Wednesday, March 31, 2010

jalan yang sesat

rasa bersalah masih menebal hingga saya menapak di rumah.

nak minta maaf, tak tercari orangnya tu.
jadi saya publish kemaafan di blog yang tak ramai orang membaca ni.

"Minta maaf bebanyak ya, encik . Dulu masa baru2 memang surau tu kat bawah kat car park. Tapi, rupanya dah bertukar ke tingkat 5, sekarang ni"

memang perangai saya tak peka betul.
lepas keluar dari panggung di Pavillion, KL, perut terasa lapar.
suami masih belum keluar dari panggungnya kerana menonton cerita lain.
saya dan anak saya menonton cerita lain.
jadi kami terus ke lif, hendak ke bawah di level 1.
dalam kepala memang teringat nak makan je, la.

tengah menunggu lif, muncul seorang lelaki dan anaknya peringkat remaja, bertanya saya dimana surau .
saya kira, ini dah kali ke 3 saya berkesempatan solat di surau Pavillion,KL

sebelum lelaki itu bertanya saya, baru 2 kali lah saya bersolat di surau tersebut,
kali pertama bersama suami, rasanya surau tersebut di bahagian parking kereta.
kali kedua, dalam awal februari,
rupanya surau tersebut telah berpindah ke level 5.

tapi ,
bingungnya saya ni,
semasa lelaki itu bertanya,
saya asyik terbayang surau yang terletak di bahagian parking kereta.
saya pun dengan confidentnya memberitahu

" kat basement parking kereta"
"err... bukan kat atas ya?"
"tak, kat tempat parking kereta"

selepas makan, dapat mesej dari suami.
"nanti solat di level 5, satu level ngan panggung tadi"

alamak...
kesian orang lelaki tadi tu,
tentu menyumpah saya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 29, 2010

berdrama di toilet

orang Melayu kebanyakannya suka menonton drama di TV
apatah lagi kalau drama bersiri
kalau tak silap dulu, tahun 80an
drama bersiri Jepun memang terkenal.
Oshin.

kemudian, drama bersiri Cina.
saya pun tak ingat tajuk apa, tapi yang saya ingat drama bersiri polis.
kemudian drama bersiri Amerika Latin, rasanya,
yang agak terbaru ni, Korea dan Indonesia.
tapi, akhir-akhir ini banyak drama bersiri Melayu muncul dengan cerita-cerita cinta serta pergolakan keluarga.

sudah 2 peristiwa drama 'live' saya tonton berlaku di toilet/tandas.
amboii...
ada yang berfikiran jauh tersasar.
bukan adegan lucah.
tidak,
alhamdulillah.

agaknya sebab banyak tengok drama,
budak2 sekarang ni.
bergaduh antara kekasih pun berdrama juga, di toilet pulak tu.

kes pertama, di toilet KLCC.
ya... toilet pun yang ada kelaslah... mesti toilet KLCC.
yang perempuan menangis terjerit-jerit, yang lelaki memujuk,
perempuan buat stunt ala-ala pengsan.
yang lelaki kejut-kejut kan si pompuan. alih-alih pompuan terjaga,
berlari pulak si pompuan merajuk kononnya...
yang lelaki berlari pulak mengejarnya.

aduii..
saya yang menonton, rasa meluat.
ni semua pengaruh drama lah tu.


kes kedua,
kat toilet Pavillion KL.
kan saya kata, toilet yang ada kelas...
yang lelaki, tolak perempuan ke dinding,
saya ingat nak bercium...
rupanya, nak marah si pompuan.
si pompuan tepis tangan si lelaki, berjalan ke penjuru dinding, mengadap dinding.
lelakinya datang dari belakang, pegang tangan si pompuan,
minta maaf.
si pompuan berlari pulak ke toilet pompuan.
yang lelaki kejar pompuan tu, tapi tak boleh nak masuk toilet , berdiri kat luar toilet,
jerit-jerit kecil nama pompuan tu...

mmm....
memang drama minggu ini sungguh.
sudah-sudahlah tu.
meluat orang lain tengok.
kalau kat drama TV tu lain lah.

kalau nak bertengkar, buatlah cara profesional sikit...
camana cara profesional tu??
entah, saya tulis je...
ada cadangan kengkawan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 27, 2010

tips mencari barang salah letak...

tajuk tu sebenarnya gimmick je.
saya bukannya ada tip untuk mencari barang yang dicari tak jumpa, kerana letak tempat lain, cari di tempat lain.

