Tuesday, June 22, 2010

Bafana Bafana

Bafana Bafana bermaksud 'boys' atau pemuda.

Ha... demam Piala Dunia dah berjangkit pada saya? Tidak... cumanya anak murid di sekolah asyik bercerita tentang bola dan bertanya saya adakah saya mengikuti Piala Dunia? Bila saya jawab tidak... mata mereka melirik kecewa, sebab tidak dapat berkongsi rasa. Alahai kesian pulak.

Saya asyik terfikir bagaimana rasanya sekarang ini hidup di bandar Johannesburg tu, di sebalik kemeriahan Piala Dunia. Bayangkan kalau ia berlaku di ibu kota kita Kuala Lumpur...dan pasukan kita turut bertanding sama. Memang best kan.

Seorang expatriate di Afrika Selatan ada menulis tentang pengalamannya [link]. Pastinya orang di sana sibuk menyediakan kelengkapan bagi tetamu luar sebelum majlis Piala Dunia itu bermula lagi. Kabarnya pengangkutan awam sebelum Piala Dunia sangat minima di Johannesburg sebelum ini. Yang tiada kenderaan sendiri hanya ada 2 pilihan, berjalan kaki atau menaiki teksi. 

Jadi, beberapa tahun sebelum ini kerajaan di sana telah menjalankan projek keretapi berkelajuan tinggi yang menyambung Johannesburg dan Pretoria digelar Gautrain, dan sempat siap sebelum Piala Dunia bermula. Pastinya projek menaiktaraf sistem pengangkutan awam ini memerlukan belanja yang sangat besar.

sumber
Keghairahan penduduk Afrika Selatan menyambut Piala Dunia memang terserlah, kalau kita pun agaknya begitulah. Sebelum acara, persediaan sejak awal tahun, semua penduduk digalak memakai Jersey Bola ke tempat kerja setiap hari Jumaat. Hebat...kan. Sehinggakan pokok-pokok di taman tepi jalan raya  juga di tanam dalam bentuk bendera Afrika.

Yang ketara, penduduk Johannesburg saban waktu meniup vuvuzela.

sumber

Terdapat juga usaha membersihkan Cape Town dari kanak-kanak dan orang-orang merempat sebelum Piala Dunia. Mereka yang tidak berumah ini telah dipindahkan ke kawasan sejauh 30 km dari kawasan bandar . [link]

sumber
Sejak awal lagi ramai mempertikai kewibawaan Afrika Selatan selaku tuan rumah, terutama dari aspek keselamatan, yang terbaru kes seorang peminat fanatik yang berjaya masuk ke bilik loker pemain England tanpa sekatan dan sempat bertemu David Beckham...[link]..( mesti bestnya ya...)

Dan banyak kes lain lagi...pastinya.

Apa pun, sebagai rakyat negara tersebut, pastinya mereka sangat berbangga, walau apa tohmahan yang diterima.

Menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Piala Dunia memang menjadi impian setiap negara.

Kalau mereka dengan Bafana Bafana nya, kita pula apa ya, jika menjadi tuan rumah? * dalam hati ----mmm, tok sah dok berangan lah...*

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Salam...

    Saya pun tidak mengikuti sangat pertandingan kali ini, hanya tgk highlightnya saja.

    ReplyDelete
  2. salam...kite dgn 1 Malaysia nya la huhuhuhuh....

    ReplyDelete
  3. Cantik namanya bafana-bafana..sayapun peminat world cup...teringin mahu tengok malaysia masuk world cup tapi mungkin ianya angan2 kosong...nak kalahkan thailand n vietnam pun susah...

    P/s :nak jemput klcitizen join contest seperti entry ini: http://www.eyriqazz.com/2010/06/sharing-is-caring-ipad-bernilai-rm2500.html tapi,kalau taknak join contest pun takpe..just register as member vshub dan letakkan saya as referral..kalau menang,hadiah akan dikongsi as promised in that entry....

    ReplyDelete
  4. TGK YG AKHIR JE NANTI

    MUAHHAHAHHAHA

    ReplyDelete
  5. world cup !!!
    saye tk la terpaut sangat ..
    klu kebetulan buka TV tengah ade live game ..
    tengok juge .. tp nak tunggu awal pg utk tengok live ..
    rasenye tido sedap lg ..
    ha..ha..

    lebih suke tengok highlight dari live game
    sebab dia yg depa tunjuk sume aksen ..,

    tp not F1 or motogp ..
    jadi pengikut motogp since 70han lg
    n ngikuti F1 dari 80han lagi.
    memang pengunjung regular litar sepang
    setiap kali race datang mesia ni..

    apepun kite follow the flow ..
    same2 la kite layan ckp2 bole ..
    tengah Talk of the Town wktu ni ..
    hu..hu...

    ReplyDelete
  6. dulu tak tengok WC neh, now dah jadi hantu bola lak. hahaha. tapi, vuvuzela menyakitkan telinge mule2. now, dah sebati lak rase.hahahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.