Saturday, July 31, 2010

entah apa

Apa yang menggeramkan saat mata hendak terlena di waktu tidur siang? Badan letih, mata mengantuk sungguh, perut kenyang tapi cubaan untuk melelapkan mata sebentar waktu tengahari gagal.


Apa lagi kalau bukan gatal tekak. 

Lebih menggila waktu kepala dan badan sudah dilabuh mengikut posisi bagus, mata pun dipejam. Fikiran pun sudah melayang dan mula tenggelam dalam mimpi nipis di awal lena. Tiba-tiba kerongkong rasa gatal bagai hendak digaru sahaja. Kalau bisa jari dijolok sampai ke dalam, memang tentusah, merah memijar tekak akibat garuan. Antara batuk dan tidak, terpaksa juga membatukkan diri, dan akibatnya, lena yang baru dipanjat ,  terhenti. Damn.... ah, lantas, bangun menegakkan badan, mencari laptop, menaip entri...

*entri yang entah apa, kepala terasa bengang tanda sakit akan menyerang akibat lena yang hilang*

selamat berhujung minggu, tahniah buat hanna dan mokhtar yang melangsungkan pertunangan ... cikgu doakan yang terbaik untuk kalian

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jam giler

Banyak betul gerai menjual makanan di tempat saya. Terutamanya gerai menjual burger, nasi lemak dan goreng pisang. Kawasan orang Melayu, jadi peniaga makanan tersebut memang orang Melayu.

Memang membantu, banyak gerai makanan ni. Tapi yang agak musykil ialah, orang kita ini suka benar meniru kan. Kalau dah seorang berjaya menjual goreng pisang dengan larisnya, percayalah, tidak lama selepas itu nanti, muncullah sebuah lagi gerai menjual goreng pisang juga tidak jauh dari gerai yang pertama itu.

Kalau ada yang berjaya menjual kepak ayam bakar bersalut madu, nanti, muncullah gerai yang menjual kepak ayam seperti itu, tidak jauh dari gerai pertama itu.

Satu masa dulu, di sekitar keramat ini ada gerai yang menjual air jambu yang best. Memang seperti teori saya yang tiada nilai saintifik itu, berderetlah gerai segera menjual air jambu tidak berjauhan dan ada yang terletak di seberang jalan, nuuun di sana.

Kemudian hilang lenyaplah penjual air jambu ini. Entah ke mana lah pula perginya.

Lagi satu kedai makanan tom yam.... alahai, kalau di medan selera waktu malam, ni, asyik-asyik menu tomyam sahaja, cuma versinya sahaja yang berbeza-beza, kan. Tak ada variasi dan kepelbagaian betul.

Apa pun, yang baiknya ialah , kita pengguna mendapat banyak pilihan, kan. 

Yang akan nampak kepelbagaian nanti ialah semasa bulan puasa nanti, di bazaar Ramadhan. Segala macam mak nenek punya resepi makanan akan dihidang untuk dijual bagi menggoda tekak dan perut kita.

Yang pastinya, setiap petang, jalan akan jam giler.

*kepala berserabut, hati pun seperti ribut*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 30, 2010

balik dari sekolah, berlibur di resort

Sesekala mendongak ke langit, membuatkan kita sedar yang diri kita masih lagi kerdil dan ada yang lebih baik dari kita. Kalau kita cantik, rupanya ada lagi yang lebih cantik, kalau rumah kita sudah terasa besar ada lagi yang lebih besar. Dan Yang Maha Besar hanyalah Allah swt.

Entri ini adalah entri kenangan sahaja, agar boleh dijadikan bahan cerita di kantin sekolah, dan supaya rakan boleh men'copy' gambar mereka untuk ditag dalam akaun FB masing-masing, kerna saya tidak punya akaun FB untuk ditampal di dinding  maya.

Biasanya, hari Jumaat, balik rumah, terus cari penyapu, tapi hari ini, balik rumah mengadap laptop pula. Ingin segera memuat naik foto yang diambil selepas menziarah rumah rakan yang baru dinaik taraf. Ishhh.. memang takjub dan terpana kami seketika, ibarat balik dari sekolah, berlibur di resort pula. 

dari kiri faizah. kak ina, hafsah , kak azmah, tuan rumah- kak norizah
dan saya bertudung hitam (alahai tembamnya saya)

ada kolam tempat menenang rasa

ala-ala chalet di hujung sana,
tempat solat khas bersambung dari ruangan beradu

tetamu yang berkunjung, memperaga diri ala-ala bakal  isteri datuk-datuk


bilik anak sulong

bilik untuk bulan madu sentiasa


selesai berlibur, bergaya di luar rumah
sambil berangan untuk menaik taraf rumah masing-masing
Best... sambil bergelak tawa, sambil itu memasang angan-angan.
Terima kasih Pn Norizah.

~cikgunormah@klcitizen~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pagi-pagi mendapat soalan cepu mas

Saya pasti ramai di luar sana yang bila bekerja, merupakan antara yang paling awal sampai di pejabat. Saya juga begitu. Itu dulu. Bukan sekarang.


Dulu itu, semasa rumah saya agak jauh dari sekolah tempat saya mengajar. Waktu itu juga, suami yang menghantar pergi. Selepas subuh, saya dan dia akan bersegera menaiki kereta, takut terlambat walau pun beberapa minit. Ini bagi memastikan saya tiba di sekolah sebelum waktu loceng berbunyi. Dan biasanya, selepas tukang kebun membuka pagar, saya guru pertama yang akan menyusul dari belakang.

Suasana memang gelap waktu itu. Namun, biasanya ada pelajar yang lebih awal sampai dari saya. Biasanya pelajar Cina.

Satu waktu, sedang saya menolak pintu pagar, datang seorang pelajar lelaki Melayu. Saya pun sudah tidak berapa ingat wajahnya, tapi, yang pasti, beliau waktu itu masih dalam Ting 4.

"Cikgu, mau tanya satu soalan, boleh ke?" agak takut-takut nada suaranya.

"Ish... paginya awak nak tanya soalan. Apa dia?"

Sambil itu dia membantu saya menolak pagar.

"Cikgu, jangan marah aaaa.." 

Ah.. sudah. Apa pulak soalan di pagi buta yang akan menaikkan darah saya.

Saya menggeleng kepala. Sambil kaki terus berjalan. Hendak segera ke pejabat, menandatangani buku kehadiran.

"Cikgu, kalau kita, aa, main, dengan kita punya girlfriend, tapi dia pakai panties, nanti dia boleh beranak ke?"..... Pagi-pagi mendapat soalan cepu mas. Saya pun tak ingat saya jawab apa pada budak tu. 



Pendidikan seks di sekolah wajarkah?

*Minta maaf kepada yang mungkin tersinggung membaca entri ini. Sekadar renungan,  betapa masalah seksual di kalangan remaja perlu kita tangani secara kolektif bersama dan tidak boleh lagi berlepas tangan*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 29, 2010

Apa citer?

Sejak awal lagi, saya memang bersetuju dengan pengkajian semula sistem penilaian UPSR dan PMR di sekolah kita. Sekarang sudah masuk rundingan meja bulat kali ke2 nampaknya.

Bila ternampak bloglist santapan minda saya pagi tadi, hati saya berbunga, seolah posmen datang mengetuk pintu membawakan surat cinta dari kekasih untuk saya.
menamatkan pendidikan kiasu
Ustaz Hasrizal mengulas sama tentang perlunya perubahan dalam sistem pendidikan kita. Bukankah Geniuses think alike ? (Perasan je saya ni)

Dalam entri terbaru saya, di penghujung entri ada saya meluahkan rasa tentang sistem pendidikan kita.

Pendidikan dan jati diri juga perlu diterapkan seawal mungkin dalam diri anak-anak. Sistem pendidikan negara perlu di kemaskini dengan elemen jati diri yang lebih jitu. Aspek penilaian berteraskan peperiksaan dan rating A yang keterlaluan perlu dilihat semula, kerana saya kira ia menyisipkan elemen ke'aku'an yang melampau dan mewujudkan manusia yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan susah insan lain. - entri berat ini memenatkan kepala


Alkisahnya

Semasa mengawas peperiksaan  di kelas yang keseluruhan pelajarnya mendapat 7A ke atas dalam peperiksaan PMR mereka, saya meminta mereka mengikat kertas soalan bersama jawapan masing-masing. Lantas saya mengagihkan benang untuk tujuan tersebut.

