Sunday, February 28, 2010

baru lepas makan kat Bangi kopitiam ....

terbaca pulak isu ini


hanya 2 kopitiam sahaja yang disahkan halal iaitu Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam

kenapa yang lain tu tak mohon sijil halal ni ya?
musykil lak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 26, 2010

makin hitamlah saya

ber'window- shopping' di kedai farmasi.
mencari losyen menahan pancaran matahari.
ini semua gara-gara aktiviti larian cabaran 5 km di sekolah yang akan berlangsung tak lama lagi.
ianya ala-ala aktiviti merentas desa lah.

saya tahu banyak sekolah sudah selesai acara ini.
kami baru nak bermula.

pening mencari losyen ni.
SPF 15 la, SPF 30 la, SPF 50 pun ada....
silap, tak google dulu sebelum ke kedai.

dah balik, baru menggoogle... kat sini dan sini

SPF = Sun Protection Factor
kalau ditulis SPF 15, maksudnya kulit kita dipelihara dari sunburn 15 kali lebih lama dari orang yang tidak memakai losyen tersebut.

contohlah...
kalau tak pakai losyen tu, dalam 10 minit , kulit muka dah terbakar, bila kita pakai SPF 15 ni, dalam masa 150 minit baru kulit kita terbakar

jadi

kalau beli SPF 50++ lagi bagus lah ke??
tidak juga...
ee...
pening..
katanya SPF 50++ tu hanya bagi perlindungan 1% atau 2% lebih dari SPF 30

SPF 30 melindungi kulit kita sebanyak 97% dari sinaran berbahaya berbanding SPF 15 sebanyak 93%. SPF lebih dari 30 tak menambah banyak perlindungan dari sinaran bahaya malahan membenarkan sinar UV yang sama banyak seperti SPF 30 melepasinya....

jadinya
saya buat kesimpulan sendiri lah...

beli losyen pelindung sinaran yang SPF 30 dah ok...

penting ni..
selain nak elak muka terbakar,
nak elak kanser kulit tau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 24, 2010

bila lah nak kaya?

Boleh bayang duit RM 1....?
takkan lah tak boleh...

RM 100/- .....?
mestilah boleh, kan.

RM 1,000/- ?
ha.... duit not seratus ringgit tu ada 10 kali kan. tak susah nak bayang.


RM 10, 000 ??
boleh bayang? boleh....


RM 100,000 ?? boleh?

RM 1,000,000 ??

tak pernah rasa ada sejuta ni. kalau ada kat tangan , tak terkumpul dek dua belah tangan kut.

kalau suruh bayang seratus juta ringgit... saya memang tak boleh nak bayang banyak mana duit tu.

kalau 1 billion pulak?? ishh , nak mimpi banyak mana duit ni pun tak boleh, rasanya.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary bernilai RM 6.o1 billion. banyak tu....
Itu pun beliau duduk tempat ke 7 dari 40 orang terkaya di Malaysia kini.

klik sini dan sini untuk bacaan lanjut.

Orang yang pertama ialah Robert Kuok, yang bernilai RM 42.76 billion.

camana lah boleh kaya cenggitu ya??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 22, 2010

tunjukkan jalan yang lurus

first time dengar senandung fatihah ni , tahun lepas,
masa kursus latihan dalam perkhidmatan di sekolah.
setiap kali mendengarnya terasa meremang bulu roma.

tak tau kenapa.

kepada yang belum pernah dengar,
eloklah klik play kat bawah ni.
kepada yang sudah dengar dan nak dengar semula pun klik lah juga.

kepada yang tak nak dengar,
tak pe, terima kasih bebanyak ziarah saya di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 20, 2010

pengecut

saya kira kita kini kurang berani bertarung secara terhormat.
ramai anak muda lelaki kita bersifat pengecut.
memang bukan semua.
tetapi,
ramai yang begitu.

bacalah contohnya di sini, sini dan sini.
sekarang ini, trend membelasah secara beramai-ramai.
dalam kumpulan pembelasah itu , boleh jadi ada 10 hingga 20 orang pengecut, yang hanya berani membelasah kerana ada kawan-kawannya.

kalau dulu zaman kepahlawanan,
tidak kira bangsa apa pun,
demi menegakkan maruah diri, harta atau keluarga sendiri,
pertarungan menjadi pertaruhan.
satu lawan satu.

lebih terhormat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 18, 2010

terlajak kata buruk padahnya...

