangsa lain, di samping pengetahuan mereka tentang fikih maqasid (tujuan hukum) dan kemampuan menghubungkannya dengan konteks kekinian serta mampu mengeksploitasi keajaiban-ajaiban ilmiah dalam Alquran dan Sunnah sebagai bukti kebenaran ajaran Islam. 
Yang terakhir cukup penting mengingat orang Barat lebih memuliakan akal dan ilmu pengetahuan di atas segalanya. Islam adalah agama akal dan ilmu." -dipetik dari terjah dan majalah i

Saya berpendapat Sisters in Islam agak sealiran pemikirannya dengan orang-orang Barat, jadi saya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Dr Lo' Lo', janganlah terus mengharamkan.

Pada saya yang tidak berpihak pada mana-mana parti ini, selagi seseorang itu mengakui beliau seorang Islam, jika tersilap jalannya ajaklah secara berhikmah. 

Janganlah disisihkan dan dihukum. 

Wallahualam... saya yang tak pandai politik ni bercakap, banyak yang tak betulnya kan..


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penasihat Obama


Membaca majalah Forward isu Jun 2009, membuat saya sangat teruja. Tokoh wanita di atas, Dalia Mogahed , wanita Amerika berketurunan Mesir, wanita Muslim pertama menjadi penasihat President Obama dalam hal-hal berkaitan masalah dan prejudis yang melanda umat Islam.

Pintar, manis dan menutup aurah... walaupun berita ini baru saja saya dapat (beliau telah dilantik sejak April 2009) tetapi rasanya masih belum terlambat mendoakan agar urusannya dipermudahkan, ditunjukkan Allah jalan yang benar dan semoga kepintarannya dapat membantu Islam.

Memetik katanya yang ditulis dalam majalah tersebut...'These situation (beliau merujuk pada perjalanan hidupnya sebagai satu-satunya pelajar wanita muslim, bertudung pulak tu dan seterusnya sebagai satu-satunya pelatih jurutera) taught me that living according to your conscience was more important than comfortably conforming to your surroundings...'

Bayangkan kehidupannya di tengah-tengah kekafiran dan kekufuran pun masih tetap istiqamah menegakkan kepentingan menutup aurat...apalah sangat nak dibandingkan orang-orang kita...setakat takut tak dapat kerja, bertahan mempamerkan aurat di khalayak ramai...seperti pekerja -pekerja kedai gambar yang terkenal... mmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 7, 2009

bertuah award 2009

sebenarnya, saya baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni...tengok cara saya menulis pun ramai yang mungkin dapat meneka.

tapi, tadi , berkunjung ke laman tirana, rasa begitu berharga sekali, apabila tirana sedia berkongsi award dengan saya. sebenarnya tidaklah saya tahu kesan sebenar apabila menerima award sebegini.

walau bagaimanapun, orang memberi kita menerima. kecil tapak tangan, nyiru ku tadahkan. sangatlah berbesar hati dan berterima kasih, sangat-sangat. kalau ada award-award yang lain janganlah lokek berkongsi dengan saya...hehe

saya pun nak berkongsi award ni dengan rakan blog saya yang baru dikenali
bermastatutin di Penang, pandai bercerita, comel blognya seperti yang empunya diri

anyway, tirana...tq so much and there is so much to learn especially from you.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

faces of 5C 2009






luv to enter this class of 5C 2009. the class is clean, sweet arrangement of everything...well behave boys n girls... always laugh at my silly jokes (mmm...on second thought, were they laughing at me?)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 6, 2009

orang lain kaya, kita...?

melihat senarai 40 orang terkaya di Malaysia...daripada 40 orang, hanya 8 orang sahaja yang mempunyai nama Melayu.

8 daripada 40, bermaksud 20% sahaja orang yang mempunyai nama Melayu adalah orang-orang kaya.

Moral of the story?
Mungkinkah:
  • kita tak pandai simpan duit?
  • tak pandai cari duit?
  • malas simpan duit
  • malas cari duit
Dalam pada katanya, kita menidakkan hak bangsa lain, 27 daripada 40 orang-orang kaya ini adalah berbangsa Cina.

Moral of the story?
Mungkinkah:
  • kita terlalu baik hati
  • jika tertindas, kita akan jadi lebih kreatif seperti mereka atau,
  • kita memang tak kisah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 5, 2009

cikgu jugak yg tak kluar2 sekolah

3/6 :dapat mesej dari bekas anak murid, minta melayari blognya. (saya pautkan di bawah The Generations of Setia). Wah ....sudah jauh kakinya melangkah. Bukan dia sahaja, ada juga anak murid yang dah masuk AF (jadi finalist lagi), yang dah sampai ke US, Rusia ...tapi belum ada yang sampai ke angkasalepas lagilah ya.

Seronoknya menjadi guru, bila melihat anak-anak murid kita berjaya dalam hidupnya, memanafaatkan masa mudanya dan membina kerjaya masing-masing.

Tapi...kadang-kadang terdetik juga, adakah yang kecundang, menyusahkan orang lain dan membazirkan masa mudanya? Kalau ada... apakah saya juga ada menabur saham dalam kancah hidupnya?

.... alih-alih, saya juga yang masih setia di sekolah ini, dengan jari jemari yang keputihan dek masih menulis mengunakan kapur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...