Wednesday, June 2, 2010

Dilema betul....

Isnin memang sentiasa blue. Yang bestnya ialah hari Rabu. Kenapa? Tidak lah saya tahu pula. Mungkin sebab tinggal lagi dua hari sebelum khamis dan jumaat. Semangat bekerja sentiasa memuncak bila datang hari Rabu.

Setiap pagi saya meletak kereta di luar pagar sekolah. Kenapa tidak parking di dalam kawasan sekolah? Kawasan meletak kereta di sekolah padat dengan kenderaan guru. Susah hendak mengeluarkan kereta waktu balik.

Isnin pagi, seperti biasa saya lambat. Keluar dari kereta menuju ke pagar, seorang pelajar lelaki Ting. 4 keluar dengan beg sekolahnya yang leper.

"Ha... nak kemana ni Faris?" tanya saya, muka saya masam kelat.  Langkah saya laju hendak mengejar punch -card yang dah beberapa hari ini asyik buat hal je bila saya nak punch kad saya.

Faris pula, pelajar Ting 4, orangnya kecil , ...... tersenyum ke arah saya.

"Jangan nak ponteng-ponteng ni. Gi beratur kat dalam." sambung saya lagi, lagak Ketua Guru Disiplin (gila kuasa pagi-pagi Isnin).


"Faris! Masuklah....." tinggi sikit suara saya. Tapi langkah saya menuju ke depan je. Tidak berhenti sedikit pun. 

"Taklah cikgu, saya tak ponteng.... Nak gi merokok kat luar tu, je, jap....Nanti sakit kepala, cikgu juga yang susah" 


Errr..... Dilema betul nak menangani masalah budak yang sudah ketagih merokok ni.....


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. haha..nasib baik sy tak cuba~

    ReplyDelete
  2. isk3...selamba badak ja cakap macam tu pada cikgu..

    buat cikgu macam kawan2 dia pulak ya

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Biar betul cikgu...first time saya dengar cerita sebegini, selamba rock jer dia cakap dengan cikgu camtu...Allah Akhbar!

    ReplyDelete
  4. mak oiiii.... sungguh bagus budak itu... berterus terang dan tidak hipokrit..heheeh

    ReplyDelete
  5. hahahaha..cikgu hulurkan kan je rokok sebatang..suruh dia hisap depan cikgu..nak tengok sejauh mana tahap keegoan dia sampai hati ke nak merokok depan guru sendiri...

    ReplyDelete
  6. @ain fathihah

    budak2 sekarang memang macam tu

    ReplyDelete
  7. em.....
    mmg itu la yg blaku kan..
    hari rabu mmg slalu nya best=p

    ReplyDelete
  8. sebelum ni saya penah dgr citer kwn yg baru mengajar sek di bandar,sebelum tu dia mengajar di kg...dia kata budak di bandar selamba je makan chewing gum masa dia mengajar,dan anak saya bercerita budak cina kat kelas dia biadap,boleh tonggang air bekal dia masa cikgu tgh tanya soklan pada dia..tapi kes ni,mmg dasat budak skrg..huhuhu...

    ReplyDelete
  9. pandai ye cikgu buat komen tu nampak banyak..
    hehe

    jujur je budak tu mengaku kan..

    ReplyDelete
  10. Cikgu kl, Salam.

    Saya pengomen yang ke 1101 ni...

    Budak si Faris tu, patut dilayan dengan cara yang berbeza....

    Jika tidak, pada waktu yg lain cikgu akan kata:
    Errr..... Dilema betul nak menangani masalah budak yang sudah ketagih merokok ni.....

    ReplyDelete
  11. Kak,

    erk.. selamba mengaku nak merokok..

    adeh..

    sabar je ar..

    ReplyDelete
  12. salam,
    rasa nak menangis baca.
    akibat dasar 'over' terbuka, cikgu2 xde kuasa. budak2 terlebih manja dan pendidikan spt main2.

    ibu bapa hanya tahu yg terbaik. tak tegur anak2 merokok, cikgu yg salah. amik tindakan, ibu bapa & kementerian akan kata cikgu juga salah sbb d luar pagar sekolah.

    jadi cmne ya? patutlah ramai cikgu yg stress.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.