Saturday, May 29, 2010

Lelaki Melayu Haprak...

Si dia duduk di restoran mamak. Sambil menunggu pesanan, memerhati orang yang lalu lalang. Kebetulan 2 orang pemuda Melayu berpakaian kemas ala-ala budak pegawai  pejabat, berjalan di tepi meja.


Seorang dari nya , yang paling hampir menghembus asap rokok seperti biasa.  Secara spontan, tangan si dia ni mengibas-ngibas asap rokok yang mengenai mukanya. Memang si dia ini tidak boleh menghidu asap rokok, terbatuk-batuk di buatnya.


Lelaki berkenaan terperasan. Berundur sedikit, dan menghembus asap rokoknya dengan sengaja ke arah muka si dia ni dan kemudian berlalu pergi. Monyet Rakannya yang seorang lagi, ketawa terkikih-kikih.

sumber


Saya yang mendengar cerita dari sahabat di sekolah ini terasa panas hati.


Haprak betul lelaki Melayu sekarang ya.... (lelaki Melayu lain yang tidak berperangai seperti itu, jangan terasa ya... hanya ditujukan untuk lelaki tersebut sahaja)


*Haprak -  kata makna yang bermaksud tidak bergunanya (seseorang). Kamus Dewan (Edisi ke 3) m/s 439.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. saya juga lelaki, saya juga tidak suka kepada lelaki atau perempuan yang merokok

    ReplyDelete
  2. merokok membahayakan kesihatan........namun hasrat untuk melihat rokok diharamkan penjualannya mungkin tak kesampaian kerana kerajaan pusat tak cukup hasil.........

    ReplyDelete
  3. bau pun saya tak suka..

    ReplyDelete
  4. pernah lalui pengalaman sama.. sakit hati.. kalau nak merokok pun, jgn lah sampai ganggu orang lain..

    ReplyDelete
  5. paling tak suka lepas hisap rokok main campak jer putung tanpa memadamkannya.. memang haprak giler..

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Tak suka rokok dan baunya..

    ReplyDelete
  7. Salam...
    Begitulah bila kesopanan diri mula hilang..
    maka 'kehaprakan'lah jadinya...
    hilang rasa hormat..hilangnya budi bicara..
    Moga tidak hilang...
    keimanan diri...

    ReplyDelete
  8. Jangan cakap lekaki haprak, tak sume macam tu...orang tu cuma kekurangan didikan sivik, pentingkan diri sendiri dan tak sedar diri...itu je yang dapat cakap...

    ReplyDelete
  9. setuju.
    kerana itu saya dah buang 2 lelaki melayu dalam kompeni saya : masukkan lelaki bukan melayu.........
    kerana komitmen dan disiplin...

    itulah juga anak2 kita
    lelaki melayu..
    jangan lupa suami pun lelaki melayu

    ReplyDelete
  10. @imanshah

    alhamdulillah, ada juga lelaki yang tidak suka pada rokok

    ReplyDelete
  11. @al-mankaraqi

    itulah pasalnya. memang isu rokok ini isu yang tidak berkesudahan

    ReplyDelete
  12. @s1t1 2uL41k4

    ada juga pengalaman yang sama ya??
    tak bertamaddun betul lelaki tu ya

    ReplyDelete
  13. @cikgu isza

    wah ada tambahan pada haprak tu ya... giler pulak

    ReplyDelete
  14. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak


    samalah kita

    ReplyDelete
  15. setuju dgn al mankaraqi..

    ReplyDelete
  16. Salam Cikgu Normah,

    Memang sakit hati kalau tengok kejadian macam tu.

    Itu lebih dari kurang sopan tapi dah kurang ....... Sekarang ni takut tengok anak-anak yang masih sekolah hisap rokok dengan kita (saya yang dah macam mak dia ni) dengan beraninya tanpa malu. Apa nak buat anak orang.

    ReplyDelete
  17. @Pn Kartini

    ramai yang sebegini
    janganlah suami dan anak2 kita begitu rupa perangainya kan

    ReplyDelete
  18. @rashid

    "Jangan cakap lekaki haprak, tak sume macam tu..."

    rashid..
    saya tak kata lekaki haprak, saya tulis lelaki haprak. .hehehe
    jangan marah!!

    betul, saya setuju, bukan semua, dalam 100 mungkin seorang je kut...
    tu sebab jangan terasa..

    ReplyDelete
  19. @- jinggo -

    sampai begitu sekali ya..
    teruk sangat ke, hingga perlu dibuang?

    ReplyDelete
  20. @Kunang-Kunang

    kak ani

    memang susah nak menegur anak orang...

    ReplyDelete
  21. Salam,
    Betullah, tak boleh tegur anak orang. Kite yang beradap n berakhlak ni didik anak kite betul2. Pendidikan bermula di umah. Selepas lahir atau masa lahir di umah, di besar kn di umah balik sekolah duduk umah, 6-8 jam d sekolah 3/4 masa sehari di umah. kalau ibu bapa tak didik betul2 di umah anak jadi haprak cam 2 lah, kot mana banyak nya salah i/bapak. jika tanami betul2 iman dan akhlaq mulia tak lah sehaprak 2.
    Dah diputuskan oleh Muzakarah J/kuasa Fatwa Maj.Keb. HalEhwal Islam Malaysia ke 37- memutuskan bahawa tabiat merokok adalah haram. 15JRM sehari perokok bakar duit, ni betul2 supot israel beli senjata hancurkan palestin. Tak heran lah sebab judi bola pun dikeluarkan lesen halal plak. Kalo diurus betul2 malaysia ni kaya sumber berbagai, cukup 2. kalo dah randuk duit haram nasib malaysia tak tau nak katalah pe nak jadi.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.