Wednesday, April 28, 2010

2050, gaya hidup baru.


*Perangkaan terbaru menunjukkan umat Islam dunia kini berjumlah 1.6 billion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut Islam.

*Jumlah orang Islam di Jerman lebih ramai berbanding di Lebanon. China memiliki lebih ramai umat Islam berbanding Syria, manakala Rusia pula dihuni lebih ramai orang Islam berbanding Jordan dan Libya.

*(petikan dari Milenia Muslim April 2010- Ruangan Meja Editor)



Saya kira ini tidaklah memeranjatkan sangat, kerana ramai yang sudah maklum. Walau pun mungkin kita di sini khuatir dengan fenomena murtad di kalangan anak-anak muda kita, masyarakat Eropah di sana juga khuatir dengan kecenderungan masyarakatnya memilih Islam sebagai anutan agama.


Pada tahun 2050 Eropah diramal akan bertukar menjadi benua Islam dan bakal menguasai keseluruhan komposisi penduduk dunia. Ini yang ditakuti oleh ramai masyarakat dunia, kerana imej Islam yang sentiasa dikaitkan dengan perkataan Jihad ,terrorist, merejam manusia dengan batu, menggantung golongan homoseksual dan sebagainya. (Boleh baca artikel lengkapnya di sini)


kalau 2050, bermaksud lebih kurang 40 tahun lagi... masa tu umur saya insyaAllah 84 tahun. entah hidup lagi atau tidak. wallahualam. kalau hidup pun, saya berdoa saya tidak menyusahkan sesiapa dan kesihatan saya baik juga.


berbalik kepada isu Islam menguasai dunia itu, sikap mereka ini tidak boleh juga disalahkan 100%. Sikap ini juga saya kira banyak berputik dari sikap kita, umat Islam sendiri yang memaparkan akhlak dan kefahaman yang salah kepada mereka.


apa pun, setiap kita punya tanggungjawab untuk memperbetulkan tanggapan negatif tersebut. bermula dari kita, kita mesti menerapkan dalam diri anak-anak kita agar akhlak kita dan anak-anak kita adalah akhlak Islam dan bukannya akhlak celupan Barat yang bukan Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. orang bukan islam nak dalami islam.. yang kat sini sebuk nak nak dalami sebaliknyer..

    teringi hidup masa zaman kemajuan islam yang tercatat akan berlaku satu hari nanti tapi x sanggup menempuhi zaman kejatuhan islam sebelumnyer.. Ya Allah.. kuatkan iman hambamu ini

    ReplyDelete
  2. salam kak..jika pendpat sy lakan kak..akhlak islam itu bermula dengan pendidikan islam yang sempurna kepada anak..bukan sekadar menyuruh anak-anak solat 5waktu semata-mata..dan bukan pula sekadar hantar anak mengaji alquran semata-mata..tapi menghantar belajar agama,hukum hakam dan sebagainya..itulah lah bermulanya akhlak umat islam bg sy..dengan pendidikan islam yg sempurna dan diamalkan pula..

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Saya setuju dengan pendapat sdra syahbandar. Ibubapa perlu memberi contoh teladan yg baik utk mewarnai kehidupan keluarga secara Islamik. Andaikata ibubapa pun tidak solat, tidak puasa dan tidak beramal seperti mana dikehendaki Islam, maka jgnlah menyalah anak-anak.

    ReplyDelete
  4. Dearie Kak..
    Kita hanya mendoakan dan mengharapkan yang baik2 saja.
    Semoga perdamaian hendaknya..

    Take care Kak..

    ReplyDelete
  5. Salam Normah,

    Apa-apapun akhlaklah yang terpenting. Pada zaman Rasulullah SAW ada lagi, baginda saw cukup marah (cara hikmah) jika para sahabat tersalah dalam akhlak, berbanding dengan tersilap dalam pelaksanaan solat.

    ReplyDelete
  6. Tahun 2050 besar kemungkinan saya tiada lagi di dunia. saya percaya kalau orang barat atau Jepun atau Korea memeluk Islam, mereka akan menjadi orang Islam yang lebih baik dari kita dan orang Arab sendiri kerana banyak nilai2 Islam telah mereka amalkan. Cuma akidah mereka sahaja yang tak betul.

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum

    isza--perasaan yang sama juga seperti isza

    syahbandar, razak-- betul, setuju. namun begitu realitinya menuntut lebih dari itu, sewajarnya pendidikan anak-anak kita lebih holistik dan tidak terpisah spt sekarang

    kak werdah-- memang sukar nak membentuk akhlak kita lebih2 lagi masa kini

    al-lavendari--setuju tu, dikatakan bahawa kebangkitan islam akan berlaku di belah asia, mungkin juga org jepun/ korea yang muslim dari segi sikapnya tetapibukan mukmin lagi

    ReplyDelete
  8. dearie LOL

    ya, kita doakan yang terbaik untuk semua

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Janji Allah benar belaka...Islam akan bangkit semula..

    ReplyDelete
  10. salam cikgu,
    akhlak yang baik semua orang suka,
    bunga diri mewangi selamanya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.