Monday, August 9, 2010

Harap sangat

Isnin datang lagi. Dan Ramadhan yang dinanti kian menghampiri. Moga Allah memanjangkan umur kita semua agar tidak sahaja dapat menghirup udara awal Ramadhan tetapi terusan dilimpah nikmat dan rahmatNya sehingga ke penghujung Ramadhan.

Buffet Ramadhan pun makin hangat terpampang dalam iklan di dada akhbar dan papan tanda di mana-mana. Semakin mahal,  itu yang ketara... Isu halal yang sibuk diutara baru ini semakin lenyap nampaknya. Mestinya, antara orang yang paling sibuk di sepanjang bulan Ramadhan adalah tukang masak di restoran dan hotel. Saya pasti , menu untuk sebulan sudah tertulis di dinding dapur masing-masing hotel tersebut, belum lagi menu bersahurnya, kan.

Dan yang pastinya juga, ustaz-ustaz pun antara kerjaya yang terlaris di televisyen....kan. Dengan ingatan, tazkirah, ceramah, bacaan quran, motivasi dan banyak lagi, pastinya Ramadhan terasa meriah.

Harap sangat dapat puasa sebulan penuh.... :)

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. kena 'pregnant' atau.........



    ;)

    ReplyDelete
  2. Salam :)

    Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas...insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Salam Ramadhan al-Mubarak, moga Allah kurniakan kita semua kesihatan yang baik, keampunan dari~Nya, dan dapat bertemu dengan malam yang Dia telah janjikan...maaf atas segala silap dan salah

    ReplyDelete
  4. Salam

    Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Semoga Allah berikan kita peluang untuk sama-sama beribadah di bulan yang mulia ini

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Ramadhan.
    Maafkan segala salah dan silap ckLah.

    ReplyDelete
  6. salam :)

    Selamat menyambut bulan Ramadhan..moga sepanjang Ramadhan ini dipenuhi keberkatannya...:)

    p/s..Harap sangat dapat puasa sebulan penuh.... :)
    ......insyaAllah dgn izinNya ..
    manalah tahu kan..:)Semuanya tidak mustahil
    walaupun nampak mustahilnya..aduhaiii:)

    ReplyDelete
  7. Selamat berpuasa..Insyaallah dapat puasa penuh tu..saya pun harap macam tu jugak..hehe

    ReplyDelete
  8. Ramadan Mubarak :) Esok dah boleh taraweeh, insha'Allah. Tak sabar rasanya~

    ReplyDelete
  9. Selamat berpuasa buat cikgu dan family.. semoga hajat untuk berpuasa penuh tercapai. Alhamdulillah saya pernah alami puasa penuh sebulan tapi tak ingat masa di universiti atau waktu sekolah menengah. Happy sesangat :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.