Monday, May 10, 2010

sesekali nak berfesyen, boleh, kan.



cantik kan baju-baju tu yang kat atas. Ni tengah berkira-kira nak menempah baju untuk hari raya nanti. Yang lelaki mesti menggeleng kepala, puasa pun tak cukup sebulan, sibuk nak menempah baju raya, orang perempuan ni, kan.... tahu tak apalah.

memang perangai yang tidak boleh di ubah.

bukan sebab hendak raya sangat, tapi memikirkan, dekat-dekat puasa nanti, tukang jahit sudah tak nak menerima tempahan baju dah.

nak beli yang dah siap, susah jugak, itu tak kena lah, ini tak kena lah.

menempah baju di kl ini banyak pilihan dari segi harga. ada yang murah... kalau baju kurung ada yang ambil rm35 sepasang, tapi memang kena mencari lah.

tapi saya pasti di tempat lain, lagi murah kut.

hendak menempah ini pun bukannya senang, asyik pakai baju kurung je, teringin juga hendak berfesyen seperti orang lain. belek majalah sana, belek majalah sini, bukak internet lagi. memang payah.

tengok yang bawah ini pun cantik juga.







yang lukisan kat bawah ni pun manis jugak... dah berapa majalah di buka, di telaah dan diperhati...



saya selalu menempah dengan nyonya lili di tempat saya. esok nak pergi tempah. tapi akhirnya saya dah ada fesyen yang saya minat....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

buat BAJU KURUNG je lah nyonya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. cikgu comel.. senang jer nak berfesyen.. macam saya yang 3G ni susah ckit...

    anak murid suka guru yang bergya.. kadangkala itu salah satu cara menarik perhatian mereka :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Semoga tuan blog sihat sejahtera hendaknya.

    Pakailah apa saja,asalkan tidak menyalahi syariat Islam.

    From Tanta> www.faridrashidi.com

    ReplyDelete
  3. hehe..ingtkan fesyen ape td..:-D

    ReplyDelete
  4. Wahh..cikgu Normah, awalnya menempah baju raya.. Saya selalu beli kat butik aje yang ready made..

    ReplyDelete
  5. salam cikgu.
    memang sayapun sesekali terasa juga nak tukar gaya tapi ujung2 yg biasa kita guna juga yg sesuai di hati. biasalah tu cikgu, agaknya inilah yg dikatakan krisis di pertengahan usia. :)

    ReplyDelete
  6. salam cikgu, baju kurung lebih comel kan hehehe.......

    ReplyDelete
  7. salam kak

    fiza pun dah ajak cari baju raya ni, nanti lambat taylor full..hehe

    ReplyDelete
  8. salam...

    buat suspen aje cikgu......

    heheh

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Waduh..beragam cerita kita ni kan!

    Pernah menempah baju melayu seawalnya bila dah bulan puasa berat badan menurun mendadak hingga baju melayu yg ditempah dipakai nampak longgar di sana sini..:)

    ReplyDelete
  10. Salam Normah.

    Kak pun selesa dengan baju kurung.. baju lain kurang ngam dengan badan kak ni yg 3G juga.. n tempah pun lama sebelum nak raya spt normah cakaplah, tukang jahit dah tak mahu terima tempahan bila dah hampir..

    ReplyDelete
  11. huhu...sumi lagi la..pas kawen dah x merasa la baju kebyaa ker, baju ada potogn2 badan ker...

    sumer baju kurung aja....huhuu..
    skrg x kira..nak gak wat satu... tp sebelum tu kene kempiskan perut ...hehehe


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  12. Salam cikgu..

    Baju kurung pilihan tepat..terserlah keanggunan seorang wanita Melayu..

    ReplyDelete
  13. salam cikgu,
    saya,bila dah masuk ke era senja ni...bukan x teringin nak bergaya...tapi akhirnya baju kurung gak menjadi pilihan ...sebab senang nak jahit!!

    ReplyDelete
  14. Aslmkm.
    La lawak Cikgu ni!

    ReplyDelete
  15. Baru nak bace entri ni. Ingat entri baru, rupanya entri dua tahun lepas, namun masih ada isi yg bagus. Bergaye tak salah, janji ikut syariat. ;-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.