Thursday, July 8, 2010

Kehidupan yang biasa

Bagaimana kita menakrif kehidupan yang biasa atau luar biasa?

Setelah membaca majalah al-Islam Julai 2010, tentang Kemiskinan di India, saya terfikir ada benarnya kata penulis artikel. 

Bila kita memandang kehidupan pengemis yang merempat dijalanan sejak lahir lagi, dan seterusnya membina zuriat keturunannya di bawah jambatan serta mewariskan kemiskinan tersebut pada zuriatnya, terbayang sangat kesusahan mereka.  Sangat susah hidup mereka!
Tetapi penulis silap, memang dia (pengemis tersebuttidak pernah tahu tentang erti kesusahan, kerana kehidupannya itu adalah perkara biasa. Kehidupan itu adalah perkara yang normal yang dilalui setiap hari sepanjang hidupnya. Jika terasa lapar itu perkara biasa, jika terasa dahaga itu perkara biasa, jika terasa sakit, itu juga perkara biasa. Tetapi apabila perutnya kenyang, tekaknya puas, badannya sihat dan wangi, itu perkara luar biasa bagi dirinya. -  Penulis : Mahathir Yahya
sumber
Agaknya bila pengemis melihat kehidupan saya, pasti mereka kata saya sangat-sangat senang. Padahal saya merasakan kehidupan saya kehidupan yang biasa sahaja, kerana seluruh hidup saya tidak pernah mengemis seperti mereka .

Beruntungnya saya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Salam cikgu,
    walaupun sy bukan dilahirkan dari keluarga yang kaya raya tapi sekurang2 nya sy adik beradik cukup makan dan pakai. alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kata-kata orang tua dahulu, ‘hinanya besi kerana karat, hinanya manusia kerana kemiskinan’. Agama kita pula berkata, ‘kemiskinan itu membawa kekufuran’. Namun, boleh jadi yang kaya pun boleh membawa kepada kekufuran.

    Berikhtiar mencari rezeki itu penting.

    ReplyDelete
  3. alah bisa tegal biasa.....

    ReplyDelete
  4. Tiba² berderau darah ke kepala..

    KIta ni dah beruntung..


    Entri terbaru chekgu

    Selamat Hari Jadi Ke-18 buatku...

    ReplyDelete
  5. begitu juga kita.. yang memandang ke atas lebih lagi..

    ReplyDelete
  6. Salam dari Blog Izad,
    Bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.