Seorang pelajar berbisik-bisik dengan rakannya.

"Ha... kenapa?"
"Cikgu kertas ini tidak berlubang. Macamana nak ikat guna benang?"

Aikk... pelajar sebijak itu pun tidak bisa memikir cara mudah membuat lubang pada beberapa helai kertas. Saya tengok sekeliling, dan saya lihat ada muka-muka blur di sekeliling.

"Ok... dengar sini ya. Awak tengok saya buat lubang pada kertas, ok. Ambil pen awak  dan kertas, lihat di mana lubang tersebut anda nak buat, dan cucuk pen tersebut pada bahagian yang anda nak buat tu...Faham?"

Pelajar-pelajar bijak dalam PMR  itu tersenyum malu-malu.

Saya sebagai pendidik merasakan sesak kepala memikir sumbangan saya selama ini dalam membantutkan idea kreatif pelajar dan hanya bisa menjadikan mereka mesin penghafal dan mesin memuntah hafalan.

Mengubah memang payah. Apatah lagi ia melibatkan perubahan yang akan mencorakkan masa depan generasi kita dan negara kita untuk 10 atau 20 tahun akan datang.

Tapi saya kira kini, keadaan sangat parah, sehingga masing-masing mendesak dan mengasak anak-anak sekecil darjah 1 untuk mendapat semua A dalam pelajaran. Hinggakan membebankan mereka dengan kelas tambahan yang tak henti-henti. Apa citer?

Video ringkas di bawah sangat mengesankan. Saya menontonnya di laman saifulislam dan ingin berkongsi di sini.




*berehat lagi di rumah. sesekali bersunyian, memang indah*


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

resah sentiasa akan menggigit.

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerna ia bisa menghancurkan



Menulis bukan kerna nama. Benar sekali, kerana kalau setakat inginkan nama terkenal, menulis bukan satu cara yang cepat dan tangkas. Kecualilah penulisan kita itu sengaja dibuat unuk menyetuh sensitiviti sesuatu pihak.

Menulis kerana sifat kasih dan sayang sesama manusia. Membetulkan, mengingatkan dan berpesan-pesan, bahawa kita semua ini adalah sama. Di penghujung hidup kita nanti tatkala sesak nafas ditarik nyawa, saya kira, semua yang kita ada tidak berguna lagi dan mungkin penyesalan akan mengiringi perpisahan kita dari dunia fana ini. Nauzubillah.

Menulis kerana ingin berkongsi . Berkongsi suka, duka, pengetahuan serta ilmu yang tidak seberapa. Setiap dari kita punya warna latar yang sangat berbeza, dan warna-warna itu jika boleh disisipkan dalam kehidupan insan lain pastinya ia menjadikan kehidupan sesiapa pun lebih kaya dan indah.

Menulis bukan kerana  ingin menyerakkan dendam dan iri hati. Jelas-jelas ia akan memakan diri, menjadikan hati kelam serta hitam dan resah sentiasa akan menggigit.

*terdengar anak-anak murid 4M dan 4I berlatih nyanyian Ramli Sarip untuk persembahan sabtu ini di sekolah*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 28, 2010

entri berat ini memenatkan kepala

nst
Malaysia bukanlah negara yang selamat seperti 20 tahun lepas. Kita tahu tetapi kita masih tidak belajar dari kisah orang lain.  Apa yang telah dan sedang berlaku pada sesatunya negara yang tercinta ini?


Kajian menunjukkan kualiti kehidupan di Malaysia dalam sela masa 12 tahun (1999-2002) meningkat dalam banyak aspek seperti pendidikan, persekitaran kerja, pendapatan dan pengagihan serta 7 aspek yang lain (rujuk) tetapi aspek keselamatan menurun.

Sebenarnya, tanpa kajian ini pun, kita sebagai rakyat biasa bisa menelah aspek keselamatan yang semakin membimbangkan ini. Cumanya, kajian ini mengesahkan bahawa telahan kita itu memang berada di landasan yang betul dan bukan sekadar takut dengan bayang-bayang sendiri sahaja.

Ramai juga beranggapan bahawa jenayah yang  berlaku di sekeliling banyak melibatkan pendatang asing. Memang ada, tetapi pengalaman sendiri dan rakan sekeliling serta pembacaan menunjukkan banyak jenayah dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.
On a per capita basis, foreigners on average commit about 3.8 crimes per 1000 foreign population, whereas Malaysians committed 5.3 per 1000 population. This goes to show that on a per 1000 basis Malaysians commit more crime than foreigners.- jurnal
Pengangguran, penagihan dadah dan gaji kecil didapati menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kadar jenayah, terutama jenayah ragut dan pecah rumah. Sekadar menyatakan bahawa penjenayah punya iman yang tipis dan tidak memikir tentang pahala dan dosa memang tidak perlu. Menghabiskan air liur sahaja.

Tanggungjawab kita apa ya? Saya bukan menyentuh tentang jenayah kolar putih atau jenayah siber yang juga menggusarkan hati, tetapi jenayah kecilan di luar, sehinggakan duduk dalam kereta yang berkunci di traffic light atau bersenang lenang di rumah sendiri  juga sudah tidak selamat.

Sesuatu yang segera perlu dilakukan oleh kita dan pihak bertanggungjawab. Negara yang akan kita wariskan pada anak-anak kita nanti janganlah jadi negara yang sakit serba serbi. Kasihan mereka, anak-anak kita yang terpaksa menguruskan tanah sakit dengan hutang yang bertimbun.

Langkah pertama saya kira ialah sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga. Janganlah alpa walau pun kita manusia yang memang sentiasa lupa. Setiap kita punya peranan masing-masing, menegur dan bertindak terutama pada generasi muda kita.

Pendidikan  dan jati diri juga perlu diterapkan seawal mungkin dalam diri anak-anak. Sistem pendidikan negara perlu di kemaskini dengan elemen jati diri yang lebih jitu. Aspek penilaian berteraskan peperiksaan dan rating A yang keterlaluan perlu dilihat semula, kerana saya kira ia menyisipkan elemen ke'aku'an yang melampau dan mewujudkan manusia yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan susah insan lain.

Ah... sudahlah cikgu. entri berat ini memenatkan kepala saya sendiri.

*berehat di rumah seharian, mendapat cuti sakit, kerana badan memang sakit dan hidung yang memerah sentiasa*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tidak punya makna

Entri ini hanya entri yang tidak punya makna.

Bukan apa. Bila melayari ruang maya dan menyinggah di blog-blog lain, terasa kerdilnya pemikiran saya. Saya tidak bercakap tentang blog yang berisi intisari kehidupan penulis (tidak bermaksud negatif di sini) menceritakan bangun duduk penulis untuk hari itu, tetapi saya begitu terkesan dengan penulis yang punya kemahiran menganalisis, meletakkan minda nya dalam perspektif yang lain dari orang lain dengan gaya yang begitu bersahaja.

Kagum dan terasa keinginan saya yang satu tika dulu ingin menghasilkan buku, seolah terkubur. Kerana saya pasti kebolehan dan keupayaan saya menulis serta menggarap isu serta situasi di sekeliling hanya peringkat pertengahan sahaja.

Terima kasih pada En Zool , menemukan saya dengan Elviza.

*semalaman menghabiskan membaca entri elviza*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 27, 2010

berlagak bodoh

Antara tugas pembantu makmal adalah sebagai technician sambilan, terutama bagi guru-guru Sains perempuan yang agak kecut perut dengan hal sambung menyambung alatan di makmal.

Kebetulan, ada teknik menjawab subjek Biologi pagi  tadi. Pembantu makmal pula tidak nampak kelibat seorang pun. Terpaksalah Guru Biologi meminta bantuan pakar technician yang lain pula. Hanya saya yang ada di sekitar, jadi saya menawar diri menjadi techician.

Cuma menyambung mikrofon dan speaker sahaja. Agak terkial-kial juga, cikgu kimia yang ini. Pelajar-pelajar yang ada sudah mula bising dalam makmal. Biasalah diorang ni. Bila sudah berkumpul ramai-ramai, seolah dua puluh tahun tidak ketemu muka.

