Monday, July 26, 2010

meski kelihatan anda kalah tetapi tidak bererti anda tewas

Berhadapan dengan orang yang sedang marah, memang meresahkan. Marah bagi saya adalah seperti ketawa. Ia adalah seperti sejenis 'penyakit'... ia bisa berjangkit. Kalau tidak pun, ia seperti 'tindak balas berangkai'.

Kalau anak murid yang sedang menghadapi guru yang sedang marah, berdiamlah...jangan dilawan ketika itu. Ia akan menambah amarah si guru.

Dan sememang kita yang muslim, punya adab semasa berguru, walau pun jelas si guru bersalah ketika beliau berhujah, kita melawannya bukan dengan cara berhujah dengan nada tinggi di hadapan pelajar yang lain. Kalau perlu berlawanan pendapat, pilihlah ketika beliau berseorangan, melawan dalam keadaan pertanyaan, seolah kita inginkan penerangan. Nanti, hati guru akan menjadi lembut, bertambah lagi semangatnya untuk cuba menurunkan ilmunya pada kita.

Itu cara generasi X berfikir, generasi Y mungkin tidak setuju. Tetapi percayalah, meski generasi berubah tetapi kehendak dalaman masih sama. Setiap kita ingin dilihat sebagai punya kepentingan dalam hidup. Jika amarah guru ditandingi di hadapan pelajarnya yang lain, kehendak dalamannya tercabar. Amarahnya tidak akan surut.

Bertindak secara matang, meski kelihatan anda kalah tetapi tidak bererti anda tewas.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. betul.kadg2,yg kelihatan kalah itu perlu.

    ReplyDelete
  2. salam cikgu,

    kdg2 buat tak layan aje ngan org marah. nanti dia dah cool off baru bermula edisi siasat :)

    ReplyDelete
  3. salam..:)

    memang menggerunkan bila lihat kemarahan org!!masing2 ingin mempamer kehebatan masing2..aduhaii..

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Kalau dua-duanya tidak mahu mengalah payah tu..
    Ada yang kena penampar tu nanti...

    ReplyDelete
  5. mintak²lah anak murid baca dan fahamkan entri ini ;)

    Entri terbaru chekgu

    Mak Cik nak berhentikan Luna Maya lah chekgu!

    ReplyDelete
  6. mengalah bukan bererti kalah kan...

    ReplyDelete
  7. betul.. betul.. betul..

    marah kena bertempat, menegur pun kena bertempat gak..

    ReplyDelete
  8. Kalau ada orang marah-marah, biasanya saya cepat-cepat tinggalkan...

    ReplyDelete
  9. @Surry Moerrie

    ya... kelihatan kalah sahaja tetapi sebenarnya tidak tewas

    ReplyDelete
  10. @n@m@n

    orang tua je yang baca ni naman
    malang sekali

    ReplyDelete
  11. agaknya, macammana cara fikir generasi Z?

    ReplyDelete
  12. pandai cikgu! gua tak pernah lawan cakap cikgu. apatah lagi marah cikgu.

    tp fikir2 balik, ada sekali..tu pun gua minta maaf balik :)

    ReplyDelete
  13. Kenapa guru mesti marah? Didalam Islam karektor marah bukanlah karektor seorang guru ...kalau bahasa kasarnya masih perlu proses lagi ...

    Guru yang matang, kuat dan bersih jiwanya adalah guru yang dapat menahan sabar ketika marah. Asbab itulah rasul bersabda; "Bukan kuatnya seseorang itu apabila dia menang didalam pergaduhan tapi kuatnya sesorang itu adalah bersabar ketika marah."

    Justeru itu, jika seorang guru tidak dpt menahan marah, pastinya guru itu lemah ketahanan psikologi nya dan lemah imannya dan ini menjadikan guru itu kurang dihormati oleh murid2nya malah aib nya guru2 sekelilingnya!

    Nasihat saya ...berwuduklah sebelum masuk kelas mengajar kerana dgn wuduk akan menyejukan jiwa dan akan membuatkan kita sntiasa tenang meskipun berhadapan dgn suasana kemarahan! Insyaalah.

    Guru adalah qudwah ...dan pewaris kerja nabi. Oleh itu jadikanlah akhlak Rasul itu sebagai panduan, Insyaalah.

    Panjang rasanya ...boleh buat satu entry ...insyaalah sekadar pandangan dan perkongsian.

    ReplyDelete
  14. jadiah hambaNya yang bersabar..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.