Saturday, August 29, 2009

tak habis lagi...

diciplak dari : alimputra

sekejap lagi nak bertolak ke rumah mak mertua di kuantan....
masih bercuti lagi ni
itulah untungnya jadi cikgu ni..
cuti, cuti, cuti...
kan
jangan jeles ngan kita...
ada part yang tak best nya jugak...

tapi
part cuti memang best....
so
cuti gak blogging
sampai isnin nanti

dalam pada itu

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
BAGI KITA SEMUA
RAKYAT MALAYSIA

Kita didahulukan, kan...
Pencapaian kita utamakan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 24, 2009

tak yah makan, tengok je

gambar hiasa tanpa kebenaran : umami


"semalam buka apa?'

ala... macam tak ada topik lain. dah la tengah berkeriut perut ni...
tak apalah
kawan punya pasal, layan jugaklah

"buat mee goreng je. jemput ikan bilis. tuje.... ni mesti bukak best semalam ni. kalau tak takkan tanya..?"

"takdelah... kami orang buka kat Hotel 'tut'...... je semalam. saja bawak budak2 buka kat sana."
"isyy ... mesti mahal kat sana ya?

"taklah jugak.... dia kira kepala" (la... macam saya tak tau... tapi buat muka tak tau ....)
"berapa sekepala?"

"RM80++....."
"Ha... mahalnya...?! makan apa kat sana?"

"Macam2..."
"Yalah... macam2 tu, macam apa?" (buat2 jual mahal pulak orang kaya ni..)

"Ada 50 hidangan.... masakan melayu semuanya... nak apa? sambal tempoyak, gulai tempoyak? semua ada"
"Habis ke makan?" (teringat mee goreng saya dan jemput ikan bilis semalam....pun tak larat nak habiskan)

"Kenyang terbarai....Tak larat nak bangun..."
"Ada tempat solat ke?"
"Ada... terawih sekali pun ada"

"Ramai orang terawih kat situ?"
"Ntah... dah tak larat... balik je. tu pun sampai rumah dah kul 10 lebih. Lepas solat Isya' terus tidur"....

Aii... makan apa sampai 50 hidangan ni...
ni bulan ramadhan ke , bulan makanan??
Tapi...
walaupun menu asal dua saja di rumah,
jiran2 sebelah yang baik hati
bertukar juadah
penuhlah meja
daripada dua hidangan menjadi 6 hidangan...
tak larat juga nak menghabiskan

inikan sampai 50 hidangan...
camanalah nak ikut sunnah kalau gini gaya kita
saya pun tak tau nak kata...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 23, 2009

dARI rUMAH oRANG mATI

gambar hiasan : anak perantau

Mayat itu terbujur di atas katil
berselimutkan kain batik lepas tak berjahit
beberapa kerat
dari waris terdekat
kelihatan menghadiahkan bacaan Yassin
manakala selebihnya adalah tetamu
yang datang sekadar menjenguk
kemudian berlalu pergi.

Dari arah bilik
kedengaran bisik beberapa
orang perempuan berjanji akan hadir
untuk menyambut parti tupperware
di rumah Cikgu Minah pada minggu depan,

Seorang anak muda
yang masuk membawakan bekas kemenyan
sempat juga
menyangkutkan matanya
ke atas dada seorang gadis yang duduk
bersimpuh dengan baju mendedah aurat.


Di halaman rumah beberapa orang
menghadapi teh dan biskut lemak
di bawah pohon rambutan
sambil berbual
tentang isu tanah runtuh
di Bukit Antarabangsa.

Seorang lelaki begitu kesal
sebab nombor empat digit yang dibelinya
semalam
sekadar mampu menang hadiah saguhati.

Maka demikianlah ya!
Kalau hari ini
terdapat seorang insan yang mati
tetapi ada sejuta lagi manusia lain
yang sedang bergegas memburu hidup!


