Tuesday, July 27, 2010

kena "smash" dengan ketua

Selesai mengerjakan solat zohor, saya berlenggang kangkung ke meja. Hajat hati hendak menyudahkan kerja yang tersisa, sementara menunggu waktu balik pukul 2.30pm.

Belum sempat melabuhkan punggung, rakan di belakang menegur.

"Bunyi deringan henfon akak bertalu-talu tadi."

Memang. Rupanya Guru Kanan menelefon. Tampak macam urgent, kerana panggilannya lebih dari dua kali berderet. Cuba menelefonnya semula, tetapi talian maxisnya memang tidak keruan. Panggilan berjawab tetapi suara tuan di hujung talian tidak terdengar langsung.

"mmm... biarlah , kalau penting sangat, pandailah dia mencari saya," bisik hati, ternampak si setan dok menepuk bahu saya, tanda bagus.

"Normah!....eh, budak-budak 5C dah menunggu dari tadi. Kan ada kelas tambahan,..." suara Guru Kanan kedengaran jauh dari pintu masuk melintasi beberapa meja guru lain,  yang masing-masing mengangkat kepala memandang saya dan guru kanan.

"Ah...sudah." saya bersuara perlahan, dan sempat mengekor mata melihat rakan di belakang tadi. Cis... beliau tersenyum, dan saya membalas senyumnya yang nakal itu.

Sesampai di kelas 5C, nafas saya turun naik kencang. Masakan tidak, kelas paling atas di tingkat dua, di bangunan kedua hujung.

"Aduiiii...mintak maaf bebanyak. Saya terlupa sungguh," panjang pinta saya dari muka pintu lagi.

"Alah cikgu, dah nak balik dahlah, tak yah belajarlah."

Saya buat tidak mendengar.Dan terus menulis soalan di papan hitam. Soalan paling mudah pun, ibarat  meminta pelajar melengkapkan sifir 5  dalam Matematik.

10 minit selepas itu, sudah waktu untuk balik.

"Cikgu, minggu keempat lagi sekali, cikgu buat macam ni lagilah..." ketua kelas 5C bersuara.

Wah... kena "smash" dengan ketua kelas. Saya senyum sepuluh sen.

*selamat berpuasa sempena nisfu syaaban"

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

35 comments:

  1. sakit tu cikgu.. nasib baik bos tak tambah..

    ReplyDelete
  2. mule2 sindrom lupe2 ..
    tk lame lg ..
    uban nak tumbuh la ..
    hu..hu..

    ReplyDelete
  3. ngee...senyum aje kan cikgu.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Sesekali buat silap barulah rasa diri kita ni sangat lemah kan, cikgu!

    ReplyDelete
  5. huhuhu..budak tu berani tegur cikgu ya....

    ReplyDelete
  6. kalau dia peduli nak belajar, dan itu sebab dia kata macam tu...takpelah. tp kalau malas, dan mengharapkan cikgu lupa...

    hai..meh akak dusshh kepala sikit dik!:)

    ReplyDelete
  7. Biasala setiap orang mudah terlupa akan sesuatu perkara..

    ReplyDelete
  8. Bukan disengajakan..
    nak buat lagu mana kan cikgu..
    Kira bonus lah utk budak2 tu..hee
    tapi tu kira bonus credit bukan debit..haa

    ReplyDelete
  9. you are good at changing a simple scenario into a comical one....suka dengan cara penulisan Normah.

    Tersenyum sorang2 bila baca entri ni. Lucu.Rupa2 nya 'ketua' yang dimaksudkan ialah ketua tingkatan.

    ReplyDelete
  10. salam kak...

    ingatkan bos besar td yg smash.. naseb baiklah bos kecik.. tp, kuat cukup dia smash tu...hehehe

    ReplyDelete
  11. Ketua kelas boleh sound cikgu tu...

    ReplyDelete
  12. aduhai...kesiannya...tapi rasanya mmg biasa berlaku di sekolah mana-mana pun mcm tu..kan?

    ReplyDelete
  13. kuang asam punya budak :O tp mmg seronok pun kalo cikgu masuk lambat..kejap je la blajo nye :p

    ReplyDelete
  14. alaa,cikgu.jgn amek hati sgt.gurau je,sayaang cikgu :)

    ReplyDelete
  15. dulu masa kat skolah..selalu berdoa cikgu tak masuk kelas..hoho

    ReplyDelete
  16. yang ketue kelas tu ckap gurauan saje . yang berkomen disini paham2 la gurauan ye :)
    tiade niat menyakitkan hati cikgu dengan perkataan yang tidak sopan . ty

    ReplyDelete
  17. @aby

    uban memang dah berderet kat kepala dah ni
    asyik gatal kepala je ni

    ReplyDelete
  18. @cikgu isza

    taklah sakit
    smash men'smash' ni biasa anatara saya dan diorang ni

    ReplyDelete
  19. @hazeleyed lady

    ya lah kak hazel...
    memang dah salah

    ReplyDelete
  20. @Abd Razak

    memang lemah pun razak...
    kerap lupa

    ReplyDelete
  21. @sahromnasrudin

    egur menegur memang biasa sekarang ni

    ReplyDelete
  22. @cHeRyNa PiReS

    budak2 sekarang sha...
    bergurau aja diorang tu

    ReplyDelete
  23. @Yatie Ariffin

    bukannya pandai mana pun yatie...
    suka2 je menulis

    terlebih puji ni...

    ReplyDelete
  24. @Sofia

    tak pe ...
    smash budak2 ni boleh anggap cam angin lembut menghembus je

    ReplyDelete
  25. @Surry Moerrie

    ya surry
    budak form 5... sebenarnya budak ni baik orangnya
    suka buat lawak dalam kelas

    ReplyDelete
  26. @imran ali

    sikit pun tak simpan dalam hati imran
    tapi... fail kimia saya... jaga!!

    :)

    ReplyDelete
  27. @Anonymous

    janganlah risau cik anon
    ini hanya entri gurauan sahaja
    buat kenangan hari tua
    tiada yang disimpan dalam hati

    ReplyDelete
  28. saye xtaw pape cikgu..
    saye xdtng :)
    tp yg sure ketua klaz nie xde niat nak wat cikgu trase o marah.. mmng style die camtu :)
    saye bg pihak die nak mohon maaf jikalau hati cikgu terguris dsebabkan kejadian ini:'(

    ReplyDelete
  29. saya pun student 5c
    jgn ambil hati sgt dgn KETUA kami ni
    dia mmg suka gurau hope cikgu x ambil hati

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.