Tuesday, August 24, 2010

kaya

Banyak-banyak kerja dalam dunia ni, kan.... kerja mana yang PALING penting?

Perdana Menteri? ---> kenapa? sebab dia menentukan hala tuju negara. penting lah kut..

Timbalan Perdana Menteri? ---> kenapa? kalau PM tak ade, dia lah pulak ambik alih kan... penting jugak kut

Isteri Perdana Menteri?----> kenapa? kalau dia tak ada PM kita tentu sunyi dan susah hati, kang tak boleh nak buat kerja payah pulak kan...


Polis?---->kenapa? kalau polis tak ada, tak amanlah negara kita, kan...penting jugakkan

Askar?---> kenapa? kalau asakar tak ade, siapa yang nak pertahan negara dari serangan luar, memang penting nih..

Doktor?---> kenapa? kalau tak ada doktor, siapa yang akan merawat pesakit? memang penting kan...

Cikgu? ---> (isi tempat kosong)

Pencuci bangunan? ----> ini pun penting jugak ni... kalau langsung takde pencuci bangunan/ rumah, takkan PM nak kena cuci tandas pulak kan...

Peniaga? ---> kalau diorang takde pun lagi lah payah, nak membeli belah dari sapa kita ni kan?

Kesimpulan: semua orang dalam dunia ini dengan tugas masing-masing, punya kepentingan untuk semua orang. Walau pun hanya cleaner atau pemungut tin minuman kosong di luar sana, masing-masing ada sumbangan tersendiri tanpa kita sedar.

Janganlah merasakan kita paling hebat dengan gelaran dan pekerjaan kita hanya sebab kita bergaji ribuan ringgit dan mereka di luar sana yang gaji seciput dalam pandangan mata kita tidak punya misi serta visi dalam hidup.

*ukuran kaya insan lain bukanlah pada ukuran pandang mata kita seorang*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. salam..
    Kerana itu ada yang menyebut "setiap insan mempunyai fungsinya yang tersendiri"..yang penting apabila kita ditakdirkan juga menjadi kaya jgn dilupa insan yg di bawah dan bersyukurlah atas rezeki yang dikurniakan.

    ReplyDelete
  2. menarik sekali, setiap entiti dalam masyarakat mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. kalau ada yg mendabik dada mulalah rosak sistem masyarakat

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Takder pemungut sampah tak tahu apa nak jadi pada tempat kita..

    ReplyDelete
  4. semua orang ada peranan masing2x...
    kita perlu bersyukur dengan apa yang kita da..
    kan kan

    ReplyDelete
  5. Allah menjadikan kita bersama dengan tanggungjawab yang perlu kita pikul. Masing-masing tidak terlepas dengan amanah sebagai insan. Amanah yang perlu digalas sesama manusia dan amanah yang perlu digalas kepada pencipta.
    Pangkat, harta dan kedudukan hanya pakaian dunia semata. Bukan untuk dibangga tetapi untuk dikongsi seadanya. Maka kepada yang mempunyai kelebihan harta maka disyariatkan agar sentiasa berzakat dan menginfakkan harta kepada yang tidak berkemampuan.

    ReplyDelete
  6. Setuju. Tapi kalu semua dah ada tugas, pastikan penuh tanggungjawab.

    Kita ni bertanggungjawab juga kepada bangsa agama keluarga dan negara.

    ReplyDelete
  7. Salam.
    setuju tu. contohnya:
    Tukang cuci tandas pun ada kepentingannya juga. bayangkan kalau kita kat opis tiada tukang cuci tandas. Semua kena buat sendiri.

    Tiap kerja tu ada kepentingannya kepada kemajuan negara ini. jangan la bila kita nampak yang rendah tugasnya dari kita, kita taknak berkawan atau hina dia.

    PS: kebetulan tukang cuci kat pejabat ni dah 2 hari tak datang. Uhuk2.

    ReplyDelete
  8. @Zezebel

    kalau dah 3 hari pencuci tandas tak datang, nampak gaya zezebel kena cuci tandas lah pulak

    ReplyDelete
  9. @azieazah

    cuba juga azie...
    saya ni kekadang kerja , buat juga malas saya tu...tebiat yang susah juga nak hilang

    ReplyDelete
  10. @Cik_daya

    alhamdulillah, memang bersyukur sungguh

    ReplyDelete
  11. @ozzy

    insyaAllah selalu juga kena peringat diri

    ReplyDelete
  12. Salam cikgu..semua kerja penting..kerja perompak pun penting juga..untuk kepetingan kepada diri perompak2 itu..

    ReplyDelete
  13. Memang kita saling melengkapi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.