Zahari Hasib
Teluk Intan, Perak

MAJALAH SOLUSI ISU 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 20, 2009

taknak

entah-entah puasa tahun ini
puasa kita yang terakhir...
bila fikir-fikir begitu
ishhh...

taknak lah puasa main-main
taknak mengumpat orang puasa-puasa ni
taknak tengok benda tak elok
taknak berbuka puasa dengan lahapnya
taknak membazirkan makanan
taknak lewatkan solat
taknak tinggal solat terawih
taknak sibuk ngan benda2 tak bermanafaat
taknak banyak tidur masa puasa ni
taknak tengok buku resepi banyak sangat...nanti terliur tak tentu pasal

abis tu nak buat apa?

ingatkan berazam
nak banyakkan membaca quran
nak solat awal waktu
nak bangun malam dan solat sunat
nak kurangkan membuang masa ngan benda berfaedah
nak bersangka baik ngan semua orang.... aii berat ni
nak berzikir lebih sikit
nak berbuka secara sederhana....

berdoa sungguh dalam hati
supaya puasa kali ini lebih baik dari yang sudah-sudah
semoga bukan setakat lapar dan dahaga sahaja
semoga dapat meningkatkan keimanan dan kecintaan kepadaNya
semoga bila keluar dari bulan tarbiah ini ibarat bayi yang baru lahir

makbulkanlah ya Allah Yang Maha Mendengar

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN
DAN
YANG BUKAN KENGKAWAN JUGA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 18, 2009

mana gi semangat ni?

saya memang sayangkan negara saya
pastinya
semua yang di luar sana, yang lahir dan membesar di negara ini
pastinya
sayangkan negara ini...

tetapi
kenapa rasa sayang itu tidak begitu 'umph' dalam diri saya?
terutama dalam musim2 Ogos ini
sepatutnya
rasa sayang itu mestilah sangat berkobar2
saya lihat precious sudah mengibarkan bendera Malaysia di blognya
saya?

apabila membaca buku Travelog Iran
begitu kagum saya dengan semangat nasionalisme mereka
mungkin kerana pemimpinnya begitu hebat membina semangat tersebut dalam diri rakyatnya
melalui contoh dan teladan

-petikan dari m/s 310

-Sepanjang musim kempen, Ahmadinejad tidak banyak keluar ke daerah2 kerana kekurangan dana. Malah, di Teheran, poster-posternya hanya ditampal di beberapa tempat di Qom.

-Sepanduknya diperbuat dari karung guni.

-Kempennya dibantu siaran televisyen. Jumlah penyiaran di TV sama bagi setiap calon, tidak bergantung kepada siapa yang ada banyak wang, tempoh penyiarannya lama.

-Ketika kempennya, Ahmadenijad hanya bercakap perkara ilmiah, contoh, idea2 mengatasi pengangguran lebih kepada gaya pensyarah, bukan seorang ahli politik.

-Selepas menjadi presiden, ucapannya di segenap pelusuk begitu berkobar2, penuh dengan janji dan keazaman, seolah-olah sedang berkempen.

-Apabila tiada hotel di kawasan perkampungan tempatnya berkunjung, beliau akan menginap di masjid atau sekolah.

-Sambil beliau melawat kawasan, menteri2 kabinet ikut serta dan mesyuarat kabinet dijalankan dan dihadiri gabenor kawasan tersebut. Hasil mesyuarat kabinet adalah agenda khusus kerajaan bagi wilayah berkenaan, sesuai dengan keadaan dan keperluan wilayah tersebut.

-Dalam salah satu ucapannya kepada mahasiswa, selepas 11/4/2006 iaitu setelah beliau mengumumkan kejayaan saintis Iran menapis uranium...
akhir ucapannya beliau berkata

" Jawapan kita kepada mereka (US dan sekutunya) cuma satu....."
dan di jawab oleh mahasiswa2 yang ada
"....marahlah pada kami, dan akibat kemarahan itu, matilah kalian
"


saya yang membacanya
pun terasa semangat itu menjalar
apatah lagi kalau saya seorang rakyatnya...

semangat 1Iran itu begitu luarbiasa sekali

mungkin semangat kecintaan saya ini
tidak dipupuk subur oleh pemimipin kita (hahaha...asyik nak cari salah orang)
kerana
pemimpin kita
sibuk ngan... saya tak tau apa yang diorang sibukkan

berjiwa rakyat tak nampak dalam pemimpin kita...
ada ke?
tunjuk sikit...
kot saya terlepas pandang...
ada yang tidur kat masjid atau sekolah?
kalau adalah..
jenuhlah kariah masjid dan cikgu2 sekolah kena mencantikkan dulu tempat tidur tu...

esok lusa, habislah buku yang saya baca ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 16, 2009

kenapa tak boleh lihat Allah?

