Monday, April 5, 2010

Saya termakan bangkai ke, selama ini?

saya ingin berkongsi artikel dari Majalah Milenia bulan Mac 2010 bertajuk :" Antara ayam antibiotik dan ayam probiotik"



"...Namun bagi pakar teknologi fermentasi dan industri bioteknol0gi , UKM, Prof Dr Wan Mohtar Wan Yusoff dari sudut sains biologi, ayam yang berada di pasaran sekarang telah banyak berubah dari sifat asli sehingga fitrah ayam tidak lagi selincah 'bertelur sebiji, riuh sekampung'.



Industri ayam, katanya telah membangunkan ayam sama seperti mereka membangunkan industri robotik 'Asimo' yang boleh diprogramkan.



Sebagai umat Islam ia berbahaya kerana ayam yang kita makan sebenarnya tidak berperibadi seperti ayam. Ia hanya mengambil bentuk fizikal tetapi tidak fitrah sebagai seekor haiwan ternakan berspesies ayam kampung.



Dalam erti kata lain, ayam-ayam itu sebenarnya tidak lebih sebagai haiwan kurang upaya atau terencat.



"Kalau pergi pasar, kita boleh lihat ayam-ayam yang bukan ayam ini. Ia adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan putih melepak seolah-olah memakai 'krim pencerah' dan tidak pernah terkena sinaran UV cahaya matahari yang membekalkan vitamin D. Dari sebiji telur yang menetas dengan kuasa elektrik, 40 hari kemudian ia siap sedia dihidang untuk dimakan. Ayam-ayam ini yang digelar "Ayam Bandar' tidak pernah mengotorkan kakinya mengais tanah mencari rezeki sendiri."


"Sebelum disembelih, berpuluh-puluh ekor ayam ini dimuatkan dalam satu sangkar. Apabila bahagian atas sangkar dibuka, seekor demi seekor ayam diambil untuk disembelih di hadapan ayam-ayam yang lain. Peliknya ayam-ayam ini tenang seperti tidak ada apa-apa berlaku. Bayangkan kalau ayam kampung, betapa susah kita hendak menangkapnya, bila terkepung ayam kampung boleh terbang keluar apabila disembelih ia akan mengamuk geletek dan gelupur di sekeliling kawasan.


Dengan pergerakan bebas inilah ayam sembelihan akan mengepam keluar toksin dan darah dari carotid artery secara gradual menyusutkan peredaran darah. Jika ini tidak berlaku maka dikhuatiri ayam yang dimakan sebenarnya adalah bangkai." jelasnya sambil membandingkan sifat semula jadi haiwan berkaki dua itu.


Jika hari ini atas dasar mempercepatkan proses pembesaran ayam maka penternak menggunakan pelbagai antibiotik, suntikan hormon, beta antagonist atau sulbatamol, tidak mustahil satu hari nanti atas nama sains dan teknologi, mereka menggunakan ' hidrolisis protein, sejenis bentuk makanan tambahan yang sebenarnya diperbuat daripada enzim khinzir atau bahan buangan haiwan sebagaimana yang digunakan secara meluas di Eropah, menurut pendedahan eksklusif di Jurnal Penyiasatan Felicity Lawrence di laman sesawang The Ecologist yang turut disiarkan BBC UK.

Malah ujian makmal menunjukkan bahawa seekor ayam yang dibekalkan enzim ini mempunyai 40% sel ayam sebenar sementara baki 60% lagi adalah sel khinzir.

..........

"Sememangnya kita mempunyai pilihan. Setiap makanan juga ada dualisme. Jangan memilih ayam antibiotik sebaliknya ambil ayam probiotik yang menggunakan penguraian kuman dalam proses penghadaman, sama seperti dalam minuman susu kultur Yakult dan Vitagen. Pilihlah butter yang mengandungi nutrisi dan tambah nilai berbanding marjerin kerana ia (marjerin) mengandungi trans-fatty acid iaitu sejenis bahan dalam pembuatan plastik." syornya berkongsi sedikit tip memilih makanan di dapur.


Penulis : Faizal Riduan
Milenia Mac 2010 - m/s 30 -33



* sekarang ni tengok ayam pun dah terasa kembang tekak. Nanti dah bersara dari guru nanti merancang hendak menternak ayam kampung je lah. Boleh anak cucu makan ayam probiotik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. salam. rasanya kita ni banyak makan ayam. sebab tu dorang tak kesah kalau naikkan harga ayam pun sebab kita mesti beli punya....

    ayam kampung memang sedap. baru tadi bercadang nak cari ayam kampung..

