Saturday, June 12, 2010

10 perkara patut kita tahu tentang lelaki...

sumber

10.  Lelaki lebih emosional

Ha... tak sangka. Rupanya budak lelaki lebih sensitif perasaannya berbanding budak perempuan. Lelaki dewasa juga didapati mempunyai tahap emosi lebih sedikit dari perempuan, tetapi lelaki lebih cepat mengawal emosi dan menunjukkan muka tak kisah..

Jadi, kalau anak-anak kita masih kecil, kena tengok-tengok sikit anak lelaki kita ni. 


9. Kurang daya tahan menghadapi kesunyian 

Lelaki berusia kurang daya tahan terhadap kesunyian berbanding wanita. Lelaki yang mempunyai perkahwinan yang stabil didapati lebih sihat, kurang resah dan lebih panjang umur.


8. Lebih bersifat penyelesai dalam masalah

Dalam menghadapi sebarang masalah, lelaki dilihat cuba mencari penyelesaian berbanding memikir dari sudut perasaan. 


7. Lelaki memang cenderung memerhati wanita seksi

Ini disebabkan hormon testosteronnya yang lebih 6 kali dari dalam wanita, memang sifat lelaki seperti radar apabila melihat wanita seksi. Walau bagai manapun, kita (orang perempuan) janganlah khuatir sangat ya, sebab biasanya mereka akan lupa dengan perempuan seksi tersebut.

Tapi, apa pun, perkara yang luar biasa  mungkin juga berlaku!! So hati-hati.


6. Bersifat mempertahan

Lelaki akan cuba mempertahan apa yang dirasakan miliknya. Dan jika tercabar, memang mereka cenderung untuk bertindak kasar atau ganas.


5. Menjadi boss

Memang menjadi sifat lelaki untuk menjadi boss di mana sahaja. Walau bagai mana pun, hirarki dalam organisasi kerja biasanya dapat menghalang kawlan hormon testoteron ini. Jadi... di rumahlah tempatnya lelaki berpeluang menjadi boss sepenuhnya. (kecualilah ada queen control yang punya hormon testeosteron lebih dari suaminya)


4. Lelaki matang bersaing secara sihat

Kajian menunjukkan, lelaki muda yang tinggi kandungan testosteronnya lebih cenderung bersaing dari segi fizikal satu lawan satu, tetapi semakin berusia, persaingan lebih melibatkan persaingan antara kumpulan.


3. Lebih bersifat ke'ibu'an semasa isterinya mengandung

Lelaki yang isterinya mengandung didapati mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah dan tahap prolaktin yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan pada waktu isteri mengandung biasanya lelaki lebih bekerjasama. Dicadangkan bahawa feromon (sejenis hormon juga) dari ibu yang mengandung yang memungkinkan sebab ini.


2. Bapa yang bermain dengan anak

Anak-anak yang kerap bermain dengan bapanya didapati dapat belajar lebih baik, lebih yakin dan dapat menghadapi realiti hidup lebih baik.


1. Curang

60% lelaki adalah setia pada pasangannya dan perkahwinan mereka bahagia. Kajian menunjukkan kecurangan biasanya berlaku bagi lelaki yang berumur 30 tahun ke bawah. (kajian ini di Barat sana... mungkin kurang sesuai di sini)


Boleh baca lebih lanjut di bawah.

Sumber : livescience
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. interesting info! tq for sharing and ada award untuk cikgu di http://littlemishkah.blogspot.com/2010/06/creative-blogger-award.html
    sila ambil lah yer!

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Ya cikgu, saya sensitif...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu..lelaki jiwa halus..tu pasal...hehe!

    ReplyDelete
  4. hmmm..
    sukar ku nafikan...

    yg bawah skali tu bukan curang..
    mat saleh curang dier tahap gaban..
    cuma lelaki ni kadang gatal sket..
    2,3 orang..

    majoriti tak.. he3..
    lanun tak...... kot.
    ha3.

    peace akak..
    smoga always bahagia bsama famili.
    hya isteri yg faham suami. ;-)

    ReplyDelete
  5. @Abd Razak

    walaikummussalam

    baru saya tahu...

    ReplyDelete
  6. @relevan

    begitu rupanya ya.... relevan

    ReplyDelete
  7. Lelaki oh lelaki...


    tetap juga kita tidak boleh hidup tanpa mereka. Nanti sapa yg nak pi kedai malam-malam time mengidam Mee Siam?

    atau sapa nak tolong sangkut baju tinggi2 atau amik tin biskut atas almari?

    Lelaki lah jugokkkk...

    ReplyDelete
  8. azie

    betul sangat-sangat tu...
    diorang ni sensitif tau azie

    ReplyDelete
  9. cuba mencari no berapa yang ngam dengan saya..ehhe

    ReplyDelete
  10. Lelaki dan perempuan.. ada samanya..

    ReplyDelete
  11. LAki sensitif bila kawan atau kekasih dia tak pandai jaga hati...kalau orang asing, peduli apa dorang...sekian...hehe

    ReplyDelete
  12. cikgu,

    Lelaki hebat..hehehe
    nk tanya part yg last skali..CURANG..
    kt sini xleh pakai part nie sbb kt negara kite nie rasa2 sama jer perempuan curang ngan laki curang kan..
    nie sumer pasal lelaki..camner lak kalau PEREMPUAN,GF dan ISTERI yang curang...brp peratus agak2 nya??? rasa2nya samer jer kan...
    kalau isteri yg curang.. neraka jahanamlah tempatnya...gf xper lg kot..sbb lum jadi bini kan..

    ReplyDelete
  13. Salam.
    Semua tu betul. kan sumber ini kajian barat. mungkin boleh tambah gi sampai 20 ke he he.. laah manusia kan, yang betul2 manusia k lah. manusia cam hewan pun de jugak lelaki dan pompuan pun de lah. pergaulan bebas hubungan bebas makan bebas segala2nyer bebas, kan yer tu, tak sembahyang tak ngaji tak makan yang halal jer. oh banyak lagi leer ho ho . .

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.