"ni..cikgu normah, kan.."
"ya..ya"

tangan pun dihulur bersalam-salaman
dalam hati tertanya-tanya siapakah nama gerangan wanita ini.
rupa memang ingat pernah berjumpa, tapi nama dan bila atau di mana berjumpa, memang tidak terlintas langsung.
rasa bersalah sungguh.
tapi, memang itu kelemahan saya yang ketara.
susah mengingat nama.

"saya masih ingat cikgu. 4 tahun lepas kita berjumpa. saya ingat lagi kata-kata cikgu..."
hati saya berdebar.
kata-kata saya yang manakah yang melekat dalam fikiran beliau sehingga ke hari ini.

"cikgu kata, yang penting kita kena tahu siapa yang berkawan ngan anak-anak kita. sekolah kat mana tak berapa penting. yang penting, kawan-kawan anak kita. alhamdulillah anak saya dapat 8A dan masih di sekolah cikgu. "

ahhhh... lega.
kata-kata itu yang diingat.
nasib baik saya tidak mengata orang...

------------------------------------------------------------------

"Min pun cantiklah, min"
entah isu apa yang dibicarakan, saya pun dah terlupa.
tapi, kata-kata itu saya ingat terkeluar dari bibir saya ketika berbicara dengan sahabat saya baru-baru ini.

"betulke kak normah?"

saya tersenyum, mengangguk kecil.

"tapi saya ingat kata-kata kak normah dulu......
kak normah kata, kalau min yang beraksi dalam filem realiti tu pun, min lebih cantik dari artis tu....betullah ya, min ni cantik?"

ah....nasib baik sekali lagi, kata-kata positif dari bibir saya yang diingat selama ini .

---------------------------------------------

moral of the story:
jangan ambil mudah kata-kata yang keluar dari bibir kita terhadap sesiapa sahaja.
boleh jadi kata-kata itu yang akan tersemat dalam benak fikir mereka hingga akhir hayat nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 16, 2010

air mata jangan di buang percuma

biasa dengar hati kering?
rasanya kengkawan tahu apa dia hati kering.
mata kering?
kering air mata.
pernah dengar 'dry eye syndrome'?


saya ingat saya kemungkinan akan menjadi buta, satu ketika dulu.
kerana, kedua belah mata saya sering kering.
akibatnya, ia selalu gatal dan tidak selesa.
segala eye mo atau eye drops saya guna.
tapi sering tidak seperti yang saya harapkan.
kebelakangan ini mata saya kerap betul kering,
kalau dulu-dulu, jika saya kurang minum air, datanglah penyakit tersebut.
lalu, saya akan minum air bergelas-gelas, walau pun saya jenisnya yang kurang suka minum air.
akibatnya, saya sering ke tandas membuang air kecil.

tapi, kebelakangan ini,
minum air bergelas-gelas sudah tidak membantu.
berjumpa dengan doktor mata,
katanya saya ada 'dry eyes syndrome'.
selalu terjadi pada wanita berumur, mungkin juga kalau ada athritis atau memakan ubatan tertentu.


cara mengatasinya,
hanya titiskan artificial tear drops.
ubat penitis mata yang biasa-biasa tidak dapat membantu.
rupanya air mata kurniaan Allah tu, seperti selaput semulajadi yang melapisi mata,
menjaga mata supaya sihat.


sekarang ni,
menjadi rutin baru pula,
iaitu menitiskan air mata buatan ke dalam mata sekerap mungkin.

moral of the story: lain kali, janganlah membazir air mata masa muda-muda ...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 14, 2010

perangai memang susah nak ubah

jalan sesak
kereta di kiri kanan, depan belakang mengasak
ahh...
tiba-tiba
sebuah kereta mencelah masuk tanpa sebarang signal,
darah mula naik ke muka,
bengang,
bila ditenung-tenung, oh, rupanya rakan sekerja,
darah pun mula surut , kembali ke kaki.

-----------------------------------------------

beratur panjang,
menunggu giliran hendak berurusan di kaunter,
lembabnya lah kerani di kaunter ni,
yang pelanggan tu pun, masa ni lah nak tanya itu dan ini,
tak habis2,
tiba-tiba
ada cuitan di bahu
"mah, mintak tolong ni, boleh ke.... bla...bla...bla"
"eh, bole, apalah salahnya, satu je kan"

jiran sebelah rumah, apalah salahnya tolong-menolong, kan.
tapi,
mata orang di belakang macam nak terjegil keluar.