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu..
    Tapi kat restoran makanan segera ayam tetap laris jualannya..

    ReplyDelete
  3. salam cgu
    menarik N3 ni untuk kita kongsikan informasi

    ReplyDelete
  4. Ayam kampung yang asli tu memang sedap walaupun liat sikit kalau ayam tua.. Kat pasar, memang ada jual ayam kampung tapi mahal sikit harganya tapi tak tahu la samada original atau pun disuntik jugak (bukan boleh percaya sangat kecuali yang kita bela sendiri baru confirm 100% original)

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu..

    Permintaan ayam semakin hari semakin tinggi, maka usahanya akan melanggar segalanya

    ReplyDelete
  6. Ya. ada banyak info yang semakin menyedarkan kita tentang ayam ini..

    Buat masa ini, ayam RFC tu jer yg saya yakin. Tapi bukan senang nak jumpa pun..

    Ayam kampung yang lembut dan enak, saya cuma makan di TPCA Kg Baru..

    uishhh.. seriau gak kan?

    ReplyDelete
  7. salam Normah.

    Ayam kampong memang enak rasanya.. begitu juga merah telurnya berbeza warnanya dengan ayam bandar.

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu,
    bila baca n3 ni terasa kembang je tekak. Tapi zaman sekarang ni apa jua yg kita makan pun memang dh menjalani macam2 proses sampai dh hilang rasa keasliannya

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu,

    N3 yang menarik, informasi yang bagus untuk dikongsi bersama.

    Izinkan saya cilok... boleh tak...?

    ReplyDelete
  10. Info yang menakutkan...
    Masyarakat terus menjadi mangsa kepada Kapitalis....

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum


    kakpah-- betul kak pah . bebudak sekarang suka sesangat ngan ayam.

    relevan--betul tu.

    jinggo--marilah sesama kita sedarkan kekawan kita yang lain

    tirana--betul tirana. kena tengok sendiri cara ternakan tu, baru boleh percaya

    razak-- kita cubalah mencari alternatif.biarlah kecil usaha kita, tetapi berterusan

    azie-- saya tak jumpa lagi ayam RFC tu..

    aidah--samalah kita. memang kembang tekak

    isa-- bole, apa salahnya. saya pun ambil dari majalah Milenia

    miecyber-- sekarang ni memang banyak benda yang menakutkan...

    ReplyDelete
  12. salam,

    jika ada pilihan, pilih la yg terbaik dan tak syubhah. jika tiada, bertukar selera kpd ikan pula..ikan laut takde suntik2 kot? hehe! wallahualam..

    ReplyDelete
  13. Ya Allah...kak...
    terima kasih berkongsi...geli pulak bila baca pasal ni..huhu..
    Ya Allah,banyaknya makanan yg syubhat masuk dalam mulut ni...patutlah hati gelap...huhuhu..
    makan ikan aje la pas ni... =)

    ReplyDelete
  14. salam info yang amat bagus....sy kalau ayam bandar ni dah tak lalu nak makan....kalau beli ayam seboleh2nya sy beli yang disembelih depan mata...tapi kalu pegi pasar orang kita...ayam semua dah siap sembelih! cuma dia potong2kan aje....

    ReplyDelete
  15. Aslmkm.
    Hmmm, format gini senang le kan, identiti siap tertera otomatis ... hehe.
    Sekarang ni byk juga org cari ayam kampung ... if nak bela sendiri kena pergi duduk jauh2 dr bandar le sbb ada mcm2 akta cegah pemeliharaan binatang ternakan di kawasan perumahan di bandar ni :)
    Nak tanya, dah revisit baca cara makan akar ginseng di teratak Kak G? Kak G bgtau dgn panjang lebar di sana :)

    ReplyDelete
  16. this is something sis!
    Thanx for sharing...
    Semuga kita lebih 'choosey'...

    ReplyDelete
  17. haha.. bleh le cikgu nnti sy bleh sambar ayam dr cikgu je hehe

    ReplyDelete
  18. Salam Cikgu,

    Sekarang ni nampaknya dah banyak benda tak asli lagi.

    ReplyDelete
  19. alangkah bagusnya kalau boleh menternak ayam macam orang dulu2

    ReplyDelete
  20. Nak beli ayam kampung dipasaran mahal sangat.. terpaksa ler telan ayam bandar ni :(

    ReplyDelete
  21. salam cikgu
    satu pendedahan yang menarik..ni yang terasa macam xnak makan ayam lagi dah ni huhu

    ReplyDelete
  22. me too... suke makan ayam... kalau xde ayam, xselera..dh tbiasa kot...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.