Sunday, April 18, 2010

Dowh!


Dowh!

"Engkau ambik yang itulah , dowh! Buat pe ambik yang ini?"

"Bukan cam inilah , dowh!"



Acapkali saya dapat menangkap perkataan tersebut apabila mendengar perbualan remaja kini. Biasanya saya akan menegur, jika mereka adalah anak-anak murid saya. Jika tidak, saya hanya buat pekak sahaja,






"Kenapa awak cakap bodoh kat kawan awak?"
"Mana ada cikgu, bila saya cakap bodoh?"
"Tu, tadi awak cakap dowh tu, singkatan dari bodoh lah kan?"
"Bukan lah cikgu, dowh tu dowh je, bukan singkatan dari mana-mana perkataan," jawab anak-anak murid saya .


Saya masih merasakan perkataan dowh itu ialah singkatan dari perkataan bodoh, sehinggalah semalam semasa blogwalking di alam siber, saya menyinggah di salah satu blog yang terkenal iaitu justkhai yang menggunakan perkataan dowh dalam headernya yang sangat unik dan tak lupa juga blog budu dan belacan, tuanpunyanya sueannajoe, menggunakan perkataan dowh dalam entrinya.


Jadinya, dowh ini perkataan barulah ya dalam Bahasa Melayu kita?


Tetapi saya kira perkataan ini hanya sesuai digunakan di kalangan remaja sahaja . Untuk orang-orang lama seperti saya , sangatlah tidak sopannya saya rasa untuk digunakan setiap habis ayat seperti bebudak sekarang ini.


Dowh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. Citiz,

    Betul pktn tu sesuai utk remaja shj.
    Itu slanga (slang) yg digunakan oleh remaja. Hanya bersifat sementara. Akan bertukar...

    Saya fikir asalnya memang perkataan "bodoh" atau "sudah", "padah", dll - ntahlah.... Cuma mereka tu tak tau je. Sebab dah biasa, tak memberi apa2 makna / atau mereka tak fikir pun tentang maakna...Atau meletakkan komponen makna lain pada pktn tu...Atau mungkin mereka kurang cerdik!

    ReplyDelete
  2. saya jarang gune ''bodoh'' sbb dlm belog, hati pembace perlu dijaga. :)

    ReplyDelete
  3. salam cikgu
    itulaha bahasa orang muda sekarang.tak lama perkataan dowh tu akan masuk dalam kamus dewan la kot

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu,

    Anak sy yg sulung tu pun kalau bercakap ngan member2 dia selalu guna perkataan 'dowh' tu. Mula2 sy bising sebab bunyinya macam dia sebut bodoh. Sy tegur nape panggil kwn bodoh, tapi kawan dia ketawa beritau bukan 'bodoh' cuma slang yg digunakan oleh remaja masa kini.Entahlah budak2 sekarang dh lah Bahasa Melayu skrg ditahap kritikal, banyak perkataan melayu boleh guna, ntah mana they all dapat idea pun tak tahu.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum mantan

    rupanya bukan saya seorang je yang ingatkan dowh tu dari perkataan bodoh,

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum darbatman

    singgah meninggal bekas juga darkbatman di blog saya yang tak semenggah mana ini.

    mm, saya pun tidaklah gunakan perkataan bodoh, cuma slanga anak2 remaja kini , memang sukar sekali ditafsir dan diterima pakai oleg orang2 seusia saya

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum zharif

    zharif pun dalam kategori anak2 muda sekarang kan...
    sesama usia bolehlah kut diguna pakai perkataan ini, tapi tak berapa manis didengar oleh gegendang telinga seusia saya

    ReplyDelete
  8. waalaikummussalam aidah

    itulah peliknya kan.
    siapa yang memulakan dan kenapa pun kita tak tahu
    tapi bila mendengar cam kurang enak pula

    ReplyDelete
  9. Banyak perkataan yang baru di kalangan remaja sekarang...

    ReplyDelete
  10. sy pn rase dowh tu bodoh gak....xsuka tol dgr... kadang dowh tu bkn disebut kt kengkawan je terbawa2 disebut kt yg lbh tua dr mrk.....xpatut........huhu

    ReplyDelete
  11. macam2 dah bahasa bebudak remaja ni.. kalo yg klako tu sronok gak dgr

    ReplyDelete
  12. salam ziarah..
    perkataan baru?
    sat2..nak pi semak dlm kamus dewan..hehE..
    dowh ni bahasa 'm0den' k0t..semua nak disingkatkan..