pernah saya parking kereta di kawasan lain, tempat open space,
tapi bila nak balik,
puas saya melilau mencari di kawasan yang lain.
hampirlah saya nak menangis dan nak buat report polis, kereta hilang.

itu bab kereta.

yang terbaru.
meletak hand bag, di tempat lain.
puas mencari, hingga saya berulang balik ke restoran mencari beg saya (sebab saya ingat, perkara akhir saya buat sebelum tersedar beg hilang ialah saya membayar bil makanan)
kemudian, saya berkejar ke balai polis membuat laporan kehilangan hand bag.
balik dari balai polis,
nak pergi mandi, mencapai tuala yang tersangkut,
elok saja hand bag tersebut terletak di celahan tuala mandi saya.

itulah akibat tabiat kurang baik saya.

jadi ini senarai sifat tak baik saya:

1
saya memang pelupa,
selalu meletak barang di satu tempat yang kononnya senang nak cari,
terutamanya barang-barang yang kecil2 seperti cermin mata
tapi,
alih-alih lupa kat mana barang tersebut diletak akhirnya.
sang suami memang selalu tak puas hati dengan sifat pelupa saya ini.


2
selalunya jumpa balik barang tu bila?
tengah solat...
dalam solat tu lah terjumpa barang yang dicari.

ini menunjukkan apa??


3
tak khusyuk dalam solatlah... tu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 25, 2010

cikgu dulu-dulu lebih baik?

betulkah cikgu dulu-dulu lebih baik, cikgu-cikgu sekarang kurang baik?

saya berpendapat tidak.
kerana saya seorang guru sekarangkah, maka saya 'bias'?
entahlah.

cuma saya kira, istilah baik itu perlu diperhalusi.
baik dari segi apa?
penyampaian? teknik pengajaran? sahsiah diri? kasih?

saya yakin semua dari kita pernah mengagumi sekurang-kurangnya seorang guru dalam perjalanan hidup kita, dan pernah membenci atau kurang gemar dengan sekurang-kurangnya seorang guru.

saya pun tidak terkecuali.
ada guru saya dulu Pn Ooi, guru Matematik yang saya ingat sampai sekarang, kerana cara pengajarannya yang sangat saya minati.
dan
ada 2 orang guru Geografi saya yang saya kategorikan sebagai guru yang malas dan tiada visi semasa mengajar. itu dari segi pengajaran.

2/3 zaman saya bersekolah, saya bersekolah di sekolah perempuan sahaja.

ada guru saya yang saya kira tidak sensitif dengan perasaan dan suka memalukan pelajarnya pada zaman saya itu, yang bila saya fikirkan bukan tujuan untuk mendidik.
ada pelbagai cara boleh digunakan.
contohnya mempamerkan kerja tangan saya sendiri semasa di darjah 3 (membuat puppet dari stokin), dengan memperlekehkan hasil kerja tersebut dan di ikuti deraian ketawa rakan2.

bayangkan budak darjah 3 buat sendiri, jahit sendiri tanpa pertolongan sesiapa, kerana emak dan bapa sibuk berniaga. sedangkan puppet rakan-rakan adalah hasil kerja emak mereka.

zaman saya dulu, ada juga guru yang berpakaian seksi. kalaulah nak kata guru-guru dulu mempunyai sahsiah yang baik.

jadi, kerana pengalaman hidup saya bersama guru-guru dulu zaman 70an begitu rupa, jadi saya berpendapat tak semua guru-guru dulu-dulu lebih baik dari guru-guru sekarang.

mungkin kerana bilangan guru sekarang lebih ramai,
dan harapan ibu bapa sekarang lain dari harapan ibu bapa dulu-dulu,
makanya,
seolah-olah guru-guru sekarang nampak kurang komited seperti guru-guru dulu-dulu.
yakah?

entahlah,
pandangan masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 23, 2010

melancong ke Jepun

Memang dah lama pasang niat nak ke Jepun. Cuti sekolah baru ni, sempatlah bawa anak-anak buah berjalan.

Bukan ke Jepun.

Pergi berjalan, makan angin  ke Jaya Jusco, Bukit Tinggi , Kelang.

Namun begitu... yang buat saya betul-betul tak faham *dituju kat sesiapa yang berkenaan tu lah, yang malangnya saya tak tau nak tuju kat siapa dan bahagian mana yang bertanggungjawab...* ialah, kebenaran membawa masuk alat-alat permainan video terutama dari Jepun yang berlambak kat shopping mall di JJ terutamanya lah.