"Okay...okay, dengar sini. Awak ni, depan penceramah pun tak hormat ya. Bising ..." suara saya setelah berjaya memasang , hendak mencuba mikrofon tersebut.

"Eh... cikgu Normah nak bagi teknik menjawab Biologi ke? " tanya pelajar di hadapan. Pelajar lain sudah mula membetulkan duduk masing-masing.

"Yalah... saya memang dijemput khas oleh Cikgu Hamidah ni. Dah lama dah. Saya memang pakar serba serbi. Setakat Biologi ni, bukannya susah mana pun." 

Saya lihat ada mata yang memandang saya dengan pandangan hormat dan takjub. Muka saya tenang menahan gelak yang membuku di dada. Suasana dalam makmal tenteram sebentar.

Berjaya juga saya menenangkan keadaan.

"Normah.... penceramah dah sampai dah Normah," Cikgu Hamidah bersuara dari pintu makmal, seolah meminta saya berhenti berlagak bodoh di hadapan kelas.

"Alah ...cikgu ni... tipu je..."  suasana kelas bising semula. Habis usaha saya sebentar tadi...

*berlawak dengan menipu pun tak boleh lah cikgu...oopss*


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kena "smash" dengan ketua

Selesai mengerjakan solat zohor, saya berlenggang kangkung ke meja. Hajat hati hendak menyudahkan kerja yang tersisa, sementara menunggu waktu balik pukul 2.30pm.

Belum sempat melabuhkan punggung, rakan di belakang menegur.

"Bunyi deringan henfon akak bertalu-talu tadi."

Memang. Rupanya Guru Kanan menelefon. Tampak macam urgent, kerana panggilannya lebih dari dua kali berderet. Cuba menelefonnya semula, tetapi talian maxisnya memang tidak keruan. Panggilan berjawab tetapi suara tuan di hujung talian tidak terdengar langsung.

"mmm... biarlah , kalau penting sangat, pandailah dia mencari saya," bisik hati, ternampak si setan dok menepuk bahu saya, tanda bagus.

"Normah!....eh, budak-budak 5C dah menunggu dari tadi. Kan ada kelas tambahan,..." suara Guru Kanan kedengaran jauh dari pintu masuk melintasi beberapa meja guru lain,  yang masing-masing mengangkat kepala memandang saya dan guru kanan.

"Ah...sudah." saya bersuara perlahan, dan sempat mengekor mata melihat rakan di belakang tadi. Cis... beliau tersenyum, dan saya membalas senyumnya yang nakal itu.

Sesampai di kelas 5C, nafas saya turun naik kencang. Masakan tidak, kelas paling atas di tingkat dua, di bangunan kedua hujung.

"Aduiiii...mintak maaf bebanyak. Saya terlupa sungguh," panjang pinta saya dari muka pintu lagi.

"Alah cikgu, dah nak balik dahlah, tak yah belajarlah."

Saya buat tidak mendengar.Dan terus menulis soalan di papan hitam. Soalan paling mudah pun, ibarat  meminta pelajar melengkapkan sifir 5  dalam Matematik.

10 minit selepas itu, sudah waktu untuk balik.

"Cikgu, minggu keempat lagi sekali, cikgu buat macam ni lagilah..." ketua kelas 5C bersuara.

Wah... kena "smash" dengan ketua kelas. Saya senyum sepuluh sen.

*selamat berpuasa sempena nisfu syaaban"

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 26, 2010

meski kelihatan anda kalah tetapi tidak bererti anda tewas

Berhadapan dengan orang yang sedang marah, memang meresahkan. Marah bagi saya adalah seperti ketawa. Ia adalah seperti sejenis 'penyakit'... ia bisa berjangkit. Kalau tidak pun, ia seperti 'tindak balas berangkai'.

Kalau anak murid yang sedang menghadapi guru yang sedang marah, berdiamlah...jangan dilawan ketika itu. Ia akan menambah amarah si guru.

Dan sememang kita yang muslim, punya adab semasa berguru, walau pun jelas si guru bersalah ketika beliau berhujah, kita melawannya bukan dengan cara berhujah dengan nada tinggi di hadapan pelajar yang lain. Kalau perlu berlawanan pendapat, pilihlah ketika beliau berseorangan, melawan dalam keadaan pertanyaan, seolah kita inginkan penerangan. Nanti, hati guru akan menjadi lembut, bertambah lagi semangatnya untuk cuba menurunkan ilmunya pada kita.

Itu cara generasi X berfikir, generasi Y mungkin tidak setuju. Tetapi percayalah, meski generasi berubah tetapi kehendak dalaman masih sama. Setiap kita ingin dilihat sebagai punya kepentingan dalam hidup. Jika amarah guru ditandingi di hadapan pelajarnya yang lain, kehendak dalamannya tercabar. Amarahnya tidak akan surut.

Bertindak secara matang, meski kelihatan anda kalah tetapi tidak bererti anda tewas.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buat benda tak elok

Hari minggu mendapat undangan makan tengahari di rumah kakak ipar. Apa lagi, tidak melepaskan peluang makan free. Selesai makan, acara sesi membaca suratkhabar bersama anak-anak buah yang sudah besar panjang bermula.

Sambil membelek suratkhabar tabloid Metro Ahad, saya mengomel ibarat seorang bijak pandai.

Cuba tengok paper ni. Dekat 3 mukasurat penuh iklan 4D, camana nak tau nombor bertuah lah, nak tau maklumat cepat 4D lah..Yang baca paper ni orang kita jugak, biasanya orang muda. Sasarannya mesti terkena jugakkan.



Memanglah mak su, kat kolej tu ramai yang beli paper metro ni.



Kena hantar surat bantahan ni kat diorang. Orang-orang kuatnya semua orang kita jugak. Kekonon beritanya nak menyedarkan kita jangan buat benda tak elok, mendedahkan benda tak elok, tapi iklan dalam surat khabarnya menyuruh orang kita buat benda tak elok. Berjinak dengan nombor ekor, 4D ni, ha... 

Bersemangat betul saya berhujah pada anak buah yang tak pernah pun main nombor 4D ni.

Alah, mesti  nanti, respon diorang ni, iklan yang disiarkan tidak menunjukkan pendirian kami, dan kami tidak bertanggungjawab atas iklan yang disiarkan. Mmm , menghabiskan beras je.

Balas saya semula , melunturkan semangat sendiri sambil tersengih dengan perut yang sudah senak makan terlalu banyak sebentar tadinya.

*orang-orang kuat Metro ni... tak boleh kah mencuba bantu masyarakat kita untuk lebih bijak mengguna nombor selain dari 4D ni*

bebelan hari isnin

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 25, 2010

banyak pilihan

Kita diberi Allah banyak pilihan.

Pagi tadi membaca Kosmo!, tentang kisah rumahtangga blogger terkenal yang saya tidak kenal, terbetik di hati juga ingin mengulas. Tetapi.... buat apa menyibukkan hal yang tidak sekelumit pun memberi kesan baik  dalam hidup saya.

Membaca tentang street kids di NST, pula, sangat menyentuh jiwa. Sekadar membaca pun sudah terasa berat di hati dan fikiran, apatah lagi,  hati dan fikiran Datuk Seri Shahrizat yang pergi sendiri (sambil diekori pegawai-pegawai JKM ) menyusuri Jalan Chow Kit memerhati dan berbual dengan anak-anak jalanan ini. 

NST

Setakat dalam pengetahuan, hanya Yayasan Nur Salam di kawasan Chow Kit  yang masih aktif cuba menangani masalah anak-anak jalanan. Kebanyakan anak jalanan ini suatu masa dulu terdiri dari anak-anak kupu-kupu malam yang tidak punya pilihan dalam hidup mereka. Memang sudah dilahirkan dalam keadaan begitu, jadi jalanan itulah  kampung halaman mereka.
photo ; www.zuhriphotography.com
@ photomalaysia

Namun kini saya kira, anak-anak jalanan ini juga telah didominasi oleh anak-anak yang lari dari rumah atas banyak sebab. Kebebasan mungkin menjadi sebab utama. Tetapi, siapalah saya untuk mengulas perkara ini, kerana saya tidak punya sebarang sumbangan pun lagi dalam membantu masalah anak jalanan ini.

Membaca kisah seorang sukarelawan  rakyat negara luar (Kuala Lumpur's stray Children) yang membantu anak-anak ini, terasa sangat daifnya diri saya dalam usaha membantu. Nil. e..lek. Itulah saya. 