    ReplyDelete
  13. x suka gak perkataan tu.......

    ReplyDelete
  14. owh ..seperti perkataan 'giler'

    suke giler
    jahat giler
    cantik giler

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Yup, its becoming a trend nowadays. I'm not sure it come from the word "bodoh " or "da..." (From English movies) but sometime it was nested in our culture and this type of word is catchy and lead teenagers to use it. Not just to say teenagers, in my place, undergraduates still use it a lot ;)

    ReplyDelete
  16. Memang tu perkataan akhiran bodoh so, doh..
    budak-budak muda kalau terdengan perkataan pelik sikit dari yang lebih dewasa, mesti teruja nak guna juga kat kawan-kawan, ye la, baru ada style..Tapi budak-budak macam tu kita tak leh paksa untuk tak cakap perkataan-perkataan macam tu, kita just tegah bila terdengar dorang cakap 'doh' tu, yela, kalau tegur satu kelas, yang tak cakap pun macam dipersalahkan...hehehe

    ReplyDelete
  17. salam cikgu. walaupun saya remaja, muda trang-tang-tang, saya agak bermasalah nak faham bahasa budak2 muda sebaya saya.

    tambah2 bila masuk blog remaja2 ni, boleh jadi hilang mood sebab terlalu banyak singkatan, & rojak BM-BI yg melampau.

    pasal bodoh tu, laa, saya pun ingat drpd perkataan bodoh jugak. ni baru tau.

    ReplyDelete
  18. 'Dowh' tu dah kira macam penyedap ayat, macam orang Johor sebut 'ek', orang Kelantan sebut 'teh', variasi lain untuk 'weh' 'ah' dan sebagainya.

    But yup, Anna rasa ia singkatan dari perkataan 'bodoh' tapi tak dimaksudkan bodoh, dah menjadi maksud yang lain. Cuma yang tak tahu boleh salah paham tu.

    Sepanjang berblogging, hanya dua kali guna perkataan dowh tu, yang entri pasal printer yang anda link itu ngan entri lama:

    "Sayang dowh, gambar tu sangat chantek. Isk isk isk."

    Yang Anna guna, dimaksudkan dengan 'tu' atau 'nya'.

    Cuba lihat mana lagi menarik:

    1. Seronok tu bila semua benda baru!
    2. Seronoknya bila semua benda baru!
    3. Seronok dowh bila semua benda baru!

    Nombor 1 & 2 okay, tapi bunyinya agak formal, jadi pilihan ke-3 bunyi lebih sesuai dan menarik untuk menggambarkan keseronokkan tersebut.

    Ahaha, tapi memang sangat jarang digunakan. Rasanya tak pernah gunadalam pertuturan, tapi kalau tak sedar tu tak taulah. Macam tak sesuai je kalau sentiasa nak selit 'dowh' dalam perbualan.

    ReplyDelete
  19. Nik Muhammad2/10/2011 9:03 PM

    Salam cikgu~

    xsangka ada lg perkataan "dowh" ni..first time sy dgr perkataan ini sejak sy sekolah rendah lg..iaitu 12tahun yg lalu..dan sememangnya "dowh" tu asalnya dr perkataan "bodoh" dan selalu digunakan oleh pelajar nakal utk memarahi kawannya..contohnya "bukan macam tu laa dowh!"

    ReplyDelete
  20. Salam, rasanya asal dari perkataan d'oh (sebutannya serupa dgn slang di M'sia i.e. dowh).
    Dari Wikipedia:
    "D'oh!" ( /ˈdoÊŠ/ doh) is a catchphrase used by the fictional character Homer Simpson, from the long-running American animated sitcom The Simpsons (1989–present). It is typically used when Homer injures himself, realizes that he has done something stupid, or when something bad has happened or is about to happen to him. All his prominent blood relations – son Bart, daughters Lisa and Maggie, his father, his mother and half-brother – have also been heard to use it themselves in similar circumstances. On a few occasions Homer's wife Marge and even non-related characters such as Mr. Burns and Krusty the Clown have also used this phrase.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.