Sunday, June 27, 2010

Tiara

Saya tidak gemar bersenam. Waktu sekolah dahulu, perkara paling malas bila disuruh menukar baju untuk bersenam, sebab selepas bersenam berpeluh-peluh, terus menukar balik baju sekolah dalam keadaan berpeluh.

Tetapi saya suka Sukan sekolah. Semangat rumah memang ada. Dari sekolah rendah hinggalah menjadi guru, sentiasa saya dalam rumah Kuning. Di sekolah tempat saya mengajar rumah Kuning diberi nama Tiara.

Walau pun sukan tahun ini lewat diadakan ia tetap meriah. Malangnya, Tiara tidak menjadi Johan, tapi ia menjadi second best. Tahniah untuk Cikgu Noorul Huda, Guru penasihat rumah Tiara tahun ini. 

moniroh, hafizah, mariam, huda, ruzaini dan saya

 gambar-gambar lain di sini ..

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. saya juga rumah kuning.. dalam 4 warna.. semua saya dah rasa.. syka warna kuning juga.. kat sini dipanggil putra.. :)

    selamat beradu cikgu...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak :)

    Saya pulak dari dulu sampai jadi 'cikgi' ni asyik rumah merah je :)

    ReplyDelete
  3. Salam..:)
    Bila sebut Sukan..maka semangat sukan nan membara,.hinggakan sunyi sepi di kelas..:):)Alhamdulillah...dah berakhir!
    Sekarang tempoh persediaan utk 'berperang' lak..:):):):)

    ReplyDelete
  4. Sukan tahunan paling sy suka... waktu sekolah dulu. Semua orang jadi sibuk.Dari tukang kebun sampai ke atas semua sibuk. Waktu menghias rumah macam - macam idea gila keluar... bukan apa semuanya kerana inginkan kemenangan.

    ReplyDelete
  5. salam cikgu.
    kakpah suka bersukan. masa sekolah dulu apa jenis sukan, kakpah masuk. Sekarang ni kadang2 gian juga nak bersukan tapi dah sizen. bejoging pun cukup lah..hehe..

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Saya memang suka bersukan...tapi hanya suka kepada acara padang jer...:)

    ReplyDelete
  7. salam cik gu..walaupun kita tak bersukan..tapi semangat tu tetap ada kan..

    ReplyDelete
  8. Saya paling suka bersukan..tapi depan TV dan dlm komputer(tengok bola dan main game fifa)..hehehehehe..
    Latest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya?

    ReplyDelete
  9. tahniah kepada tiara..walaupun tidak menang tapi semangat kuat..hihi

    ReplyDelete
  10. @cikgu isza

    tiara dan putra memang hampir sama je tu..

    ReplyDelete
  11. @Pn Kartini

    ya, sekarang ni memulun buku pulak

    ReplyDelete
  12. @abu muaz

    memang yaabu muaz...
    idea kreatif budak-budak memang gila2

    ReplyDelete
  13. @kakpah

    baguslah kak pah ni
    mesti kak pah ni sihat sentiasa insyaAllah

    ReplyDelete
  14. @iqbalsyarie

    mata je lah yang bersukan tu kan iqbal

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.