* alhamdulillah ramai anak muda kini yang giat menjadi sukarelawan. Sherrina, pelajar2 KLMUC, umma united dan banyak lagi.*

kita memang diberi Allah banyak pilihan

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dok jeling-jeling kat kita

Banyak betul Restoran Pak Arab di Kuala Lumpur ni. Malam minggu, menjamu selera di sebuah cawangan restoran Arab bersama keluarga. Saya tidak punya banyak pengalaman makan di restoran Arab yang lain di sekitar KL, tetapi restoran yang ini sudah beberapa kali dikunjungi. 

Pada pengamatan saya, servis di restoran Arab ini agak kecoh dan lambat sikit. Harapkan nasi Mandynya sahaja yang sedap, kalau tidak, tidak juga menjengah beberapa kali.

Pak Arab makin ramai di negara kita ni kan. Ditambah dengan program Malaysia Sebagai Rumah Kedua  Saya (MM2H) di kalangan rakyat negara luar. Tahu tentang program tersebut? Sudah lama kan... Rakyat dari negara luar dibenar membeli dan memiliki rumah di Malaysia sebagai rumah kedua mereka. 

Malaysia menjadi pilihan bagi banyak Pak Arab dan warga Iran yang berduit untuk memiliki rumah di sini. Antara sebabnya ialah: (Arabs in Malaysia)
  • Kos hidup yang murah berbanding negara Eropah
  • Cuaca yang kurang panas berbanding semasa musim panas di negara Arab
  •  Pilihan makanan yang pelbagai
  • Tiada bencana alam berupa gempa bumi dan taufan
Kuantiti Pak Arab biasanya bertambah dalam bulan Jun hingga Ogos. Ini ialah waktu puncak bagi kedatangan pelancong Arab.
"According to Tourism Malaysia’s 2008 survey of total tourist expenditure, shopping made up 26.8% and accommodation constituted 31.2%. In 2009, our country made RM53.4bil from 23.6 million tourists.

Although Saudi tourists do not make up the bulk of these numbers (in fact, Saudi Arabia takes the number 13 spot on our list of top 20 tourist arrivals), they are the biggest spenders, splurging an average of RM7,992 per person.

Hot on their heels are tourists from the United Arab Emirates who spend an average of RM6,315 per person - Cash to splash
Banyak betul duit Pak Arab yang datang ke Malaysia ni, kan. Kabarnya antara pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia ini, kumpulan Pak Arab merupakan kumpulan yang menghabiskan duit paling banyak, lebih 10 kali dari pelancong lain.

Bila sudah ramai sangat Pak Arab  ni berkumpul di negara kita, jadi musykil satu perkara je lah.  Jangan Si Polis Dunia yang perasan tu dok kata Al-Qaeda makin bercambah di kawasan Asia dan dok jeling-jeling kat kita, kan. Tak pasal-pasallah pulak.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 24, 2010

Tidak pandai saya mengait kata

Saya suka membaca terutama kalau penulisnya pandai sungguh menyusun kata. Terlebih lagi kalau penulis muda yang punya idea dan sikap hebat seperti mereka ini.
"aku cukup menghindar daripada berada di lokasi, atau menyerempak dengan mereka yang berkait nostalgia terburukku. Melainkan, saat aku sudah cukup tua, cukup fikir yang ranum, cukup tenung yang dalam. Biar uban berebutan di kepala, atau rambut berkejaran cabut dari akarnya. Waktu itu aku pasti kan cukup kuat mengenang kesemuanya.
Adakah saat itu, aku bakal digelar makhluk Tuhan paling lewat? Mungkin, ya. Namun, biarlah… - Saat terpetik kenangan Lampau : al-irfan -

"Saya lihat diri saya, sebagai insan bertuah yang punya segalanya. Saya punya ibu bapa yang mewah kasih sayang, saya punya adik-adik yang rapat, saya punya kawan-kawan teman seperjuangan waktu saya jauh dari keluarga, saya punya orang-orang sekeliling yang sayang dan ambil berat pasal saya, dan juga pembaca Blog Ain Fathihah yang masih mahu baca celoteh saya.

Dengan segala apa yang DIA sudah beri pada saya, saya rasakan amat tidak patut saya merungut dan berkeluh kesah dengan masalah yang sedikit. Masalah yang DIA berikan, bukan untuk saya pinta dikecilkan ujian, tapi untuk saya mohon agar dibesarkan dan dilapangkan hati untuk menghadapi ujian.- masalah itu mendewasakan - ain

"Maka dulu ketika saya masih boleh mengekalkan nasi goreng masakan sendiri setiap malam, perlukah saya mengubahnya kepada makan nasi goreng di kedai setiap malam?

Apa yang ada pada diri kita, ialah apa yang Allah cukupkan untuk kita supaya kita lebih mengenali kesenangan apabila kita telah merasai apakah ertinya susah!

Menilai hidup ketika susah sebagai derita, kamu akan menemui putus harap pada Allah.

Menilai sebagai takdir, kamu akan menemui titik noktah hidup yang tidak akan mengubah nasib hidup.

Menilai dengan nasib, kamu akan sentiasa berharap akan adanya tempoh kamu merasai nikmat dan kemudian akan membuatkan kamu kembali susah.

Tapi nilailah dengan harapan pada Allah, supaya kamu sentiasa bersyukur dengan apa sahaja kedudukan kehidupan kamu - Hargai susah untuk hargai senang : ilhamdanial

Pastinya memang ramai di luar sana, anak muda yang bijak sungguh menyusun bicara dan kata untuk menterjemah fikir mereka yang sangat hebat. Bila membaca entri dan tulisan mereka terasa sangat mendatarnya tulisan saya dan sungguh tidak pandai saya mengait kata.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa lagi yang hendak dikejar?

Lagi beberapa hari Ramadhan akan datang lagi. Harap-harap Allah beri peluang lagi pada saya untuk melalui Ramadhan kali ini sebaik mungkin.


Bau Ramadhan sudah terasa di udara. Apa tidaknya, banner bazar Ramadhan pun sudah terlihat, belum lagi sampel biskut yang digantung di bilik guru menanti pesanan dari rakan-rakan dan deretan kotak-kotak kurma pelbagai jenama yang sudah disusun di rak supermarket serta hypermarket.

Azam Ramadhan kali ini? Mestilah ingin yang terbaik. Apa lagi yang hendak dikejar? Lailatul qadar lah, kan. Walau masih belum diberi peluang untuk mengalaminya. Yalah, mungkin dek sebab dosa yang bertimbun, masih belum  layak untuk dipilih sebagai hamba yang bertuah.
Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut. -  Tanda-tanda Malam al-Qadar : Ustaz Pahrol

*harap-harap mendapat percikan al-qadar dalam hati dan peribadi*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 23, 2010

saya ikut perlahan dari belakang

Sesekala bertugas di luar sekolah seronok juga. Menghadiri bengkel memasukkan data bagi tujuan menilai Makmal di sekolah seluruh Kuala Lumpur.

Yang seronoknya, bertemu rakan guru yang sudah bertahun tidak bertemu.

"Dapat Pengetua baru, boleh jadi kurus ya, Hadilah," tegur saya. Rakan saya ini adalah guru yang sangat berdedikasi dalam tugasnya. Hari Ahad pun kerap membuat kelas tambahan bersama murid. Memang tabik spring dengan beliau. Saya setakat mengagumi tetapi hendak menuruti, masih belum mampu lagi rasanya. Entah bila? Tak palah Hadilah, teruskan....saya ikut perlahan dari belakang.

Yang seronoknya juga, bertemu rakan baru, terutama guru-guru muda. Sebahagian dewan penuh dengan guru-guru lelaki dengan laptop masing-masing. Susah sebenarnya hendak berjumpa guru-guru lelaki seramai itu berkumpul. Mentang-mentanglah bengkel tersebut berkenaan dengan data dan berkait dengan penggunaan komputer, kebanyakan sekolah menghantar guru-guru lelaki untuk menangani tanggungjawab memasukkan data makmal sekolah masing-masing.

Kalau hendak dikira, ini antara tambahan kerja perkeranian yang ditambah dalam bidang tugas guru. Dan seperti biasa, budaya kerja di Malaysia, last minute punya perancangan, diberi masa seminggu sahaja untuk memastikan data dihantar lengkap ke pihak yang bertanggungjawab.

