Thursday, May 20, 2010

Maggi, Astro, L'oreal, L.E.D., Blog dan cikgu

Hari guru dah 4 hari berlalu. Tetapi saya anggap perayaannya sebulan lah. Saja suka-suka.

Hari ini hendak mengabadikan beberapa mesej yang comel-comel saya terima dalam sistem pesanan ringkas telefon bimbit saya. Ada yang dari rakan, ada yang dari anak murid.

Saya cuma letakkan 3 sahaja.

Dari sahabat Intan Salina:

Mak cakap CIKGU macam MEGI, makanan rutin time susah,
ayah cakap CIKGU cam D'SEEKERS, menakutkan,
atuk cakap CIKGU cam ASTRO, macam-macam ada,
tapi saya cakap CIKGU cam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga.
SELAMAT HARI GURU




dari Ismadi, geng masa mengawas SPM tahun 2008:

Cikgu --> panggilan keramat, tugasnya berkat.
Jasamu membuat insan jadi orang.

SELAMAT HARI GURU
-->tetaplah menjadi lilin membakar diri, biarpun di zaman ada L.E.D.


dari Zharif penulis blog My Way

Selamat hari guru cikgu normah :-) wlpun tak pernah jadi anak murid, tapi cikgu tetap mengajar saya melalui blog.. terima kasih cikgu



Terima kasih buat semua yang mengucapkan dan mendoakan. Semoga semua doa yang manis tersebut dimakbulkan Allah hendaknya.



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. selamat hari guru saya ucapkan.

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu NORMAH.
    Nak tumpang bangga leh? hehehe

    Memang seronok dan sejuk hati baca mesej2 sebegitu, kan?

    Semoga terus maju dan cemerlang selamanya.

    ReplyDelete
  3. heee...sama la!walaupun tak ajar saya kat sekolah,tapi ajr saya kat blog!hehe

    ReplyDelete
  4. you deserved it, teachers!

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru

    ReplyDelete
  6. Selamat hari Guru cikgu..

    Guru banyak perkara guru..tapi yang besar adalah MahaGuru..

    ReplyDelete
  7. Salam Normah.

    InsyaAllah jasamu sebagai guru tetap dikenang..

    ReplyDelete
  8. salam cikgu,
    cikgu x dapat yang macam ntv9, tv3 dan astro?.. jgn jadi chipsmore udah ler ;)

    ReplyDelete
  9. Ass-Salam cikgu Normah.
    Syabas cikgu...
    Kak hazel pernah dapat message cam yang pertama tu...
    lawak tapi penuh makana kan...
    Teruskan Mendidik anak bangsa tanpa jemu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.