Wednesday, May 19, 2010

kenapa saya tidak suka mendengar radio ikim.fm 91.5




sejak sudah masuk usia 40an ini, memang kecenderungan diri makin berubah. tidak kiralah, apa pun, warna baju ke, fesyen baju ke, selera makan ke hinggakan siaran radio yang didengar pun berubah juga.


saya memang gemar mendengar siaran radio ikim.fm. peluang mendengarnya sangat terbatas. saya mendengarnya bermula pukul 7 pagi hingga 7.15am, semasa dalam perjalanan menghantar anak.


dan sesi kedua waktu mendengar ialah waktu petang dalam pukul 5.


seterusnya kekadang dalam kereta selepas magrib juga saya sempat lah mendengar, kerana menghantar anak ke kelas tuition.


tetapi dalam banyak segmen yang saya dapat ikuti itu, ada satu segmen yang paling saya tak suka. iaitu segmen tajaan. biasanya waktu petang.....kenapa?


saya rasa banyak sangat tajaan produk 'islamik' ini yang bermacam-macam kemujarabannya dan sepatutnya kalau kita ambil dan makan memang sah lah kita jadi umat terbaik. bukan nak mengkondem produk halal tersebut, tetapi saya rasa macam dah over sikit dalam radio ikim ni.


tak kiralah dengan hira' marketingnya, higoatnya, kismis, kopi radix , majalah, minuman koko ... dan segala macamlah. belum lagi tajaan motivasinya lah, teknik belajar lah...


kalau iklan pendek-pendek tu saya terima signifikannya, tetapi kalau sudah satu segmen, lebih kurang setengah jam hingga 1 jam asyik bercakap tentang produk tu, rasa-rasa macam pergi parti tupperware rumah cik kiah lah pulak.


akibatnya waktu petang, jika dalam kereta. saya akan menukar siaran dengar radio hitz.fm yang lebih merepek tu.


saya bukan anti bisnes orang islam ni, tapi saya kekadang rasa malu dan pelik, kita ini terlalu bergantung kepada perkara-perkara sebegini seolah-olah jalan mendapat kejayaan senang sahaja, nak pandai cepat, minum air koko, nak anak rajin solat pergi slot motivasi... nak ingatan kuat makan kismis, jus tok guru.


bukan saya menafikan kemujarabannya. sebab dari testimonial yang diberi dalam radio ikim tu memang berkesanlah pada makcik A, makcik B, dan pakcik C. tiba produk lain pulak, kemujarabannya terserlah bagi makcik D, makcik E dan pakcik F. Anak makcik G dan makcik H bila pergi motivasi yang itu, balik rumah memang tak tinggal solat, yang pakcik I dan pakcik J, anaknya pula dah boleh jadi tok imam bila pergi motivasi yang lain pulak.


adoii... pening saya mendengarnya.


satu perkara yang saya suka tentang radio ikim ini dan masih menambat hati saya ialah bacaan ayat quran dan terjemahannya, selalunya selepas azan atau sebelumnya, dan tafsir al-quran selepas pukul 8 malam (siaran ulangan yang pagi punya). ada juga slot usrah.


kalau boleh perbanyakkanlah slot tazkirah. sedutan ceramah yang menarik diperdengarkan. soal jawab agama pun best juga.


kurangkanlah segmen tajaan tu. boring sungguh.


tapi apa pun terpulanglah. lesen radio tak perlu dibayar oleh pengguna, jadi ikutlah , nak perdengarkan apa saja, kalau agak malas nak dengar saya tutup je radio,


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. Salam Normah.

    Kak dengar radio Ikim.Fm bila ada rancangan tafsir al-Quran, kuliah selepas zohor dan ada kalanya khutbah Jumaat dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Selain tu memang tak gemar dengar biarpun nasyid.

    Tiada stesen lain yg kak dengar cuma inilah.

    Apa-apapun ada juga pilihan pada kak lah.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal...salam ukhuwwah

    Teruskan menulis...boleh berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  3. citiz,
    saya suka dengar klasik nasional...tak ada iklan..

    ReplyDelete
  4. kena buat aduan kat radio tu ni.. tolong ubah dan pendekkan waktu tajaan...

    bila manusia lebih suka mencari yang mudah tanpa amalan..

    ReplyDelete
  5. hehe.. kalo iklan mmg tensen jdnya..

    ReplyDelete
  6. salam cikgu normah..

    saya selalu gak dgr ikim.fm ni...dgr nasyid yang best2..tapi kekadang terkonar gak ke sinar fm..issskk...hehhehe..

    salam mahabbah from me..

    ReplyDelete
  7. Sepanjang saya kerja dulu, hanya 2 stesen saya radio saya leh dapat siaran, sbb dlm bangunan. So sangat terikat..

    Memang tajaan sangat penting bagi radio (dan tv). Sukar kita menolak kepentingan penaja.

