Tuesday, July 13, 2010

Belum pasang niat

Rupanya sekarang ini di Malaysia ini ada sektor Pelancongan Pemindahan Organ (Transplant Tourism). Yang saya tahu memang ada Pelancongan Plastic Surgery (Plastic Surgery Tourism/ Cosmetic Surgery Tourism)... Melancong sambil membuat pembedahan plastik.

Tahun 2008 mencatatkan Malaysia antara 5 negara utama menjadi pilihan pelancong/pesakit  untuk Pelancongan Perubatan (Medical Tourism). (sumber) Ini kerana kos perubatan masih lagi rendah di negara ini berbanding dengan negara maju dan juga negara jiran terdekat iaitu Singapura.

Tetapi Transplant Tourism ini sebenarnya tidak dibenarkan di Malaysia. Rakyat kita sendiri menghadapi masalah menerima organ-organ dari penderma. Senarai menunggu yang panjang kerana kekurangan penderna organ sangat kritikal. Oleh itu , ramai pesakit yang beralih kepada pasaran gelap, menerima organ yang diseludup masuk atau pilihan lain , melakukan pemindahan organ di  luar negara.

Bagaimana pun, risiko utama penerima organ di luar negara ialah organ yang tercemar dengan penyakit. Bayangkan , membayar beribu ringgit untuk mendapatkan buah pinggang, misalnya, tetapi sekembali dari luar negara selepas menjalani pemindahan organ, anda didapati mengidap AIDS , kesan dari organ yang diterima. (sumber) Memang menyedihkan...ya.

Memang kesian mendengarnya... 

Tetapi, saya ni...sanggup ke menderma organ saya setelah saya meninggal nanti? Entahlah, tak pernah terfikir pula dan belum pasang niat lagi..

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. saya tak sanggup cikgu.. ini bulan pasal kedekut..

    ReplyDelete
  2. stakat ni sypun belum psg niat lagi...

    ReplyDelete
  3. niat lum ada tp keinginan ada...ehh, ada beza ke niat dgn keinginan????

    ReplyDelete
  4. Setakat ni belum berhasrat lagi.

    ReplyDelete
  5. Samalah dgn saya. Belum ade niat lagi. Nanti kak normah ambik award kat blog saya...

    ReplyDelete
  6. huh!!x sanggup nak pikir lagik....

    ReplyDelete
  7. nak derma organ pun kena pasang niat ke...??? he..he..he..

    ReplyDelete
  8. @cikgu isza

    samalah kita isza

    setakat kesian dan mendoakan je lah...

    ReplyDelete
  9. @iqbalsyarie

    nak masak dulu ya?
    fikirlah iqbal, tak de salahnya

    ReplyDelete
  10. @sahromnasrudin

    tak taulah pulak ya, en sahrom
    rasanya sama saja

    ReplyDelete
  11. @Isa

    memang kenalah isa...
    apa pun kena ada niat

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.