Tuesday, March 16, 2010

sindir bapa mertua, sindir menantu

Selesai majlis perkahwinan anak dan menantunya, Pak Man mengajak anak dan menantunya duduk bersama beliau di rumahnya sahaja.

"Tak perlu bersusah payah nak bayar sewa rumah, lagi pun bukan ada sesapa kat rumah ni. Hanya ayah dan mak engkau sahaja"

Itu hujah Pak Man.
Menantunya, Ali bersetuju sangat.

Sebulan duduk di rumahnya, barulah Pak Man tahu, yang si Ali ini tidak bekerja.
Disuruh mencari kerja bermacam alasan diberi oleh Ali.
Kerja Ali, bangun pagi, ke masjid berdekatan rumah , solat Subuh berjemaah,
balik ke rumah, bersarapan ...seterusnya bersolat dhuha, berwirid agak lama. Yang pasti setiap waktu solat Ali mesti ke masjid , tak pernah bersolat sendirian di rumah. Malangnya, Ali tidak bekerja.

Sebulan juga duduk sebumbung dengan bapa mertuanya, barulah Ali tahu bahawa bapa mertuanya itu workaholic. Sangat rajin bekerja, kalau pagi, awal-awal lagi sudah bersiap ke pejabat, balik pejabat, kadang-kadang berehat sebentar sahaja di rumah, kemudian keluar lagi bekerja part time pula. Ada kala over time di pejabat. Malangnya, Ali tidak pernah melihat bapa mertuanya itu solat.

Bila ditanya pada isterinya, barulah Ali tahu , bahawa bapa mertuanya tidak pernah bersolat.

Masing-masing risau dengan perangai masing-masing. Dan berfikir bagaimana hendak menegur salah masing-masing.

Satu hari, Pak Man mengajak menantunya bermain dam.
Mungkin sambil bermain nanti ada peluang bagi Pak Man untuk menegur sikap menantunya itu yang malas bekerja.

Ali, apabila menerima pelawaan bapa mertuanya terus bersetuju.
Beliau pun berfikiran sama seperti bapa mertuanya, ingin menegur bapa mertuanya itu yang liat untuk bersolat.


Setelah beberapa lama bermain, Pak Man berkira-kira hendak mengalihkan buah damnya tetapi beliau teragak-agak.
Ali memandang dan merasakan inilah peluangnya untuk mengalahkan bapa mertuanya itu.

"Kalau ayah alih buah tu , untunglah saya. boleh saya makan." kata Ali agak bangga

Pak Man mendengus.

"Ah, engkau ni, memang dasar pemalas. Taunya asyik makan je... Bekerja tak nak"

Ali hanya tersengih. Aii, sempat juga orang tua ni nak pekena aku ya... tak pa, takpa...

Mereka terus bermain.

Kali ini Ali pula teragak-agak hendak memindahkan buah damnya.

Pak Man tersengih, sambil berkata," Ha... gerak lah buah tu... Adalah peluang ayah naik haji"

Ali pula mendengus.

"Naik haji apanya.? Solat pun malas, sibuk nak naik haji. tak guna haji tu"

Pak Man hanya tersengih seperti kerang busuk. Malu pada menantu sebab tak solat...


Moral of the story???????



......................

*cerita ini saya dapat semasa program Q di sekolah, diceritakan oleh Ustaz Rizal.
Tetapi ada beberapa tambahan dalam cerita yang saya buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Wah !!!
    KIsah yang sangat menarik...

    "tidak ada makanan yg lebih baik dimakan oleh ssorang itu selain daripada makanan hasil usaha kedua tangannya (H.R Al-Bukhari)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.