Thursday, June 24, 2010

Nak wajah kelihatan cantik

Kalau nak wajah kelihatan cantik, senyumlah. Senyum itu kan sedekah.

Pendapat saya, yang tidak punya tauliah dari mana-mana ni, ada senyum yang memang mendatangkan sedekah, tapi ada juga senyum yang menempah padah.

  • Duchenne Smile. Otot di muka akan menarik kedua-dua hujung bibir ke atas. Kedua pipi akan tertonjol keluar. Mata akan menjadi sepet. Ramai yang berpengetahuan saintifik tentang senyum menggelar senyum ini sebagai Senyuman Duchenne  (sempena saintis yang banyak mengkaji tentang senyum ini). Dikatakan senyuman ini jenis ini adalah senyuman yang paling ikhlas (genuine smile) 
  • Senyuman Malu. Bayangkan kalau kita terjatuh di khalayak ramai. Untuk menutup rasa malu tersebut, biasanya kita akan senyum, kan.
  • Senyuman Palsu. Selalu kita nampak dan buat-buat tak nampak, kan. Bibir hanya ditarik ke tepi tanpa ada sirna senyum di mata.
  • Senyuman Sinis. Saya fikir biasanya senyuman sinis ini dilakukan oleh orang yang rasa dirinya benar atau lebih berkuasa pada saat tersebut. Contohnya kalau si Cikgu tahu yang anak muridnya menipu, tetapi anak murid tidak mengaku. Ha.. senyuman sinis lah si cikgu  tu.
  • Senyuman Takut (nervous). Contohnya adik-adik lelaki kita waktu cuti yang nak berkhatan, sementara menunggu giliran misalannya, diusik-usik oleh ahli keluarga, akan senyum juga, kan, Tapi senyum takutlah tu.
Tapi.. perasan tak? Tidak ada orang yang senyuman ikhlasnya akan memburukkan wajah masing-masing. Senyuman pasti akan mencantikkan wajah tidak kira apa.

sumber
Kalau nak wajah kelihatan cantik, senyumlah.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Salam...
    Senyuman ikhlas kita, tanpa sedar kekadang mengubat nestapa orang lain yang sedang berduka.


    **Senyuman nenek dalam imej di bawah itu...memang terasa keikhlasanna.

    ReplyDelete
  2. senyum seindah suria..

    *pernah sekali saya jalan dengan kawan sekelas kat giant. waktu tu kebetulan saya senyum dengan seseorang yang tak kenal dan kwan tu tegur..

    "tak pernah pun ko senyum mcm tu dengan saya.."

    senyuman itu membahagiakan.

    ReplyDelete
  3. teringat lagu m daud kilau.

    senyumlah..senyumlah...ahai cik mek molek..

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Ukirlah senyuman yang paling manis...kerana selain sedekah... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati...ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit.

    ReplyDelete
  5. senyum itu sedekah....dan senyum itu tak kena bayar....senyum2 lah selalu

    ReplyDelete
  6. mesti akak normah selalu senyum kan? ;)

    ReplyDelete
  7. Salah satu tanda kiamat makin dekat ialah seorang muslim hanya memberi salam kpd org yg dikenalinya-al hadis.

    Saya pun termasuk juga kdg2.Kdg2 selisih dgn org,tak mampu nak bagi salam..tapi paling kurang dpt senyum pun cukup la..saya sdgn senyum kat cikgu ni!sila balas senyuman saya!hehehehe

    Latest post: cerita lima ratus

    ReplyDelete
  8. Citiz,
    Saya sedang senyum ni....

    ReplyDelete
  9. masa nak dara.. tak senyum pun orang kata senyum..
    dah jadi mak orang.. senyum pun orang kata masam.. hehehe :D

    ReplyDelete
  10. senyum..... tapi kadang-kadang org tidak balas senyuman ikhlas kita...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.