    Cuma sebagai pendengar, kita muak kerana kita pentingkan info..

    Takpa ler cikgu, kita berhak memilih. Tune ler ke stesen lain kalu perlu.

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Ingatkan saya seorang jer yang tidak suka pada segmen tu. Radio utk segmen produk terkini. Mana segmen ilmu hadisnya, ilmu fiqhnya, ilmu tauhidnya???

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Saya memang on radio ikim je...tp time on d way ke sekolah (11-11.30am) la paling saya tak suka dgr radio ikim, sebab kebetulan waktu tu segmen tajaan.Sepanjang perjalanan segmen tajaan je...

    Ramai yang tak suka rupanya... :)

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan saudar Abd Razak, IKIM FM patut lebih prihatin. Saya cukup tidak "selesa" dengan segmen tajaan ni.

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum

    kak werdah--saya pun suka rancanagan tafsir dan bacaan ayat quran tu

    ibunoor-- salam disambut


    mantan--wah, nostalgik betullah mantan

    isza-- nak buat komplen tu yang malas tu


    maiyah--kalau iklan sikit2 tak pe, tapi kalau dah setengah jam asyik cakap pasal produk pening dibuatnya


    cik amy--selamat datang. saya pun selalu gak konar mengonar tu


    azie--tidak dinafikan kepentingan iklan, tapi janganlah setiap hari, setengah jam hingga 1 jam asyik produk je


    razak--setuju sangat dengan razak


    ros-- rupanya samalah kita tak suka segmen tajaan tu


    zool--patut kita buat petisyen nih kan..

    ReplyDelete
  12. aku da biasa radio hitz.fm.. ehehe

    ReplyDelete
  13. salam..

    tajaan kan sumber duit mereka..hehe..macam nuffnang kita lah ;)

    nama akak mormah wispar ek? kalau silap maaf ye

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Masa utk saya mendengar radio amat terbatas dan membataskan diri kecuali segmen agama..tu pun radio kedah hari Jumaat. Saya lebih suka dgr cd nasyid..tak ada iklan.

    ReplyDelete
  15. Salam..setuju dgn Kak Normah...saya tak suka segmen tajaan yg dok citer produk2 tu..yg saya suka slot motivasi pagi2 dan slot petang-petang hari keja kul 5.15-6petang tu, pastu tazkirah lps solat maghrib...:)

    ReplyDelete
  16. minta-minta ada orang kaya yang support supaya radio dan tv islam tak perlu bergantung pada iklan.

    ReplyDelete
  17. buang yang keruh ambil yg jernih. kita ambik yg kita nak jer dah ler. bagi la org lain nak cari rezeki. byk lagi yg bernilai positif di ikim fm knp disebut2 yg negatif jer. selagi boleh berkata2, teruskan senaraikan alasan sebanyak mungkin, harap2 di ketemuikan yg bagus bila dah penat menyenaraikan alasan anda. maaf yer. saya berckp utk diri sendiri juga.

    ReplyDelete
  18. saya setuju dgn hasymizan. Baguslah akak suka dgr radio ikim.. Ikim pn perlukan sumber pendapatanny sendiri untuk teruskan penyiaran ilmu2 yang bermanfaat. Kalau kita xdapat, ad je org lain yang dapat manfaat dari segmen tue ^_^ peace no war

    ReplyDelete
  19. tajaan adalah salah satu sumber pendapatan untuk ikim juga...

    ReplyDelete
  20. segment tajaan juga perlu sbb sumber pendapatan dan modal utuk operasi termasuk bil2, byr gaji pekerja, bayar penceramah jemputan, dan mcm2 lg..
    kalo takde sumber, operasi tak jalan..mcmana nak adakan slot tazkirah, usrah nurani dan mcm2 lg..harap paham..kecualilah ada sumber dari sedekah dan infak diberikan kpd radio ikim..jd xperlulah segmen tajaan lg..

    ReplyDelete
  21. X salah di owg nk wt tajaan sbb mmg bgs untk kita x mudah tertipu dengan produk yng x de kelulusan kkm dan sijil halal.........kita sebgai umat islam harus ambil tahu semua nya..pakaian,makanan,produk dan agama...................produk dalam ikim..semua de kelulusan kkm janji x bhye....itu pon penting..kita spe nk marah stesen ikim fm.....dy mempromosi produk tu semua de kebaikan nya sbb x kena tipu insya Allah...

    ReplyDelete
  22. saya stuju dgn hasymizan, zairi & anonymous... tajaan penting utk IKIM beroperasi, wlu xsuka dengar segmen tajaan ttapi stidak-tdknya ia mmberi sy info produk kluaran org Islam. sabit kurang pendptnlah IKIM xmmpu nk pasang stesen pemancar yg baik supya byk tempat dpt dengar IKIM dgn jelas. xsuka stesen lain sbb lagunya byk yg lagho ..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.