Bukan marah.
Cuma hairan.
Kan ke 1Malaysia slogan kita. Bahasa Melayu keutamaan kita. Kenapalah alat-alat permainan ni semua dalam bahasa Jepun? Apa yang ditulis, sepatah haram pun saya tak tau. yang main tak faham, yang meneman dan menjaga pun tak faham. bahasa Jawa pun tak pas-pas, bahasa Jepun tak taulah nak cakap.

Tak boleh ke, semasa benda ini dibawa masuk, kenakan syarat, mesti ditulis segala arahan permainan dalam bahasa kita. Kalau tak guna bahasa kita, jangan bawak masuk ke dalam negara kita.

Kalau itu syaratnya, saya gerenti, semua yang tertulis tu mesti dalam bahasa kita.




Sorila gambar blur macam tuannya


Ha, kan, dah kata.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 21, 2010

geng mata rabun..

masa saya bersekolah dulu, antara geng yang terkenal ialah Geng Botak Chin


ada sedikit kisahnya di sini
kisah botak chin seperti menjadi legenda pada masa itu..
waktu itu,
mendengar namanya sahaja, terasa takut.

sekarang ini saya kira,
geng menge-geng ini banyak sungguh

ada geng telefon,

geng botak,

geng Jalit,



geng Ah Loon,

geng Fatah

geng Gondol

dan bermacam-macam geng lagi....
nama2 geng pun begitu unik sekali.

saya nak tubuh geng juga, tapi kena cari nama geng yang umpph dulu...
ada cadangan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 19, 2010

tangan yang memberi lebih baik....


Terima kasih atas ingatan anda semua ke atas saya.
Saya menerima award tersebut dengan rasa rendah diri dan saya doakan agar anda semua serta semua pembaca di blog ini sentiasa diberkati Allah . ameen.

awardnya

syarat-syarat award ini ramai yang dah tahu, rasanya.

1. ucapan terima kasih untuk pemberi award serta link mereka seperti di atas.
2. award dipanjangkan untuk 15 yang lain.

3. 7 perkara tentang diri saya.
- perahsia
- perasan bijak
- pemikir agung yang tak dikenali sesiapa
- pemurah sen....yuman
- perlu cukup tidur, kalau tak, susah nak membesar
- pentingkan suara, sebab kalau takde suara tak boleh cari makan dengan mengajar
- pelawak, ... yang tak layak masuk Raja Lawak..

ok.
settle.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 17, 2010

Kampung Kuala Sanglang

laut di kuala sanglang. sumbernya.

katanya nak makan laksa utara yang sedap, carilah di Kampung Kuala Sanglang.

tahun 2007, kampung Kuala Sanglang ini melakar namanya dalam suratkhabar The Star sebab menghasilkan jalur gemilang menggunakan kulit kupang (kerana ini kampung nelayan, dan waktu itu musim kupang banyak). beritanya di sini

laksa utara, laksa penang, laksa sarawak atau laksa apa saja, memang sangat saya gemar.
sebab bahan utama dalam kuahnya mestilah ikan.

tapi bukan kisah laksa yang saya nak cerita.
saya tahu ramai yang dah baca cerita basi ni.


sekampungkah begini?

memalukan sahaja,
apatah lagi orang-orang tua berperangai tidak senonoh.
adakah kita tidak pernah ingin mengambil iktibar dan contoh
dari tempat-tempat lain yang telah dilanda musibah
atas perlakuan manusia yang melampaui batas.

namun begitu
siapalah saya untuk menghukum.
kerana saya tidak pernah sampai ke situ pun,
tidak pernah mengenali pakcik dan makcik di Kampung Kuala Sanglang itu.

mengutip kata-kata haikal di blognya yang baru saya terjah: mindaperubahan

"Penduduk kat ctu kebanyakan nya nelayan ngan petani. Kemiskinan mmg ketara kat ctu. rumah2 dorang pun tak secantik rumah2 kita. malah taraf sosial pun agak tinggi kat ctu. Kat ctu tempat berlabuh nya penyeludup senjata, dadah dan manusia"

Bukankah Rasulullah pernah menyatakan kefakiran boleh menghampirkan kita pada kekufuran?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 16, 2010

sindir bapa mertua, sindir menantu

Selesai majlis perkahwinan anak dan menantunya, Pak Man mengajak anak dan menantunya duduk bersama beliau di rumahnya sahaja.

"Tak perlu bersusah payah nak bayar sewa rumah, lagi pun bukan ada sesapa kat rumah ni. Hanya ayah dan mak engkau sahaja"

Itu hujah Pak Man.
Menantunya, Ali bersetuju sangat.

