Sunday, May 16, 2010

maaf dari seorang guru

ingin membuat entri tentang guru, kerana saya seorang guru dan 16 mei adalah hari saya dan hari (lebih kurang) 250,000 guru-guru lain di malaysia ini.


saya baru sahaja dalam bidang pendidikan.


17 tahun sebenarnya bagi seorang guru ibarat budak remaja yang masih mencari identiti dan cuba membentuk personaliti diri. semakin lama dalam bidang ini saya semakin menyintai bidang perguruan tetapi tidak kepada skop tugasnya, yang kekadang terlalu rencam dan menjerihkan.


apa pun , ini jalan pilihan, dan inilah pilihan terbaik yang telah saya buat dalam hidup saya selama ini.


menjadi guru yang terbaik adalah cita-cita saya. guru yang menjadi pendorong kepada anak murid dan menjadi sumber positif dalam pandangan dan tindakan mereka.


bukan senang.


cuba menjadikan karektor baik dan menjiwainya bukan mudah.



memang ada kala, hati yang terguris dengan kerenah anak murid yang semakin mencabar, turut menduga kesabaran. akibatnya, kata amarah yang tidak terbendung terlepas dari bibir tanpa ada niat.





saya hanya manusia biasa. tidak terlepas dari runtunan hati dan perasaan. ada kala memang ada anak murid yang begitu pandai mengambil hati dengan sikap serta akhlak yang baik, dan dalam masa yang sama ada pula yang sentiasa mencari perhatian dengan lagak serta tindakan yang tidak dapat diterima. lantas, mungkin tindakan dan kata-kata saya sering terpihak pada sesetengah anak murid sahaja tanpa saya sedari.




masih terlalu banyak saya perlu belajar tentang aspek kepemimpinan, kerana banyak sifat pemimpin tiada dalam diri saya, sedangkan guru yang baik adalah guru yang boleh memimpin dan mendidik jiwa pemimpin dalam anak muridnya.



sempena hari guru ini, saya memohon maaf di atas keterlanjuran tutur kata atau tindakan saya terhadap semua anak murid saya. saya juga memohon maaf keran tidak berjaya lagi menjadi guru terbaik dalam hidup anda semua. maafkan saya. halalkan masa saya bersama kamu yang mungkin tanpa saya sedar tidak saya perguna sebaik mungkin.

semoga Allah merahmati kita semua dan mengampunkan dosa kita.


~cikgunormah@klcitizen~

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua guru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Salam..

    Selamat hari Guru

    Moga atas kesabaran dan ketabahan dalam mendidik anak bangsa, Allah kurniakan kebaikan yang banyak dan kasihan belas buat cikgu...ameen

    ReplyDelete
  2. Salam Sis Normah..:)

    Selamat Hari Guru..
    Moga ketabahan dan kecekalan kekal di sanubari..:):):)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Selamat hari guru, semoga 'amal ibadat' ini akan mendekatkan lagi kita kepada-Nya. Ameen.

    ReplyDelete
  4. Salam Normah.

    Selamat Hari Guru.. mudah2an apa yang pernah kita lakukan yang membuatkan pelajar kita tersinggung dapat dimaafkan. Bukan niat kita seperti itu senaliknya kita buat atas rasa tanggungjawab. Kak rasa merekapun tau. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Selamat hari guru...
    maaf ya cikgu sebab lambat bagi ucapan..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.