Saturday, July 3, 2010

Asyik digeselkan sahaja...

Permukaan jari telunjuk  kanan saya terasa pedih dua tiga hari ini. Tertanya juga dalam hati, mungkin alahan dengan bahan kimia atau sabun pencuci ke?

Tapi saya agak-agak ia disebabkan oleh angkara si dia ni.....

V


V


V


V




Touchpad ini rasanya yang menyebabkan permukaan jari telunjuk kanan saya terasa nipis dan pedih. Asyik digeselkan sahaja pada permukaan touch pad, jadi kulit permukaan jari itu menipis agaknya. Jadi sekarang ini hendak menggerakkan cursor, saya menggunakan jari hantu saya pula... sementara kulit baru tumbuh..

Kekadang elok juga sebenarnya menggunakan mouse / tetikus sahaja.

*nasib baik ada 5 jari*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. guna mouse kena jaga kawasan nadi. pernah ada kes kerana terlalu kerap guna mouse, tangan menjadi terketar-ketar.

    kalau boleh beli mouse pad yang ada kusyen di bawah kawasan nadi tangan.

    ReplyDelete
  2. lima jari paling sesuai kejadian manusia... kalau enam macam mana ya?

    ReplyDelete
  3. slm,
    elok pakai mouse la cikgu. nanti bukan stakat nipis dan pedih, tulang2 jaripun jadi sakit. maklum la bila dh guna tu kita xprasan mse blalu...:)

    ReplyDelete
  4. salam..
    rajin cikgu guna mouse pad ye...hehe

    ReplyDelete
  5. hehe luculah cikgu ni. saya memang tak suka guna mouse pad. rela bermesti dengan 'tikus belaan' kesayangan ni.

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu..sungguh sensitif kulit jari cikgu tu..duk tenyeh sampai boleh nipis jari..

    Macam kerja kontrak bancuh simen boleh nipis kulit jari sampai terluka..

    ReplyDelete
  7. Saya tak suka guna mouse pad, slow sikit buat kerja...ke mana-mana pun mesti bawa mouse

    ReplyDelete
  8. kalau takde mouse macam hilang satu jari.. tak suka guna touch pad tu cikgu..

    ReplyDelete
  9. Bagi saya memang leceh guna touch pad kalau nak buat kerja lama-lama. walaupun saya juga gunakan laptop, tapi saya memang selalu guna mouse.

    ReplyDelete
  10. Saya ok je guna touch pad tu...dah terbiasa...

    ReplyDelete
  11. @abu muaz

    kalau enam tu bukan dikira cacat ke?

    ReplyDelete
  12. @piewahid

    malas nak usung maouse kehulu ke hilir

    ReplyDelete
  13. @ain fathihah

    dulu2 pun saya ada tikus belaan... tapi bila guna laptop malas nak bawa ke hulu ke hilir... tinggalkan je tikus tu kat rumah

    ReplyDelete
  14. @relevan

    ooo... bancuh simen boleh terluka juga ya...
    rasanya saya kena pakai sarung tangan

    ReplyDelete
  15. @Stargone

    bab ini yang leceh... pedih
    tapi kekadang tahankan je

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.