Sebulan duduk di rumahnya, barulah Pak Man tahu, yang si Ali ini tidak bekerja.
Disuruh mencari kerja bermacam alasan diberi oleh Ali.
Kerja Ali, bangun pagi, ke masjid berdekatan rumah , solat Subuh berjemaah,
balik ke rumah, bersarapan ...seterusnya bersolat dhuha, berwirid agak lama. Yang pasti setiap waktu solat Ali mesti ke masjid , tak pernah bersolat sendirian di rumah. Malangnya, Ali tidak bekerja.

Sebulan juga duduk sebumbung dengan bapa mertuanya, barulah Ali tahu bahawa bapa mertuanya itu workaholic. Sangat rajin bekerja, kalau pagi, awal-awal lagi sudah bersiap ke pejabat, balik pejabat, kadang-kadang berehat sebentar sahaja di rumah, kemudian keluar lagi bekerja part time pula. Ada kala over time di pejabat. Malangnya, Ali tidak pernah melihat bapa mertuanya itu solat.

Bila ditanya pada isterinya, barulah Ali tahu , bahawa bapa mertuanya tidak pernah bersolat.

Masing-masing risau dengan perangai masing-masing. Dan berfikir bagaimana hendak menegur salah masing-masing.

Satu hari, Pak Man mengajak menantunya bermain dam.
Mungkin sambil bermain nanti ada peluang bagi Pak Man untuk menegur sikap menantunya itu yang malas bekerja.

Ali, apabila menerima pelawaan bapa mertuanya terus bersetuju.
Beliau pun berfikiran sama seperti bapa mertuanya, ingin menegur bapa mertuanya itu yang liat untuk bersolat.


Setelah beberapa lama bermain, Pak Man berkira-kira hendak mengalihkan buah damnya tetapi beliau teragak-agak.
Ali memandang dan merasakan inilah peluangnya untuk mengalahkan bapa mertuanya itu.

"Kalau ayah alih buah tu , untunglah saya. boleh saya makan." kata Ali agak bangga

Pak Man mendengus.

"Ah, engkau ni, memang dasar pemalas. Taunya asyik makan je... Bekerja tak nak"

Ali hanya tersengih. Aii, sempat juga orang tua ni nak pekena aku ya... tak pa, takpa...

Mereka terus bermain.

Kali ini Ali pula teragak-agak hendak memindahkan buah damnya.

Pak Man tersengih, sambil berkata," Ha... gerak lah buah tu... Adalah peluang ayah naik haji"

Ali pula mendengus.

"Naik haji apanya.? Solat pun malas, sibuk nak naik haji. tak guna haji tu"

Pak Man hanya tersengih seperti kerang busuk. Malu pada menantu sebab tak solat...


Moral of the story???????



......................

*cerita ini saya dapat semasa program Q di sekolah, diceritakan oleh Ustaz Rizal.
Tetapi ada beberapa tambahan dalam cerita yang saya buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 14, 2010

berpakat untuk berbalah..

saya bersetuju betul ngan tulisan Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dalam majalah al-Islam bulan Mac 2010 berjudul 'Kita berpakat untuk berbalah'

saya tuliskan sedikit tulisannya di sini:

"Orang Islam dalam negara ini sedang mengalami suasana retak seribu.
Mereka berbalah tentang apa saja dan berpecah kepada apa saja.

Ada perbalahan 3 penjuru antara Ahl Sunnah Wal Jamaah, Syi'ah dan Wahabi.
Masing-masing mengatakan dia yang betul dan sentiasa bersedia untuk
menuduh antara satu sama lain sebagai menyeleweng.

Ada perbalahan antara golongan konservatif dan radikal dalam perjuangan Islam.

Ada perbalahan antara tarikat tasawuf.

Malah ada perbalahan antara pendakwah dan jabatan agama.

Selain dari itu ada banyak perbalahan lagi.

Begitu pun yang paling besar ialah perbalahan antara parti politik yang
bersungguh-sungguh berebut kuasa sampai kadang-kadang tidak
mengambil kira apa saja kecuali 'kuasa' ".

yang pastinya kita tidak berbalah untuk terus berbalah....
kita sentiasa setuju untuk berbalah.

sindrom 'berpakat untuk tidak berpakat'

bukan lagi hak mutlak orang Arab....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 12, 2010

permintaan dari sahabat


seminggu lepas selepas lama tidak bersembang dengan sahabat saya yang comel ni..

"kak normah, semalam saya menangis di jabatan.."

pelik gak..
walau pun tahu beliau ni memang berhati lembut,
tapi kena torture di jabatan KL ke?

