Thursday, April 29, 2010

Nama Bayi Perempuan

Saya kira masalah yang dihadapi oleh pasangan yang bakal menimang cahaya mata ialah masalah menamakan bayi perempuan atau bayi lelaki mereka.

Memang menjadi kewajipan ibu dan bapa menamakan bayi perempuan atau bayi lelaki mereka dengan nama-nama yang baik-baik.

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a bahawa Rasululullah saw pernah bersabda:

Maksudnya ,"Sesungguhnya pada hari kiamt kelak, manusia akan
dipanggil mengadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan
nama bapa masing-masing (sepertimana nama di dunia). Oleh itu,
pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekelian."


Saya dapati pelajar-pelajar zaman kini mempunyai nama-nama yang bagus-bagus, contohnya Nur Izzati, Sakinah, Mawaddah, Daniel, Ainina dsb. Pastinya nama-nama tersebut membawa makna yang baik-baik .




Dan pastinya juga ibu bapa yang menamakan anak-anak dengan nama yang baik-baik mengharapkan agar maksud nama-nama tersebut bisa tercerna dalam akhlak dan kehidupan anak-anaknya.


Apa yang saya musykilkan ialah pemberian nama-nama anak-anak perempuan atau nama anak lelaki yang terlalu panjang. Contohnya Muhammad Haziq Haikal atau Nurul Intan Humaira, Ini sekadar contoh sahaja. Tiada yang melibatkan orang-orang yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia, ya.


Saya kira agak menyusahkan juga menulis nama yang panjang-panjang ni.


Bila rakan-rakan memanggil pun biasanya hanya dipanggil menggunakan nama singkatan sahaja. Maksud nama yang baik-baik tersebut pun hilang lenyap entah ke mana. Namun begitu pemberian nama ini hak individu, kan. Ikut suka ibu bapanya lah ya. Ini sekadar pandangan saya sahaja.


Dalam sibuk-sibuk mencari nama , Dato' Ismail Kamus ada berpesan dalam bukunya "Indahnya hidup bersyariat", iaitu nama-nama yang dilarang digunakan kepada bayi-bayi perempuan dan bayi-bayi lelaki kita, contohnya:


1. Nama-nama buruk yang menjadi cemuhan Masyarakat dan menjatuhkan maruah anak seperti : Sariq(pencuri), Ashiah (ahli maksiat), Kilab (anjing-anjing) , Jahil (bodoh)

2. Nama-nama yang khusus kepada Allah sahaja seperti Ahad (satu)

3. Nama-nama yang tidak membawa faedah seperti Malikul Amlak (maharaja daripada segala raja), Aflah (dapat kemenangan) Yasar (pihak kiri)

4. Nama-nama dengan sebutan Abd (Hamba) yang dikaitkan dengan sesuatu selain Allah contohnya Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan Abdul Fulus (hamba wang).


Jadi, ibu dan bapa di luar sana berhati-hatilah memilih nama untuk anak-anak kita nanti.



*sedih gak sebab nama saya NORMAH tidak membawa maksud dalam bahasa Arab. dalam bahasa lain tak taulah pulak ya. Kalau ada, harap-harapnya maksudnya yang baik2lah, contohnya- si bijak atau yang comel atau si rajin ... contohnya lah kan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. dah siap nama anak dahhh.. :)
    ya.. saya suka yang ringkas kerana itu menjadi doa saya ketika memanggilnyer..

    ReplyDelete
  2. akak sedih ker ngn name akak tu...........huhu

    ReplyDelete
  3. nama saya panjang jugak..

    ngeri bila teringat kena denda tulis nama sendiri 100x masa sek ren dulu.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Saya lebih suka nama yang pendek seperti sahabat-sahabat Nabi s.a.w Ali, Muaz, Wafa, dan lain-lain yg tidak melebihi 4 huruf..

    Cikgu boleh tukar nama kan? Panjang ceritanya nak tukar nama

    ReplyDelete
  5. topik yang menarik... alhamdulillah kalau kita menyedari, pendek kata semuanya bergantung pada ibu bapa.. sekarang ni nama dah ala-ala kebaratan pun ada..lepas tu ada yang bunyi arab tapi tak kena penggunaannya dalam bahasa arab.

    ada yang nama dah ringkas tetapi dipendekkan juga panggilannya.. pada sayalah, seeloknya panggil anak dengan nama penuh yang bermakna tak kisahlah nama ringkas ke nama panjang.

    Untuk nama sis, boleh di ambil kat depan tu.. nor kan cahaya.. :)

    ReplyDelete
  6. Ya, setuju. Berilah nama yang baik-baik. Wpun ada orang kata, “apalah ada pada nama”. Tapi itulah yang dipanggil dulu, kan?

    Sebaiknya yang lelaki bermula dengan Muhammad... kan?

    Dulu2 orang tulis Mohd. jer... tapi ramai dah tahu, sewajar dieja penuh Muhammad...

    ReplyDelete
  7. Teringat kawan saya.. nama anak2 dia semua hanya guna 4 huruf saja.. ringkas. Sedap pula.

    ReplyDelete
  8. nama anak saya nurul hannah,baru 6 tahun....tapi dia selalu katakan pada saya dia x suka nama tu...dan dia suruh saya namakan dia dgn nama "alia syuhada maisara"....saya kira dia menggabungkan nama kawan2 dia....

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu Normah,

    Nama yang dipanggil adalah doa kepada orang itu apabila setiap kali nama tu dipanggil.

    Jadi sejarnyalah ibubapa memilih nama yang memberi erti yang baik kepada anak2.

    ReplyDelete
  10. Salam Normah.

    Susah juga memikirkan perkara yang telah berlaku ni. Contoh nama kak asalnya wardah, kononnyalah nak maksudnya bunga ros tapi alih2 dah ditulis pak polisi jaman dulu, werdah.

    Tak taulah maksudnya masih bunga ros ke.

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu.
    Saya antara yg tdk punya cahaya mata sendiri .. sekadar menumpang kasih anak saudara :( Tp redha.

    ReplyDelete
  12. nama anak2ku auni dan muaz ^^

    normah = nor/nur ~ cahaya/sinaran, okay le tu cikgu ^^ best!

    ReplyDelete
  13. Salam kak...ada betol jugak nama ni perlu dititik beratkan..Nama saya rashid..tapi masa sekolah orang panggil acit...memang takde makna rasanya...bila masuk matrik, saya guna rashid, sebab nama tu doa..dan sekarang saya dekat UTM...amin..

    ReplyDelete
  14. Hello my friend! I wish to say that this post is amazing, nice written and include almost all significant infos. I would like to peer more posts like this .
    auto insurance comparison
    compare auto insurance quotes
    auto insurance quotes comparison

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.