Monday, June 21, 2010

Beza budak perempuan dengan budak lelaki...

Semasa menggantikan sahabat yang masih bercuti di kelas 5 Dinamik pagi tadi, pelajar-pelajar saya lihat duduk  berkelompok dalam kumpulan masing-masing. Saya tidak mengajar kelas ini, hanya me'relief'kan sahaja.


Pelajar-pelajar berkelompok ini bercampur-campur jantina. Saya tiada masalah selagi mereka berbincang atau bersembang dalam batas yang dibenarkan dan berkelakuan sopan.

Saya perhati, pelajar-pelajar perempuan sambil bersembang, masing-masing memegang pen, menyalin nota atu melengkapkan kerja. Pelajar-pelajar lelakinya pula, hanya duduk bersembang, sahaja dalam kumpulan yang sama. Dua tiga kumpulan, saya lihat  senarionya sama sahaja.

Saya tahu, pelajar-pelajar perempuan itu, cuba menghabiskan kerja rumah yang patut dibuat waktu cuti sekolah baru ini.

Saya menghampiri sekumpulan pelajar.

"Nak tanya sikit"

Kumpulan tersebut berhenti bersembang.

"Bila saya tengok awak-awak ni, saya tertanya-tanya, adakah memang budak perempuan sengaja tak siapkan kerja mereka waktu cuti atau budak lelaki memang boleh harap, habis kerjanya di rumah seperti yang cikgu minta... atau pun... budak perempuan memang buat kerja lambat, dan buat lelaki kerjanya pantas, dan dah siap semua?"

Budak-budak lelaki  tergelak besar.

Budak perempuan menjawab sambil mencebik, " Yalah sangat diorang ni siap kerja , cikgu." 

Saya tahu, pelajar lelaki ni kebanyakannya tak siap kerja dan tak kisah pun. Kalau cikgu marah, diorang ni buat muka selamba je. Budak perempuan penakut sikit, cuba juga siapkan... malu kalau cikgu marah nanti.

Hai..... budak lelaki. Dua tiga kerat je yang berusaha menyiapkan kerja, yang lain ada je alasannya kalau tak siap kerja. 

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. cik gu..ye ke macam tu..akak ada anak lelaki je..tapi..kalau yang dok dirumah ni..hari2 maknya akan tanya,,keje dah siap ke....keje sekolah dah siap...sampai la..dia kata dah siap..baru akak berhenti bertanya..tu sebab..mula je cuti..dia orang buat kerja dulu..lepas tu..siap bagi tau,...mak..keje dah siap..he he..

    ReplyDelete
  2. tempat saya, sesetengah kelas tu dua²nya sama je..

    ReplyDelete
  3. Salam....
    Saya dulu bersekolah perempuan...dan sekarang mengajar di sekolah perempuan sejak posting 19tahun lalu. Belum ada pengalaman mengajar budak lelaki. Depan sekolah saya sekolah lelaki...kadang2 saya tengok, mereka bawa beg nipis kosong saja pergi sekolah. Tentu mencabar jadi cikgunya tu...

    ReplyDelete
  4. weee...terasa la kak~~~heheheheheheehe

    ReplyDelete
  5. hari ni saya kutip kerja sekolah masa cuti.. siap tak siap hantar kata saya..

    dan memang terbukti dakwaan cikgu.. majoriti budak lelaki begitu..

    ReplyDelete
  6. @kak Erna

    tu yang termasuk beberapa kerat yang melunaskan kerja lah tu..

    ReplyDelete
  7. @n@m@n

    kalau kelas yang hujung tu, sama je

    ReplyDelete
  8. @ckLah

    cabaran kat mana2 pun ada, kan cklah..

    ReplyDelete
  9. @iqbalsyarie

    selalunya
    yang makan cili je terasa pedasnya kan..
    iqbal mesti pelajar contoh..

    ReplyDelete
  10. @cikgu isza

    dari sekolah rendah lagi ya?

    ReplyDelete
  11. CM mengajar sekolah lelaki.. pelajar terpilih, tapi sikapnya tetap sama.. cuma lebihnya mereka cepat 'pick-up'... belajar last minute pun boleh score.. agaknya kalau mereka belajar spt budak perempuan, 90% tempat di IPTA adalah untuk mereka.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.