Wednesday, April 7, 2010

Anak Murid Yang Malang





Bila terjumpa bekas2 anak murid yang sudah berjaya menjadi manusia, berkeluarga dan bekerja , memang seronok dan tumpang gembira.kalau bab hendak mengingat nama mereka, memang payah lah.


Biasanya, anak-anak murid ini akan mengingatkan saya, apabila saya bertanya nama mereka dan tahun bila saya mengajar mereka. Malu memanglah ada, kerana kelemahan saya sangat ketara. Sukar hendak mengingat nama pelajar.


Tapi,
kalau terjumpa bekas anak murid dalam keadaan merempat, masih meminta-minta seperti pengemis...?? Walau pun sudah dinasihati agar mencari kerja, tetapi, seribu alasan yang diberi, hati terasa geram dan kesal sekali.



Sudah kali ketiga tersua bekas anak murid ini. Kembar seiras, dulu-dulu selalu berdua, sekarang ini sudah sendirian masing-masingnya. Terbaru, sudah dihalau keluar rumah oleh bapa mereka.



Sedih melihat nasib mereka. Betul bendul, bersifat seperti budak-budak, tidak matang walau pun sudah berusia 29 tahun. Merempat di surau-surau dan masjid, meminta belas ihsan orang-orang yang lalu lalang.



Di mana silapnya? Adakah saya juga terlibat menyesatkan arah hidup mereka sehingga menjadi begini?? Kenapa saudara mara dan bapa mereka (ibu mereka telah meninggal dunia) tidak berusaha menyedarkan dan hanya membiarkan sahaja. Puas saya memikir, tindakan dan langkah yang patut saya buat dengan keterbatasan diri serta upaya saya.



*janganlah hendaknya hidup anak saya seperti mereka, bila saya sudah tiada nanti. ameen




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. nak mengaku murid pun malu...

    ReplyDelete
  2. Tak semesti tempa kejayaan diperingkat bawah dan berjaya ke akhirnya..jika seseorang itu tidak boleh maintain apa yang mereka tempa kejayaan dahulu..

    ReplyDelete
  3. Saya yakin dan percaya, semua guru sudah berusaha sebaik mungkin mendidik dan membimbing setiap anak muridnya...

    Malah tidak pernah mengharapkan yg tidak-tidak terhadap mereka..

    Tetapi jika sudah ditakdirkan mereka menjadi sebaliknya, pasti ada sebab lain.. ibarat kata orang “bukan salah ibu mengandung”

    ReplyDelete
  4. cik gu dah buat yg terbaik tu dia..mungkin dia tiada keyakinan diri untuk jadi seperti orang lain.

    ReplyDelete
  5. Salam Normah.

    Mudah2an akhirnya pelajar yang tak tentu arah tujuan hidupnya itu akan dapat petunjuk Ilahi.. kita sebagai guru hanya dapat mencurahkan ilmu.. berjaya atau tidak seseorg itu bergantung kpd potensi yg ada pada dirinya dan digilap oleh dirinya dan Allah sebagai Penolongnya.

    Ingat kisah Nabi dgn bapa saudara kesayangannya Abu Talib, biar bgmna nak ditolongpun baginda tak mampu. InsyaAllah kita hanya boleh doakan anak-anak didik kita beroleh petunjuk.

    Harap dapat dtg ambil award ya.. terima kasih

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Guru sudah berusaha sebaik mungkin untuk pelajarnya namun yang membentuk peribadinya ialah mereka sendiri. Andaikata jalan yang mereka tempuhi itu baik maka baiklah natijahnya, dan begitulah disebaliknya

    ReplyDelete
  7. Parahnyer mereka nie....

    Pendatang asing pun boleh survive kat negara kita, takkan mereka dua beradik tak leh berdikari langsung...Atoiii

    ReplyDelete
  8. bukan salah guru mengajar..

    kalo dh umur 29 xtahu nk fikir lagi..

    xtahu la nk ckp apa lg...

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum

    abu muaz-- ya, seperti yang saya rasa

    relevan--nasib seseorang kan..

    azie--harapnya gitulah

    endiem-- moga Allah bantu mereka

    kak werdah-- insyaAllah saya gi. terima kasih


    razak-- saya hanya bisa mendoakan untuk mereka

    miecyber-- entahlah, tak tahu nak cakap apa

    gadis kampung separa bandar-- lama tak mendengar berita ya...

    ReplyDelete
  10. mungkin dia mmg jenis lembab kot.. papepun moga dia akan dpt uruskan diri

    ReplyDelete
  11. sometimes memang tak faham org macam ni, kenapa tak nak usaha sendiri, kenapa perlu mengharapkan orang lain? orang kurang upaya pun boleh berdikari...yg nyata bukan salah guru, keluarga juga. Takkan la tak boleh fikir sendiri...

    ReplyDelete
  12. Salam cikgu,
    pada saya sebenarnya tak kisahlah budak pandai ke tak pandai ke yang penting diri tu sendiri kena beringat untuk berubah. Abg sedara sy belajar memang tak pandai tapi sekarang jadi bisnessman yg berjaya dan mampu memiliki rumah yg harga berjuta. Kawan sekolah dia yg duk kelas depan2 pun tak berjaya macam dia. Ramai gak kawan2 hubby pun macam tu jugak, masa sekolah tunggang langgang tapi ada yg ada PhD pun

    ReplyDelete
  13. hmmm...mungkin mereka berjaya dalam bidang lain~

    ReplyDelete
  14. Memang ramai anak murid yang telah berjaya malah ada yg lebih berjaya dari cikgu2 mereka dahulu.. diharapkan agar mereka tidak megah diri dan ingat jasa2 insan yg mengajar dan mendidik mereka

    ReplyDelete
  15. Dear Kak,
    sebenarnya kemahuan mereka juga jadik cam tu Kak..

    rasanya tak perlulah salahkan diri..
    Kak dah cuba buat yg terbaik..

    Go..
    Go..

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Mereka dah dididik dan diasuh oleh ibubapa dan guru. Jadi bila dh besar panjang, atas usaha mereka sendiri lah. Seseorg tu tak kan berubah jika dia tak nak ubah nasib dirinya sendiri..

    ReplyDelete
  17. Seronok bila tengok cikgu jumpa anak murid. Selalu mengalaminya bila berjalan dengan adik ipar yang kerjaya guru.

    Kadang2 tu tiba-tiba ada orang panggil cikgu, bila toleh, seorang ayah muda sedang dukung anak, adik ipar saya jawab sambil senyum dan cuit2 tanya sikit sebanyak tentang kehidupan anak muda tu sekarang.

    Lepas tu, bila jauh sikit dia akan kata "lupalah" dah kahwin pun budak2 tu.

    Kerja guru memang sentiasa dikenang.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.