Friday, July 9, 2010

Pernah ditipu?






Pernah ditipu?

Pastinya masing-masing punya cerita menarik tentang ditipu ini. Tahun 2006, sepatutnya saya sekeluarga pergi mengerjakan umrah pada 31 Mei bersama Warith Travel and Tours beribupejabat di Seremban. Pertama kali ingin menjejakkan kaki sekeluarga ke sana, pastinya kami sangat teruja.

Membeli segala keperluan, menyiapkan mental dan fizikal membina rasa membuak semakin dekat hari yang sepatutnya kami bertolak pergi. Tetapi ketentuan Allah bukan urusan manusia. Janji dari Tuan Haji Yusof empunya syarikat dan isterinya membawa kami ke sana tidak ditunaikan atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Hinggalah musim mengerjakan umrah di masa cuti sekolah habis, angan-angan kami pun musnah bersama leburnya wang kami.

Marah? ....Pasti. Kami dan rakan-rakan yang tertipu beberapa kali naik turun tangga pejabat Warith, bercakap baik dan bercakap kasar dengan si empunya. Janji akan memulangkan wang kami pada sekian hari dan memberi cek untuk menyedapkan hati kami. Tapi dasar Tuan Haji penipu , cek tendang dan tidak laku.

Ke Tribunal Pengguna pun sudah, di hadapan Yang Arif pihak Warith juga berjanji melunaskan kembali wang pembayaran umrah kami... tapi sehingga sekarang, pihak Warith masih tersenyum agaknya kerana tiada sesen pun duit kami sekeluarga yang masih dipulangkan.

Bagai mana pun, niat saya sekeluarga ke tanah suci Mekah mengerjakan umrah berjaya juga pada tahun berikutnya.  Pergi  bersama Rayhar Travel Tours, memang best. Sekarang ini, perasaan prejudis memang akan bertapak dalam hati jika melihat kain rentang atau kawan-kawan mengesyorkan pakej umrah selain dari Rayhar, Andalusia atau Tabung Haji. 

Kepada Tuan Haji Yusof dan isterinya, saya mendoakan agar terbetik rasa bersalah dalam hati kalian. Moga tidak ada insan lain yang tertipu lagi.

*saya menganggap kehilangan duit tersebut sebagai kaffarah atas dosa kami sekeluarga terutama dosa2 saya  yang terlalu banyak. Selamat kembali untuk Kak Ah dan Abang Long dari tanah suci, rasa rindu makin mekar dalam hati untuk ke sana lagi*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. ada juga manusia yang sanggup menipu dengan cara itu?
    huh.. macam2 manusia ni.. apa makna keimanan dalam jiwa dia agaknya..

    ReplyDelete
  2. pergghhhh.....gila punya orang!dgn kaabah pun dia nak main tipu2 lg...takutnya dengan 'pak aji segera' zaman ni....huhu
    Latest post:Bahan mentah utk rujukan

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Perkara ini berlaku di mana-mana dan di tempat saya pun tidak ketinggalan. Apabila manusia melihat wang, mudah hilang pertimbangan dan akhirnya segala amanah musnah dek kerana tuntutan nafsu. Hanya berdoa agar orang seperti ini sedar dan insaf, dan dapat memulangkan duit mereka yang berharap untuk mengerjakan umrah dan haji.

    ReplyDelete
  4. mungkin haji nii.. guna duit tu untuk bayar hutang AH LONG.

    ReplyDelete
  5. Bermacam jenis dan cara untuk menipu..samada tipu kecil atau tipu besar dan juga tipu sunat..

    ReplyDelete
  6. mungkin ada hikmah di sebalik semua ini

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Mah..

    Itu lah manusia yang dah kabur dengan duit.... pertimbangan hilang hukum diketepikan....

    ReplyDelete
  8. memang setiap kejadian ada hikmahnya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah saya sudah bergelar hajah pada usia yang muda pada tahun1996. Ikut Tabung haji je.tak sangka orang bergelar haji tidak malu untuk menipu terutama dalam hal-hal ibadah. Semoga Allah menerima taubat mereka.

    ReplyDelete
  10. keluarga saya juga baru kena tipu dengan agensi warith ini.. kenapa mereka begitu kebal? parents saya bayar duit pada bulan mac taun ini.. 6k seorg.. sehingga kini janji nak pulang duit x nampak bayang.. macammana nak buat?

    ReplyDelete
  11. @cikgu isza

    entahlah isza, macam2 manusia zaman sekarang ni kan

    ReplyDelete
  12. @Yatie Ariffin

    tu lah yatie...
    tidak malu dan tidak takut pun

    ReplyDelete
  13. emm...org tua saya pun kene tipu...masa amik duit, sanggup turun ke kampung saya, jauh pun xpe. ye la org tua, susah la nk ke bandar. tapi yang peliknya, kawan org tua saya pergi tanpa ada masalah plak..sbb tu la org tua saya pilih die sbb die bg hrg RM4600 seorg. skang ni dengarnya pn.normah tu dah kene tangkap kt penang aritu.kuar paper metro tp xingat brape aribln..semoga die sedar dan pulangkan duit org..kesian org tua saya smpai jual kete sbb nk pegi umrah, alih2 hajat xsampai lagi.

    ReplyDelete
  14. Tertarik dengan nama warith ni
    Alhamdulilllah bahagian saya dan ibu saya, ibu saya pernah pergi sekali dengan warith ni pd tahun 2005, kemudian sekali lagi ibu saya pergi bersama saya pada tahun 2008 dengan agensi yg sama.. tiada masalah ditipu...
    Cuma sekarang kami ingin pergi lagi tapi tak tau agensi mana, kerana ramai kena tipu tentang pakej umrah ni..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.