Dan seperti biasa juga, konsep paperless hanya impian, data yang dimasukkan perlu juga dicetak untuk diedarkan kepada beberapa unit yang lain disamping dihantar melalui email dan dimuat turun juga dalam disket..... ha....disket?? haiyaa..... 

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rupanya

Rupanya....
asyik dok sibuk melihat tingkah anak murid yang tidak kena di mata, laku saya juga tidak kena . Ibarat dijentik telinga apabila membaca buat blog dapat dosa. Ini berkait dengan email yang diterima oleh Mr. K. 

Bilakah saya membuat dosa tanpa saya sedar dalam blog saya yang tidak punya header ini?
"Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya." - promosi maksiat dan buka aib sendiri- ust zaharuddin

Ha... banyak juga entri saya yang mempromosi hedonisme barat ini melalui lawatan saya ke panggung wayang.

"Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya." promosi maksiat dan buka aib sendiri- ust zaharuddin

Ha... kan dah kena sebijik tu. Padan muka saya pun. Okay, saya cuba untuk memadam entri saya tersebut dan tidak menambah entri baru tentang wayang atau yang sewaktu dengannya. Mungkin cuti hujung minggu bila ada masa, entri-entri tersebut akan dipadamkan.



Rupanya juga...
kalau hendak menjual secara online, anda mesti mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kalau tidak anda boleh didakwa.

400 unregistered online biz charged

Boleh cuba mendapat maklumat di sini.
Kalau hendak mengetahui tips mendaftar, boleh klik di sini.
"Sekarang, syarikat dan perniagaan sekarang boleh didaftarkan dari rumah. Saya akui, saya rasa teruja dengan kelebihan yang ada pada E-Lodgement. Ia adalah perkhidmatan online yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memang penyelesaian terbaik kerana dapat menjimatkan masa dan urusan pendaftaran perniagaan hanya mengambil sekitar 30 minit hingga ke 1 jam sahaja hanya dari rumah." irwandahnil
*Seeloknya kita cubalah berubah menjadi lebih baik dari semalam, sedaya kita*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 22, 2010

Long Bamboo

Balik dari mesyuarat di sekolah, duduk berehat mengadap astro sport. Bukannya berminat dengan sport ni, tetapi menekan-nekan butang remote-control tersebut tanpa sedar dan 'ter'labuhlah pula  di siaran astro sport. Tertarik sebentar menonton permainan ping-pong atau table tennis antara pemain negara China dan German.

Sekali imbas menonton, rasa lucu pulak, kerana saya pandang meja ping-pong tersebut seolah tidak padan dengan saiz kedua pemain dan stadium yang menempati para penonton. Macam menonton permainan budak-budak. Tapi saya tahu, permainan ini perlukan ketangkasan, stamina dan strategi yang bukan alang-alang.

Cumanya, saya terfikir idea yang tidak bernas ini. Kenapalah permainan ini yang pada saya, merupakan  miniature kepada tennis boleh diterima satu dunia. Saya kira teknik "menjual" permainan ini yang bermula dari awal 1880an oleh masyarakat Eropah berjaya meyakinkan semua orang untuk menerima ping pong sebagai satu permainan bertaraf antara bangsa. 

Kenapa tidak kita "menjual" permainan galah panjang kita ya? Tahu main galah panjang?Kalau tak tahu, boleh ke sini --->  (How to Main Galah Panjang) membaca cara permainannya.

klue


Kalaulah kita boleh mengkomersilkan permainan galah panjang tentu best. Pada saya permainan galah panjang adalah permainan kumpulan yang perlukan strategi dan kerja sama juga. Ia juga perlukan ketangkasan. Ha... tapi jenuhlah pengadil nak tengok siapa yang kena sentuh atau tidak.

Kita beri nama omputih sikit kat galah panjang ni... Long Bamboo Sport.


*dulu di FRU Sungai Senam, Ipoh, selalu main galah panjang dengan kengkawan dan selalu bergaduh tak puas hati sebab orang lain suka main tipu*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pelaburan masa depan

Balik suami dari tugasan di luar, saya mengajak beliau dan anak minum petang bersama di restoran mamak. Restoran ini baru dinaiktaraf dan telah bertukar pengurusan. Di bahagian atas restoran, ada beberapa buah pusat tuisyen yang agak terkenal di kawasan saya.

Ramai pelajar-pelajar yang turut minum petang seperti saya, di restoran tersebut. Ada yang sekadar minum dan berborak, tetapi ramai juga yang memesan makanan berat sementara menunggu waktu kelas bermula.

"Ish...rimas," spontan keluar kata-kata dari mulut suami.

Saya perhati keliling. 

"Biasalah ...." jawab saya.

Sudah biasa dengan kerenah pelajar, menjadikan saya boleh tidak mempedulikan kehadiran mereka. Saya boleh 'tune off' kalau saya mahu untuk tidak ambil kisah dengan perlakuan mereka.

Sana sini, ada saja kelihatan anak muda dalam usia kelas menengah ini merokok semahu mungkin. Berkepul asap memenuhi restoran. Yang perempuan bergaya habis dengan lagak seolah mahu menonton wayang gambar, bukannya hendak masuk ke kelas menelaah pelajaran. Yang sibuk dengan handphone nya, tidak sudah-sudah bermain mesej dengan entah siapa, itu cerita lain pula.

Belajar ke tidak dalam kelas tuisyen...entahlah.  Pengalaman  saya di usia muda menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen sebegini , selalunya hanya segelintir sahaja yang memang datang mahu belajar. Kebanyakannya hanya menghabiskan masa berjumpa rakan dan mengambil peluang untuk keluar rumah. 

Ramai juga anak murid di sekolah yang bertuisyen ke sana sini, tetapi tidak juga menunjukkan keputusan cemerlang dalam pelajarannya. Kasihan emak dan ayah yang mengeluar duit beratus ringgit, mengharap anak untuk cemerlang. 

*tak apalah cikgu, habis beratus tak apa, ini kan pelaburan masa depan.... *

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 21, 2010

melampias marah, makan goreng pisang panas

Melampias marah.

Awal mengajar dahulu, mengajar di sekolah lelaki sahaja, yang mana majoriti pelajarnya berbangsa Cina dan India. Memang waktu muda, perasaan marah senang sahaja terbetik. Marah dengan sikap pelajar terutamanya dalam kelas, dan saya akan terjerit-jerit, memarahi pelajar yang tidak kena tingkahnya di mata saya. 

Kekadang akibat terlalu marah, tiada kata yang boleh diucapkan, hanya air mata yang terkeluar. Bukan air mata memohon simpati, tetapi air mata geram dengan diri kerana tidak berjaya melampiaskan marah yang terbuku di dada.

Sekarang ini pun, masih ada perasaan marah tersebut terhadap pelajar-pelajar yang juga tingkahnya tidak kena di mata saya. 

Geram.

Masih tersarang lagi, kerana baru sahaja habis kelas di waktu akhir lewat tengahari tadi. Namun, saya memuji diri sendiri kerana tidak seperti dahulu, marah saya masih membolehkan saya berfikiran rasional. Kerapnya, tingkah pelajar lelaki yang selalu membebankan perasaan saya. Ah... kalau anak sendiri sudah lama saya tarik telinga dan cubit-cubit perutnya melampiaskan rasa marah saya.

Tetapi saya hanya bisa berleter. Itupun leteran yang keluar dalam keadaan malas berbicara. Itulah saya sekarang ini. Kalau sudah geram, saya jadi malas bercakap. 

Dari ekor mata pelajar perempuan, nampak seperti mereka faham dan memohon maaf semasa bersalaman. Yang pelajar lelaki ni....heee, entahlah. Perkara kecil tetapi menggeramkan. Asyik...nak bermain saja dalam fikiran. 

*Sabar, sabar...Tarik nafas panjang-panjang, tahan...1,2,3..ha...lepas perlahan-lahan, ya tarik lagi , tahan, lepas... Ok?...Gi makan goreng pisang panas tu ya...*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buka tingkap luas-luas

Lewat petang Selasa, saya mendengar iklan yang dibawa oleh Radio IKIM tentang perlunya kita mengudarakan kereta kita dahulu, terutama kalau kita parking kereta di tempat terbuka dalam waktu panas. 

