Saturday, July 17, 2010

tidaklah tahu bahawa ia sepenting itu...

Biasa dengar Kad 001?

Kadnya warna biru, dari sejak saya bersekolah rendah lagi tahun 1973 lagi sudah wujud. 

Tiba-tiba teringat tentang kad ini. Kalau menjadi guru kelas, salah satu beban perkeranian ialah mengisi butir-butir peribadi dalam kad 001 ini, dari rekod berat, tinggi, rabun atau tidak, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap pelajar dan cita-cita.

Bercakap tentang cita-cita pelajar ini, yang menjadi guru kelas di luar sana, ajarlah anak murid kita supaya menulis cita-cita yang tinggi-tinggi. Janganlah setakat menjadi pemandu bas atau kerani sahaja. Tidaklah bermakna saya memandang rendah pekerjaan pemandu atau kerani tersebut. Tidak sekali-kali.

Rupa-rupanya, kad 001 ini, adalah satu-satunya kad peribadi pelajar yang diterima pakai dalam mahkamah. Sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas anak murid tersebut semasa dalam usia bersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh diberi berdasarkan rekod peribadi dan cita-cita anak murid itu. 

Kalau setakat nak jadi kerani, mungkin pampasan yang diberi tidak sewajarnya yang akan diterima. Jadi, kita cubalah pastikan cita-cita yang ditulis adalah cita-cita anak murid tersebut, bukan cita-cita kita bagi memudahkan tugas sahaja.

Sebelum ini tahu jugalah pentingnya kad ini, tetapi tidaklah tahu bahawa ia sepenting itu.

*SSM yang digunapakai sekarang ini sebenarnya tidak laku dalam mahkamah kerana tiada pekeliling lagi tentang ianya, tidak seperti kad 001 yang mempunyai pekelilingnya sendiri- ini dimaklumkan oleh PKHEM sekolah saya*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. t.kasih atas info ini.Masih ada 4 orang lagi anak yang sedang bersekolah... saya kena ikut nasihat cikgu ni.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Tak pernah tengok kad ni cikgu..:)

    Ada tanya ngan kawan-kawan di kalangan guru, mereka kata ada sebahagian sekolah tak guna dah kad ni sebab dah sistem maklumat ssm...

    ReplyDelete
  3. ingat lagi masa sekolah dulu, tiap2 tahun cita2 saya dalam kad ni akan berubah2. hehe.

    ReplyDelete
  4. a'aa..baru teringat pasal kad ni.

    skang ni ade lagi ek.

    ReplyDelete
  5. kad ni isi every year. every time mesti bertukar. hehe.

    ReplyDelete
  6. trima kasih atas info ini.. saya selalu meletakkan kad 001 tu perkara yang last sekali utk dilakukan..

    penting rupanya..

    ReplyDelete
  7. Lagilah saya tak pernah ambil tahu pasal benda ni..harini baru nak ambil tahu~hehehe

    ReplyDelete
  8. citiz,
    Kad 001 tu penting hingga ke akhir hayat....

    ReplyDelete
  9. tengok kad 001 teringat cita-cita saya nak menjadi Peragawati hehehe

    ReplyDelete
  10. @kakLuna

    memang kak luna ada ciri pergawati tu... manis orangnya

    ReplyDelete
  11. @mantan

    tak tahu pula kalau ia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  12. @nn

    cita2 bertukar selalu ya?
    biasalah tu

    ReplyDelete
  13. @ain fathihah

    ya... bagulah berubah cita2... maksudnya makin, matang

    ReplyDelete
  14. @Abd Razak

    SMM memang ada, tetapi tidak diterima pakai dalam mahkamah... kerana SMM dibuat tanpa ada pekeliling khas

    ReplyDelete
  15. ye ke kak? isk..ade sekolah dah gune ssm dan x gune dah kad 001 ni...depa kene tau maklumat ni kak! kalo ape2 berlaku mcm akak kate..pstu sekolah xde lak kad 001 tu...ahhhhhhh...nk salahkan sape ms tu???

    p/s: pejabat pelajaran daerah kene amik berat mende ni..takot2 depa pun xtau psl ni kak!

    ReplyDelete
  16. salam
    saya minta maaf.saya harap cikgu boleh tak delete gmbr kad 001 sb saya ada alamat rumah di situ. terima kasih.

    ReplyDelete
  17. masih ada lagi ke kad ni disekolah. Rasanya CM tak pernah mengisinya dah bertahun-tahun...

    ReplyDelete
  18. siapa tahu punca kuasa arahan penggunaan Kad 001 dan 002 ni?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.