----------------------------------------

inilah kita, kan.
tak boleh nak tunjuk kat sesapa.
kalau orang yang kita kenal membuat salah,
kita lebih senang memaafkan.

tapi,
kalau orang lain yang asing bagi kita,
bukan keluarga, kenalan atau sahabat handai kita,
sukar sekali hendak kita maafkan.

memanglah manusia sentiasa double standard.
kerna itu
menjadi hakim sangatlah payahnya,
berlaku adil bukannya senang dan bukan main-main.

dan saya
bukanlah selayaknya.
sebab saya tahu kelemahan saya.
sukar mengata tidak atau tidak boleh,
terutama pada orang yang saya kenali.
bilalah saya nak berubah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 12, 2010

neurobik

mencari-cari bahan untuk perjumpaan bersama mentee di sekolah,
terfikir bagaimana caranya meningkatkan kecerdasan otak.
mentee saya di sekolah ada 3 orang pelajar ting.5 yang rasanya tiada masalah dalam pembelajaran.
ketiga-tiganya merupakan harapan sekolah untuk mendapat pencapaian cemerlang.
setiap minggu berjumpa sekadar bertanya khabar,
akhirnya jemu pula dengan rutin yang saya kira membuang masa.


saya bercadang, mengisi ruang waktu perjumpaan untuk berkongsi idea, bahan atau petua meningkatkan mutu diri.
lalu terjumpa dengan neurobics.

senaman-senaman otak yang didapati dapat meningkatkan keupayaan mental .

antaranya:
  • menonton televisyen tanpa suara
  • membaca majalah baru di luar kebiasaan, contohnya saya tidak pernah membaca majalah tentang kereta, jadikan rutin untuk membaca majalah2 lain pula dan selalulah bertukar majalah
  • bila hari tidak bekerja, jadikan hari tersebut 'half speed day' - perlahankan aktiviti berjalan atau sebagainya
  • belajar bahasa isyarat
  • berkebun
  • membuat aktiviti harian sambil memejam mata, contohnya mandi atau memakai baju- ini untuk meningkatkan sensitiviti deria yang lain pada diri kita

saya kira ianya menarik juga dilakukan sekali-sekala di luar kebiasaan kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 10, 2010

manalah gi lipstick saya?

isu hangat yang semakin surut di sekolah saya (bila pulak bapak saya buat sekolah ya..)

cikgu-cikgu perempuan, tolonglah pakai lipstick bila nak ke kelas, ya.

lepas ni, nak minta NUTP pohon kerajaan sediakan elaun kecantikan pula untuk cikgu-cikgu perempuan. tak banyak, sebulan berilah RM50... nak buat facial dan top-up lipstick

janganlah meluat kat kami orang ni. :)

kisahnya begini.....

awal tahun hari tu, pelajar-pelajar tingkatan 3 sebuah kelas di sekolah saya,
mengadu kepada guru-guru yang mengajar sesi petang.
antara aduan mereka ialah
  • mereka nak kembali semula belajar di sesi petang
  • ini kerana, cikgu sesi pagi semua sudah tua-tua (terasa betul bab ini, sampailah hati kamu... janganlah kata tua, tak sedap sungguh bunyinya)
  • cikgu-cikgu pagi semua tak pakai lipstick kecuali seorang sahaja iaitu cikgu tut...tut... (terasalah lagi sekali, sebab saya memang tak reti pakai lipstick)

perkara kedua tu memanglah hampir tepat, tapi perkara yang ketiga tu kurang tepat.
sebab,
saya jadi saksi,
di awal pagi semasa sampai ke sekolah, kebanyakan cikgu perempuan yang lain memang pakai lipstick, tapi dah lepas rehat lipstick tu makin hilang dari bibir.
tak sempat nak buat touch-up lah tu, masuk kelas keluar kelas, naik tangga turun tangga, dahlah tak de air-cond.

mmmm...
nasib baik saya tak mengajar kelas tingkatan tiga yang berkenaan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 8, 2010

mati idea

seorang pelajar bertanya saya,

"cikgu, macam mana nak buang ketagih main game kat computer?"

saya terkedu.
mati idea.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 6, 2010

tutup kaki rapat-rapat

sambil minum di kedai mamak nz di wangsa maju,
mata memerhati sekeliling.

ramai yang membawa keluarga minum pagi di sana.
cuma satu perkara yang saya rasa,
perlu kita, sebagai makcik-makcik yang dah melepasi usia 40 ini berfikir sejenak dan memuhasabah diri.

benda tidaklah besar mana,
tapi saya rasa tidak sedap mata memandang.
terutama kalau yang berseluar jeans.

bila kita duduk di meja makan,
bersembang dengan rakan-rakan atau keluarga,
jagalah kaki kita.
jangan terlampau terbuka,
tak manis rasanya.

kalau anak dara duduk gitu rupa pun tak manis,
apatah lagi kita yang dah bergelar makcik atau nenek ni.
kalau pakai kain tidak ketara sangat,
tapi kalau berseluar panjang tu,
nampak sangat ketidak sopanannya.

maaflah kalau ada yang terasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 4, 2010

tak nak ucap terima kasih dah..