“Saya rasa, Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?” tanya Salina.

soalan yang sangat menarik... ditanya oleh pelajar ting 4.
jawapannya juga sangat menarik.
bukan..
bukan dijawab oleh saya

tetapi oleh seorang ustaz yang sangat berkaliber...
pelajar2 sekarang memanglah ramai yang semakin jauh dari Islam
tetapi
mungkin juga kerana Generasi Y sekarang ini
tidak mendapat jawapan yang memuaskan
lantas
mereka meminggirkan Islam dalam kehidupan mereka

jawapan ustaz tersebut

"Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains”


bacalah lebih lanjut artikel tersebut di sini
atau
belilah
majalah solusi isu no 10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 13, 2009

bulu kening saya bersepah...

tahu tak?

aa... mesti tak tahu

itu sebab saya nak beritahu ni...

-perempuan-perempuan iran paling ambil berat soal penjagaan bulu kening mereka dan ber make up

'Kaum wanita iran rajin berdandan dan menjaga penampilan. Mengunjungi salon adalah satu kebiasaan yang wajib. Mereka begitu rajin merapikan kening, mencukur bulu2 halus pada muka, serta memotong dan mewarnakan rambut dengan berbagai-bagai warna mengikut fesyen terkini. sejak gadis lagi mereka disuruh oleh ibu-ibu pergi ke salon" --- m/s 40

-mas kahwin perempuan iran sangat mahal, tetapi dalam masa yang sama kaum perempuan mesti menyediakan peralatan rumah yang lengkap sebelum kahwin.

"Harga 'pasaran' bagi bakal pengantin perempuan di Teheran adalah bersamaan 500 keping wang emas, bersamaan lebih kurang RM175000. Walau bagaimanapun, duit mas kahwin itu tidak perlu dibayar kesemuanya sekiranya isteri sanggup mengikhlaskan mas kahwin atas dasar cinta. Tetapi sekiranya berlaku perceraian lelaki wajib menjelaskan mas kahwin yang tertunggak, jika tidak dia boleh dipenjarakan, malah boleh dihalang keluar negara" ---m/s 16

Ada banyak lagi cara hidup orang iran ini yang sangat berbeza dengan kita yang bermazhab ahli sunnah wal-jamaah ini.

Masih tak habis-habis saya membaca buku travelog iran ini. salah satu sebabnya ialah tak sihat 2 minggu lepas.

Alhamdulillah, kembali semula menyambung baca sebab badan dah sihat semula

Alhamdulillah.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 11, 2009

warkah...

SMK Taman Setiawangsa,
Kuala Lumpur.

11 Ogos 2009

Ke hadapan sahabat-sahabat blog yang dikasihi.

Apa khabar kalian semua? Diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat.
Sudah berpuluh tahun saya tidak menulis surat kepada mana-mana sahabat saya. Hanya sekadar menghantar kiriman teks ringkas melalui telefon mudah alih sahaja. Rindu betul rasanya hendak menerima surat-surat melalui posmen.

Biasanya posmen hanya menghantar bil-bil, katalog dan penyata-penyata taksiran sahaja ke rumah saya. Sudah berpuluh tahun tidak menerima surat dari sahabat, adik beradik atau kenalan.

Tujuan saya menulis surat ini adalah ingin mengajak kalian bersama-sama memakai topeng muka. Esok saya berazam hendak memakai topeng muka. Saya tahu kak pah dan arryani telah mengamalkan memakai topeng muka. Kak Pah menghadiri konvo anaknya dan memakai topeng muka, begitu juga arryani telah bershopping ke jakel dengan memakai topeng muka.

