Wednesday, July 21, 2010

melampias marah, makan goreng pisang panas

Melampias marah.

Awal mengajar dahulu, mengajar di sekolah lelaki sahaja, yang mana majoriti pelajarnya berbangsa Cina dan India. Memang waktu muda, perasaan marah senang sahaja terbetik. Marah dengan sikap pelajar terutamanya dalam kelas, dan saya akan terjerit-jerit, memarahi pelajar yang tidak kena tingkahnya di mata saya. 

Kekadang akibat terlalu marah, tiada kata yang boleh diucapkan, hanya air mata yang terkeluar. Bukan air mata memohon simpati, tetapi air mata geram dengan diri kerana tidak berjaya melampiaskan marah yang terbuku di dada.

Sekarang ini pun, masih ada perasaan marah tersebut terhadap pelajar-pelajar yang juga tingkahnya tidak kena di mata saya. 

Geram.

Masih tersarang lagi, kerana baru sahaja habis kelas di waktu akhir lewat tengahari tadi. Namun, saya memuji diri sendiri kerana tidak seperti dahulu, marah saya masih membolehkan saya berfikiran rasional. Kerapnya, tingkah pelajar lelaki yang selalu membebankan perasaan saya. Ah... kalau anak sendiri sudah lama saya tarik telinga dan cubit-cubit perutnya melampiaskan rasa marah saya.

Tetapi saya hanya bisa berleter. Itupun leteran yang keluar dalam keadaan malas berbicara. Itulah saya sekarang ini. Kalau sudah geram, saya jadi malas bercakap. 

Dari ekor mata pelajar perempuan, nampak seperti mereka faham dan memohon maaf semasa bersalaman. Yang pelajar lelaki ni....heee, entahlah. Perkara kecil tetapi menggeramkan. Asyik...nak bermain saja dalam fikiran. 

*Sabar, sabar...Tarik nafas panjang-panjang, tahan...1,2,3..ha...lepas perlahan-lahan, ya tarik lagi , tahan, lepas... Ok?...Gi makan goreng pisang panas tu ya...*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 comments:

  1. salam cikgu..sabar separuh dr iman...
    p/s: cikgu, betul ke sm teknik nak patah balik ke sm vocay???

    ReplyDelete
  2. Salam sdr.

    Lapias marah, dulu masa muda-muda batang pisang yang menerima padah. Kekadang terus patah sembah bumi kena penyepak dan penumbuk!

    ReplyDelete
  3. tingat sekolah rendah dulu..

    pernah kena cubit perut dgn ustazah...

    kui3..

    ReplyDelete
  4. masa muda semua membara..
    pengalaman mematangkan kita kan cikgu..
    memang terasa hati kalau dengan pelajar menengah,
    pelajar sekolah rendah boleh tahan lagi..
    pernah ajar sekolah yang sama seperti cikgu..
    amat memahami..

    dah lama tak makan pisang goreng panas..
    suka yang lembik2..
    yang jual asyik keras jer..

    ReplyDelete
  5. salam. darah muda.. cepat naik darah. tapi bila dah berumur dan berfikiran tambah rasional.. takde gunanya marah. baik makan goreng pisang macam yang cikgu normah cakap hehe..

    ReplyDelete
  6. saya tgh marah.tadi lupa tutup lampu kereta..sekarang sapa nak tolng tolakkan..

    marah diri sendiri

    ReplyDelete
  7. Betul tu cikgu. Kalau asyik marah aje lama2 kita yg kena sakit jantung. Pelajar2 yg degil tu mcm tu juga - tak berubah.

    Kat mana beli goreng pisang tu?

    ReplyDelete
  8. akak pun tak suka marah-marah sekarang ni, cakap sekali saja kalau dah tak dengar terus diam...
    makin byk bebel makin bebudak tu tak mendengar makin hati kita panas..

    ReplyDelete
  9. masa muda mmg cepat nak marah,tapi bila usia makin meningkat, otomatik perasaan marah tu boleh dikawal...

    ReplyDelete
  10. Salam kak :)

    Tak boleh cubit langsung ke diorang tu...cubit tanda sayang, bukannya sampai bengkak :)

    ReplyDelete
  11. bawak bawak banyak bersabar..

    ReplyDelete
  12. Kalau masa marah tu berdiri...tarik nafas panjang-panjang dan duduklah di atas bangku... kalau masih marah...duduk di atas lantai.... kalau masih marah lagi....guling-guling le kat lantai tu...he..he...he..

    ReplyDelete
  13. cik gu..mari makan cekodok pisang panas..b
    iar sejok hati cik gu..

    ReplyDelete
  14. @mus99

    nak gulin2 tu yang tak sanggupg

    ReplyDelete
  15. @endiem

    dah banyak bersabar ni endiem...

    ReplyDelete
  16. @Ros Illiyyuun

    kalau dah geram sangat cubit jugak...
    tapi dah lama tak mencubit ni

    ReplyDelete
  17. @hai

    dah makin tua, dah tak kuasa dah

    ReplyDelete
  18. @Yunus Badawi

    yalah... tak marah, geram lah pulak..

    goreng pisang kat gerai berdekatan sekolah

    ReplyDelete
  19. @- jinggo -

    mm... ni memang tak boleh nak marahkan sesapalah ni

    ReplyDelete
  20. @kakpah

    yalah kak pah
    duduk senyap2 makan goreng pisang , lagi best

    ReplyDelete
  21. @cikgu isza

    saya pun suka goreng pisang yang lembik2 isza

    ReplyDelete
  22. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    mesti banyak bercakap ni masa ustazah mengajar ya?

    ReplyDelete
  23. @mountdweller

    kesian pokok pisang yang tak berdosa tu ya

    ReplyDelete
  24. @sahromnasrudin

    ya, dengar2 nya macam tu lah... kembali ke vokasional

    ReplyDelete
  25. Aslmkm Cikgu.
    Kak G kena tengok kamus dulu apa makna 'melampias' tu! Lepas tu senyum sendiri. :)
    Kak G semasa mengajar sandaran dulu (tunggu result HSC & cuti 1st year), tak pernah pun rasa marah, asyik enjoy jer .. budak2 suker ler ... tu pasal tak jadi guru!

    ReplyDelete
  26. Sabar banyak-banyak cikgu, insyaAllah banyak faedahnya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.