Tuesday, July 27, 2010

berlagak bodoh

Antara tugas pembantu makmal adalah sebagai technician sambilan, terutama bagi guru-guru Sains perempuan yang agak kecut perut dengan hal sambung menyambung alatan di makmal.

Kebetulan, ada teknik menjawab subjek Biologi pagi  tadi. Pembantu makmal pula tidak nampak kelibat seorang pun. Terpaksalah Guru Biologi meminta bantuan pakar technician yang lain pula. Hanya saya yang ada di sekitar, jadi saya menawar diri menjadi techician.

Cuma menyambung mikrofon dan speaker sahaja. Agak terkial-kial juga, cikgu kimia yang ini. Pelajar-pelajar yang ada sudah mula bising dalam makmal. Biasalah diorang ni. Bila sudah berkumpul ramai-ramai, seolah dua puluh tahun tidak ketemu muka.

"Okay...okay, dengar sini. Awak ni, depan penceramah pun tak hormat ya. Bising ..." suara saya setelah berjaya memasang , hendak mencuba mikrofon tersebut.

"Eh... cikgu Normah nak bagi teknik menjawab Biologi ke? " tanya pelajar di hadapan. Pelajar lain sudah mula membetulkan duduk masing-masing.

"Yalah... saya memang dijemput khas oleh Cikgu Hamidah ni. Dah lama dah. Saya memang pakar serba serbi. Setakat Biologi ni, bukannya susah mana pun." 

Saya lihat ada mata yang memandang saya dengan pandangan hormat dan takjub. Muka saya tenang menahan gelak yang membuku di dada. Suasana dalam makmal tenteram sebentar.

Berjaya juga saya menenangkan keadaan.

"Normah.... penceramah dah sampai dah Normah," Cikgu Hamidah bersuara dari pintu makmal, seolah meminta saya berhenti berlagak bodoh di hadapan kelas.

"Alah ...cikgu ni... tipu je..."  suasana kelas bising semula. Habis usaha saya sebentar tadi...

*berlawak dengan menipu pun tak boleh lah cikgu...oopss*


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. orang kata tipu sunat. erk... ada ke?

    ReplyDelete
  2. saya pun selalu buat cam tu .......... tunjuk pandai sikit kat bebudak yg x boleh diam tu .....

    ReplyDelete
  3. hehehe..teringat dulu, kami pikir semua guru pandai2 belaka tak kira bab apa pun boleh ditanya pd seorg guru :DDD

    ReplyDelete
  4. Makin lama, budak-budak sekarang semakin kuat bercakap kan cikgu....berrcaaaaaaakap saja kerja mereka. Tapi bila disoal dalam kelas, senyap.

    ReplyDelete
  5. biologi adalah antara subjek sains yang IM minati sejak tingkatan 4 lagi...

    ReplyDelete
  6. hehehehe...... student abes percaya lak tu

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Saya pendiam cikgu, tak banyak cakap dalam kelas!

    ReplyDelete
  8. cik gu..tu berlagak pandai tu..murid2 tetap hormat cik gu..sebab cik gu memang serba boleh..

    ReplyDelete
  9. cik gu kenalah berlagak pandai..

    ReplyDelete
  10. kan betul cikgu tu pelakon terbaik :D

    ReplyDelete
  11. cikgu sy pn penah buat cmtu.haha.memang kitorg percaye pn.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.