Saya belum lagi. Segan agaknya. Lagipun, tidak dapatlah saya menayang lipstick saya.(hehehe).
Ada rakan saya yang mencadangkan memakai lipstik di atas topeng muka. Adalah peluang saya memiliki bibir seperti Angelina Jolie.

Rasanya sampai di sini dahululah bicara saya. Diharap dapat mengubat rindu kita semua.

Sekian.

Yang benar,
cikgu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 9, 2009

hormat sikit ya....

sekarang ini
memang selalu membaca kisah
remaja melahirkan anak di luar nikah

tapi
kalau membaca
pelajar di sekolah agama
yang membuat kerja
rasa terbakar di dada tu
terlebih2 lagi...
geram...
rasa macam nak di tempeleng sahaja bebudak ini...

Sungguh saya tidak percaya,
Zana yang lahir dalam keluarga orang baik-baik,
tinggi ilmu agamanya,
sopan pula tutur katanya
sebenarnya hanyalah manusia jahil
apabila tiba ke babak yang satu itu.
Babak penuh desah nafas
dan degup-degup jantung yang hangat.
-
"Kami ke demonstrasi,
tiada bas untuk pulang,
kami sewa hotel murah dan kami terbabas.
Percayalah itu kali pertama"
-
Tuhan sayangkan kamu.
Sekali dan terus hamil.
Jika tidak hamil, kamu akan
melakukan berulangkali
-
"Jamil mana?'
-
"Bukankah kamu lakukan atas falsafah
suka sama suka?"
-
'Saya mahu segera menjadi Zana
yang dulu.
Sister Audrey sudah dapatkan ibu bapa angkat
untuk anak ini.'
-
"Saya pejuang kakak,
saya dalam kabinet MPP universiti,
saya pendebat juga.
saya mahasiswi dengan gred yang tinggi saban semester.
Saya juga ikut berjuang menentang kezaliman
kerana negara kita negara demokrasi"
-
"ini Jamil," saya ingat Zana
tuding jari pada helaian akhbar.
Pada wajah pemimpin pelajar
yang ditangkap dalam demonstrasi menghapuskan ISA.
-
Saya angguk.
Dalam hati saya berkata,
Jamil,
engkau sebenarnya sudah lama
kalah dalam perjuangan.


ha... itu cuma
sedutan cerpen Hati Yang Parah oleh Hafizah Iszahanid
dalam Majalah i -Ogos 2009.

tetapi
memang dari pemerhatian
dan pengalaman,.....
pelajar2 yang bertudung dan berkopiah n berjanggut
ni
sentiasa diperhati
kalau anta semua buat benda tak betul walau pun kecil
contoh.... berduaan, walaupun di khalayak ramai
memang tak manis sungguh2

bukan lah
nak kata
yang orang lain buat tu manis.....
memang tak manis
tetapi
hormati lah tudung dan kopiah anda...

kalau dah yang bertudung ni pun buat perangai
tak senonoh
apatah lagi lah yang lain tu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 6, 2009

rahsia tetap rahsia

'ni...janganlah citer pada orang lain.
kalau orang lain tahu... malu saya'


aii...berat ni. buat apa jumpa saya dan bercerita.
ikut hati tak nak tahu pun.


'saya memang tak tau nak citer kat sapa. ngan awak je la..'

la, bole pulak baca fikiran saya.

'tak pelah.. citer la. insyaallah saya takkan beritau orang lain'

maka duduklah saya di situ...mendengar, mengangguk bila perlu,
mengerutkan dahi, terkejut, marah, geram bersama2 dengan sahabat A
yang seorang ini...

balik rumah... berat kepala memikir masalah orang...
berikrar...menyimpan rahsia...
amanah orang

2, 3 minggu kemudian
berjumpa sahabat B ...
muka berkerut...

hai...masalah lagi ni

' i ni rasa serba salah lah, mah... tak cakap tak boleh, nak cakap pun tak boleh'

la... masalah lagi...

