Sunday, May 9, 2010

apa perlu dibuat semasa anak berpindah sekolah


Hari Sabtu semalam, 8/5/10, diadakan mesyuarat guru kali ke dua di sekolah saya. Jangan kata Sabtu hari tak bekerja ya. Kalau tak bekerja di sekolah, kerja di rumah pula yang berlambak-lambak.

Ok, ini bukan entri nak merungut. Tetapi ini entri hendak berpesan-pesan. Untuk semualah, ...yang ada anak-anak yang masih bersekolah terutamanya bersekolah menengah. Kalau tak ada anak, mungkin ada adik-adik, anak buah, sepupu sepapat, anak-anak jiran dan sebagainya lah.

Bukan apa.

Antara beribu-ribu masalah pelajar masa kini, salah satunya ialah masalah apabila berpindah sekolah.






Semua sudah tahu, (harapan sayalah), bahawa sistem pendidikan semua sekolah di Malaysia ini sedang berusaha menjalankan PENILAIAN /PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH.


Jadi, ada subjek-subjek tertentu yang perlukan penilaian berterusan seperti Sains melalui PEKAnya, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris melalui ULBS nya, Pendidikan Agama Islam melaui PAFA nya dan Kemahiran Hidup melalui kerja kursusnya.


Penilaian ini dilakukan secara berterusan dari Ting 1 - Ting 3 bagi PMR dan Ting 4- 5 bagi SPM.


Jadi , jika pelajar-pelajar ini berpindah ke sekolah lain atas alasan apa sekali pun, mereka MESTI membawa semua markah dan evidens penilaian subjek-subjek tersebut yang telah dilakukan di sekolah lama masing-masing.


Jika, tiada.... sekolah baru berhak untuk menangguhkan pendaftaran pelajar tersebut sehingga semua markah dan evidens diterima dari sekolah lama.

Begitu juga dengan markah KOKURIKULUM dari sekolah lama.


Apa yang menjadi masalahnya ialah, ramai ibu bapa yang tidak maklum dengan perkara ini dan menyalahkan pentadbir di sekolah baru kerana tidak hendak mendaftarkan anaknya di sekolah tersebut.


Itu antara perkara yang diminitkan dalam buku nota saya semasa mesyuarat itu.


Jadi, sampai-sampaikanlah...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. ooo.. sekolah menengah lebih strict yer.. ibubapa kena tahu.. bila tukar bukan bawa nak jer.. segala macam dokumen kena bawa..

    ReplyDelete
  2. hurm, saya pun tak tahu benda2 macam ni..yg saya tahu ramai budak2 sekolah saya keluar dari sekolah bila tak tahan dok asrama

    ReplyDelete
  3. salam....sangat betul! masalahnya itulah yang timbul....tak bawak semua dokumen tersebut.....& dengan hati yang berperikemanusiaan saya biasanya terima jua anak2 itu supaya bersekolah dulu & akan diuruskan secepat mungkin! saya dapati ade sekolah2 di KL & Selangor tidak terima ( bila anak murid saya berpindah - ini kes yang tak ambik ) - saya akan rujuk SPI jika ade maklumat ini - adekah sesebuah tidak boleh terima langsong jika tidak bawak semua dokumen2 berkaitan...TK maklumat @ pemberitahuan ini

    ReplyDelete
  4. Salam...

    o0oo begitu ya cikgu..:)

    boleh nanti saya sampaikan kepada kawan-kawan..insya Allah

    ReplyDelete
  5. Salam Normah.

    Semakin lama semakin banyak pentaksiran yang perlu dibuat oleh guru. Jika dulu hanya mp teknikal dan sains n maths sahaja kini bertambah. Tapi kebanyakan ibu bapa tak tahu walaupun dihebahkan dalam akhbar. Apa yang boleh dibuat mungkin pihak sekolah boleh keluarkan pekeliling kpd para ibu bapa utk pengetahuan mereka.

    ReplyDelete
  6. Maklumat berguna nie..thanks..

    ReplyDelete
  7. salam cikgu..

    oh macam itu ye..

    jadi rekod-rekod pelajar semua mesti bawak lah ni..

    jadi kalau ada yang pindah sekolah untuk bawa imej baru, tapi kes lamanya (kalau pelajar tu pernah nakal dulu) ada dalam pengetahuan sekolah baru..

    ReplyDelete
  8. isza-- menjadi masalah di sekolah baru jika tiada rekod ini kan

    iman--kalau pindah awal tahun untuk ting 1 dan ting 4 tak pe lagi, sebab biasanya kerja kursus tak buat lagi, kan

    sonata--ya, di kl ni agak strict sikit, sebab banyak keluar masuk pelajar, dan menimbulkan banyak masalah bila nak bagi markah

    razak-- ya, sampai2kanlah

    zaren--rekod disiplin tak perlu dan biasanya tidak di berikan pada pelajar. ini cuma melibatkan kerja kursus, peka dan pafa sahaja...serta markah kokurikulum

    ReplyDelete
  9. owh ye ke? baru tahu. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.