Dikatakan, suhu yang panas diluar akan meningkatkan udara dalam kereta lebih sekali ganda dan menghasilkan udara dalam kereta yang mengandungi benzene. Ini akibat tindakbalas bahan-bahan yang diguna dalam pembuatan kereta seperti dash-board, alas kusyen dsb yang memang berasaskan petroleum.

Semua orang tahu bahawa benzene dikaitkan dengan penyakit kanser, kan.

Walau pun ada kajian yang telah dibuat menyatakan "indoor air" bagi kereta yang terdedah di panas matahari ini tidak bahaya (Our investigations indicated no apparent health hazard of parked motor vehicle indoor air), tetapi kalau was-was, eloklah buka dahulu tingkap dan pintu, sebelum menghidupkan alat penghawa dingin.

Ada sedikit perkara menarik yang ingin dikongsi tentang  benzene ni:

  • kurun ke 19 dan awal kurun ke 20, benzene digunakan dalam aftershave lotion kerana baunya yang harum
  • tahun 1903, benzene diguna untuk menghasilkan decaffeinated coffe
  • benzene kini banyak diguna sebagai bahan pemula untuk membuat dye (pewarna) serta detergen
  • benzene kini banyak ujud dalam udara semula jadi akibat aktiviti pembakaran dan aktiviti merokok
Walau bagaimana pun, Allah itu Maha Kuasa, benzene sebenarnya mengalami jangka hayat pendek dalam badan, iaitu 1- 2 hari.
In humans, the half life is 1 to 2 days. Accumulation is not expected for benzene or its metabolites. Benzene is primarily exhaled through the lungs, unchanged or excreted as metabolites in the urine. (sumber)
Apa pun, langkah berhati-hati perlu kita ambil.

* Buka tingkap luas-luas....jangan buka kain sudahlah*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 20, 2010

Boleh buat menantu

"Kenapa asyik mengantuk dalam kelas? Lawak saya tak best ya?"

Memang tak best lah, cikgu Normah, kalau tak, takkan saya mengantuk. ... Itu ayat yang terlintas dalam kepala saya.

Budaknya manis, berkulit cerah. Berpotensi untuk cemerlang dalam pelajaran. Sejak kebelakangan ini sering saya lihat tersengguk di meja menahan mengantuk.  Bila saya buat lawak bodoh dalam kelas, yang lain akan ketawa terbahak-bahak kecil, tapi dia masih  masam menahan kantuknya. Kasihan betul. 

"Minta maaf cikgu"
"Tak... saya tak marah, cuma kenapa? Awak tidur lambat ya?" tanya saya, menunjuk rasa ingin tahu .
"Ya" pendek jawapannya.
"Susah nak tidur ke?" tanya saya lagi macam makcik kiah tukang sibuk  .

Dia mengangguk.
"Kenapa?" tanya lagi situkang sibuk ni  .
"Risaukan emak saya."

Aiik. Anak risaukan si emak. Pertama kali saya mendengar luahan hati seorang anak yang risaukan emaknya.

Rupanya, ibu bapanya sudah berpisah.  Tinggal dia dan adik beradik bersama emak dan neneknya. Cuma emaknya selalu balik lewat dari kerja kerana sibuk dengan tugasan di pejabat. Jadi, beliau risaukan emaknya kalau-kalau balik nanti malam, lapar dan tidak ada siapa yang hendak panaskan lauk atau nasi untuk emaknya. Dan risau juga emaknya kesunyian makan berseorangan.

Boleh buat menantu nih....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

urusan korek mengorek

Semasa bersekolah rendah dahulu, emak naikkan saya van Nyonya untuk ke sekolah. Teman saya yang selalu duduk sebangku, seorang budak perempuan Cina, tetapi bukan satu sekolah. Selalunya dia turun awal dahulu. Saya terpaksa duduk di sebelahnya, tidak ada sesiapa yang akan duduk di situ. Sebab saya yang selalu akhir naik, jadi itulah tempat saya pun. Di sebelahnya....Kalau boleh saya pun tak mahu.

Sebab apa?


Sebab dia ni suka mengorek hidung dan makan tahi hidungnya itu. Itu pun setelah digentel-gentel. Hahaha... ada yang nak termuntah? Saya selalu buat tak nampak je dan tak pernah pun menyentuh dia.

Dari kajian, secara puratanya, kita mengorek hidung 4 kali sehari (sumber). Kalau punya tabiat yang lebih dari itu, kerjanya asyik mengorek hidung sahaja, ia sebenarnya boleh dikategori sebagai pesakit rhinotillexomania.

Dr Friedrich Bischinger seorang pakar jantung dari Austria mendakwa  mengorek hidung dan makan tahi hidung (booger eating)  itu berfaedah untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Ya ke tidak? Tak tahulah... tetapi cerita tentang Dr  ini sudah lama dah di internet.

Satu lagi yang menarik ialah, Tutankhamen, iaitu  salah seorang Firaun Mesir , dikatakan mempunyai khadam pengorek hidung yang khas dan diberi tempat tidur khas,  makanan dan dibayar 3 ekor lembu untuk khidmatnya. (sumber)


nasib baik dia korek hidung sendiri, tak payah gajikan pekerja (sumber)
nasihat saya?
Lakukan sebarang urusan korek mengorek di dalam bilik air...ok.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 19, 2010

masa depan tidak ada siapa yang tahu

Bunyi telefon berdering tengahari semalam.

"Tengah buat apa Mah?" 
"Takde buat apa mak, tengah menanda kertas." Ibu mertua rupanya, di hujung talian.
"Masak ke hari ni?" 
"Errr... tak, pun. Makan kat luar je." Malulah pulak pada ibu mertua saya yang memang rajin dan suka sekali ke dapur. Berbeza betul dengan menantunya ini.

"Mah, mak nak tanya."
"Ya? Ada apa mak?"
"Hari ni dah  Syaaban ke?"
"Err... jap, nanti Normah tengok." Terkial-kial saya mencari kalendar. Ah... nasib baik, kalendar yang ada ditulis juga kalendar Hijrah. Lega.

"Ha...a, dah 6 Syaaban, lah mak"
"Ooo... mak ingat masih Rejab. Terima kasih ya. Tu je lah mak nak tanya."
"Itu je ke? Mak sihat ke......?Takkan tanya tu je?"
Mak mertua tertawa kecil. "Mata dah tak nampak tengok suratkhabar, mak nak tau tarikh je."

Nanti saya dah tua nanti, harap-harap tidaklah berdua sahaja bersama suami di rumah. Kasihan pula mengenang ibu mertua di sana. Bila bapa mertua keluar bersama rakannya, tinggallah ibu mertua bersama pembantu rumah sahaja. Nak tanya tarikh pun terpaksa menelefon anak, sebab anak dan menantu masing-masing jauh darinya.

Tapi , yalah, masa depan tidak ada siapa yang tahu pun.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

generasi Y vs generasi X

Saya tergolong dalam generasi X, begitu juga ramai rakan guru saya yang lain. Dan kini tugas saya dan rakan guru ialah mendidik generasi Y, yang punya idea dan cara yang berbeza dari kami. Generasi Y ditakrifkan secara longgarnya sebagai mereka yang lahir pada pertengahan 80an dan seterusnya.

Generasi Y juga kerap dikenal sebagai generasi milenia dan ada juga dikenal sebagai generasi trofi. Kenapa generasi trofi?
The Millennials are sometimes called the "Trophy Generation", or "Trophy Kids," a term that reflects the trend in competitive sports, as well as many other aspects of life, where "no one loses" and everyone gets a "Thanks for Participating" trophy and symbolizing a perceived sense of entitlement. It has been reported that this is an issue in corporate environments. [sumber]
Apa yang menarik tentang mereka ini...?