"saya takkan gi lagi ke butik tu"
"napa?" tanya saya

"yalah, mentang-mentang kita pakai sandal ngan t-shirt je,
kita tanya baju batik ni berapa dik, sebab tak ada tanda harga,
tau apa budak kedai tu cakap? kak, baju ni mahal kak....
apa, dia ingat saya tak mampu ke nak beli?"

memang marah sungguh sahabat saya ni.

"habis tu, awak cakap apa?" tanya saya
"saya cakap... gaji saya lebih banyak dari awak ya. saya pun blah dari kedai tu"

bukan hendak cakap apa. kekadang pembantu-pembantu kedai di tempat kita ini kurang mendapat kursus berinteraksi dengan pelanggan, rasanya.

saya juga pernah pergi ke kedai tudung terkenal di taman tun, satu masa dulu. harga tudungnya masa itu (lebih kurang 3 atau 4 tahun lepas), mahal jugalah untuk satu helai. saya membeli pun tak banyak, sekali pergi , paling banyak pun beli 2 helai sahaja.

tetapi, yang paling saya tidak gemar ialah pembantu kedai itu, pada masa itu...
masam-masam mukanya, penat berdiri agaknya, dan hanya melayan mesra pelanggan yang mereka sudah biasa dan kelihatan cantik, kaya serta bergaya. yalah, saya ini setakat cikgu cabuk, nak bergaya tara manalah kan.

sekarang ini tidak lah saya ke sana lagi, alhamdulillah, sebab tudung-tudung yang sepertinya pun sudah berlambak di pasaran.

orang kata, kalau kita ke jepun, tauke kedai dan pembantunya sangat hormat dan mesra pelanggan. pasti akan mengucapkan terima kasih pada kita.
tidak seperti kita di sini, pelanggan yang banyak mengucapkan terima kasih pada penjual.

agaknya sebab kita ini terlampau berbudi bahasa, kut,
jadi kita sebagai pelanggan ni mesti merendahkan diri sebab dengan adanya penjuallah kita boleh membeli.

pelik betul....

mm, bila lah dapat peluang nak pergi ke jepun tu ?
sayonara...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 2, 2010

tarik nafas dalam-dalam

merayau-rayau dalam dunia maya terjumpa blog yang begitu mengharukan saya.
bukan mengharu birukan saya,
tetapi membuat saya bertuah menjadi seorang guru.
walau pun hanya setakat seorang guru kerdil, tetapi kata-kata dari beliau ini menambahkan semangat saya untuk terus memberi makna dalam kehidupan anak-anak didik saya.

tq zulhilmi. wish u all the best here and hereafter.

copy paste....tanpa kebenaran.

salam,

saya melawat blog ini. blog milik cikgu kimia kesayangan saya, pn. normah mispar. sudah hampir 3 tahun berlalu sejak hari terakhir beliau mengajar saya. cikgu yang penuh dengan inspirasi. memupuk minat dalam kimia.

apabila kita sudah menjangkau ke menara gading, saya seringkali dapat rasa apa yg susah untuk dipelajari di sekolah rupanya senang atau remeh sahaja untuk dipelajari sekarang. tapi walaupun nampak remeh tapi itulah yang memberi asas.

kita seringkali tidak ambil perhatian kepada perkara yang remeh walhal itulah memberi impak besar kepada perkara yang lebih penting. cikgu di sekolah mungkin nampak tak sehebat professor di universiti tapi merekalah sebenarnya yang terhebat.

memasukkan ilmu ke dalam otak pelajar ketika kepala ketika itu nakal, panas.

kadangkala kita pun tidak hiraukan sangat perkara remeh yang kita lakukan bersama kawan. tapi jika kita ingat perkara remeh itu, mungkin kita akan ingat kepadanya selama kita hidup.

saya menarik nafas….


saya juga menarik nafas.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...