"semua yang gi tu menangis, kak normah.."
"cikgu2 lain pun nangis tengok video semalam" sambungnya lagi..

memang pening saya, sebab tak faham pucuk pangkal cerita cikgu zarmin ni.

video apa? tanya saya
"tentang Pn Norlina (yang menerajui Pernim) dan anak-anak angkat Aids nya... "
"kak normah buatlah entri tentang anak-anak terbiar dari masalah Aids ni...tau" pujuk Zarmin.

saya pun mencari-cari kisah tentang Pernim.
berjumpa kisah Murni, anak Aids yang diwariskan penyakit dari ibu dan bapanya tanpa pilihan. di sini. (bacalah)
sedikit tentang Pn Norlina(di sini)

itu tentang Pernim,


saya pasti ada juga yang tahu tentang Rumah Nor Salam- khas untuk anak-anak pekerja seks di Chow Kit. (sedikit artikel di sini)
ada juga saya terbaca tentang remaja kita yang membuat kerja amal di Rumah Nor Salam ni ... alhamdulillah. Kalau saya bujang seperti mereka teringin juga .. berminat? baca di sini

semoga Allah melimpahkan rahmat kepada yang membantu dan terlibat memelihara dan membantu anak-anak ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 10, 2010

secepat kilat...



Florida di US (dalam peta di atas berwarna merah)
luasnya 170, 304 km persegi

didapati kilat di sana berlaku pada puratanya 90 kali sehari

Malaysia
luasnya 328, 657 km km persegi

dan direkodkan Malaysia menerima kilat dua kali ganda sehari berbanding Florida

Didapati tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap bahaya kilat sangatlah rendah.
Saya kira, bukan tahap kesedaran ini sahaja yang rendah di kalangan kita rakyat Malaysia ni, kan.


Setiap tahun , kilat membunuh sekurang-kurangnya 25,ooo manusia seluruh dunia.
Kata Richard Kithil, Pengerusi Institut Kebangsaan Keselamatan Kilat, di sini.

Orang putih ni saya kira, segala benda diorang ni peka, sampaikan Persatuan Keselamatan Kilat pun diorang ada.

Apa yang kita perlu lakukan jika kilat berlaku :

Jika kita di luar- (sumber di sini)
  • kilat selalu mengena objek tinggi, jadi pastikan kita tidak berdiri atau berdiri berdekatan pokok
  • jauhkan objek logam berdekatan
  • jika hujung rambut kita berdiri dan bulu roma menegang, kemungkinan kilat akan menyerang, tutup kepala dan 'practically roll into a ball' (camana nak translate ni ya).

Jika kita di dalam rumah -
  • jauhkan dari barang-barang elektrik yang terpasang
  • elakkan mandi semasa kilat sedang berlaku
  • jauhkan dari tingkap

Tentang menjauhkan dari barang-barang elektrik ini, memang ada kes anak jiran yang sedang bercakap melalui telefon rumahnya semasa kilat berlaku, cedera telinganya kerana tersambar kilat. Alhamdulillah kecederaan tersebut segera pulih...

Jadi, berhati-hatilah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 8, 2010

memalukan saja...

kepada anak-anak murid saya, sahabat2 saya, anak-anak buah saya atau sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini,

janganlah jadi seperti ini ya....


rasanya ramai dah tengok gambar itu.
sehinggakan blogger terkenal seperti JARD pun ada buat tips bagi cara-cara memilih jeans yang baik. baca kat sini

bagus jugak tu...
untuk panduan...

tapi kalau tak reti jugak...
pakai kain je lah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 6, 2010

dua remaja dalam tandas

kisah dua remaja dalam tandas ini...
memang menjijikkan serta sangat merisaukan

baca lanjut di sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 4, 2010

kenapa makin banyak kedut di dahi ini?

bila anak demam sikit
hati cepat betul diragut risau
macam-macam yang terlintas dalam fikiran.

apatah lagi kalau si anak,
biasanya keletah, bising mulutnya,
dan bila beliau diam membisu, dan hanya berbaring,
mulalah bibir tidak henti memanjat doa.

bila suami lewat balik dari biasa,
tidak pula menelefon atau sms.
hati mula dilanda bimbang,
bermacam sketsa timbul dalam kepala,
takut kalau-kalau malang tidak berbau, menimpa.

mulalah bibir terkumat-kamit, memohon doa,
agar dijauhkan dari segala bahaya dan mala petaka.

memang kita sebagai perempuan ni,
saya kira, lebih cepat risau dan bimbang.
segala perkara kita fikirkan,
dan biasanya kita memikir perkara buruk.

patutlah makin banyak kedut di dahi ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 2, 2010