Tuesday, August 17, 2010

Blogger Yang Terdesak

Akan diikhtiarkan. Itu tulis saya pada ijad dalam assignmentnya kali ini.

Setelah idea tersepitnya, ijad sekali lagi mengajak rakan-rakan blog cuba menjadi Blogger Yang Terdesak pula. Memang tiada hadiah atau anugerah yang dijanjikan oleh ijad, tetapi peluang melihat variasi dan warna dalam blog tanah air melalui 1tajuk yang sama, terutama bagi blogger Melayu. 

Pastinya masing-masing punya gaya, cerita dan idea yang ingin dipersembahkan dalam entri masing-masing.

Terdesak? .... lama sungguh saya mencari idea. 

Semenjak jadi blogger dalam dua tahun ini, belum lagi ada adegan terdesak. Namun begitu sebelum menjadi blogger, memang selalu juga saya terdesak...

Orang lama seperti saya, mestilah terkenang peristiwa lama. Tahun 1983 kalau tak silap. Masih anak dara lagi saya tika itu. Belajar di sekolah berasrama penuh, punya pengalaman pahit serba sedikit.

Kerap asrama keputusan bekalan air. Terutama sekali waktu hujung minggu. Selesai bersarapan di dewan makan, masing-masing boleh melakukan aktiviti bebas dalam dorm atau di ruang rehat. Sedang bersenang lenang, perut saya meragam. Minta dikeluarkan segala isi yang tidak diperlukan.

Berlari ke tandas, tandas kosong tika itu. Ah... memerhati baldi sendiri, kelihatan kosong tiada air. Terdesak sungguh seorang bakal blogger ketika itu. Perut semakin mendesak agar hajat perlu dilunaskan. Apa lagi.... melihat deretan baldi rakan-rakan asrama yang tidak diketahui siapa empunyanya...... saya menjadi iblis terdesak. Tanpa rasa bersalah, saya merembat sebuah baldi yang penuh berisi air. Lantas, masuk dalam tandas dan melangsaikan apa yang patut.

Air yang berbaki saya letakkan semula di tempat asal. 

Yang pasti saya yang waktu itu sebagai bakal blogger sudah tidak terdesak lagi, dan yang pastinya, tuan punya baldi mesti kecewa.

*nanti di akhirat nanti saya membayangkan membawa baldi tersebut mencari tuan punyanya untuk meminta ampun dan maaf.... errr... takutnya*

memang terdesak....

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. Pantasnya cikgu! hehe.. InsyaAllah, saya punya entri akan menyusul kejap lagi ;)

    ReplyDelete
  2. Terdesak sebegitu memang susah nak dapat masa lagi.. memang kena selesaikan waktu tu juga. Aduhhh parah.

    Tu dah kira "curi air" dah tuuu...:)

    ReplyDelete
  3. Tak apa kot ..terdesak diatas keperluan yang sangat mendesak macam kes diatas...

    ReplyDelete
  4. mmg contoh terbaik 'terdesak'

    ReplyDelete
  5. terdesak kanns.. ehehe

    salam ramadhan akak klcitizen itteww

    ReplyDelete
  6. selalu juga kes camni jadi masa duduk asrama dulu.. tapi tak penah cilok air kawan la.. sebab dlm blok tu de bilik air yg satu2nye de air, kalau seluruh bangunan tak de air.. misteri...

    ReplyDelete
  7. cikgu... ni kes darurat ni

    ReplyDelete
  8. hehehe... sebut kes darurat pasal nak membuang ni, teringat masa sekolah, terpaksa gi masuk tandas pompuan sebab tandas lelaki berkunci, dah tatahan sangat...

    ReplyDelete
  9. terdesak abis situasi ni. tersengih-sengih baca entry ni

    ReplyDelete
  10. k.normah mmg pandai bercerita w'pun saat2 terdesak..
    thumbs up entry....

    ReplyDelete
  11. Masa saya tinggal di ASRAPOL dulu, biasa Pulapol terputus bekalan air, tapi penghuni Asrapol sentasa bertuah, sbb ada paip air lama yg sentiasa penuh dengan air. Tapi kena mandi kat luar la..betul-betul tepi jalan.

    ReplyDelete
  12. Hmmm... ni dah kes darurat... rasanya boleh di maafkan kot...
    Lagipun Cikgu sorang je kan yg melepaskan hajat di situ?? :D

    ReplyDelete
  13. hehehehehe...
    lawak dan terdesak..
    hehe..

    ReplyDelete
  14. @azieazah

    memang mencuri lah kategorinya tu

    ReplyDelete
  15. @Eizil

    ohh ada sejarah di tandas juga ya

    ReplyDelete
  16. wah lah weh. tu mmg terdesak. sakit woo. takpe baldi n air tu pun sure ok je. sbb tau org nk pakai terdesak pnye. tingat zaman teknik dlu. tadah air la ape la. sbb air lekas abis dr tangki. waduhai.

    ReplyDelete
  17. dulu sekolah saya pun macam ni gak kes..tapi depan sekolah ada tasik..memang pihak pengurusan bagi pelepasan untuk pelajar gi mandi..nak buang isi perut,guna tandas awam la jawabnya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.