1.Tech-savvy : mereka ini begitu arif tentang teknologi. lihat sahaja blog yang ada... rata-rata terdiri dari generasi Y. Kalau kita berjalan di luar, yang punya handphone terkini, kamera digital yang gedabak dan nampak begitu kompleks juga dipunyai oleh mereka ini. Dan mereka inilah yang menjadi sasaran iklan dan syarikat gajet.
This generation prefers to communicate through e-mail and text messaging rather than face-to-face contact and prefers webinars and online technology to traditional lecture-based presentations [sumber]
Jadi, pengajaran di dalam kelas yang statik memang membosankan mereka

2. Family-centric : ha... ini yang bagusnya. Ramai golongan ini yang apabila  sudah memasuki alam pekerjaan lebih memilih untuk tinggal bersama keluarga, dan kajian menunjukkan mereka lebih mengutamakan masa untuk diri dari pendapatan yang tinggi

3. Achievement-oriented : generasi Y punya idea yang berbeza tentang cara kerja.
They have high expectations of their employers, seek out new challenges and are not afraid to question authority. 

Generation Y wants meaningful work and a solid learning curve. Kalau mereka tidak puas hati, memang mereka boleh saja berjumpa pihak atasan, kan. Ini berlaku di mana sahaja

4. Team-oriented: Generasi ini dilihat sebagai generasi yang setia pada kelompok dan sentiasa ingin dilibatkan bersama dalam kumpulan. Jadi, mereka gemar pada networking.

5. Attention-craving: Ini memang dapat dilihat, terutama bila kita menengok foto-foto peribadi generasi Y ini. Kerana itu FB digilai ramai oleh generasi Y.

Generation Y craves attention in the forms of feedback and guidance. They appreciate being kept in the loop and seek frequent praise and reassurance.
Saya kira ciri-ciri generasi Y banyak dapat dilihat semasa di dalam kelas semasa pengajaran. Cuma kekadang generasi tua macam saya ini kurang prihatin.

Apa pun, pengetahuan ini berguna bagi saya untuk merancang proses P&P yang seterusnya dan diharap dapat membantu guru-guru yang seangkatan dengan saya.

*isnin datang lagi dengan ribut dan serabutnya... mungkin berbaju baru dapat membantu*

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 18, 2010

Jangan terlalu membenci, nanti jadi suka satu hari nanti

Orang-orang tua pernah berpesan,'Jangan terlalu membenci, nanti jadi suka satu hari nanti'.

Hati manusia memang berbolak-balik. Hari ini kita tak suka sesuatu, tidak selamanya ia akan tetap begitu.

Dulu-dulu, bila emak menyiapkan sarapan lempeng berkelapa, cicah dengan kuah sambal semalam,  atau lempeng pisang, mulut saya akan muncung sedepa. Memang tak suka sangat, geram dengan emak sebab macam tak ada sarapan lain yang boleh emak masakkan.

Balik dari sekolah, kepenatan mengayuh basikal, buka almari lauk, tengok emak masak apa, hanya ikan goreng ditemani kuah lemak putih kobis, hati menjengkel marah. Sangat tidak suka.

Setelah puluhan tahun berlalu, bila saya sendiri menjadi emak, lempeng berkelapa dan kuah lemak putih kobis itulah yang dicari dan diminati.....

*kak pah dah abis pikir nak masak apa arini? ikut je macam en YB kita... arini makan luar*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 17, 2010

persoalan berat yang perlu ditangani

You would think that incentives are designed to sharpen thinking and accelerate creativity, but it does just the opposite. It dulls thinking and blocks creativity.
Sejak dari awal dalam dunia pendidikan, ramai dari kita diajar bahawa kaedah pengukuhan, berdasarkan insentif akan meningkatkan kecenderungan seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Ramai juga yang masih berpegang pada idea bahawa, jika mahukan seseorang memberi hasil yang baik , kita hadiahkan mereka dengan bonus, komisyen atau dengan kata lain beri hadiah.

Tetapi kajian selama 40 tahun rupanya menunjukkan perkara yang berbeza. Menarik artikel ini "Rewards don't work"

Jadi, bagaimana ?

Google telah melaksanakan pendekatan 20% masa, iaitu Jurutera yang bekerja dengannya boleh menggunakan 20% masa kerja mereka untuk membangunkan apa sahaja. Jurutera ini diberi kuasa (autonomi)  ke atas masa, kerja, team dan teknik yang mereka gunakan. Hasilnya, hampir separuh idea dan keluaran baru Google  setiap tahun terbit dari 20% masa ini.

Di Amerika Utara, banyak syarikat yang telah mengamalkan konsep ROWE - Results Only Work Environment. Pekerja tidak perlu hadir di pejabat mengikut masa secara tradisional. Yang penting ialah kerja dilaksanakan melalui cara bagaimana atau bila masa pekerja yang tentukan. Hasilnya di dapati produktiviti, kepuasan bekerja meningkat.

Begitu juga dengan kelahiran Wikipedia, yang lahir bukan dari pekerja yang dibayar atau insentif tinggi yang diberi tetapi dari teknik  penyumbang / pekerja diberi autonomi, masteri (keinginan untuk menjadi bertambah baik) dan bermatlamat tersendiri.

Saya kira pendidikan sekarang juga perlu berubah, kerana anak-anak dalam generasi sekarang sebenarnya adalah anak generasi Y, yang menjadi lebih kreatif jika diberi ruang serta peluang. Anak-anak sekarang sangat terbuka pemikirannya dan pendedahan yang mereka terima sangat luas.

Bagaimana caranya,? Itu persoalan berat  yang perlu ditangani.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

manjakan diri

Baru balik dari Latihan Dalam Perkhidmatan yang dianjur bersama antara Yayasan Nurul Yaqeen dan sekolah saya bertugas.

Seronok.

Sesekala bertukar angin, kerana ia dibuat di luar sekolah, dan mendengar idea-idea baru dari penceramah, memang terasa minda segar mendapat santapan . Antara penceramah yang membuat kami tidak kering gusi ialah Kaunselor Hj Husim Hj Salleh. Dari mula hinga ke akhir, memang asyik menahan perut walau batang hidung sendiri kerap terkena sinis beliau yang tajam.
sumber


Kes-kes rumah tangga dan masalah jiwa individu yang berjaya, banyak dijadikan iktibar dalam ceramahnya. Satu yang jelas ialah, perlunya hubungan dinamik antara suami isteri . Sesekala isteri perlu membuat kejutan dari segi layanan dan sentuhan. Masa untuk memanja diri sendiri juga perlu diperuntuk oleh setiap suami dan isteri.

Pergilah dua minggu sekali, kata beliau , manjakan diri di spa untuk mengembalikan kesegaran. Suami dan juga isteri. Jangan nanti akibat terlalu mementingkan insan lain, diri sendiri terabai, dan nanti ia menjadi alasan pasangan kita mencari kebahagiaan yang lain.

*Noted*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tidaklah tahu bahawa ia sepenting itu...

Biasa dengar Kad 001?

Kadnya warna biru, dari sejak saya bersekolah rendah lagi tahun 1973 lagi sudah wujud. 

Tiba-tiba teringat tentang kad ini. Kalau menjadi guru kelas, salah satu beban perkeranian ialah mengisi butir-butir peribadi dalam kad 001 ini, dari rekod berat, tinggi, rabun atau tidak, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap pelajar dan cita-cita.

Bercakap tentang cita-cita pelajar ini, yang menjadi guru kelas di luar sana, ajarlah anak murid kita supaya menulis cita-cita yang tinggi-tinggi. Janganlah setakat menjadi pemandu bas atau kerani sahaja. Tidaklah bermakna saya memandang rendah pekerjaan pemandu atau kerani tersebut. Tidak sekali-kali.

Rupa-rupanya, kad 001 ini, adalah satu-satunya kad peribadi pelajar yang diterima pakai dalam mahkamah. Sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas anak murid tersebut semasa dalam usia bersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh diberi berdasarkan rekod peribadi dan cita-cita anak murid itu. 

Kalau setakat nak jadi kerani, mungkin pampasan yang diberi tidak sewajarnya yang akan diterima. Jadi, kita cubalah pastikan cita-cita yang ditulis adalah cita-cita anak murid tersebut, bukan cita-cita kita bagi memudahkan tugas sahaja.

Sebelum ini tahu jugalah pentingnya kad ini, tetapi tidaklah tahu bahawa ia sepenting itu.

*SSM yang digunapakai sekarang ini sebenarnya tidak laku dalam mahkamah kerana tiada pekeliling lagi tentang ianya, tidak seperti kad 001 yang mempunyai pekelilingnya sendiri- ini dimaklumkan oleh PKHEM sekolah saya*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 16, 2010

lalang

"Kak Normah tau tak?" ... kenapa selalu memula perbualan dengan pertanyaan begini?