'you tau tak si..A tu... tentu you tak percaya kan. kalau i cakap yang dia tu.....bla..bla..bla'

ha... bila masa pulak rahsia dah terpecah.
aii.. sedangkan cerita yang sama saya dah tahu lebih awal

'you tau dari mana, B?'
'dari A lah... beriya dia bercerita.. menangis2'

la...
puaslah saya menyimpan rahsia
takut ingkar amanah si A
tengok2
tuan punya badan sendiri
yang tak pandai menyimpan rahsia sendiri...

ada kala
kita perlu didik diri sendiri
menyimpan rahsia
jangan terlalu mudah
mengungkap kehidupan kita
pada semua orang....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 4, 2009

.............

setelah 2 hari bercuti memblog...

kenapa?
biasalah...
hidup ibarat roda

ada kala
semangat begitu
merangsang, dunia ibarat kita punya
segalanya ingin dilakukan

tiba pula masanya
semangat merudum jatuh
segalanya membosankan
hinggakan makan pun rasanya
menjemukan
tak adakah hidangan lain...
bukan kerana
masakan sudah kurang enak...
tetapi
Tuhan
menarik rasa nikmat

hebatnya kuasa Allah
sedang enak menikmati hidup
diberinya kita sedikit selsema,
pedih perut dan sakit lutut...
ah
sakit2 biasa...
belumpun diuji kanser atau sebagainya
nauzubillah

sudah
hilang nikmat tidur, makan dan tawa
ujian sedikit ini
di harap dapat mengikis dosa
dengan syarat
reda dan pasrah
serta
memuhasabah diri...

melihat
rakan-rakan menjamu selera di kantin sekolah
amboi...nikmatnya hidup

mmmm
segalanya ada hikmah kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 2, 2009

dinosour di sekolah....

banyak betul masalah kat dunia ni kan....
belum lagi masalah sendiri punya...

ni
ada lagi satu masalah lain
yang dah lama
tapi dipandang sepi
atau
dipandang sebelah mata
sahaja kan...

klik sini

kalau nak tengok fenomena kepupusan dinosour
secara live
gi saja
ke semua sekolah
di Malaysia ni...

cikgu2 lelaki ...
memanglah spesis yang dah nak pupus...

aii
nak buat camana

pada pendapat saya yang tak bertauliah ni
fenomena ini
akan mendatangkan
masalah dan impak yang sangat
serius
pada cucu dan cicit kita nanti...

salah satunya ialah...
makin bertambah-tambah-tambah kuranglah
pelajar2 lelaki akan ke universiti nanti...
(ada banyak lagi kesan yang lain)

kenapa?
sebab
cara cikgu pompuan dan cikgu lelaki
mengajar
memang lain
cikgu pompuan suka berleter
benda2 remeh pun dipandang besar oleh cikgu pompuan
tulisan tak kemas, tulis tak bergaris dsb

nak buat camana
ini memang tabiat kami

benda2 camni tak disukai oleh bebudak lelaki
cara budak lelaki belajar lain
tapi
kalau asyik kena leter
dengan
SEMUA cikgu perempuan yang masuk ke kelas
punggung budak lelaki mana yang tahan panas...

akibatnya
masuk sahaja menengah
dah nampak
pelajar2 lelaki yang sebenarnya cerdik
tetapi nakal (nakal2 budak)
mula menjauhkan diri dari masuk kelas...

sedih...kan
bebudak ni ada akal
tapi kekadang kita2 cikgu pompuan ni
menyebabkan
mereka hilang minat

sebab itu
mesti seimbang guru perempuan dan LELAKI

tolonglah....
kaum lelaki
ajak kengkawan
dan ANDA sekali
bersama kami mendidik anak bangsa kita
takkan nak dibiarkan sahaja
fenomena ini

jangan asyik menuding jari

engkaulah...engkaulah
yang 'aku' ni...
asyik mengharap kerja lain yang lebih glamor lagi

K.Pendidikan pun diharap
melonggarkan syarat bagi kaum lelaki ini
supaya dapat memasuki bidang perguruan
ini bukan tidak adil
inilah keadilan dalam tindakan

nanti kelak
jangan
marah andai
98% anak lelaki kita
nanti
lebih gemar
berbibir merah
dan
lembut lenggoknya...

mmmm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...