Friday, May 7, 2010

nak print screen pun tak tahu, tapi dok berangan jadi blogger terkenal

saya ni pengguna Mac OsX , baru beberapa bulan sahaja bertukar dari PC yang biasa. Itu pun laptop pemberian dari suami selepas beliau meng'upgrade' ke Macbook Pro. jadi, laptop second hand je ni. tapi masih berfungsi dengan baik.


secara keseluruhannya, saya menggemari Mac sebab ada beberapa keistimewaannya. Nak cerita banyak-banyak pun bukannya tahu sangat. ini macam kujie selalu cakap la, penerangan makcik-makcik.


Antaranya, bila nak on dan nak shut down, sangat cepat berbanding PC yang biasa. Saya biasa guna laptop keluaran Sony, Toshiba dan HP.... bab nak bukak dan shut down memang makan masa. terutama bila di kelas nak mengajar dan menunjukkan sesuatu di skrin, memang kena prepare awal-awal.


Lagi satu, nak cari file senang, dan sekarang ni nak simpan document bentuk word atau excel serta presentation powerpoint pun senang kerana dokumen dalam Mac sudah boleh dibaca oleh pengguna PC dalam Windows 97 atau Vista.


Tapi satu bab yang saya kecewa sikit ialah tidak ada butang print screen. jadi kalau nak tunjuk komen kengkawan ke atau apa-apa yang di skrin tak bolehlah kan.


jadinya saya pun meng'google' untuk belajar. Akhirnya terjumpa tipsnya di sini.


Caranya :


Untuk Print Screen


Untuk Print sebahagian:



*ini nak menunjukkan saya dah pandai print screen dengan Mac saya


Kemahiran ini sangat penting saya kira, sebab banyak contest berbentuk jackpot yang meminta kita print screen apabila kita berjaya menjadi pengunjung yang ke 'sekian...sekian', kan.... selalunya blogger terkenal suka buat contest camni contohnya dahlia dan darkbatman.... hehehe


* sukanya saya dapat pengetahuan yang baru. harap-harap dapat membantu pengguna Mac di luar sana.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. heh.. sangat menarik kan bila da pakai mac confirm lepas ni xnak pegang pc windows biasa ni... sy pun sangat suka.. tp lum ada modal lg...

    ReplyDelete
  2. Cikgu Normah..semua desktop dan laptop saya di rumah ni jenis Mac. Saya memang tak pernah guna jenis lain so tak boleh nak buat perbandingan. Kata orang Mac ni bagus untuk buat kerja2 grafik..


    Cuma satu aje..tak banyak software free yang boleh di download online untuk Mac..(hahaha..semua nak free aje ye..) dan harga Mac agak mahal sikit.

    ReplyDelete
  3. Saya dulu tak tau bahawa screen boleh diprint..ingat kan screen tu nak diprint dekat printer..

    ReplyDelete
  4. xpernah tengok rupa MacOS tu lagi..hehe

    kak, saya guna PHOTOSCAPE untuk Printscreen, mudah sebab senang nak crop :)

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Sangat menarik tq cikgu..:)

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Saya pengguna Apple MAC sejak 1992. Memang besttttt.. Betul, memang betul tu, print screen tu memg mudah.

    Kalu nak hit counter blog kengkawan sebenarnya mudah gak, sbb Mac boleh bukan window sampai 10 window. Running pun laju (guna Safari utk Internet, kan?) Anytime bleh menang lah. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Salam Normah,

    Baru 7 tahun kak tinggalkan alam sekolah, pengetahuan tentang komputer dan penyenggaraannya hilang sedikit demi sedikit.

    Namun alhamdulillah ada anak-anak membantu. Belum pernah cuba print screen biarpun telah belajar.

    ReplyDelete
  8. me pun tak berapa nak lulus lagi bab2 teknikal ni.. solutionnya kita serah kat mr hubby.. hahahaha

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu normah,

    Sesuatu yang baru bagi kak ani.