"Tak... kalau belum beritahu macamana saya nak tahu?" jawab saya menggeleng.
Dia pun ketawa kecil. Lucu? Waktu itu memang terasa ada sedikit lucu.

"Lepas kak normah bercakap aritu, kan saya pun sokong kak normah. Kan saya cakap tentang masalah saya. cikgu X ada cakap kat saya tentang cikgu Y. Tahu tak cikgu Y cakap apa?"

Soalan yang tak perlu lagi...

"Tak , saya tak tahu," jawab saya.

"Cikgu Y kata... apalah cikgu-cikgu ni, nak komplen....bla bla bla... Cikgu Y tu memang tak faham masalah kita ni kan," kawan saya ini membuat laporan tanpa diminta.

"Cikgu Y cakap macam tu?" hati saya mula dicuit rasa marah.

Tapi sebenarnya, saya tidak mendengar pun Y bercakap apa, dan saya tak tahu pun X bercakap bagaimana dengan rakan saya ini. Maklumat yang disampai secara berperingkat begini, biasanya sudah mengalami perubahan . Mungkin perubahan berlaku dari segi maksud tersurat dan mungkin juga maksud yang tersirat.

Saya boleh membuat kesimpulan negatif yang memungkin ketegangan perhubungan antara Y dan saya. Kekadang saya kira, lebih elok kita mendengar dan berdiam. Agar perkara kecil tidak dipanjangkan.

Entahlah... hati sudah terguris, walau akal menyatakan  logiknya untuk rasa itu tidak menapak. 

Apa pun, biarkan sahaja. Kerana ada cara untuk bersikap profesional. Berbeza pandangan  menunjukkan kita ada fikiran sendiri, dan bukannya sekadar menjadi lalang yang menyemakkan.

*bestnya hari Jumaat*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belajar dari kehidupan orang lain

Sempat bersembang dengan dua pelajar perempuan kelas paling hujung yang saya ajar pada tahun ini. Menunggu waktu rehat habis, dua pelajar tersebut tidak mahu turun ke kantin. Jadi saya menemankan mereka , sambil berbual. Tujuan saya cuba mengenal mereka.

"Biarlah , kalau dia sakit ke apa nanti, saya tak nak buat kisah pun. Saya memang , kalau ayah saya ada kat rumah , saya tak nak kluar bilik. Kalau emak , ayah ngan adik perempuan saya tengok tv, saya taknak duduk sama kat ruang tamu tu," beritahu A  bersungguh. Ada nada marah pada suara dan wajahnya. Matanya sikit pun tidak memandang saya, tetapi memandang jari jemarinya.

Begitu dalam marah beliau pada ayahnya. Hati saya tertanya-tanya.

"Nanti kalau betul jadi apa-apa pada ayah awak, dia meninggal dunia ke... mesti masa tu awak menyesal, teringat kat dia," jawab saya, hilang modal untuk mengatur bicara.

"Biarlah cikgu. Dah macam-macam dia buat kat kami," ada getar  rasa kecewa dalam suara anak gadis  itu.

"Kenapa ya cikgu, polis ni makin tua makin gatal?" tanya kawan di sebelahnya .

Ha... baru saya dapat menangkap cerita si A.

"Bapa awak kaki perempuan ke?" tanya saya perlahan, takut kalau kata-kata saya menyinggung perasaan A.

A mengangguk. Rupanya sejak dia mula mengerti lagi, A saban waktu mendengar pertelingkahan antara ibu dan ayahnya tentang orang-orang ketiga yang silih berganti dalam hidup mereka.

Dan kini dalam usia remaja, rasa hormat pada ayah dan ibunya bertukar menjadi rasa berontak teramat. Keliru dengan tingkah ayahnya yang tidak putus mengejar seronok dunia, dan tidak faham dengan sikap ibunya yang tetap setia menahan derita diperlaku ayahnya sebegitu rupa.

Saya hilang kata untuk menasihat. Kerana derita yang terpendam bukan baru tetapi sudah berakar dalam jalur hidup A. Ia takkan mudah disembuh dengan hanya kata-kata seminit dua dari saya yang baru saja mengenal sisi duka dalam hidup A. 

"Kita memang tak ada pilihan untuk pilih ayah atau ibu kita. Tapi itulah yang kita ada. Cubalah, kawal emosi , kerana peringkat awak ini memang kehidupan sungguh celaru. Yang penting, kita selesaikan masalah SPM ini dulu ya. Awak kena belajar betul-betul. Saya yakin awak memang boleh. Cuma kena ikut teknik yang saya ajar. Yang penting jangan putus asa, tau," saya cuba menyusun bicara. Keinginan saya agar kata-kata saya dapat berbekas di hatinya. Tapi itu bukan dalam kuasa saya.

Loceng habis rehat berbunyi. Masuk kawan perempuan mereka yang lain, C dan D.

"Ha...cikgu tak dengar lagi citer C, dia lagi teruk dari saya... Mak bapaknya dah bercerai, tapi dia cool je,"  suara A pada saya bila ternampak C.

"Ha... napa?napa? engkau mengumpat aku ya, dengan cikgu?" balas C yang tidak tahu butir bual kami tadi. Saya hanya tersenyum dan mula bersiap untuk mengajar.

Sepanjang mengajar selepas itu, pandangan saya terasa berlainan terhadap mereka dalam kelas ini. 


*kita akan lebih menghargai hidup kita dengan belajar dari kehidupan orang lain*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 15, 2010

Tinggalkan perkara yang terbuku di punch kad

Berani mengeluarkan pendapat. dan tidak bersetuju.

Awal dalam alam pekerjaan, saya merupakan pekerja yang penakut. Takutkan boss dan mereka yang hampir dengan boss. Segala yang diarah, patuh. Segala kesusahan kalau ada cuba disembunyikan, sebab takut dipandang tidak cekap menjalankan tugas.

Walau pun ada peraturan atau arahan boss yang kadang kala tidak masuk akal serta menyusahkan, tetap juga cuba dilaksanakan.

Belajar menjadi berani bukannya senang. Berani mengutarakan pendapat dalam mesyuarat tanpa ada sokongan dari orang lain, bukannya mudah. Walau pun ramai yang tidak bersetuju, tetapi takut disenarai pendek sebagai orang yang melawan boss menyebabkan rasa tidak setuju dipendam dan hanya diungkit di luar mesyuarat.

Sekian lama dalam pekerjaan ini, rasa berani itu perlahan-lahan muncul. Dan faktor lama bertugas di tempat yang sama juga membantu. 

Saya bukan membantah kerana memang nak bantah. Ada tindakan boss yang memang wajar dilaksana dan kita perlu patuh, Tetapi mungkin pandangannya yang jauh di puncak, kurang memungkinkan boss menyelami masalah anak buah, menyebabkan tindakannya kadang kala di anggap tidak patut. Waktu inilah , kita sebagai pekerja perlu bersuara. 

Bersuara juga punya adab. Keegoan boss perlu dijaga. Harga diri dan kuasa yang ada padanya perlu kita hormati. Memberi pendapat mestilah punya alasan yang munasabah dan layak dipertimbangkan. Jika bantahan atau pendapat tidak diterima, jangan simpan dalam hati. Biarkan ia berlalu, jangan diungkit-ungkit di belakang lagi.

Kepuasan bekerja akan datang jika segala yang terbuku dapat dliluah. Tetapi jika tidak dapat, jangan bawa ia ke rumah. Tinggalkan ia di pejabat, sewaktu kita punch kad kita untuk balik ke rumah dan esoknya semasa kita punch kembali kutiplah ia semula jika ia masih di situ.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 14, 2010

Ayam berkokok, hujan pun turun

Sebentar tadi terdengar kokokan ayam dari tingkap rumah saya. Pelik.

Kenapa?

Sudah dekat 18 tahun di sini, kawasan perumahan saya, tidak pernah terdengar kokokan ayam. Kalau di kampung tu, biasalah. Tak lama selepas itu hujan pula turun. 

Orang kata, elok berdoa di waktu terdengar kokokan ayam dan tatkala hujan baru turun.

Moga semua kita diampunkan Allah, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, mala petaka di dunia mahu pun di akhirat nanti.

*doa untuk saya sekeluarga , moga Allah terus melimpahi rahmatNya atas kami*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...