Wednesday, July 7, 2010

Idea bodoh

Bersembang dengan guru-guru sesi petang mendedahkan saya dengan masalah yang lain dari pelajar sesi pagi. Sesi petang di sekolah saya terdiri dari pada pelajar-pelajar Ting 1 dan 2.

Mereka diwajibkan bersolat zohor dan asar secara berjemaah di sekolah. Imam solat adalah di kalangan pelajar juga. Banyak juga cabaran dalam usaha memantapkan aktiviti wajib ini. Antaranya ialah sikap main-main di kalangan pelajar lelaki.

Biasanya sewaktu hendak melakukan perubahan pergerakan dalam solat seperti hendak rukuk atau sujud, ada saja pelajar-pelajar nakal yang akan mengganggu dengan membuat suara bersahut-sahutan. Bila seorang berdehem, akan ada dehem-dehem lain yang akan mengekor dehem yang pertama. Jika ada yang terbatuk kecil, akan ada batuk-batuk lain yang bersahut, kemudian ada yang akan tergelak kecil sambil menolak-nolak antara satu sama lain.... dalam solat.

Biasanya cikgu bertugas yang menjaga di tepi tidak dapat memastikan angakara siapa di antara mereka ini.

"Susah kak normah, nak marah pun tak tau nak marah kat sapa. Nak rotan, nanti tersalah rotan, payah juga.." Saya pun tidak dapat membantu mencadangkan penyelesaian.

Nasihat sudah, denda yang tidak pasti siapa pembuatnya pun sudah... denda sekali harung. Tapi denda sekali harung ini nampak tidak adil bagi yang tidak melakukannya.

"Saya cadang, kita buat lawak P. Ramlee lah ... Lepas solat, buat pengumuman, katakan, tadi cikgu ternampak seluar  pelajar yang buat suara kambing tu terkoyak di bahagian punggung. Tolong betulkan sekarang..."  cadang saya. 

Cikgu-cikgu yang mendengar ketawa kecil...

Idea bodoh ni boleh pakai ke??

*kes semalam tak boleh nak komen:


blogger status


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 comments:

  1. hahahah...cadangan cikgu saya sokong..klu tak pun, rotan jerk semua..biar padan muka bebudak tue..( huhuhu,,ayat kejam kan...)

    ReplyDelete
  2. hahahaa....sungguh ide bodoh bro :)

    ReplyDelete
  3. comelnye idea tu..hehe! mungkin berkesan :)

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Usaha mengadakan solat zohor dan asar berjemaah itu memang sangat baik. Soal kenakalan itu memang biasa berlaku di mana-mana. Insya Allah dalam jangka yang panjang ia akan hilang sedikit demi sedikit kesan dari solat berjemaah.

    ReplyDelete
  5. Soal nakal...mmg susah...sbb segenap penjuru godaan dtg utk memperdajalkan anak muda...Takpew...banyak sabar...insyaAllah nanti diorang akan jumpa 'turning point' tu..

    Latest post:Perlukah kita berdoa..?

    ReplyDelete
  6. Di sekolah ckLah pun pelajar ting 1-2 di sesi petang. Bezanya, sekolah ckLah sekolah perempuan. Cabarannya, ada murid yang enggan solat, dan menjadikan uzur sebagai alasan. Tapi, ckLah sangat 'respect' dengan dua ustazah di sesi petang yang bersusah payah mencatat tarikh period murid2 petang. Bunyi macam mengarut, tapi, itu antara usaha mereka utk pastikan anak didik tak tuang culas solat. Terima kasih kepada mereka...kerana anak ckLah juga ada di tingkatan dua sekolah yg sama.

    ReplyDelete
  7. cik gu anak akak tingkatan 2 pun sekolah sessi petang..selalu akak tanya..solat tak..dia kata..solat.jemaah lagi..tapi cikgi tetapka masa katanya..ikut..kelas mana dulu..tak bolih ramai2 dia kata ..satu kelas siap..satu kelas lagi solat..camtu la gilirannya...

    ReplyDelete
  8. teringat pada cerita orang yang terkentut dalam bas rombongan tapi tak mahu mengaku. Akhirnya bila semua orang turun pemandu bas berteriak... orang yang kentut tadi belum bayar!!!!
    Maka menyahutlah satu suara... Saya dah bayar lah!!
    hehe..

    ReplyDelete
  9. cik gu..sory..silap taip..buka cikgi

    ReplyDelete
  10. @sahromnasrudin

    rotan semua, kesian pulak yang tak bersalah tu

    ReplyDelete
  11. @iqbalsyarie

    insya Allah
    cuma dalam masa nak menghadapi tu banyak juga cabarannya

    ReplyDelete
  12. @ckLah

    tabik juga untuk ustazah tersebut ckLah... bukannya senang tu

    ReplyDelete
  13. Salam...

    Secara kasar memang nampak idea tu bodoh, tapi secara halus ada baiknya juga jika dicuba... :)

    ReplyDelete
  14. salam cikgu,
    memang sedih bila tgok perangai anak-anak ni..
    kalau kat sekolah rendah.. bila dah darjah enam tak tahu ambil air sembahyang lagi memang sedih rasanya.. ustaz @ ustazah pun sibuk le mendidik..

    tapi itulah.. kalau amalan di rumah takde.. memang susah..

    ReplyDelete
  15. anak saya pernah cerita juga kes-kes macam ni. Pernah sekali dia Azan , kemudian adalah budak2 nakal yang gelak2 lepas tu, mengejek

    nasib baik cikgu sedar ,siapa yang ejek2 orang, esok giliran dia pula

    saya rasa idea ini bagus.. apa salahnya mencuba.

    ReplyDelete
  16. salam ...

    seronok di sini

    ReplyDelete
  17. hehe.. bengong gak tu.. ada mslh rupanya kat komen ye, sy dah beberapa hr x bukak..

    ReplyDelete
  18. Adakala, untuk membijakkan insan-insan yang kita sayangi, kita terpaksa juga gunakan idea bodoh, malah ada kala tanpa sedar, membodohkan diri sendiri lak...

    ReplyDelete
  19. Bila baca idea yang bernas. Mesti dapat tahu sape punya angkara semasa solat. Boleh lah bagi gelaran kambing kat budak tu.hehehehe...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.