Wednesday, May 26, 2010

Saya ni ustazah tak bertauliah...

"Buat jahat sekali je, terus kantoi! "....disambut gelak yang bertaburan dari budak-budak yang lain.


Pelajar yang digelakkan hanya senyum sinis sahaja. Cuba memonteng sekolah bulan sudah, tetapi jiran sebelah rumah ternampak lalu memaklumkan pada ibunya. Dengan segera ibunya berkejar ke sekolah hendak memastikan betul atau tidak anaknya tidak ke sekolah. Memang betullah.


Sejak itu, pelajar ini dihantar ke kaunseling, dan sekali sekala, abangnya akan menjenguk membuat spot check di sekolah. Sekarang dah okay.



Saya mendekati beliau. "Mirza, awak tahu tak kenapa awak buat salah sekali je, terus kantoi?

Memang suka senyum budak ni. Senyum kan boleh membawa bahagia.


Saya pun menyambung ayat saya cuba berlagak menjadi ustazah,"Maksudnya Allah sayang kat awak lah kan. Tak nak awak terusan sesat. Lagi pun saya rasa doa emak awak menjaga awak memang makbul."


"Dah, saya yang tak pernah kantoi ni... Allah tak sayang saya lah ya, cikgu?" tanya budak yang menggelakkan Mirza.


"Errr...." camana nak menjawab ni?


Itu lah, pandai sangat saya ni hendak menjadi Ustazah tak bertauliah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. hehe..pandai pulak budak tu memeningkan gurunya

    ReplyDelete
  2. budak2 skrng mmg pandai berfikir dan menjawab..so kene prepare awal2 apa yg nk dikata kut..spya boleh jelaskn balik dan diorng trs terdiam.hehe

    ReplyDelete
  3. jawab aje kak dngn perkataan yg selamat~saya selalu juga kena tanya soalan-soalan bodoh cmtu..kalau dah desperate sgt saya ckp je saya tak taw..hahha..

    anak murid skrg tak mcm yg dulu..moga akak tetap sabar dan tabah~

    ReplyDelete
  4. hehhe... tergelak saya baca n3 ni.. budak2 sekolah zaman sekarang ni memang sangat kreatif dalam memberi jawapan dan menanyakan soalan sampai terkedu cikgu dibuatnya...:)

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Yang saya boleh fikir nak jawab, "Janganlah bersangka buruk kepada Allah kerana Dia mengetahui apa yang terbaik untuk awak."

    Bimbang nanti ada lagi keluar yang memeningkan..hehe

    ReplyDelete
  6. budak2 jenis ni memang akal panjang.

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu,

    Budak2 sekarang memang panjang akalnya. Anak sy si Danish baru2 ni masa hari guru mintak duit nk beli hadiah. Kakak dia kata mula2 dia nak hadiahkan cikgu dia buku latihan sebab dia geram cikgu tu suka sangat bagi dia latihan banyak2. Dia kata kalau dia hadiahkan buku latihan biar padan muka cikgu tu buat latihan banyak2. Ada ke patut. Tu baru tahun 3. Hadiah ke -2 dia bagi kat cikgu tu sebab cikgu tu org yg mula2 buat dia ketawa, padahal cikgu tu cuma mengajar dia masa tahun 2 sahaja.

    ReplyDelete
  8. CIKGU, niat tu dah betul... Tapi budak2 sekarang memang sangat bijak. Unpredictable.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.