Wednesday, July 14, 2010

Couple di sekolah

Antara perkara menarik pagi Selasa baru ini semasa slot Q (perjumpaan mingguan semua guru di awal pagi selama 30 minit) ialah aktiviti Pembinaan Akhlak yang akan dilaksana di sekolah bermula Khamis ini.

Sasaran program ini ialah pelajar-pelajar yang ber'couple' di sekolah.

Perkara ini biasa di mana-mana sekolah pun, tambahan pula peringkat remaja memang peringkat mudah jatuh hati. Apatah lagi kalau si lelakinya hensem atau si perempuannya comel. Masalahnya kegiatan bercouple di sekolah ini makin serius dan menyakitkan mata.

Jadi sebelum keterlanjuran berlaku, pihak sekolah mengambil tindakan mengumpulkan pasangan bercouple ini dan akan cuba membendung gejala ini supaya tidak nanti 'nasi menjadi bubur'. 

*untuk bekas anak murid yang juga bercouple di sekolah beberapa tahun lepas dan akan mendirikan rumah tangga  tidak lama lagi... liyana & mustaffa... semoga dipermudahkan Allah segalanya*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Salam :)

    Tindakan yang baik ... moga ada jua keinsafannya walau mungkin secebis cuma...

    ReplyDelete
  2. ada wat persandingan di sekolah tak kalo kena tangkap??

    hehe

    ReplyDelete
  3. kegiatan di sekolah.. boleh juga dibendung sedikit sebanyak..
    yang berleluasa diluar?
    couple dengan orang luar contohnya..

    ReplyDelete
  4. haha...isu ni best ni kalau nak dibincangkan~hehehe..tapi mmg patut guru2 melibatkan diri menghalang atau mengawal nafsu remaja ni~
    Latest post:Aku malu!!

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Saya sokong aktiviti Pembinaan Akhlak di sekolah cikgu ni, tegah sebelum parah

    ReplyDelete
  6. bagusnya ada program gini ek...tapi budak skrg ni bercouple nampak melampau sgt...zaman dulu bkn x de..tapi diorang pandai cover...kadang hanya kwn2 terdekat je yg tau...kebykan dari mereka pun berkahwin juga akhirnya,dan yg paling seronok mereka juga cemerlang dlm akademik!!

    ReplyDelete
  7. salam ziarah. bagus program tu. yelah, dalam alam remaja sdg bercinta - adik-adik ni selalunya leka. lupa, sebenarnya mereka masih di sekolah. :)

    ReplyDelete
  8. aktiviti pembinaan akhlak patut dilakukan di semua sekolah menengah kerana bercouple ni dah jadi trend kat sekolah.

    ReplyDelete
  9. salam,

    aktiviti nie mmg bagus skali..membendung anak2 murid dari leka kpd couple masing2 kan.. tp saya rasa pelik pula sbb zaman skrg nie ada pula cikgu2 yang couple ngan anak2 murid? bukankah cikgu2 nie sebagai pembimbing kepada anak2 murid ... kalau bercouple membuatkan ank2 murid lagi berjaya dalam akdemik xperlah kan..nie lagi membuatkan mereka jatuh terjunam.. dibuai dalam dakapan cikgu2 nyer sendiri... yang sepatutnya menjadi pembimbing mereka...mcmana nie cikgu... boleh beri pendapat tak? sbb skrg nie pun byk dah kes2 mcm nie....contohnya kalau cikgu lelaki mengaar di sekolah perempuan.. dah tentulah pelajar perempuan yg di lihat setiap kali ke kelas..begitu juga cikgu perempuan yg mengajar di sekolah lelaki... setiap hari melihat budak2 lelaki jer kan...dan boleh menyebabkan perkara2 seperti tu berlaku...

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Gejala bercouple ni dh jd barah, jika tak dibendung boleh dpt cucu tiap2 tahun cikgu2 di sekolah..
    Remaja kena kukuhkan iman dan amalan agama dlm diri, baru gejala ni dpt di atasi.

    ReplyDelete
  11. Kumpulkan mereka cikgu..pastu kawen kan terus saja..

    ReplyDelete
  12. dulu-dulu ada couple kat sekolah tetapi tak ketara sangat, masing2 masih ada segan dan silu.

    tetapi sekarang - terang2 , apa lagi kalau dah diluar pagar sekolah

    ReplyDelete
  13. dunia nk akhir zaman da..maksiat everywhere..cikgu jage murid2 leklok ye..
    wish u all da best

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.