Monday, June 14, 2010

mandi dalam air kencing?

Membaca majalah Solusi yang lama-lama.... terbaca satu hadis dan hendak dikaitkan dengan kehidupan kita. Maaf kalau tersalah kait, sebab saya bukan ahli dalam bidang hadis ini.

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Janganlah salah seorang kamu kencing di dalam air yang tenang yang tidak mengalir, kemudian mandi di dalamnya." (Riwayat al-Bukhari no 239 dan Muslim no. 282)

Ha... teringat masa zaman suka berendam dalam kolam renang bersama anak-anak sedara dan anak sendiri yang masih kecil, selalu , cuti-cuti begini berjalan-jalan, tidur di hotel-hotel yang ada kolam renang. Memang seronok, kan.

sumber

Tapi, boleh datang penyakit ni. Air yang tenang, tidak mengalir, dan ada orang kencing dalam tu. Rasulullah yang sebut, bukan saya.

Lagi, kalau '1Malaysia' duduk dalam kolam tu... pastinya ada yang terkencing, kan... tak yah tipulah kalau kata kerat jari tak ada. Kita mungkin tidak, bebudak lain....yang '1Malaysia' tu? Ha, bila teringat ni..rasa gelilah pulak.

Pasni, kalau nak mandi dalam kolam renang, kena gi pagi-pagi kut, sebelum orang lain bedebush masuk..Dan kita harap, diorang (orang hotel tu lah) selalulah ganti air kolam renang tu ya...

cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. akak kena bawak bahan kimia yang boleh detect kehadiran air kencing tu..hehe

    kalau -ve bolehla berenang!

    ReplyDelete
  2. Rasanya, pihak2 hotel dah lama sedar keadaan itu, sebab tu biasanya kolam2 renang tu ada lubang2 dia mana air mengalir. flow gitu...

    air itu seperti diganti sentiasa.

    Saya rasa begitu lah..

    ReplyDelete
  3. hmm..tak tau lakan..tp air kolam biasanya ada alat penapis di bawah dia kn..pastu air akan sentiasa ditukar dalam jangka masa yg singkt kerana penjagaan kebersihan kolamnya dan kesihatn pengguna.terutamanya kolam hotel..hmm...apa2 pun persoaln ini bagus jg..mungkin sy berminat untuk tahu dengan lebih lanjut,disisi pendpt orng yg arif akan hukumnya

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Saya tak pasti di tempat lain, kolam renang di tempat saya tu airnya sentiasa mengalir bertukar keluar masuk.

    ReplyDelete
  5. salam..kenal..akak singgah dari rumah ibu guru..tajok n3 ni..menggerunkan akak juga..anak2 suka sangat mandi manda ni..di kolam ke..wet world ke..harap2 bersihlah airnya dari air kencing tu..

    ReplyDelete
  6. bila bce entry nk tergelak pon ad...geli pon ad...btl jgk kata akak...

    ReplyDelete
  7. @azieazah

    harap2 begitulah azie...
    kalau selalu berganti dan ada aliran air keluar masuk, baguslah

    ReplyDelete
  8. @n@m@n

    orang lainlah...
    saya ni tak reti bab2 mendetective ni

    ReplyDelete
  9. tapi kan ustazah saya cakap,kalu kandungan air tu lebih 2 kolah dikira suci kan?

    ReplyDelete
  10. sebab tue, pas mandi kolam kne mandi air pancuran..kne bersihkan apa yg patut huhuhuuh

    ReplyDelete
  11. Kak Normah,
    Saya lebih suka bawak anak2 mandi di air terjun dari kolam renang....

    ReplyDelete
  12. kalau dari segi kuman.. dah dibubuh pembasmi kuman untuk mengatasi masalah ini... cuma x lalu membayangkan jika ia benar2 bertangkung..

    rasanya sistem penapis digunakan ataupun sistem air mengalir keluar masuk tu..

    x pernah bawa anak gi mandi kolam lagi..

    ReplyDelete
  13. sy pernah mndi kolam 3 kali je masa dulu2, selalunya suka tgk.. skrg ni lg le x bleh..

    ReplyDelete
  14. @iqbalsyarie

    itu yang terbaik... dah lama tak mandi sungai

    ReplyDelete
  15. @syahbandar87

    saya ni mengagak je... mesti ada sistem air keluar masuk, kalau tidak mesti air dah berbau

    ReplyDelete
  16. @kak Erna

    ya kita pun berharap perkara sama

    selamat berkenalan

    ReplyDelete
  17. @2_one

    kita pikir yang positif sudahlah...
    mandi je...
    bukannya jatuh haram pun

    ReplyDelete
  18. @sahromnasrudin

    ya...
    lepas mandi kolam bilas badan

    ReplyDelete
  19. @cikgu isza

    saya pun berasa perkara yang sama
    saja nak menggelikan fikiran sendiri

    ReplyDelete
  20. @maiyah

    tengok anak-anak je mandi maiyah..
    saya pun gitu je...
    dah lama tak berendam

    ReplyDelete
  21. salam,

    inilah sebabnya saya tak suka swim dlm swimming pool :))) ~ masin..lemak..masam..haha!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.