Tuesday, May 18, 2010

goreng pisang panas

bayangkan, anda sedang berada di sebuah gerai makanan ikan bakar. bersebelahannya terdapat gerai menjual goreng pisang.

orang ramai. waktu tengahari. panas.


teringin pulak merasa goreng pisang tersebut. lalu memesan kepada tokey nya. tidak lama kemudian goreng pisang pun sampai. panas lagi. memang sedap sangat. garing tepungnya, crunchy, cukup masinnya. pisangnya pun sedang elok masaknya.


sambil mengunyah perlahan, anda memerhati si tokey goreng pisang tersebut. muda-muda lagi sudah pandai berniaga. baguslah anak melayu yang sebegini.

kemudian anda nampak, si tokey ini menghembus hingus dari hidungnya, dengan menggunakan jari telunjuk kanannya menutup salah satu lubang hidungnya. habis menghembus, dia mengelap hidungnya dengan lengan baju t-shirtnya, mengelap hujung jari tadi dengan apronnya lantas mencelup tangannya dalam adunan tepung goreng pisangnya dan mula menggoreng seperti biasa.





agaknya, anda akan meneruskan makan goreng pisang anda tadi tak?


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Salam..

    Serba salah lak, nak makan geli lak, nak makan takut mendatangkan mudarat, tak makan rezeki lak. Jadi tawakal jer, makan dgn niat bahawa sebarang penyakit itu atas izin Allah. Jika tak nak makan, bungkus bawa balik dan jangan tinggalkan di situ agar tidak mendatangkan buruk sangka pada si penjual.

    ReplyDelete
  2. cikgu, ada kawan hubby ni duduk di flat tingkat 3. Sebelah bawah ada gerai jual makan2. Satu hari dia ternampak org yang meniaga tu kencing tepi gerai dia. Selesai kencing tak basuh tak hape, zip seluar dan terus meniaga balik.

    Apa macam?

    Kakpah geli dengar cerita2 macam tu....

    ReplyDelete
  3. soalan yang sesuai untuk ujian bertulis maktab perguruan, bakal jururawat,......

    ReplyDelete
  4. eii..tu la sebabnya saya lebih suka susahkan diri,masak sendiri!!

    ReplyDelete
  5. pengotor, mujur tidak semua begitu.

    ReplyDelete
  6. suka dgn pendapat Abd Razak!heehe..kalo saya,makan aje sampai habis,baru fikir...lgpun itukan goreng pisang,kering..jd rasanya tak teruk sgt kot.heheheeh

    ReplyDelete
  7. salam cikgu
    err memang tak makan la cikgu..tak da selera terus depan2 mata pulak tu

    ReplyDelete
  8. wahahaha..yuks! geli lah.

    kalau sayang nak buang goreng pisang tu, sebab beli dengan duit kan...

    anggap je la adunan tu dibuat sebelum di hembus hingus.

    ReplyDelete
  9. mahu saya pergi tegur rasanya.. dan pulangkan balik..

    ReplyDelete
  10. salam,
    saya budak baru belajar mem'blogging' blog.
    masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah sukar menulis kerana kekurangan idea.
    saya harap cikgu boleh memberi pandangan dan nasihat untuk saya.
    terima kasih.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.