    Semoga cepat menjadi mahir.

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu..

    Ramai pensyarah saya yang suka Mac nih.. katanya kalau untuk presentation bagus.. saya sendiri dari dulu memang dengan EnDell je..

    Saya yang dah bertahun2 kerja dengan computer ni pun.. kalau tak budak2 IT yang ajar tak tau jugak cam mana nak print screen... and bila dah tau.. terasa lah macam dah pandai sangat2.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Salam cikgu. Saya pernah cuba kawan punya. Memang best cuma tak beli sebab masih ada yang lama. Tunggulah kalau problem baru bertukar ke mac

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Mah..

    Semoga dengan pengetahuan baru tu lebih memudahkan kerja kak mah... saya pun bukan cekap bab teknikal komputer nie selalu auna lebih tere...

    ReplyDelete
  13. erkk aie xtau gune mac.. org yg gune mac ne sgt la pandai.ahaaha

    ReplyDelete
  14. pakai PC ngan window 7 pun best banget! dah jatuh chenta ni..vista tak best sgt.. :(

    ReplyDelete
  15. wah.....sebaik ada juga yg sudi mengogle pak cik tu yek.....hehehe

    sumi pakai komputer desktop jer...
    tu pun kat opis ngan rumah...

    lap top x der la.. kekadang jer pinjam adik..tingin nak beli.
    tgh mengumpul.hehehe

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  16. ohh.. saya lagi buta IT.. perkembangan alatan2 terkini memang x diketahui.. bagi saya.. asal lepas apa yang saya nak buat dah ok dah.. lagi haru kan..?

    ReplyDelete
  17. sy lagi le x tahu mende huhuu

    ReplyDelete
  18. saya salah sorang antara mereka yang tak pandai bab2 komputer ni...kalau ade ngaku buta IT...saya lah salah sorang ni...tau guna aje...sama gak tau bawak kete aje! apa2 pun tak tahu...
    ( kalau terpaksa akan tahu gak!!!)

    ReplyDelete
  19. apa ni?? tak tahu pon. ohh saya sangat buta it . haha :D

    ReplyDelete
  20. nais info cekgu..sangat menarik tq

    ReplyDelete
  21. tun mamat--memang best pakai mac ni. sekarang kalau mengguna pc rasa macam tak puas.

    tirana--tentunya tirana sangat pakar berbanding saya yang baru beberapa bulan saja ni


    relevan--sekarang dah pandai relevan ni, kan. terer lagi dari saya


    dahlia--contoh laptop mac tu , laptop yang ada gambar epal kat tengah

    ReplyDelete
  22. razak--alhamdulillah

    kak werdah--cubalah akak..kalau PC yang biasa tu senang je, ada butang print screen pada keyboard

    azie--ish..azie lagilah lama mengguna MAc kan. memang dah tahap mahaguru lah kan

    ummumishkah-- saya pun banyak merangkak lagi. kekonon buat pandai

    ReplyDelete
  23. kak ani--benda baru jugak bagi saya.

    aie--ish pengguna mac yang lain tu memang terer.. saya ni terer...ris

    lyn--betul, tapi Vista pun saya suka gak


    sumi--rezeki anak, insyaAllah akan dapat juga

    isza---cikgu maths ni merendah diri je...kan

    ReplyDelete
  24. payarumput--saya pun lagilah merangkak2 nak belajar

    en ariff--ya betul, kalau ada yang masih boleh guna, guna jelah..

    cik epal--alah cik epal buat2 tak tau je, kan..Mac ni kan memang logonya gambar cik epal

    atie-- ya..moga2 begitulah. ya, tengok blog auni bukan main lagi ya

    mp segambut--thanx bebanyak

    ReplyDelete
  25. thanks for the entry, dapt ilmu baru on how to print screen using mac ^_^

    ReplyDelete
  26. geram dengan Mac dia org ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.