Wednesday, July 21, 2010

Buka tingkap luas-luas

Lewat petang Selasa, saya mendengar iklan yang dibawa oleh Radio IKIM tentang perlunya kita mengudarakan kereta kita dahulu, terutama kalau kita parking kereta di tempat terbuka dalam waktu panas. 

Dikatakan, suhu yang panas diluar akan meningkatkan udara dalam kereta lebih sekali ganda dan menghasilkan udara dalam kereta yang mengandungi benzene. Ini akibat tindakbalas bahan-bahan yang diguna dalam pembuatan kereta seperti dash-board, alas kusyen dsb yang memang berasaskan petroleum.

Semua orang tahu bahawa benzene dikaitkan dengan penyakit kanser, kan.

Walau pun ada kajian yang telah dibuat menyatakan "indoor air" bagi kereta yang terdedah di panas matahari ini tidak bahaya (Our investigations indicated no apparent health hazard of parked motor vehicle indoor air), tetapi kalau was-was, eloklah buka dahulu tingkap dan pintu, sebelum menghidupkan alat penghawa dingin.

Ada sedikit perkara menarik yang ingin dikongsi tentang  benzene ni:

  • kurun ke 19 dan awal kurun ke 20, benzene digunakan dalam aftershave lotion kerana baunya yang harum
  • tahun 1903, benzene diguna untuk menghasilkan decaffeinated coffe
  • benzene kini banyak diguna sebagai bahan pemula untuk membuat dye (pewarna) serta detergen
  • benzene kini banyak ujud dalam udara semula jadi akibat aktiviti pembakaran dan aktiviti merokok
Walau bagaimana pun, Allah itu Maha Kuasa, benzene sebenarnya mengalami jangka hayat pendek dalam badan, iaitu 1- 2 hari.
In humans, the half life is 1 to 2 days. Accumulation is not expected for benzene or its metabolites. Benzene is primarily exhaled through the lungs, unchanged or excreted as metabolites in the urine. (sumber)
Apa pun, langkah berhati-hati perlu kita ambil.

* Buka tingkap luas-luas....jangan buka kain sudahlah*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. tu analogi untuk kesan rumah hijau la kan..

    ada seorang cikgu pernah buat, suruh pelajar² masuk dalam kereta yang berada tengah panas, kaitkan dengan kesan rumah hijau

    entri terbaru;


    Entri terbaru chekgu

    Duit RM1092.00 tu bila nak pakai chekgu??

    ReplyDelete
  2. dah jadi amalan bila mengetahui kesannya..

    ReplyDelete
  3. oo... baru IM tau. tapi masalahnya kancil IM ni susah nak dibuka tingkapnya..

    cadang nak tukar ke power window. baru boleh selalu buka tingkap sebelum pasang pendingin hawa, yer...

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu..

    Kebiasaannya memang saya amalkan buka tingkap tapi kadangkali bila dah kes nak cepat tak buat juga, cikgu!

    ReplyDelete
  5. betul tu~langkah berhati-hati ttp perlu diambil

    ReplyDelete
  6. Ada sesetengah kereta memasang alat pembersih udara, tapi tak tahulah kesannya...baik juga diamalkan buka sedikit tingkap semasa parking...

    Tapi awas jangan buka luas-luas nanti ada pula "benzene berkepala hitam" menerjah...

    ReplyDelete
  7. maaf "dipasang...." nanti kena marah ngan cikgu... mana ada kereta boleh pasang sendiri...

    ReplyDelete
  8. betul kata cikgu..sib bek buka tingkap..klu buka kain..ramai nak tolong tutup nanti hahahahah

    ReplyDelete
  9. Info yang baik.. benzene tu petrol kot. jadi harga benzene pun naik jugaklah.

    ReplyDelete
  10. salam..

    saya dan suami kalau naik kereta terkempam panas, mesti bukak pintu dulu lama-lama. buang bahang. pastu bila start drive, tingkap mmg bukak. dah hilang bahang atas kepala baru on econ. maklum le..nak save minyak, hehe!

    ReplyDelete
  11. memang suka buka tingkap luas-luas, buka kain tak berani

    ReplyDelete
  12. Aslmkm Cikgu.
    Saya sekeluarga dah memang selalu cenggitu .. memang terasa sangat bahang panas, jadi buka lama juga .. sampai dah jalan .. barulah tutup.
    Tuhan dah anugerahkan akal fikiran juga .. jadi ikut logik pada waktu2 tertentu! Hehe.

    ReplyDelete
  13. @n@m@n

    kesan rumah hijau dikait dengan karbon dioksida...lain sikit je

    ReplyDelete
  14. @Insan Marhaen

    eloklah tukar ke power window tu..
    senang

    ReplyDelete
  15. @Rezeki Halal Dot Net

    benzene berkepala hitam tu lagi menakutkan

    ReplyDelete
  16. @Rezeki Halal Dot Net

    tak marah
    sebab dah buat pembetulan kan...
    hehehe

    ReplyDelete
  17. @sahromnasrudin

    tukang tutup tu yang tak sanggup tu

    ReplyDelete
  18. @Lynn Nasir

    ya betul jugak lynn... boleh save minyak, kan
    nak buat jugalah camni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.